Pepper Lim turun padang!
Kehadapan anakanda Paprika,
Esok, BERSIH 4 akan mula pada pukul 2 petang. Ada beberapa kawan daddy yang tertanya kalau daddy akan boikot perhimpunan ini kerana membaca dua rencana daddy di LoyarBurok yang mengkritik tuntutan BERSIH.
Ya, memang betul daddy mengkritik BERSIH. Daddy masih fikir ia adalah salah bagi BERSIH untuk menuntut Perdana Menteri supaya meletak jawatan.
Tetapi, daddy akan turun ke ibukota hujung minggu ini. Walaupun daddy tidak setuju 100% dengan setiap tuntutan BERSIH tetapi daddy setuju dengan banyak tuntutannya yang lain.
Reka bentuk kemeja T ini di lukis oleh Pepper Lim untuk BERSIH 4.
Daddy boleh naik gila membimbangkan masa depan anakanda apabila daddy berfikir tentang kehidupan yang susah untuk rakyat sekarang. Kos kehidupan sentiasa menaik tetapi tidak selaras dengan kenaikan gaji.
Nak beli rumah, bukan main susah. Harga rumah mencecah jutaan ringgit. Pinjamaan beli rumah pun susah diluluskan oleh bank.
Korupsi dalam kerajaan masih meluasa sehingga negara perlu melaksanakan GST.
Baru sahaja daddy menonton video perompak yang menaiki Toyota Alphard. Penjenayah bawa kereta besar, rakyat bawa kereta kecil.
Mungkin kerajaan tidak akan berubah atau bertambah baik selepas BERSIH. Mungkin kehidupan rakyat akan masih sama selepas demonstrasi esok tetapi daddy akan tetap ke BERSIH. Ini ialah pendirian daddy supaya kerajaan tahu perasaan daddy.
Daddy turun padang untuk masa depan yang cerah untuk anakanda, untuk negara.
Sayang,
Daddy
Read this first: LB Terms of Use
4 Responses to Dear Paprika: Saya Akan Ke BERSIH