Moment Lampu Suluh: Kem Litigasi Strategik

Kisah minda yang dibebaskan di Kem Litigasi Strategik #StLit anjuran KLYLC dan LoyarBurok pada 21-23 Jun 2013

Lampu Suluh? Kenapa simboliknya lampu suluh bagi Farahalina? Apabila seseorang berada dalam kegelapan buat suatu masa yang lama dan tetiba lampu suluh bernyala bagi mencerahkan pemandangan dan penglihatannya kepada keadaan persekitaran.

Moment Lampu Suluh Farahalina telah berlaku.

Strategic Litigation”. Mendengar buat kali pertama, Farahalina berfikir, “inilah masanya untuk menjadi peguam yang sebenar”. Itulah yang selalu difikirkan oleh orang kebanyakkan: Peguam adalah seseorang yang menghadirkan diri ke mahkamah. Dengan beraninya Farahalina mengatakan tidak bagi kenyataan ini. Jangan terkejut! Ini adalah amaran tegas. Ada peguam yang hanya duduk di pejabat tetapi menjalankan kerja dan memikul tanggungjawab sebagai seorang peguam tanpa ragu-ragu. Jangan sesekali mempertikaikan fakta ini.

Strategic Litigation Camp telah diadakan selama 3 hari, iaitu dari 21 haribulan Jun 2013 hingga 23 haribulan Jun 2013, yang bertempat di sebuah resort di Kuala Selangor.

Secara jujur, Farahalina langsung tidak mempunyai sebarang idea tentang kem ini atas beberapa sebab.

Antara sebab-sebabnya adalah, satu, melihat kepada posternya, ia tidak melambangkan apa-apa yang bertepatan dengan tafsiran proses litigasi bagi Farahalina.

Kedua, entah mengapa Farahalina meragui jika kem ini mempunyai unsur-unsur politik yang ingin diketengahkan. Bukan la nak cakap yang Farahalina tidak suka politik tetapi, harus diakui bahawa sungguh cetek pengetahuan Farahalina mengenai isu-isu politik. Dan mungkin suasana politik di Negara kita yang boleh dikatakan ‘entah apa-apa’ membuatkan Farahalina jarang untuk berbicara mengenai politik.

Ketiga, ketika membaca sepintas lalu tentatif program, Farahalina masih gagal untuk mendapatkan apa-apa gambaran tentang apakah itu litigasi yang strategik.

Boleh dikatakan, pemergian Farahalina ke kem ini pada mulanya adalah secara membuta tuli. Dan mungkin disebabkan oleh kem ini telah disyorkan oleh bos. Jadi sebagai orang bawah yang berdedikasi, haruslah menggalas amanat bos sebaik-baiknya. Tanpa ragu-ragu, Farahalina ialah seorang pelatih dalam kamar yang kosong mindanya.

Bermulalah episode Farahalina di kem.

Benda yang tidak terbayang oleh Farahalina apabila menghadirkan diri ke kem ini.

Edmund Bon. Ya, seorang yang terkenal.

Boleh dikatakan Edmund Bon nie tarafnya seperti Siti Nurhaliza dalam dunia undang-undang.

Beliau telah mengetuai angkatan fasilitator untuk kem ini dan langkahnya meletakkan fokus kami semua kepada apa itu litigasi strategik adalah langkah yang paling bijak. Ini adalah kerana, rata-rata peserta kem ini datang dengan minda yang kosong. Farahalina rasa la. Melihat kepada muka kosong masing-masing.

What is STRATEGIC LITIGATION? It is litigation that has an encounter with human sufferings, public interest, and affects not just the litigants, but other people as well.

Nampak tak kegempakannya di situ? Secara jujurnya, apa yang diperkatakan itu tidak pernah terlintas sama sekali difikiran Farahalina apabila berangan nak jadi peguam litigasi. Ya, zaman dulu kala, Farahalina selalu berangan bawa beg tarik ke mahkamah, lawan sini sana dengan peguam lain, dan menang! Harapan tipikal seorang pelajar undang-undang yang cuba membayangkan masa depannya.

Pujian harus diberikan kepada Edmund kerana melalui penerangannya itu, Farahalina seperti terbuka minda, “Oh, ada ke peguam yang fikir semua benda tu sebelum buat litigasi? Ada ke peguam yang ambil kira kesan kes yang dibawanya? Bukan ke peguam hanya membawa kes yang dating kepadanya? Bukan ke kliennya adalah yang paling utama?”

Bermulalah moment Lampu Suluh Farahalina.

Petanda baik. Farahalina mula menghadam input-input kem.

Sepanjang kem berlangsung, Edmund dan rakan-rakan telah membawa Farahalina ke satu dimensi baru mengenai litigasi. Mereka juga berjaya mengetengahkan isu-isu mengenai hak-hak kemanusiaan yang tidak terbela di negara kita.

Dan Farahalina sangat terkejut apabila mendapat tahu Malaysia hanya meratifikasikan tiga daripada sembilan triti hak-hak kemanusia. Pertanyaan mula timbul di kepala Farahalina. Adakah Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak begitu menyokong hak-hak kemanusiaan?

Kem ini juga telah mengubah persepsi Farahalina tentang suatu perkara. Apakah perkara tersebut? Perhimpuan jalanan. Farahalina mempunyai persepsi yang bahawasanya perhimpunan jalanan adalah satu bentuk gangguan keamanan dan juga mempunyai agenda politik. Dan Farahalina telah tersedar dan juga mula mempelajari bahawa perhimpunan jalanan ini adalah salah satu cara untuk menegakkan undang-undang. Ya, 198 Actions.

Cumanya seperti diperakui oleh fasilitator, orang-orang politik telah mengambil kesempatan terhadap niat-niat baik golongan penegak undang-undang. Jadinya, perhimpunan seperti ini telah tercemar dengan pelbagai agenda orang-orang yang tidak berkaitan yang kadang-kadang menampakkan perhimpuan-perhimpunan ini jauh menyimpang daripada niat asalnya.

Lagi satu kejadian lampu suluh Farahalina adalah kesan diskriminasi terhadap masyarakat. Honey Tan mengajak para peserta untuk bermain suatu permainan dimana atas sebab-sebab tertentu, kami akan maju ke hadapan atau bakal mengorak langkah kebelakang. Dan ini adalah antara factor diskriminasi yang dialami oleh rakyat Malaysia.

Farahalina baru sedar diskriminasi tidak hanya melibatkan kaum, jantina mahupon agama. Diskriminasi boleh terjadi hanya disebabkan kita tidak memiliki segulung ijazah, diskriminasi juga boleh berlaku disebabkan kita memakai tudung. Ya, inilah realiti kehidupan.

Hari kedua di kem adalah hari menerima fakta kehidupan. Sehinggakan otak juga enggan menerima sebarang fakta kehidupan yang terlalu drastik. Kejutan budaya sekejap otak Farahalina.

Satu lagi usaha Edmund dan rakan-rakan yang sangat bagus, bagi Farahalina sekurang-kurangnya, adalah pendedahan dan peluang melibatkan diri dengan fakta kes sebenar.

Secara tidak langsung, pemikiran para peserta dilatih supaya berfikir seperti seorang peguam yang mengendalikan kes-kes tersebut.

Mereka yang mencipta peluang.

Mungkin sedikit cadangan penambahbaikan yang Farahalina rasa akan melengkapkan lagi kem ini. Mengadakan slot-slot dimana para peserta akan diberikan gambaran keseluruhannya tentang elemen-elemen litigasi strategik yang perlu diambil berat bagi menjamin objektif litigasi strategik tercapai. Dan juga, mungkin pendedahan terhadapat perkara asas mengenai proses litigasi kerana rata-rata para peserta kem ini mengharapkan pendedahan tentang proses litigasi dan kemahiran-kemahiran yang penting bagi seseorang peguam litigasi.

Kesimpulan kecil yang dapat Farahalina simpulkan disini adalah kem ini menjadi platform kepada golongan-golongan yang celik ilmu hak-hak kemanusiaan untuk mengetengahkan isu-isu hak-hak kemanusiaan, secara tidak langsung telah memberi kesedaran dan pendidikan kepada para peserta kem.


Tags: , , , , , , , , , ,


People choose their life. I choose to live in positivity. In whatever I do, I believe that family will always come first. And remember, the world does not rule you, YOU rule the world. And yes, to avoid myself from disappointment, I always refrain from expecting too much.

Posted on 3 July 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

7 Responses to Moment Lampu Suluh: Kem Litigasi Strategik

  1. this is very nice farahalina. i wish u become a successful lawyer in the future. ur r my role model now and forever –

  2. chan yen hui

    come la, berjuang bersama!!

    Saya akan kenalkan lawyer perempuan, pakai tudung, berjuang ke saat-saat akhir dan secara kebetulannya, nama mereka juga bermula dengan "F"….Female power.

  3. daniel

    this is very nice farahalina. i wish u become a successful lawyer in the future. ur r my role model now and forever

  4. Marcus

    Thanks for the sharing Fara, and nice to meet you.