Home » Posts tagged with » Melayu Cina

1Malaysia Dalam Kenangan

Saya seorang Melayu. Bapa dan ibu saya orang Melayu. Jua ibubapa mereka. Saya dilahirkan di awal 60an di sebuah kampung terpencil di Kedah, yang rata-rata penduduknya dibelenggu kemiskinan dan kerumitan. Boleh dikatakan semua penduduk Melayu di kampung tersebut mengusahakan sawah bendang, samada yang memiliki tanah ataupun yang menyewa tanah.