Pengalaman Berharga Di Kem Litigasi Strategik

Kali pertama menulis dalam Bahasa Melayu, macam kekok sikit lah. Dah beberapa kali *taip* *padam* *taip* *padam*. Macam mula-mula nak mengarang karangan untuk UPSR, beberapa belas (?) tahun yang lepas. Mungkin ini kali-lah saya cuba mempamerkan hasil tulisan yang tidak sehebat Ramlee Awang Murshid ini. Dan sebagai permulaan, Encik Boss saya memberi idea (atau lebih tepat ’mewajibkan’) saya menulis pengalaman ke Strategic Litigation Camp di Kuala Selangor pada 21-23 Jun yang lalu.

Secara jujur dan dari hati yang tulus ini, pengetahuan saya mengenai Strategic Litigation memang kosong… kosong… kosong. Okay. Perkataan “litigation” memang sudah biasa didengari, bahkan dah sebati dalam jiwa naluri seorang pelajar jurusan undang-undang. Tapi Strategic Litigation? Satu perkataan yang asing bagi seorang pelajar jurusan undang-undang merangkap pelatih dalam kamar ini.

Masih teringat waktu mula-mula saya mendapat email daripada Encik Boss yang mencadangkan saya dan seorang lagi rakan saya untuk menghadiri Camp tersebut. Agak panik dan kaku seketika sebab memang kosong… kosong… kosong. Kebetulan, dua orang pelajar praktikal di PLVG pun kena pergi juga, maka saya dan rakan bersemangat waja lah juga nak pergi.

Melihat kepada iklan yang dihantar melalui email oleh Encik Boss, Camp ini merupakan anjuran MCCHR dan KLYLC. Aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pun macam menarik. Selain daripada dapat menambah ilmu pengetahuan, satu kelebihan yang saya pasti tidak akan dapat di mana-mana ialah peluang untuk menambah kenalan dan meluaskan pergaulan sosial di dalam kelompok peguam. Bagus kan?

Sehari sebelum itu, saya berusaha membaca dan cuba mendapatkan sedikit idea mengenai Strategic Litigation. Persediaan awal itu perlu dan penting supaya tak lah rasa macam makhluk asing nanti. Berpandukan kepada agenda tentatif yang telah dihantar oleh pihak penganjur, maka keluarlah perkataan “What is Strategic Litigation?” “Examples of Strategic Litigation Cases” “Strategic Litigation in Malaysia” dan lain-lain di Google. Hasilnya, tercetus lah beberapa peta minda dan idea kasar mengenai Strategic Litigation. Cukup lah rasanya sebagai bekal untuk beberapa hari di Camp. Sekurang-kurangnya kalau ditanya nanti, tak ada lah diam kan? Air muka sendiri dan Encik Boss serta nama Firm haruslah dijaga. Bukan main lagi tau.

Menurut idea kasar saya, kes-kes di bawah strategic litigation ini merupakan kes-kes yang melibatkan perjuangan hak-hak kemanusiaan (human rights) dan kepentingan awam (public interest). Dan secara kebetulan, saya sememangnya berminat untuk mengetahui mengenai hak-hak kemanusiaan dengan lebih dalam. Malah minat itu telah dipupuk sejak saya berada di zaman sekolah undang-undang lagi melalui subjek “Public International Law”. Antara topik-topik yang saya ‘score’ dengan jayanya ketika ‘mid-term test’ bagi subjek tersebut ialah ‘United Nations’ dan “Human Rights’. Pastinya ia membuatkan saya berasa bertambah teruja untuk ke Camp tersebut.

Okay. Tibalah hari yang dinanti-nantikan. Pukul 7.30 pagi semua peserta wajib berkumpul di Pusat Rakyat LoyarBurok. Sangat awal kan? Saya mengagahkan diri ini untuk bangun awal memandangkan rumah yang jauh terletak di kutub utara tu dan sampai di Pusat Rakyat tepat pada jam 7.30 pagi. Terasa sungguh berdedikasi kerana berjaya sampai tepat pada waktunya. Maklumlah, motivasi dan semangat itu penting (smile). Saya mengambil kesempatan ini untuk  membuat sesi suai-kenal dengan peserta-peserta yang sudah tiba. Kebanyakan peserta merupakan pelatih dalam kamar macam saya juga. Jadi, saya tidak lah berasa terlalu kekok untuk menyesuaikan diri dengan mereka.

Dan selepas beberapa ketika (maksudnya beberapa JAM) menunggu, saya dan rakan-rakan peserta bertolak ke Kuala Selangor untuk memulakan cabaran yang bakal diberikan di Camp tersebut. Perasaan saya? Teruja sangat tapi malangnya perasaan mengantuk yang mencucuk-cucuk mata menyebabkan perasaan teruja tu layu seketika. (smile).

Beberapa hari menghabiskan masa di Camp atau perkataan yang lebih tepat ialah “Workshop” atau Bengkel, ternyata terlalu banyak ilmu serta input yang diterima oleh otak ini. Nak kongsi banyak sangat, tapi menurut Encik Boss, 1000 perkataan sahaja. Susah betul kalau semangat penulis datang pada waktunya. (smile).

Benda paling penting yang saya belajar sepanjang 3 hari berada di Bengkel ialah pertama, “stand-up for ourselves” atau maksudnya berdiri untuk diri sendiri. Mungkin tak menepati kehendak “outcome” Workshop tersebut tapi jujurnya, berada di Workshop tersebut selama beberapa hari, bergaul dengan mereka yang langsung tidak dikenali kecuali 3 orang rakan pejabat (“office-mate”) menyedarkan saya bahawa pentingnya untuk kita sentiasa berdiri di atas kaki dan nama sendiri. Saya agak terkilan sedikit kerana tidak berpeluang mempamerkan sinaran yang ada di dalam diri ini, yang sebenarnya terpendam. Mungkin kerana sering berada di kelompok yang selesa, saya melepaskan peluang yang ada di depan mata saya. Saya tak berpeluang untuk bercerita mengenai carta kehidupan saya, di mana saya memang teruja untuk berkongsi pengalaman mengadakan demonstrasi kecil (sebenarnya BESAR dan menjadi sejarah sekolah) sewaktu berada di sekolah menengah dulu. Pengalaman yang paling saya tak dapat lupakan dan dari saat itu saya yakin dengan cita-cita saya untuk menjadi peguam, seorang pembela nasib mereka yang tidak didengari dan ditindas. Ya, saya mahu kongsi semua cerita itu.

Kedua, macam yang telah saya ceritakan pada awal tadi, saya memang berminat dengan benda-benda berkaitan dengan hak-hak kemanusiaan dan melibatkan kepentingan awam. Sebab saya bercita-cita untuk menjadi seorang pembela nasib (semangat juang tinggi ni) kepada mereka yang berada di bawah. Edmund Bon, seorang aktivis sosial yang terkenal (sebab nama dia ada di mana-mana poster) merupakan salah seorang fasilitator yang terlibat di dalam Workshop tersebut. Masih terngiang-ngiang suara Edmund (amboi) menerangkan apa itu Strategic Litigation dan perkataan pertama yang muncul daripadanya ialah “human suffering” atau memahami penderitaan manusia. Jadi untuk berjaya di dalam kes-kes yang melibatkan strategic litigation, emosi harus diletakkan. Cuba merasa apa yang mereka rasa dan melalui strategic litigation, kita cuba memberi impak kepada mereka yang berada di atas untuk turut merasa apa yang orang awam rasakan. Satu pelajaran yang sangat memberi kesan mendalam kepada saya. Menyedarkan saya bahawa bukan mudah untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Tanggungjawab. Ya, sangat berat.

Ketiga, prinsip-prinsip kemanusiaan yang termaktub di dalam PBB tidak diterima-pakai sepenuhnya oleh Malaysia. Saya berpendapat, mungkin disebabkan kepelbagaian agama di Malaysia menyebabkan beberapa konvesyen-konvesyen antarabangsa tidak diratifikasi oleh Malaysia. Setakat ini, Malaysia hanya menandatangani dan meratifikasi 3 konvensyen hak-hak kemanusiaan sahaja daripada 9 konvesyen yang ada. Malaysia juga mengamalkan “dual-system” di mana konvesyen-konvensyen antarabangsa tidak menjadi undang-undang Malaysia secara automatik kecuali jika ianya digubal menerusi akta atau undang-undang. Oleh itu, pemakaian undang-undang antarabangsa di Malaysia amatlah terhad. Penerangan yang diberikan oleh Honey sangat menarik, dan oleh sebab itu ianya masih lekat di dalam kepala saya sehingga sekarang.

Keempat, saya bepeluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam kes-kes yang menjadi isu buat masa sekarang. Saya berpeluang untuk mengupas isu “conversion” di dalam kes Indira Gandhi. Sangat bermanfaat. Problem tree yang dibentangkan oleh Jian You serta Action Pyramid juga banyak memberi panduan kepada saya. Bukan sahaja untuk kes-kes yang melibatkan strategic litigation, tetapi ia juga membantu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang lain. “Segala masalah harus dicantas sehingga akar”.

Selepas menghabiskan beberapa hari di Kuala Selangor, bersama rakan-rakan baru, bergaul dengan mereka yang lebih berpengalaman, menambahkan minat saya untuk turut membantu di dalam kes-kes yang melibatkan strategic litigation. Satu pengalaman berharga yang tak mungkin akan dapat di mana-mana. Ribuan terima kasih kepada semua fasilitator yang sudi berkongsi pengalaman dan ilmu kepada saya. Terima kasih juga kepada Encik Boss kerana sudi menaja saya ke Workshop ini. Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.

Related Links:

Tags: , , , , , , , , ,

Posts by

Currently, a pupil-in-chambers. I believe in "The Ultimate Winner is a Person with a Good Heart", quoted from Ban Ki-Moon. Life is too precious to be filled with sadness and tears. :)

Posted on 17 September 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

3 Responses to Pengalaman Berharga Di Kem Litigasi Strategik

  1. Chan Yen Hui

    Syabas! Amat syhukur dan gembira membaca artikel seperti ini kerana ia bukan sahaja memberikan kenangan yang manis kepada saya (dan juga kepada semua yang telah hadir di kem aktivistime tersebut) tetapi ia juga mengingatkan kami supaya terus berjuang untuk mereka yang kurang mampu dan ditindas.

    Cita-cita menjadi peguam tercapai,
    Kini masa membela nasib yang tidak didengari,
    Sinaran yang terpendam akan menyerlah esok hari,
    Bersama-sama berdemonstrasi dan berjuang untuk hak asasi!

  2. dani

    kemain hakak berdua ni

  3. farahalinarosli

    Good job!