As recently as April 29, 2010 Dr. Mahathir was publicly pleading for Perkasa, whose president, Ibrahim Ali, is currently under fire for his fiery and fearsome ejaculations about “Malay nationalism” and other outright racist remarks and threats. LoyarBurok is therefore pleased to reproduce this tat-to-tit response to Dr. Mahathir’s ‘Kaki Dalam Kasut’ written in July 2009 when he brandishes the disgraceful rhetoric that Perkasa uses to intimidate the non-Malay population.

Kehadapan Tun Mahathir,

Saya merujuk kepada artikel Tun bertajuk “Kaki Dalam Kasut” yang ditulis pada 20 Julai 2009 di laman web Tun. Izinkan saya berkongsi pendapat saya berkenaan apa yang ditulis oleh Tun.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan “ketidakadilan” terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

Orang bukan Melayu mempunyai alasan yang kukuh untuk berasa amat tertekan dan kecewa dengan ketidakadilan terhadap mereka di Malaysia. Malah bumiputera bukan Melayu, khususnya Orang Asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak, juga berkongsi perasaan yang sama kerana mereka turut tidak diberikan layanan yang sama seperti orang Melayu sedangkan mereka merupakan penduduk asal negara ini. Berapa banyakkah individu bumiputera bukan Melayu yang diterima masuk dalam sektor kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Petronas?

3. Saya tidak tahu sama ada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

Tun, kata kunci di sini ialah “yang termiskin dan ketinggalan” dan itu tidak mengira kaum Melayu atau bukan Melayu. Sekiranya bantuan diberikan kepada mereka yang berhak tanpa mengira kaum, warna kulit, dan agama dan didapati majoriti yang miskin adalah orang Melayu, ianya akan diterima baik.

Tiada sesiapa akan mempersoalkan dasar sedemikian. Tetapi adalah salah untuk membuat dan memperalatkan sesuatu dasar yang memberikan keutamaan kepada sesuatu kaum tanpa mengira taraf hidup dan keperluan. Malah jika sesuatu dasar itu dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan dan merit, majoriti orang Melayu secara automatis yang akan mendapat manfaatnya.

Sudah lebih 30 tahun DEB dilaksanakan dan masih yang banyak orang Melayu yang miskin dan ketinggalan. Bukankah ini memberi petunjuk bahawa DEB telah gagal dalam perlaksanaannya dan sesuatu yang drastik perlu dilakukan? Jurang antara yang miskin dan kaya semakin bertambah, di mana kekayaan hanya tertumpu kepada sekumpulan individu Cina, India, dan Melayu.

Malah Tun sendiri ketika berkuasa banyak memberikan kontrak kepada rakan-rakan Tun yang bukan Melayu yang kini gah tersenarai antara individu-individu paling kaya di Malaysia. Mengapa? Mengapa Tun semasa berkuasa tidak memberikan kontrak-kontrak tersebut kepada orang Melayu?

Dan dengan menggunakan hujah individu-individu paling kaya di Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang bukan Melayu, Tun beranggapan adalah patut untuk meneruskan DEB dengan memberikan keutamaan kepada orang Melayu dan menghukum orang bukan Melayu yang miskin dan ketinggalan? Bukankan intipati asal DEB adalah untuk membantu semua yang miskin dan memerlukan pertolongan ekonomi tanpa mengira kaum? Sejak bila DEB itu khusus untuk orang Melayu sahaja?

Oh ya, bukankah mengikut kajian antropologi dan sejarah, kebanyakan orang Melayu di Malaysia dan nenek moyang mereka sebenarnya berasal dari dari Indonesia, Thailand, dan India? Malah China? Jadi negara nenek moyang mereka sepatutnya bukan Malaysia, sama seperti saya? Contohnya: Tun sendiri, Khir Toyo, dan Syed Hamid Albar?

4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Apakah dengan adanya DEB sepanjang 30 lebih tahun ini, orang Melayu sudah maju dalam erti kata sebenarnya dan tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang? Pernahkan direnungkan bahawa bilangan orang Melayu yang maju dan tidak ketinggalan sudah bertambah adalah disebabkan pengurangan aras pengukur atau “standard” serta pemberian kuota oleh kerajaan bagi membolehkan mereka diterima masuk menyertai bidang-bidang tertentu? Apakah ini boleh dianggap sesuatu pencapaian yang membanggakan? Bukankah ini menipu diri sendiri?

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

Apakah amat penting untuk orang Melayu dan bukan Melayu yang semuanya rakyat Malaysia berebut-rebut menjadi tuan yang sebenar? Mengapa PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK Melayu seperti Tun begitu taksub dengan misi untuk menjadi “tuan”? Tun hampir betul dengan mengatakan (SEGELINTIR) orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar walaupun sudah 30 tahun DEB diperalatkan untuk memberi keutamaan kepada orang Melayu. Persoalannya, mengapa ini boleh berlaku?

Orang Melayu memegang tampuk pemerintahan melalui UMNO. Keutamaan diberikan kepada orang Melayu dalam perniagaan, ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan, dan sebagainya melalui DEB, tetapi yang masih menjadi tuan adalah segelintir orang bukan Melayu? Mengapa ini boleh berlaku? Bukankah itu sesuatu yang pelik dan aneh? Sedangkan yang berkuasa adalah orang Melayu dan dasar-dasar melibatkan sektor-sektor penting memberikan keutamaan kepada orang Melayu?

Dan Tun, sila perbetulkan kenyataan “orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar” dengan menambah “segelintir.” Saya orang bukan Melayu dan saya langsung tidak merasakan diri saya adalah tuan.

Ketuanan Pin Biru

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

Tun, tolong jelaskan “yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.” Kenyataan ini amat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab. Keutamaan-keutamaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sudah termaktub dalam perlembagaan dan tiada sesiapa boleh mengubah dan meminda fakta tersebut melainkan dengan kuasa 2/3 parlimen.

Apa yang sering dipertikaikan di sini adalah layanan kurang adil dan perlaksanaan yang terpesong daripada peruntukan-peruntukan yang sebenar serta kecenderungan pemimpin-pemimpin politik yang cuba memutarbelitkan fakta yang ada mengikut tafsiran serong demi kepentingan masing-masing.

7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

Terima kasih kerana berkongsi statistik ini, Tun. Ini dengan jelas membuktikan bahawa, dasar DEB yang dilaksanakan selama ini GAGAL! Sekiranya ia dilaksakanakan tanpa mengira kaum tetapi memandang kepada keperluan, nescaya yang mendapat paling banyak manfaat adalah orang Melayu kerana banyak mereka yang miskin adalah terdiri daripada mereka yang “60% dari penduduk.” Mengapa Tun masih degil mempertahankan perlaksanaan DEB yang telah gagal dan cuma menguntungkan segelintir individu?

Sejajar dengan logik Tun (putar belit statistik untuk menyokong hujah dan dijadikan “fakta”), saya merupakan penduduk generasi ke-3 di Malaysia, sama seperti Tun. Mengapa saya tidak boleh mendapat layanan yang sama seperti yang diterima oleh Tun? Saya tiada statistik rakyat bukan Melayu yang lahir di Malaysia yang merupakan generasi ke-3, ke-4 berbanding orang “Melayu” yang berhijrah ke Malaysia, tinggal di sini dalam tempoh kurang dari 3 generasi tetapi mendapat layanan setaraf dengan penduduk asal? Contohnya, Khir Toyo? Syed Hamid Albar? Ramai warga asing di Sabah yang mempunyai MyKad dan berstatus “Bumiputera Melayu”?

Rasanya kenyataan bahawa agihan kekayaan korporat sebanyak30% untuk bumiputra adalah kurang tepat, sebaliknya 30% untuk Umnoputra adalah lebih tepat. Jumlah keahlian Umno adalah lebih kurang 2 juta orang dan ini bermakna agihan kekayaan korporat 30% ini dinikmati oleh Umnoputra – mewakili hanya 7% daripada penduduk Malaysia. Setuju?

Dan adakah Tun dengan sengaja memanipulasi statistik yang menunjukkan sebahagian besar agihan kekayaan korporat itu tertumpu hanya kepada satu kumpulan individu sedangkan Tun patut sedar adalah satu fakta bahawa dalam konteks ekonomi dunia sekalipun, sehingga 80% kekayaan dunia itu adalah tertumpu hanya kepada 20% penduduk dunia? Malah senario ini berlaku di kebanyakan negara di dunia, dimana agihan kekayaan korporat sesebuah negara adalah dimiliki sekumpulan kecil penduduk negara tersebut, termasuk Amerika Syarikat dan Jepun. Kekayaan korporat adalah tidak relevan dan tidak menjadi isu untuk rakyat biasa seperti saya.

Lagi, adakah ia salah orang bukan Melayu mereka dibawa ke sini dan beranak-pinak di sini? Mengapa “kesalahan” yang dilakukan oleh orang lain (British) perlu ditanggung oleh orang bukan Melayu, khususnya generasi baru seperti saya? Orang bukan Melayu tidak mempunyai pilihan melainkan untuk mencurahkan bakti setia kepada negara Malaysia dan apa yang diminta adalah layanan yang adil dan saksama seperti yang telah diperuntukkan kepada mereka di dalam perlembagaan. Itu sahaja, Tun.

8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

Adakah menjadi satu kesalahan menjadi kaya dan merupakan bukan bumiputera dalam suasana ekonomi yang berasaskan prinsip kapitalis dan pasaran bebas? Masih relevankan persoalan kaum dalam ekonomi global yang Tun sentiasa canangkan, umpamanya ketika mempertahankan PPSMI? Mengapa setelah sudah 50 tahun kerajaan BN (yang dipegang oleh orang Melayu) dan 30 tahun DEB dilaksanakan, kekayaan negara masih tidak sampai kepada penduduk luar bandar yang rata-ratanya orang Melayu? Adakah ini salah orang bukan Melayu?

Sekali lagi Tun cuba mengelirukan pembaca. Bukankah hatta di mana negara sekalipun di dunia ini, milikan hartanah yang bernilai tinggi di terutamanya di kawasan bandar adalah dimiliki oleh peratusan kecil daripada jumlah populasi? Perkara ini adalah benar dan ia berlaku di seluruh dunia termasuk negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, bukan sahaja di Malaysia. Adakah Tun terlepas pandang akan fakta ini ataupun Tun sengaja buat buat lupa?

9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

Ya Tun, mengapa? Adakah ini juga salah orang kurang Melayu kerana mampu terus bersaing dan memonopoli kekayaaan walaupun tidak diberikan tongkat ekonomi? Pernahkan Tun membandingkan taraf hidup orang Melayu yang kaya dengan yang miskin, dan orang bukan Melayu yang kaya dengan yang miskin, manakan yang lebih besar jurang perbezaannya?

Mengapa masih ramai orang Melayu yang tinggal di kawasan setinggan tetapi pemimpin-pemimpin politik seperti Tun hidup mewah? Mengapa anak Tun boleh mengadakan parti house warming yang mewah tetapi masih ramai orang Melayu yang hidup merempat? Mengapa pemimpin politik seperti Zakaria Deros dan Khir Toyo yang mampu membina istana indah berharga jutaan ringgit sedangkan masih ramai orang Melayu yang tinggal di rumah setinggan?

10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

Betul. Mengapa peluang-peluang masih diberikan kepada mereka yang “tidak pandai, kurang mahir, dan tidak layak?” Apakah ini akan membantu mereka untuk berjaya? Tun, niat baik untuk membantu orang Melayu memang disambut baik dan berpatutan. Tetapi cara yang digunakan adalah tidak betul, seperti yang dinyatakan oleh Tun sendiri “jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.”

11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

Tun, sekarang ialah tahun 2009, bukan 1959. Social engineering perlu berubah mengikut realiti semasa. Jika kita asyik berbalik kepada sejarah kita dan hidup dibayangi masa lampau kita tidak ada maju. Adakah orang India Navajo perlu meminta supaya kerajaan Amerika Syarikat membuat dasar seperti DEB dengan alasan sejarah lampau?

DEB betul dilaksanakan tanpa kekerasan dan rampasan, tetapi ia juga secara sistematik telah menidakkan peluang ramai rakyat Malaysia hanya kerana mereka bukan Melayu! Berapakah bilangan rakyat Malaysia bukan Melayu yang bijak pandai diambil dan dimanfaat oleh negara jiran Singapura dalam membangunkan negara tersebut kerana mereka tidak diterima di negara sendiri? Bukankah ini satu pembaziran? Malaysia “membesarkan,” memberikan pelajaran dan tempat tinggal kepada mereka hampir 20 tahun, dan selepas mendapat keputusan cemerlang tidak digunakan dengan baik oleh Malaysia sebaliknya “diserahkan” kepada negara jiran?

Tentangan orang bukan Melayu, malah juga oleh ramai orang Melayu yang tidak mendapat manfaat DEB adalah terhadap perlaksanaannya yang cuma membantu segelintir pihak. Merujuk kepada statistik yang dikongsi oleh Tun, jurang kemiskinan semakin besar dan bukannya bertambah baik setelah DEB dilaksanakan.

12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan – kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

Bukankah itu sesuatu yang wajar dilakukan sejajar dengan konsep perkongsian kuasa antara kaum yang dicanangkan oleh Barisan Nasional? Saya memang tidak setuju dengan konsep BN yang memilih calon berdasarkan kaum, bukannya kebolehan dan kelayakan. Ini tidak harus dianggap suatu “pengorbanan,” sebalik rakyat Malaysia yang “terkorban” kerana ramai calon-calon dan pemimpin-pemimpin dipilih mewakili mereka hanya kerana mereka adalah dari kaum tertentu, tanpa melihat kepada kemampuan individu tersebut.

13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

Tun, bolehkah Tanah Melayu (pada ketika itu) mencapai kemerdekaan daripada British tanpa persetujuan bahawa kerakyatan turut diberikan kepada kaum lain? Bukankah kerakyatan itu diberi dengan bersyarat di mana keutamaan-keutamaan akan diberikan kepada orang Melalyu dan bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia? Mengapa Tun mengatakan ia diberi tanpa syarat biasa sedangkan Tun tahu itu tidak benar? Mengapa Tun masih mengungkit peristiwa lampau? 50 tahun orang bukan Melayu tinggal di Malaysia, masih tidak cukupkan untuk membayar budi orang Melayu menganugerahkan kerakyatan dengan syarat tersebut? Berapa lama lagi perlu diungkit isu “penduduk asal” dan “pendatang” ini, Tun? Setiap kali BN atau Umno merasakan ia akan hilang tampuk pemerintahan?

14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan “Tanah Melayu” digugur dan cantuman negeri – negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

Tun, adakah ini relevan untuk dipersoalkan? Bukan masih ramai orang Melayu yang gah mengaitkan nama Malaysia sebagai Malay (Melayu)-sia? Mengapa sesuatu yang telah dipersetujui satu masa dahulu oleh semua pemimpin-pemimpin Malaysia, dijadikan isu oleh Tun?

15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

Bukankah ini juga telah dipersetujui oleh semua pemimpin-pemimpin – Melayu, Cina, dan India ketika Malaysia mencapai kemerdekaan daripada British lalu dimasukkan dalam perlembagaan negara? Mengapa Tun perlu mempersoalkan isu ini? Bukankah ini adalah syarat supaya Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan, satu trade-off?

16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

Berapa lama dan banyakkah lagi korban yang juga perlu dibuat oleh orang bukan Melayu supaya orang Melayu puas hati?

17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

Apakah Tun fikir yang orang bukan Melayu tidak berkorban demi membantu saudara-saudara Melayu mereka? Apakah mereka berpuas hati ditidakkan banyak peluang mereka hanya kerana mereka dilahirkan bukan Melayu? Apakah perasaan Tun sekiranya Tun bukan Melayu?

18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

Dengan rencana ini, terbukti Tun masih berada di takuk lama. Tun masih berfikiran bahawa dalam era dunia globalisasi tanpa sempadan yang mencabar ini, isu dan politik perkauman masih sesuai diperkatakan? Mengapa Tun hanya menyentuh kepada pengorbanan orang Melayu? Mengapa Tun tidak menyentuh jasa dan pengorbanan orang bukan Melayu dalam membangun dan memajukan negara ini?

19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya – lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, kenyataan berbaur perkauman dan yang boleh membawa perpecahan harus dielakkan, terutama yang datang daripada pemimpin seperti Tun.

Agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hanya akan adil sekiranya ia berlandaskan keperluan, bukannya identiti kaum dan warna kulit. Tun membuat kenyataan yang bercanggah apabila menyatakan “mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya” sedangkan Tun nampaknya cuba membuat hujah-hujah untuk menyokong perbuatan tersebut dari poin 2 hingga 18 dengan alasan ia adalah patut dan wajar kerana “orang Melayu lebih banyak berkorban berbanding orang bukan Melayu.”

Apakah tujuan Tun menulis artikel di atas dengan melagakan orang Melayu dan bukan Melayu yang boleh menimbulkan rasa curiga dan kurang puas hati antara kaum? Adakan ini membantu membina perpaduan negara ke arah suasana yang aman damai?

1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Oh ya, Tun masih belum menjawab soalan pensyarah tersebut, apakah Tun pernah fikir untuk meletak diri Tun di tempat orang bukan Melayu bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Sekian,

Saya, rakyat Malaysia yang bukan Melayu.

LB: Emphasis in bold were supplied by LB. This letter was originally published in the author’s blog which also features an English translation of this open letter.

See Also:

Che Det: Mahathir’s Man in the Mirror by Kwan Will Sen

Related Internet Links:

i) Dr. Mahathir opens Perkasa’s AGM – The Star

ii) Two peas in a pod – Perkasa and Dr. M – Free Malaysia Today

iii) Minorities Cry Foul – Al Jazeera (NSFW x3)


25 replies on “Surat Terbuka kepada Dr.M: “Kaki Dalam Kasut” (atau dalam mulut?)”

  1. So, what's next?

    Another long replies?

    Racist remarks?

    History lesson?

    Lee Kwan Yew, Singapore the best?

    Malaysian Malaysia?

    Poem?

    THIS IS MALAYSIA.

    :-)

  2. Wow! Racism at it best. Here we go again.

    Btw, Long replies for short statements by Dr M.

    kenntzen on 5 May, 2010 at 10:32 am

    I am glad that the author made effort to translate to Bahasa Melayu.

    LOL! Apa daa …

  3. ya..setinggan memang ramai melayu…melayu indon..tinggal lama2 di malaysia,tiba2 dpt tanah pampasan sebab tinggal di setinggan..pandai betul indon2..kita dok bercakar pasal kaumlah itulah inilah, diam2 org luar datang take advantage..padan muka semua……

  4. wow such fiery comments!

    I, too share the belief that there should be only 1 type of integrated school. I know many chinese who does not have any single friend of other race. Language is unity (or an important factor)

    Anyway, no one listens to Ibrahim Ali and Mahathir. People in Kelantan don't bother about them, they treat them as clowns

  5. To

    Mamak Kutty a/l Nevertellthetruth and his gangs

    You ruled Malaysia more than 2 decades

    What you want Malaysia to be ?

    You and your gangs keep on your old style to rule us

    What you want Rakyat to be ?

    You and your family already billionaires

    What you want poor Rakyat to be ?

    Your cronies and gangs at least millionaires

    What more your gangs want us to be ?

    When Rakyat fight for their very basic rights !

    Your gangs named them traitor, racist and disloyal.

    When Rakyat unite to live in peace and harmony !

    Your gangs create disorder or chaos to us.

    When Rakyat calling themselve "Anak-anak bangsa Malaysia"!

    You and your gangs shout and bark "Ketuanan Melayu".

    You and your gangs are real destroyers of the country !

    You and your gangs are real cowards of the country !

    You and your gangs have done more harm than good to the country !

    You and your gangs have no sense of compassion !

    What else you and your gangs need from RAKYAT ?!

    How old can everyone goes ?

    Can you and your gangs can go more 100 years at age ?

    Yes……… ?

    No……….. ?

    If I am your age , I will teach the young to love each other.

    If I am your age , I will do more donation and charity works.

    If I am your age , I will help to form a better government.

    If I am your age , I will help to rebuild a better education system for the nation.

    If I am your age , I will help to rebuild a better judiciary for the country.

    To you, Mamak Kutty:

    "A liar always liar and without feeling ashame"

    To your gangs:

    "Some people have so much respect for their superiors they have none left for themselves. "

    Peter McArthur

    Tomorrow is Mother's day to all.

    I wish all mothers having a wonderful day and coming days and years.

    I also wish my mother-land will be having good years soon.

    I love you, mother !

    I love you, Malaysia !

    Saya anak bangsa Malaysia

  6. It is a sad story for both Sabah and Sarawak for joining Malaysia. Just look at Brunei and Singapore to see the answer.

    Sabah and Sarawak is being raped by Malaya till dry, all the oil and timber from the two states is being used to finance all the failed projects and also to feed all the Umno zealots.

    Ask the Iban and Kandazan, they are being marginalized. Now the government even want to make the country into an Islamic state, did Sabah and Sarawak agree to join an Islamic state in the first place?

    September 16 is a day for mourning, a day of shame for Malaysia.

  7. When will Malaysians, especially the non-malays come to their senses and stop believing the UMNO racist politicians in whatever they say, especially on trying to change and all that jazz?

    Never in a million years will those UMNO racist malays ever change – they are a disgrace to their own race and a sorry case for a human being.

    Transparency, integrity, dignity?……….give me a break, the UMNO racist morons don't even know how to spell the words, let alone understand what they mean.

  8. Who wants to stay home and serve here where meritocracy gives way to racial preference? I am a two-time graduate in University Malaya (masters and bachelors degree) and I used to hope that my children could enter a local university someday.

    But with sliding university ranking and invisible barriers to keep non-malay students away, I have changed my mind. If I have the opportunity and money avails itself, I will send my children to overseas universities and ask them to emigrate there. We can rot and die here, but not the children.

    This brain drain is not a problem to Umno at all. In fact, Umno is happy to see more and more of our talents leaving. Their power base will then be more secure.

    All this started with Dr Mahathir. He believed that a half competent malay was better than a fully competent non-malay to serve the nation. This is clearly reflected in the progressive exclusion of non-malays from teaching profession academia, public service and other areas in the public sector as well GLCs since the early 1980s.

    During Dr Mahathir ethnic cleansing of the Malaysia public service, thousands of qualified non-malays left the country for Singapore, Australia, New Zealand, etc. Such departure was view positively by Dr Mahathir – it meant that there were more positions available for malays. That short-term thinking has had dire consequences.

    During the regional economic boom of 1990s, Malaysia prospered. There was plenty of money. Incompetence and corruption did not matter – a failure could always be rectified through bailout; high costs (e.g. Proton) could always be neutralised through subsidies (for export) or higher prices (for local consumption).

    The scenario today is different. Competition is stiff. Newcomers such as Vietnam are breathing down our neck. Giants (India and China) have awakened and are marching unimpeded.

    Malaysia needs to exploit all its resources to meet the global challenge. Ignoring 40% of its most valuable resource (e.g. human capital – Indians, Chinese and East Malaysians) is no way to meet the challenge.

    Badawi needs to put in place a policy for exploiting the most valuable resource Malaysia has – its people, including the Indians, Chinese and others. Otherwise, this resource will move away to the competitors of Malaysia.

    If deployed properly, the talents will be a source of competitive advantage. If not deployed appropriately, the talents will become a source of relative competitive disadvantage for Malaysia when they end up in other countries.

    Majority of the non-malays work in multinational companies. With the rate our government and GLCs pissing off these MNCs! These MNCs are moving out of Malaysia.

    Get real! Why majority of the non-malays don't work inside GLCs? What do you think they would do when these MNCs are gone? Work in GLCs or emigrate outside Malaysia?

    Some of my friends are always skeptical of Singapore.

    Of course, Singapore intention is to protect their own interests (isn't what a government is for) – talented people are very mobile nowadays. Singapore also encounters brain drain to the West (US, EU, Australia), so they need new talents to come in.

    They prefer Malaysians, as there are cultural ties – easy to adapt to the environment (multiracialism, language, weather, etc), like their Mr Everest climbers.

    But they also welcome white mans, Thais, Indians, and Hong Kong Chinese too etc. Just take a MRT ride or go to the housing estate – you see many foreigners (not the illegal immigrant type).

    We have our own national interests and should protect it, but we have more outflow of talent than inflow. Just see how we treat the economist who had a different method of calculating the bumi ratio of the economy – how to attract talent?

    Some of my Malaysian friends have been offered citizenship and a few have accepted……….so those talents not going back to Malaysia.

    Singapore is following US policy, US still attracted the best brains from all over the world regardless of color, check out the composition of employment in term of nationality in Silicon Valley and Nasa, you will know why it succeed, America is land of immigrants.

    Umno policy is that if Umno cannot have it no other Malaysian should have it. Umno prefers a Mat Salleh (because that is a temporary situation) to have it rather than any other non-Umno Malaysian to have it.

    I have been advising my relatives and friends for a long time since years ago – to encourage their children to apply for a Singapore scholarship to attend a university in Singapore even it that means she/he has to serve Singapore for 10 years.

    At least, that will provide him for the future. So what is 10 years! He is free to utilise his talent as he pleases after that 10 years. I have 3 nephews who got Singapore scholarships, then served the Singapore government and are now working and being successful in Hong Kong and America.

    They are heads of multinational companies. They will never be allowed to succeed in Malaysia because there is identification of race with jobs. All jobs even slightly connected with the Umno government must have malay employees. That is the new NEP.

    Dear Malaysians, I don't understand why the brains should not leave this country. The malays are definitely feel threaten by these brains, so we rather let them leave the country.

    Malaysia pays peanuts and racially biased! That is why! Simple as that! Go to England, Australia and even the US hospitals and take a count of how many Malaysian born doctors are there, good doctors, man!

    I traveled the world over and have lived in UK, Australia and the US. I have talked and met to these doctors. They not being unpatriotic, it is the Malaysia that is not doing the right thing!

    I think Singapore should attack Malaysia and expand its territory to southern Johor. All the Indians and Chinese should migrate to southern Johor, and together with Singapore, forms a new Singapore.

    Ex-Malaysians in exiles like myself will support this feasible plan. I am sure millions of overseas and mainland Chinese and Indians are excited about my suggestion.

    When all the Muslim brothers from Uganda, South Africa, Sri Lanka, Pakistan, Nigeria, Indonesia etc etc, become bumis and enjoy the handout from NEP, there will be the day when the malays realize that they are being marginalize by its own Umno policy.

    You can start counting the increasing numbers of Mamak in politics!

    In Malaysia, we Malaysian Chinese just need to compete with fellow Malaysians only (where mostly lazy people). Easy to become rich – as we are governed by stupid and lazy people.

    We can easily own several houses, luxury condos, own a bungalow at good location, as own and drive luxury cars in Malaysia.

    In Singapore, not so easy, we have to compete with Singapore Chinese, Hong Kong Chinese, China Chinese and Taiwan Chinese. Not easy to become rich as Singapore government too smart.

    Malaysia will continue to lose its talents not only to Singapore, and other countries but the Umno malays don't give a damn. Their thinking is so long as the malays benefit, the country can go to the pigs and dogs.

    They hold the entrenched view that it is better for Malaysia to be another Zimbabwe or Nepal if being in the ranks of Singapore and Japan means malays losing out to the others.

    Lim Keng Yaik said that Singapore was a small country, so it was easily to govern. In fact, it is not so. Because of its size, it lacks most of the factors of production that we learn in economics.

    Land is scarce, and its domestic market is small. However, it recognises that what it has is its labours. No wonder that it is wooing all the brains from Malaysia, since Malaysia does not appreciate them.

    Instead, Malaysia seems to be attracting the top criminals as shown by the sharp increase in crime rate. Malaysia with its oil, tin, rubber, oil palm etc, will forever not be able to beat a small country like Singapore because of its incompetent leaders and their cronies who are only interested in their own pockets.

    Before the NEP, UM was one of the top universities in the world. After the NEP, it has become trash because it rejects the best minds. The only pro of NEP is if you are in Umno or a friend of theirs.

    All the Singaporeans I have met were very nice to me and treat me like one of theirs. We are the same people and I am always in favour of reunification with Singapore.

  9. Then let me re-quote Lee Kuan Yew:

    Singaporean politician Lee Kuan Yew of the PAP, who publicly questioned the need for Article 153 in parliament, and called for a "Malaysian Malaysia".

    In a speech, Lee Kuan Yew bemoaned what would later be described as the Malaysia social contract:

    "According to history, malays began to migrate to Malaysia in noticeable numbers only about 700 years ago. Of the 39% malays in Malaysia today, about one-third are comparatively new immigrants like the secretary-general of Umno, Dato Syed Jaafar, who came to Malaya from Indonesia just before the war at the age of more than thirty. Therefore it is wrong and illogical for a particular racial group to think that they are more justified to be called Malaysians and that the others can become Malaysians only through their favour."

    Eventually, and Singapore became an independent nation in 1965, with Lee Kuan Yew as its first prime minister.

  10. For Royal Professor Ungku Aziz to say that there was no social contract between the founding fathers of our nation, this has put a nail in the coffin on those ultra-malays who still see Ketuanan Melayu as a cornerstone for race relationships in this country.

    While other matured and well-developed nations have put to rest the "master and slave" relationship among the various races, it baffles the mind of thinking people why should such policy still remain relevant in this 21st century here in Malaysia. We might call our British colonial masters 'Sir' or 'Tuan' in the early days but after half-a-century of independence, don't you think that such thinking is out of date?

    Malay rights have been ensconced in the federal constitution and cannot be taken away unless by a two-thirds majority in parliament subject to the malay rulers approval. No one doubts that in the early days, the bumis especially the malays, needed affirmative actions to take them out of their cycle of poverty to be on par with other races, especially the Chinese.

    But the NEP has outlived it purpose and it should be replaced with a new policy which will eradicate poverty regardless of creed and race.

    The playing field should be more even and let the best among the best compete among themselves in order for our nation to progress in the future. Why should rich malays with their 'right political connections' obtain a big slice of the economic cake while the poor people are denied such opportunities to get them out of their cycle of poverty?

    To be a respected race, the malays must discard the notion that the government will always have to provide them with opportunities in studies and business as if it was their birth right. The malays should be able to compete with the other races on an equal footing and work hard to improve their lot rather than expecting handouts from the government.

    Ungku Aziz, a towering malay whose intellectual thinking is way ahead of his time, has opened a Pandora Box's with his outright statement that there is no written 'social contract' among the various races prior to independence. Umno politicians will now cry foul about his daring statement as they will always use the Ketuanan Melayu bogey to win the hearts and minds of the malays to support their cause. .

    But the malays cannot be in a denial mode anymore. We must accept the fact that in the brave new world that we live in where people and capital move to places where no restrictions are imposed, the old way of doing business by having quota systems will drive capital away from our country and the people will suffer in the end if business opportunities pass our shores.

    The malays should look at their Singapore brethren who are no less the worse although unlike their Malaysian cousins, they does not have any NEP policy to get a leg up in society. There is no short cut for success unless you work hard for it.

  11. chinese from Malaysia…U racist..dont even claim your"r Malaysian… Malaysian Malaysia not belong to people like u….

  12. Mahathir mudah lupa,

    bapa Mahathir dari India,

    Mahathir dah tua,

    selepas memerintah sekian lama,

    Rakyat Malaysia telah dilupa,

    umnoputra kaya-raya,

    anak sendiri kaya-raya,

    Mahatir sudah lupa…..

  13. ""An incapable leader is just only can unite a race instead of a nation in a multi-racial country""

    Gem of the day

  14. Sifat lemah merupakan asas penting untuk membina ketamadunan satu-satu bangsa diatas muka bumi ini. Faktor geografi, iklim dan segala kekurangan yang ada dieksploitasi supaya menjadi baik untuk meneruskan kehidupan dan memenuhi keperluan bagi mencapai sebuah situasi yang kompetatif. Hebat dan berjaya. Itulah gambaran akal yang terbatas memikirkan tentang kehidupan ini.

    Begitu dangkal lagi sempit pemikiran jasad, walhal pemikiran rohani melepasi garisan sempadan ini. Dapat menyeberangi alam kubur. Dapat melintasi garisan sidratulmuntaha termasuk perkara-perkara ghaib lagi samiyat yangmana berkemungkinan tidak pernah Tun M memikirkan perkara ini secara detail dan terperinci sebagaimana beliau memikir negara ubi keledek Msia kita ini.

  15. melayu babiputera aka son of the pig….we all learn sejarah parameswara from palembang…so all the melacca sultan's are all pendatang..kesultanan pendatang melaka….this F up race melayu babi will only regress from now onwards till the end of time…please go to topix malaysia to see my future debate thanks:)

  16. Tuan,

    Brilliant observations by Bong Chan Siong. As a Malay (though its a bit difficult to really say whether there are any "100% pure Malays" these days – even among those who claimed to be so?) I do accept most of the arguments by Chan Siong – I only wish that many more of our 3rd or 2nd or 1st generations "non-Malay" Malaysians could command such an excellent Bahasa Malaysia as him/her (my apology, but I can't figure out from the name about the gender of the writer, this, despite having lived in Malaysia with our Chinese friends for over 50 years now – quite shameful admittedly).

    Obviously, Malaysia has not achieved the real "melting pot" status like the US, for example, for various reasons. I believe this "melting pot" concept is the key to the future of Malaysia, and it takes a lot of efforts and sacrifices on the part of every citizen, irrespective of his/her ethnic background to achieve it.

    From my observation of the relatively successful US melting pot experience, two of its "success factors" are having a common national language, i.e. English (though by all means any ethnic group could maintain its mother language) and a national school/education system (the phenomenon of having ethnic-based private schools system in the US came latter; even then it has a core "national" curriculum).

    This is NOT happening in Malaysia since we became an independent nation. Instead, each of the major ethnic groups in Malaysia (Malays, Chinese & Indians) maximized its "rights to its own education system as enshrined in the constitution" to further carve its own place in the education landscape of the country. This exercise of "democratic rights" as enshrined in our constitution has inadvertently created conditions that are not conducive for a common melting pot; instead we now have several "pots" – the Malays/Bumiputras with their Bahasa Melayu and sekolah kebangsaan, the Chinese with their associations and their sekolah "jenis" kebangsaan China and our Indian friends with their Tamil/Hindi language and sekolah "jenis" kebangsaan Tamil. Of course we do have relatively minute number of "crossovers" with Malay/Indian(?) students in sekolah jenis kebangsaan China/Tamil, and Chinese/Indians in sekolah kebangsaan.

    The dire results can be starkly seen now! As a Malay, and in the context of the melting pot, I'm personally pi**ed off to see some of our 2nd, 3rd and 4rd generations non-Malay politicians and millionaires/billionaires still talk in Bahasa Malaysia at the level of some of our tourists! And likewise, I missed the opportunity to master a tourist-level Mandarin/Hindi despite having Chinese/Indian friends, shameful, of course! But that is another issue.

    On top of this time bomb, add in the implementation failures of NEP and the lingering wanting/disenchantment among Malays on its supposed benefits (of course they have nobody else to blame but their politicians), the ever widening economic gaps between and within the ethnic groups, and our evergreen race-based politicking… I sometimes wonder whether it is realistic to really solve this humongous problem!? One thing for sure, if it is not solved in the next decade, there is a high chance of another "racial explosion" quite like the May 1969 incident (maybe the 3rd and 4th generations Malaysians don't quite remember/know about this); the only difference then is of course, we would be talking about "megatons", not the "TNT-equivalents" of the Hiroshima bomb. Then and only then perhaps, we who claimed ourselves Malaysians would achieve our melting pot objective, literally, that is?!

  17. Tun in memang hipokrit orangnya…bergelar diri sebagai bumiputra tapi berasal dari Kerala, India…bertopengkan mamak serta berlagak sebagai bumiputra (son of soil???)…masalah nya kebanyakan bumiputra percaya kata-kata tun bercabang dua tu…depa nie masih fikir depa lah yang genius…tiada seorang bumiputra yang lebih cerdik daripada depa, depa boleh main kepala bumiputra dengan sesuka hati je…mereka ini pun sanggup dan rela ditipu oleh kepada mamak ini…Mamak nie lebioh sesuai digelar sebagai 'Bapak Penghancur Negara'…twin-headed cobra or anaconda…

  18. Tak sangka juga bekas PM boleh beri pendapat yang bolhe dikatakan untuk jaga kepentingan dirinya saja….tak patut betul sebagai generasi muda bukan melayu….sia – sia saja respect orang macam nie.

  19. Begitulah hebatnya bila Islam bertakhta dalam setiap diri yang bernama manusia. Islam boleh menyatupadu segala perkara. Islam adalah syumul. Islam menambat segala hati-hati yang mati menjadi hidup. Menerangi kegelapan dan kelam jahil. Islam itu saudara bukan musuh. Islam itu satu hidangan dan satu tujuan. Islam mengajak manusia kasih akan negara akhirat bukan dunia. Islam mengajar manusia cari kebenaran bukan penipuan dan kejahilan.

    Islam segala-galanya hingga dapat meroboh segala kemungkaran atas muka bumi ini.

  20. Terima kasih Mahathir.

    Maaf saya tak panggil dia Tun kerana Tun itu pangkat dunia sahaja. Saya bukan melayu tetapi saya beragama Islam dan asal ayah saya adalah "pendatang" dari negara asal usul Mahathir. Ayah saya sedar akan status beliau sebagai "pendatang" dan sepanjang hidup beliau, beliau sering menyedarkan anak-anak beliau bahawa kami adalah "pendatang". Di atas sebab dan dasar "pendatang" kami tidak meminta-minta seperti bangsa Melayu. Susah dan senang kami lalui juga kehidupan di mukabumi Malaysia. Kami tidak merampas rezeki orang Melayu dan rezeki yang kami dapat adalah usaha kami sendiri. Kami tidak menceroboh dan merampas rumah orang melayu tetapi kami beli rumah untuk kami duduk walaupun harganya mahal.

    Adakah kami bersalah kepada orang-orang Melayu? Kegagalan orang Melayu adalah disebabkan oleh orang Melayu sendiri. Cuba kita lihat siapa yang tinggal di istana mewah jika tidak raja-raja melayu dan golongan bangsawan termasuk Mahathir dan adakah mereka ini merasai kepayahan penduduk setinggan yang dikuasai oleh orang melayu. Adakah raja-raja Melayu termasuk bangsawannya menjejak kaki dilorong-lorong sempit rumah setinggan?

    Mahathir adalah orang tua yang sudah lupa bahawa beliau pernah memerintah negara ini sekian lama. Semasa beliau menjadi PM, apakah tindakan beliau untuk memajukan ekonomi orang melayu. Kenapa semasa beliau berstatus PM tidak melakukan perkara berikut:

    1. Hapuskan sekolah aliran bahasa cina dan tamil.

    2. Memperluaskan tanah rezab orang melayu.

    Tapi yang beliau buat?

    1. Disuruh anak-anak melayu bercakap dengan menggunakan bahasa penjajah konon-kononnya nak capai Malaysia Maju. Mungkin dia kurang membaca sejarah bagaimana Jepun, Korea dan China menjadi negara pengawal ekonomi dunia. Sekolah mereka tak ajarpun bahasa penjajah.

    2. Tanah rezab melayu kian mengecil. Kenapa tentu Mahathir dapat memberi jawapannya.

    3. Bagaimana pula "Top-Up" fund untuk syarikat tertentu terutama syarikat anak-anak beliau dengan menggunakan wang rakyat.

    Mahathir selalu mengatakan MELAYU MUDAH LUPA tetapi sebenarnya Mahathirlah yang sudah lupa. Dia lupa semasa dia berkuasa. Dia lupa yang dia adalah "Pendatang" seperti saya. Dia lupa yang anak-anak beliau disuap dengan wang rakyat sedangkan rakyat kelaparan. Dia lupa yang dia mempunyai beberapa buah rumah mewah sedangkan ada orang melayu tidak mempunyai rumah. Dia lupa yang dia naik kapal terbang kelas satu sedangkan ramai orang melayu naik keretapi kelas tiga. Dan akhir sekali dia lupa tentang dosa-dosa yang dilakukan kepada rakyat negara ini.

  21. Tun thinks he knows everything! What is dangerous is the false logic and reasoning. He was/is arguing from one particular standpoint – the Malay position. When talking about Tanah Melayu and how they have "sacrificed" that, he forgets that the Peninsula is much smaller compared to Sabah and Sarawak. If he were to take the position of the Ibans, Dayaks, Kadazan…he will start talking about how his "Land Below the Wind and the Land of the Hornbills" had been colonized by the Melayu. He will be showing proof how his people have been trampled upon by the ugly and new "Colonialists" – the Melayu. He will be pointing out the position of the Orang Asli in Tanah Melayu and telling everyone to be careful of the Malays. He will be stirring them with How step by step every term of our Malaysia Agreement has been trampled upon and set aside.

    How we people in Sabah and Sarawak were unlucky not to have a leader like Lee Kuan Yue of Singapore who was willing to fight to preserve the dignity of his people. How we made the mistake of not taking the opportunity of leaving the Melayus to themselves as we only joined to form Malaysia "together" with Singapore. That we Sabahans and Sarawakians are now paying the price by the masters of the policy of divide and rule.

    It is not a wonder that Tun has not been able to walk in the shoes of the non-Malays or anybody! But he imagines that he is the same stature as Nelson Mendela. Mandela would have fought for the freedom of all men. Mahathir would fight only for the Malays! Mendela would have fought side by side with the downtrodden regardless. Mahathir would fight for the downtrodden Malays..the rest can go back where they came from.

  22. I am glad that the author made effort to translate to Bahasa Melayu.

    Hope that more Malays could read this article as what kicdefelle and zaidibrahim did to put across this in Malay language.

    We could see very clearly the respond on both zaidibrahim and kickdefella malay language article written in their blogs increased drastically.

    1. The author wrote this post in his blog (linked above) in Bahasa Malaysia. It was then later translated to English.

Comments are closed.