Kenapa Yang Berhormat?

Mengapakah Wakil Rakyat digelar ‘Yang Berhormat’ dan bukan ‘Yang Berkhidmat’?

 

Reserved for Members of Parliament only.

Saya kerap bertanya soalan tersebut selama hampIr 20 tahun:- kenapa dipilih untuk mengelar wakil-wakil rakyat dengan istilah “Yang Berhormat” dan bukan dengan istilah “Yang Berkhidmat”? Semalam, saya ditanya oleh seorang pemuda aktivis soalan yang sama! Katanya ramai pemuda-pemudi hari ini kurang senang dengan isitlah “Yang Berhormat” kerana mereka merasakan ia tidak tepat menjelaskan kedudukan wakil-wakil rakyat. Saya setuju.

Pertama, pada faktanya, wakil-wakil rakyat diundi oleh rakyat jelata untuk berkhidmat kepada pengundi-pengundi yang berada didalam kawasan Dewan undangan negeri atau dalam kawasan Parlimen mereka. Mereka tidaklah diundi untuk bermegah atau untuk mencapai kejayaan peribadi sebagai seorang wakil rakyat atau untuk memperkayakan diri. Maka jika mereka menawarkan diri sebagai calon dan diundi untuk berkhidmat, bukankah lebih tepat mereka digelar sebagai “Yang Berkhidmat”?

Kedua, tugas seorang wakil rakyat amat jelas sekali – mereka diundi oleh rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat melalui mewakili rakyat didalam Dewan undangan negeri ataupun didalam Parlimen. Poin penting yang harus ditegaskan dan difahami dengan jelas disini ialah peranan mereka sebagai WAKIL kepada rakyat. Jika mereka mewakili rakyat ini bermakna rakyatlah “boss” ataupun mereka harus mengikuti arahan daripada rakyat. Seorang wakil tidak membuat sesuka hati dengan mengenepikan kebajikan atau kehendak pihak yang membenarkan mereka menjadi wakil. DAlam konteks ini juga amat anih apabila wakil dianugerah sebagai “Yang Berhormat” dan rakyat yang melantik mereka sebagai wakil diletakkan dikedudukan yang lebih “inferior” melalui pengistilahan!

Ketiga, perincian juga harus dibuat terhadap kesan saikologi serta impak diatas wakil rakyat apabila mereka digelar sebagai “Yang Berhormat” dan bukannya sebagai “Yang Berkhidmat”. “Yang Berhormat” merupakan satu istilah yang cukup “presumptuous” dimana wakil itu dianggap bersikap berhormat walhal tempoh perkhidmatannya belum bermula ataupun sedang berjalan. Seharusnya dan secara logik, prestasi seorang wakil hanya dapat dinilai selepas selesainya tempoh perkhidmatannya. Selepas selesai tempoh perkhidmatannya, baru rakyat lah dapat menilai samada ia telah menjalankan amanahnya dengan sebaik mungkin, adakah ia telah cuba mendapatkan pandangan daripada pneggundi-pengundinya sebelum suatu polisi ataupun undang-undang diguabl dan sebagainya. JIka ianya merupakan satu wakil yang tidak efisien, malas atau telah menggunakan kedudukanya untuk kepentingan peribadinya, maka ia menjadi satu wakil yang gagal dan tidak harus dihormati. Maka mana logiknya seorang it uterus dipanggil sebagai “yang Berhormat” selepas menang menjadi menjadi wakil?

Keempat, istiilah “Yang Berhormat” ini lebih menjurus kepada penggekalan pemikiran dan budaya feudalistik dimana pertalian diantara wakil rakyat dan rakyat menjadi seolah pertalian pembesar dan hamba atau marhain. Mungkin inilah sebabnya rakyat jelata telah membudayakan sikap cuim tangan pemimpin-pemimpin politik, terlalu membongkokkan badan apabila berjabat tangan dengan wakil rakyat, gembira setakat dapat bersalam walaupun tidak sempat menluahkan apa-apa kepada pemimpin tersebut dan pelbagai perbuatan lain sedemikian. Seorang yang digelar “Yang Berkhidmat” secara saikoloji lebih mudah dihampiri daripada seorang “Yang Berhormat’. Isitlah “Yang Berhormat” juga meletakkan mereka ditahap yang lebih “suci” daripada rakyat jelata.

Kelimanya, saya percaya istilah “Yang Berkhidmat” adalah istilah yang mempunyai kesan “suggestive” yang lebih positif daripada istilah “Yang Berhormat”. Istilah “Yang berkhidmat” sentiasa mengingati wakil rakyat bahawa tugas mereka ialah untuk berkhidmat kepada rakyat manakala istilah “Yang Berhormat” “suggests bahawa mereka tergolong dalam kumpulan elitis atau kumpulan yang jauh diatas daripada rakyat biasa. Istilah “Yang Berkhidmat” adalah lebih “down to earth” dan mampu mendekatkan wakil rakyat kepada rakyat jelata.

Saya percaya penggunaan bahasa dan isitilah-isitilah tepat mempunyai peranan yang amat penting didalam mempertingkatkan penglibatan rakyat jelata dalam demokrasi yang berkembang. Kita harus mahu berkembang kearah merakyatkan kepimpinan didalam Negara bagi menghindarkan kepimpinan Negara dikuasai oleh golongan bangsawan untuk golongan bangsawan.

 


Tags: , , , , , ,


Jabar tries to walk with God. He has been active in advancing social, national unity and human rights issues for years. He wears many hats and is ever willing to work with any group that promotes the general welfare of Malaysians without any partisan boundaries. Apart from having a busy practice with Messrs Jahaberdeen & Co, he has been active in the various Bar Council committees over the years such the Human Rights Committee, the Syariah Law Committee and the Corporate and Conveyancing Law Committee. He has been passionate in promoting the humanistic face of Islam, and blogs regularly at jahamy.blogspot.com and jahaberdeen.blogspot.com. He thought he could escape the LoyarBurok pull, but instead found himself sucked into larger movements like SABM and UndiMsia!

Posted on 12 November 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

2 Responses to Kenapa Yang Berhormat?

  1. lyetc

    The best way to kill this off is by negative association. If we start calling our Indonesian maids "Yang Berhormat", that might do the trick. If it doesn't then it might elevate people's perception of those invisible people. The very great people eschew honorifics.

  2. KFPanda

    Your point on the feudalistic culture is spot on.

    It is very much the cause for the subservient attitude towards the elected officials etc.! And this attitude is constantly cited as a sigh of "respect" or should I say the essence of Asian values. What bloody nonsense!

    Once again, appreciate the article! I wish I could post this in Malay. But will definitely try next time around. Spent to many years overseas.