Anti-ISA protest arrestSekiranya matlamat Utusan Malaysia adalah untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dengan menyiarkan rencana bertajuk “Melayu jangan jadi bacul” tulisan Noor Azam, maka akhbar tersebut telah berjaya mencapai matlamatnya. Rencana tersebut telah membuatkan saya begitu marah sehinggalah saya menyumpah dan mencela skrin komputer saya.

Kemarahan yang meluap-luap ini tidak pernah saya rasai, walaupun telah banyak rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia yang saya baca. Kemarahan saya bukanlah disebabkan saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh rencana tersebut. Saya, seperti ramai yang lain, begitu marah dengan rencana tersebut kerana ia telah meniupkan api perkauman dengan melaga-lagakan orang Melayu dan orang bukan Melayu di negara ini.

Saya tidak mahu membuat ulasan tentang perkara-perkara berkenaan dengan beberapa parti-parti politik yang disebut di dalam rencana tersebut. Politik adalah seni hentam-menghentam, kritik-mengkritik dan balas-membalas. Dan Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar politik, walaupun ia juga memuatkan berita-berita sukan, hiburan dan luar negara. Jadi biarlah ahli-ahli politik dan parti-parti mereka menjawab dakwaan Utusan Malaysia.

Apa yang saya ingin katakan di sini adalah berkenaan dengan sentimen perkauman yang dibakar oleh rencana tesebut.

Mengikut rencana tersebut, hak-hak orang Melayu kian dicabar oleh orang-orang bukan Melayu. Kononnya perkara tersebut semakin menjadi-jadi sejak akhir ini. Tetapi, walaupun begitu banyak “peringatan” dan “amaran” yang diberikan, orang Melayu masih tidak “bangkit” dan “bangun” untuk mempertahankan bangsa mereka. Maka rencana itu bertanya, adakah Melayu sudah menjadi bacul?

Apakah yang dimaksudkan dengan “bangkit” dan “bangun”, yang diseru kepada orang Melayu oleh rencana tersebut? Walaupun tampak tegas dan garang, rencana tersebut tidak pula menyatakan apa yang dimaksudkan dengan perkataan-perkataan tersebut.

Saya petik dari rencana tersebut:

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangun bangun juga. Pertubuhan Melayu – yang lama dan baru – hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja. GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan Melayu yang sangat besar dan penuh bersemanga pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan. Pemimpin Umno, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaran sahaja.

Maka “bangkit” dan “bangun” bukanlah “seruan”, “amaran”, “mengeluarkan kenyataan”, “membuat laporan polis” seperti yang telah dibuat sebelum ini. Kita boleh membuat kesimpulan bahawa “bangkit” dan “bangun” merujuk kepada sesuatu tindakan yang lebih agresif daripada apa yang dilakukan sebelum ini. Persoalannya, apakah tindakan tersebut? Memberontak? Berdemonstrasi? Membuat rusuhan kaum? Saya tidak tahu dan saya berpendapat bahawa pihak berkuasa haruslah membuat siasatan tentang apa yang dimaksudkan dengan “bangkit” dan “bangun” untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi unsur-unsur hasutan.

Inilah yang membuatkan saya begitu marah. Di kala rakyat jelata sedang berganding bahu untuk merapatkan jurang kaum dan agama dan membina sebuah negara Malaysia yang lebih maju, Utusan pula membangkitkan isu perkauman. Tatkala Perdana Menteri kita memperkenalkan konsep “1Malaysia” yang inklusif dan bertujuan untuk memupuk perpaduan, Utusan pula secara terbuka telah mendakwa bahawa apa yang dikehendaki oleh orang Cina dan India adalah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar.

Menurut rencana tersebut:

Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.

Saya tidak tahu sejak bila orang Melayu melantik Kumpulan Utusan Melayu untuk menjadi jurucakap kami. Saya sendiri tidak pernah dan tidak mahu Utusan Malaysia untuk bercakap bagi pihak saya. Saya juga tidak percaya bahawa Raja-Raja Melayu ada mengambil Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi mereka. Saya percaya mereka juga sudah tentu tidak bersetuju dengan rencana tersebut.

Saya sebenarnya tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan “hak-hak orang Melayu dicabar”. Setahu saya, apa yang dikatakan sebagai “hak Melayu” itu telahpun termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ianya tidak boleh dipinda atau dimansuhkan dengan mudah dan perlu persetujuan daripada Majlis Raja-Raja. Maka retorik yang sering dimainkan bahawa hak-hak tersebut semakin hilang hanyalah mainan politik golongan tertentu.

Tetapi dengan sendirinya, rencana tersebut telah meluaskan “hak-hak Melayu” kepada perkara-perkara seperti kedudukan-kedudukan tinggi di dalam perkhidmatan awam dan kerajaan. Saya pun tidak tahu di mana dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur mestilah berbangsa Melayu.

Adakah perlu kita penuhkan kakitangan awam kita dengan orang-orang Melayu sahaja? Adakah dengan berbuat demikian, kita dapat memperkasakan bangsa Melayu? Adakah kemiskinan dan masalah sosial yang melanda orang Melayu akan terhapus hanya kerana jawatan tinggi dalam kerajaan dipegang oleh orang Melayu? Kalau begitu, mengapakah saya masih melihat anak-anak Melayu terbiar tanpa pembelaan? Mengapakah kekayaan negara masih tidak disalurkan kepada orang-orang Melayu yang memerlukannya?

Jika kita ingin negara kita bersaing dengan negara-negara lain, kita tidak boleh melihat semua perkara melalui kanta etnik. Kita perlukan yang terbaik tanpa mengira warna kulit dan keturunan. Institusi-institusi awam adalah milik semua dan bukannya “institusi Melayu”. Tidak ada guna sekiranya institusi-institusi tersebut didominasi dengan bangsa Melayu, tetapi semuanya tidak efisyen, tidak efektif dan dibelenggu dengan penyelewengan. Nasib Melayu tidak akan terbela hanya kerana institusi awam dipenuhi oleh orang Melayu.

Saya percaya orang Melayu akan dapat membela nasib mereka sendiri. Jangan sangka Melayu itu bangsa yang bodoh dan malas yang sentiasa memerlukan jaminan dan pertolongan dari kerajaan. Jangan hina Melayu sebegitu rupa!

Saya percaya ramai yang telah muak dengan sentimen perkauman yang sering dimainkan oleh Utusan Malaysia. Ini bukan kali pertama dan saya percaya ia bukan kali terakhir. Tetapi sampai bila harus kita memberi muka kepada media yang mengganggu-gugat keharmonian kaum seperti ini?

Terimalah kenyataan bahawa orang Melayu telah berubah. Mereka tidak mudah termakan dengan umpan perkauman yang disajikan oleh pihak-pihak tertentu. Rencana tersebut tersasar, kerana orang Melayu tidak bacul. Orang Melayu kini semakin matang, semakin kritikal dan semakin berani. Mereka sedar bahawa arus perubahan sedang melanda dan mereka tidak takut menghadapinya. Orang Melayu kian faham bahawa saingan dari dalam dan luar negara tidak dapat dielakkan. Orang Melayu tidak lagi melihat bangsa lain sebagai musuh yang sentiasa ingin merampas hak mereka.

Yang bacul dan penakut adalah mereka tidak mahu berubah dan masih berpegang teguh kepada agenda perkauman yang sempit dan melemaskan.

Syahredzan Johan adalah seorang peguam muda dan seorang rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. Dia melihat dirinya sebagai seorang pengkritik politik dan pengulas sosial. Tetapi dia sebenarnya...

54 replies on “Tidak, Melayu tidak bacul!”

  1. En. Syahredzan,

    It will be people like you who make this country a great nation. But alas I fear there aren't enough like you to make a difference …… I hope I am wrong.

  2. Syahredzan,

    You have said something that has been crying out to be said for the longest time. You have my utmost respect. Please continue to speak up for the sake of our country.

    Kee Thuan Chye

  3. Kalau pakai surat khabar utusan untuk lap punggung…maka akan menjadi kotor and busuklah punggung itu..

    Artikel yang bagus dan bernas. Hip..hip… Horay!! 3x

  4. Well said Shah, Utusan and others of their ilk would like to see this country of ours go down in flames with their inflammatory comments and manipulations in pursuit of their own agendas which have nothing to do with Patriotism, race or religion and everything to do with greed and lust for money and power. Your voice of reason helps to tip the scales back both to inform and educate as well as allow the rest of us to keep the faith, that there are the good among us.

    P.S I am a Malaysian, have always declared myself a Malaysian and will continue to declare myself a Malaysian…

  5. Berani kah kerajaan isakan semua editor2 utusan meloya yg racis saperti mereka buat pada reporter akbar cina itu???

  6. Kalau semua rakyat berfikiran mcm Utusan dan umno,sampai bila Malaysia boleh capai wawasan 2o20 yg di slogan oleh si Mamak kutty itu?hanya dlm mimpi agak nya…

  7. bro syah,

    malays like you should be LEADING US the rest of the country (including chinese indians ibans kadazans) to properity and peace…

    gua caya sama lu ..!!

    NO NO NO NO NO to gerombolan united malays national organisation.

    from a malaysian chinese.

    4RAKYAT

  8. Saudara Shah,

    U are the hope of fella Malaysians…

    Tabikku buat saudara….

    Mangkuk@Cina Kg

    Kg.Melayu,Pg

  9. Hi Syah,

    You're writing is superb. I really want to salute you personally if i could. We all, Malays,Chinese,Indian and other ethnic born together at same Gov/Pri hospital, Play at same Play ground, Studied at same school…..So think…its basically 99.99% of the daily routine we doing together…Esp when working…Thats what 1Malaysia means. Then why utusan still want to seperate all???Macam Katak dibawah Tempurung la news paper nie…

  10. Imagine all the people living life in Peace..You may say

    I am a dreamer but I am not the only one. I hope someday you will join us and the world will be as One.

    John lennon.

    Love is never afraid of giving too much..

    Brotherhood of man.

  11. Hi,Shah

    You and your like-minded Malaysians will make this country a great nation.Carry on!

  12. The whole politic scenario here is only for the benefit of

    few "Elite" who direct from the comfort of their offices.

    When the show is over, the majority so called Emotional- Supporters just back to their daily life scratching their heads struggling to pay housing & car loan , children education expenses , water & electric bill , insurance premium , credit card statement , mobile phone bill ,

    personal-loan interest ,medical bill,car maintenance and bla , bla…

    Did I overlook to mention any bill supposed to be paid ?

  13. Saya berasa gembira dan terharu semasa membaca rencana Saudara Shahredzan. Gembira kerana merasakan negaraku Malaysia masih mempunyai harapan dengan adanya saudara-saudariku seperti Shahredzan yang akan memperjuangkan Malaysia dengan sebenar-benarnya tanpa mengira etnik dan agama. Terharu kerana saya telah beberapa kali berfikir untuk berhijrah ke negara lain disebabkan sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh orang-orang seperti penulis Utusan dan pemimpin-pemimpin UMNO.

    Perlukah saya berhijrah kerana perubahan Bangsa Malaysia berintegriti (bebas dari sentimen perkauman dan rasuah) yang kita impikan akan mengambil masa puluhan tahun. Kita semua sedar bahawa sentimen perkauman dan rasuah yang diterapkan selama 50 tahun tidak mungkin berubah dalam setahun dua ini. Perjuangan yang tekad dan pengorbanan yang besar amat diperlukan untuk membangkitkan arus perubahan ini. Oleh itu, kita semua perlu manghargai, mengangumi dan menyokong pemimpin-pemimpin yang berjuang dan berkorban semata-mata untuk membawa arus perubahan negara kita Malaysia. Saya tidak dapat bayangkan diri saya ditangkap, disoal, didera, dipenjarakan atau dibunuh semata-mata untuk memperjuangkan masa depan Malaysia. Itulah risiko yang dihadapi oleh pejuang-pejuang Rakyat Malaysia setiap hari, contohnya TBH. Bolehkah saudara-saudari sekalian bayangkan diri saudara-saudari menghadapi risiko tersebut? Mampukah saudara-saudari mengambil risiko tersebut? Jika tidak, saya menyeru dan merayu saudara-saudari sekalian supaya menyokong sepenuhnya perjuangan dan pengorbanan mereka-mereka yang saya sebutkan tadi demi masa depan anak-anak Bangsa Malaysia.

    Terima kasih Saudara Shahredzan Johan, kami rakyat Malaysia memerlukan orang-orang seperti saudara.

  14. apa kata kita buat laporan polis on Noor Azam dan lihat apa tindakan yang diambil… ISA??

    dan pengurus akhbar 'ugutan' (ops!… utusan) melayu masih tak "SACK" beliau???…

    Tuhan Selamatkan negara ku – malaysia

  15. Everytime that stupid paper write bad about other races i really feel ashamed because my good neighbors are other races and so are many my colleagues.I really hope umno sack those monkeys at utusan,they are doing a disservice to malays.People will think we are so narrow minded,extreme,suka kacau buat hal,c'mon stop the bloody nonsense

  16. dear loyarburuk,

    my special thanks to you. i hope there will be more malay brothers like you. together you and i can make malaysia a more prosperous country…even more successful than singapore.

  17. Hello Syah, I don't know you and I also don't

    know how to thank you! You are great and deserves to

    be a Home Minister for PR after the next GE!

  18. saya sokong tutup ajer dengan surat khabar TAK PAYAH ATAU PERLU DITANAM mementingkan diri dan nafsu saja…… utusan meloya dan bertaik………

  19. [quote]

    Hamzah: Akhbar yang setaraf Utusan cuma layak buat bungkus belacan saja! [/quote]

    [quote]

    nick chan abdullah: Utusan boleh buat lap punggung kot [/quote]

    TAK SETUJU!!!

    Bungkus belacan akan mencemarkan belacan.

    Lap punggung akan rosakkan punggung yang seksi tu.

    utusan malaysia hanya sesuai untuk menutup BANGKAI penulis rencana yang berbau perkauman ini di tengah jalan raya suatu hari nanti…

  20. Thank you for an excellent article, Syahredzan.

    I salute you, sir.

    "Yang bacul dan penakut adalah mereka tidak mahu berubah dan masih berpegang teguh kepada agenda perkauman yang sempit dan melemaskan."

  21. utusan melayu ni jadi jurucakap pemimpin2 ultra umno yg kuasa mula terhakis.mereka takut kehilangan kuasa dan kemewahan dunia,kita rakyat bawahn dh biasa g-degan kesusahan,takde makna undang2 jika untuk menindas dan menakut2kan rakyat saje.

  22. Saya setuju sangat dengan penulisan diatas.Ulasannya sangat kritik dan bernas.Memang selama ini media arus perdana seperti utusan melayu ini sentiasa membangkitkan isu-isu perkauman dalam artikel penulisan mereka,ini bukan kali yang pertama bahkan dah berkali-kali di lakukan, tetapi tiada pula pihak – pihak tertentu yang cuba mempertikaikannya.Kita pun tidak tahu kenapa penulis-penulis tidak bermoral ini masih wujud lagi di zaman ini.Menulis sesuatu artikel yang tidak beretika,membangkitkan kemarahan,penyeberan pembohongan dan sebagainya.Seolah olah mereka ini adalah 'tembok besi' yang tidak boleh runtuh menyembah bumi untuk sekian lama.Mungkin juga inilah yang mereka pelajari di sekolah mereka dahulu, sampai menghentam dan menghina sesuatu kaum dalam penulisan bukan lagi satu persoalan.

  23. Thanks for the support, everyone!

    Kay Pee,

    Ethnically, the writer is of mixed Bugis-Melayu ancestry.

    Under the Constitution, he is a Melayu.

    But more than anything, first and foremost, the writer is a Malaysian.

  24. Yes Syah , For quite sometime I hardly come across article that come from the heart which touches my heart.

    Regardless of Race, we call Evil = Evil and Good = Good

    and not vice- versa. It's not what goes into the mouth that defiles a man but what comes out of the mouth that defiles a man.

    One need to feel proud to live and feel proud to die on his own but not relying to crutches as long as time can remember.A healthy Man with Dignity will definitely say no to that.

    No one is Bacul if not pampered and became dependent right from young age.At times it is the policy makers that makes one paralyse. Isnt it the commonly said pharse that goes- When the going gets tough , the tough gets going.

    We turn every difficulty and sentimemts into opportunity , 1 Malaysia but not into unrest and disharmony.

    Nothing is politically right which is morally wrong-Lincoln

  25. Let the barking dog bark. It will ultimately get tired of its own barking. I dont think so any right thinking malay is going to run amok with these articles. But a very good article and I hope the writer is a malay. Born and bred in a Kampung up North where my parents were fondly referred to as Tok' Wan and Mak' Wan and yours truly as "Awang" I once again feel safe with people like you. Keep it up bro.

  26. alamak……..why are we all still at THIS!!!for once…. ..lets be colour-blind and be a MALAYSIAN……tell them that is human nature…..why…why…God Save Malaysia.

  27. syahredzan, i hope this get posted every where, and i’m glad you wrote it in bahasa so it will hopefully reach like minded Utusan’s readers… (btw did you send it to Utusan? (if they publish it, baguslah…mereka tidak lah sebacul yang saya sangka))– how apt

    soryani: they are a lot of malays “berhati mulia” if what syah wrote in his article means he’s one…(wink wink) so jean, get to know them, try harder – get out from your comfort zones… sometimes you just have to make the first move… how you see “others” may well be how “they” see you, no?

    from webster's online dict: 1. indonesia bacul means lacking spunk,spiritless 2. malay means cowardly,timid…

  28. I always wanted to say that "Saya anak bangsa MALAYSIA" not anak india / cina / melayu. But i think to achieve that its gonna take ages if newspaper like utusan plays racial cards for its own agenda.

  29. You see, people like Soryani and myself still felt that most Malays think the way Utusan writes. I find that not enough Malays speak up publicly the way you do. In my mind, majority of the quiet ones – are they silently consenting or no? How many of your friends and relatives are as liberated as you are? Please don't take it that I'm fanning racism, I seriously ask this question because I still feel this restriction from wanting to interact with Malays because of possible Utusan-like views they may have.

  30. If all malay thinks like you this country will be a wonderful and peaceful country. Tak sangka ada kaum melayu yang ada fikiran mulia seperti anda… God bless U!

  31. Bagus sekali artikel saudara Shahredzan! Saya bersetuju 100% pandangan saudara! Saya rasa bangsa Melayu sudah pun bangun tak payahlah Utusan Malaysia memekik nak seru orang bangun bangkit! Buktinya amat jelas dalam demonstrasi Anti-ISA 1 Ogos kelmarin! Bukan sahaja rakyat memperjuangkan hak satu atau dua bangsa, kami berjuang untuk semua bangsa Malaysia! Maka saya syorkan Utusan tukar saja tajuk artikelnya kepada "Bangsa BN sudah jadi bacul!" kerana hanya hak-hak BN ajalah yang makin dicabar!

  32. Saya rasa bukan sahaja Kaum Melayu sudah lama diperdaya oleh pihak-pihak tertentu. Jika kita lihat dalam sejarah kita, topik rusuhan kaum 13Mei69 sering digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat jelata bukan demi tujuan keharmonian tetapi tujuan tersirat sesetengah pihak. Pada hari ini, pihak-pihak tersebut masih ingat bahawa taktik tersebut masih berkesan dan bahawa orang-orang Melayu 'masih bacul' dalam menganggap bahawa tindakan pihak-pihak ini sebenarnya adalah bagi 'kebahagian' orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

    Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang masih beranggappan sedemikian, sememangnya bacul. Orang Melayu hari ini bukan sahaja matang tetapi waras kerana penglihatan mata mereka kini adalah melalui penaakulan sendiri dan bukan melalui kanta mata pihak-pihak tersebut. Orang Melayu faham bahawa jika perubahan tidak dilakukan hari ini, bukan sahaja orang-orang bukan Melayu akan sengsara malah seantereo orang Melayu di Malaysia akan hidup perit kerana yang hidup mewah hanya orang-orang yang erti membina Mahligai bernilai berpuluhan juta dengan wang rakyat yang dikatakan didapati daripada pinjaman bank yang kononnya hanya bernilai beberapa juta ringgit.

    Saya perlu menyatakan bahawa dahulunya saya amat skeptikal mengenai peluang negara tercinta ini dapat bangkit sebagai suatu entiti tunggal iautu bangsa Malaysia. Tetapi hari ini, saya berupaya menepuk dada dan berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia tanpa melihat warna kulitnya.

    Saya akur bahawa ini merupakan suatu perjuangan dan perjalanan yang jauh memandangkan konsep yang cuba diperkukuhkan oleh penulis article di Utusan Malaysia telahpun lama menular sejak 20 – 30 tahun yang lalu. Tetapi bah kata pepatah Inggeris, "Perjalanan beribu batu, bermula dengan jejak(langkah) pertama"

    Marilah beramai-ramai mengambil langkah pertama ini dan moga-mogaan segala usaha kita rakyat Malaysia dalam memperkukuhkan nusa dan bangsa direstui oleh Tuhan tidak kira apa jua kepercayaan kita. Saudara Johan, teruskan memper-'johan(champion)'-kan agenda rakyat AllMalaysia

  33. "Akhbar yang setaraf Utusan cuma layak buat bungkus belacan saja!"

    Ermmmm, belacan boleh buat nasi goreng dan lain2, lagi sedap.

    Utusan boleh buat lap punggung kot

  34. Sybas abang kepada minda yang begitu matang sekali. Aku amat bangga kerana boleh membaca satu karangan yang begitu memberangsangkan. Kaum Melayu sudah lama diperdayakan oleh pihak-pihak yang tertentu. Kini tibalah masa untuk perubahan demi kebaikan masyarakat Malaysia. Kita ini ANAK BANGSA MALAYSIA.

  35. Nicely written, Syah. There's a poll on the right of the page that says who would be your PM?? Maybe you should be on the list!

  36. Friends

    I happen to just finish re-reading a book by Albert Lau

    " A moment of anguish…..the politics of disengagement "

    1) Back in 1964-1965, when Singapore was in the Federation. The actions by Utusan then + now is identical. Back then PAP was able to provide (in Singapore) + attract Malaysians of all races.

    2) Utusan, UMNO, MCA + MIC wanted rid the Multiracial folks. They wanted + got the Singapore Riot of July + September 1965.

    3) UMNO, MCA + MIC were losing support back then to Multiracial Forces, just like now.

    4) The Utusan is saying exactly the same stuffs they said back then. PAP's + Lee Kuan Yew's answer were to the word the same as our Saudara Shahredzan's.

    5) Utusan + UMNO, MCA, MIC, went on a rampage to fan up ridicules communal nonsense in Singapore in 1965, just they are now in Malaysia.

    6)Racial Politics + Corruption together is a cancer, that will eat up the whole nation + goodwill between us. Like cancer, it won't stop until Malaysia cease to function. The only way out is to amputate the forces of disharmony, before they destroy us all.

  37. Totally agree with your article. Orang orang yang bersikap "Ultra Malay" ni memeng hidup dialam hayalan! Dunia dah berubah, persaingan adalah diperingkat global. Tetapi "Ultra Malay" ni masih terperangkap dengan isu isu perkauman yang dah tak relevan. Semuanya hendak diMelayukan – Raja, badan kehakiman, jawatan jawatan dalam kerajaan …. Bukankah Raja itu adalah Raja semua rakyat Malaysia tak kira apa bangsa? Bukankah undang undang itu milik semua rakyat Malaysia? Bukankah kerajaan itu milik semua rakyat Malaysia – tak kira apa bangsa, tak kira apa pahaman politik? Tak ada such thing as "kerajaan Barisan Nasional" Yang ada cuma Kerajaan Malaysia. Kalau ada such thing as "Kerajaan Barisan Nasional" bermakna puak yang tak setuju boleh menubuhkan "kerajaan bukan barisan Nasional"? Masuk akalkah?

    Aku tak pernah membeli akhbar Utusan, Berita Harian, NST! Cuma kekadang aku terbeli The Star. Akhbar yang setaraf Utusan cuma layak buat bungkus belacan saja!

  38. well said, Shahredzan. I really hope that those still reading utusan would not be 'brainwashed' by its writers, if not something untoward is likely to happen in the near future.

Comments are closed.