Saya dilahirkan ke dalam sebuah Malaysia yang aman. Malaysia yang membangun dengan pesat, mengejar modenasasi dan begitu mengidamkan status negara kelas pertama. Saya membesar di dalam sebuah Malaysia yang majmuk dengan pelbagai bangsa dan agama, sebuah Malaysia yang pada dasarnya bertoleransi terhadap kepelbagaian yang ada di kalangan rakyatnya. Saya lahir selepas tragedi 13 Mei 1969 […]