Ada yang berpendapat bahawa bercakap tentang kaum atau bangsa adalah sesuatu yang klise. | Source: Image provided by author.

Wan Hilmi mengajak kita bertanya, ‘Apakah lagi relevan perpaduan Melayu?’

Ada yang berpendapat bahawa bercakap tentang kaum atau bangsa adalah sesuatu yang klise. | Source: Image provided by author.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa bercakap tentang kaum, etnik, bangsa dan yang sewaktu dengannya adalah klise (cliché). Tetapi bagi saya, topik seperti inilah yang paling relevan sekarang – kerana sebahagian rakyat Malaysia sememangnya suka memainkan sentimen perkauman, namun sewaktu dan selepas proses pilihanraya umum yang ke-13 berlangsung, ia semakin menjadi-jadi.

Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah seruan yang mengajak orang-orang Melayu bersatu. Ada yang bercakap tentang perpaduan UMNO-PAS, ada juga yang melaung-laungkan,“Melayu sepakat, Islam berdaulat”.

Sebelum pembaca salah faham, saya bukan anti-Melayu. Saya cuma berpendapat politik sempit yang mempromosikan perpaduan di antara orang-orang Melayu sahaja adalah tidak relevan dan tidak sepatutnya diberi tempat di Malaysia!

“Ini ideologi kami, sila hormat pandangan masing-masing. Semua ada hak untuk mengutarakan pandangan.”

Ya, memang betul semua rakyat Malaysia ada hak untuk bercakap, mengeluarkan fikiran dan menubuhkan persatuan, dan ini sudah termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi itu tidak bermaksud orang perlu bersetuju dengan pandangan anda, bukan?

Hak anda untuk mengutarakan pandangan adalah tertakluk kepada hak orang lain untuk memberikan pandangan mereka.

'Melayu sepakat, Islam berdaulat'? | Source: Image provided by author.

“Ala, ajak orang Melayu bersatu je pun salah ke? Bukannya kita hina mana-mana kaum lain.”

Kenapa ‘perpaduan Melayu’ tidak (atau sepatutnya) relevan pada masa sekarang? Dengan rasa rendah diri, bagi saya ia bukan saja salah, malah ia adalah memudaratkan.

Saya mengatakan ia memudaratkan kerana  ia mengajak perpaduan di antara satu kumpulan masyarakat sahaja. Jadi, bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang lain? Pinggirkan saja mereka? Jadi kalau Melayu dah bersatu, apa pula seterusnya? Bermegah-megah kerana dapat menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan majoriti di Negara ini?

Objektif yang tiada nilai.

Rasanya sudah berulang-ulang kali kita dengar atau baca bahawa negara kita terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Saya mengandaikan rata-rata rakyat Malaysia sepatutnya sedar hala tuju Negara kita.

Jadi mengapa kita masih mengejar objektif yang tiada nilainya?

“Ala, racism mana-mana ada. Biasalah tu. Tak payahlah kepo sangat.”

Ya, memang tak dinafikan perkauman ni wujud di mana-mana saja, bukan Malaysia saja menghadapi masalah ini. Tetapi ia tak bermaksud kita tak perlu berusaha untuk menjadi lebih baik, bukan?

Adalah lebih baik sekiranya kita menggantikan laungan ‘perpaduan Melayu’ dengan ‘perpaduan SELURUH RAKYAT MALAYSIA’ kerana kita tidak akan boleh lari daripada realiti bahawa rakyat Malaysia bukan terdiri daripada orang-orang Melayu sahaja.

Saya berharap artikel yang pendek ini dapat mengajak rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi orang Melayu¸untuk bermuhasabah diri. Fikir dalam-dalam dan cerminkan balik – adakah ideologi sempit ‘perpaduan Melayu’ mampu memberi apa-apa manfaat atau kebaikan terhadap tanah air kita yang tercinta ini? Ayuh rakyat Malaysia, mari kita perjuangkan INTEGRATION dan tolak SEGREGATION!

 

Wan Hilmi adalah seorang pelajar yang kini sedang menuntut di sekolah Undang-undang yang terletak di Ibu Kota Kuala Lumpur. Wan Hilmi merupakan seorang pencinta kucing, penagih coklat dan peminat kereta....

4 replies on “Bercakap Tentang Perpaduan Melayu”

  1. Saya bersetuju dgn pendapat Rizqan. Apabila membaca tulisan Dr Mahatir , yang di petik daripada ruangan CUIT, kelolaan Zaini Hassan, bertarikh 2/2/2011, tentang perpaduan melayu , antaranya ….'Hasil daripada sokongan Nik Aziz, orang melayu berpecah tiga '. Baru saya faham, bahawa laungan 'perpaduan' hanyalah terhasil daripada kebimbangan susutnya kuasa BN. Ia bukan bermaksud 'Perpaduan' yang memiliki roh, yang terhasil daripada hati sanubari untuk berganding bahu mencapai tujuan murni dengan cara yang murni . Mungkin perkara inilah yang dimaksudkan oleh W Helmi . Jika maksud perpaduan itu hanya sekadar mengajak orang melayu menguatkan UMNO , dan apabila sudah kuat, masih melakukan pelbagai penyelewengan , yang merugikan orang melayu , maka ia bukan sekadar ' ideologi yang sempit' malah lebih teruk daripada itu. Isu perpaduan sudah dimainkan sejak zaman parti Perikatan , dan bukan perkara baru. Dan ia terbukti sangat berkesan untuk menjadikan UMNO dan BN kekal memerintah. Perkara perpaduan bukan soal fizikal, kelompok atau organisasi. Ia lebih merujuk kepada hati, perasaan, ilmu dan mungkin strategi. Ini kerana, untuk mencapai satu tujuan, mesti mempunyai strategi . Prof Syed Hussein al-Attas pernah menulis, bahawa 'perpaduan' hanyalah dijadikan alat oleh parti pemerintah untuk meraih undi didalam setiap pilihanraya . Tidak berlaku perpecahan melayu Islam seperti yang di gemburkan. Apa yang berlaku ialah usaha satu pihak untuk merobohkan tembok penyelewengan dan mengembalikan keharmonian sejagat, berpaksikan prinsip keadilan, ketelusan dan berhemah. Di situlah ujud satu keadaan 'kecoh' dan tidak selesa. Memanglah, kita terpaksa lalui satu keadaan tidak selesa dalam usaha memperbetulkan apa2 kerosakan . Keselesaan akan muncul selepas daripada itu.

  2. terlalu kolot permikiran mengatakan 'ideologi sempit agenda perpaduan Melayu', perpaduan seluruh rakyat Malaysia telah lama dikecapi dan amalan ini semakin sebati dalam jiwa masyarakat Malaysia. Inilah yang dikatakan hikmah, apabila Melayu menuju kearah titik persamaan dalam perbalahan.

  3. "There can be no black-white unity until there is first some black unity…. We cannot think of uniting with others, until after we have first united among ourselves. We cannot think of being acceptable to others until we have first proven acceptable to ourselves." – Malcolm X

    The UMNO elites are not willing to lose their power and have no intention to lose their power, so they only thing to do to remain power is to attract Malay voters.Thus, the term 'perpaduan melayu' has been taken out of context all this time. It doesn't mean to unite the Malays, it only means to unite the Malays to vote for UMNO and UMNO only. Racial unity as a cause to preserve harmony and peace has long gone. Those Malay supremacists think they are the Malcolm X of the Malays. They don't realize that the Malays are already the majority. The Malays were never been in a losing 'position'. The Malays were never going to be erased from the face of this Earth.

    The main reason for one race unity is to fight as a minority. Should Malays fight for Malay unity when they are already the majority? Should they fight for Malay unity to keep UMNO in power, completely disregarding racial unity, which matters the most? If Malays think they should, lemme welcome them to the 20th century.

Comments are closed.