#PRU13 Langkah-Langkah Mencegah Peti Undi Asal Ditukar Dengan Yang ‘Palsu’

Jika terdapat percubaan untuk menukar peti-peti undi asal dengan yang palsu, ini adalah aktivisme yang perlu yang sah dari segi undang-undang.

Terdapat maklumat terkini ada pihak-pihak akan cuba untuk menukar peti-peti undi (khususnya Parlimen) dari tempat pengundian ke tempat pengiraan (walaupun cuma ke bilik sebelah). Peti-peti undi asal akan ditukar dengan peti-peti undi ‘palsu’ yang sama rupa dan sudah diisi dengan kertas-kertas undi memihak seorang calon. Peti undi ‘palsu’ akan disediakan awal. Kawasan yang disasarkan adalah kawasan 50-50 di mana Pakatan Rakyat menang tipis pada 2008. Kemungkinan juga PACABA akan cuba dirasuahkan atau dihalang dari melihat peti undi terutamanya sebelum pengiraan dibuat dan Borang 14 diisi dan ditandatangani.

PERINGATAN PENTING KEPADA PACABA UNDI SELURUH NEGARA:

1. Ekori setiap pergerakan peti undi Parlimen dan DUN. Pastikan kedua-dua peti undi bergerak keluar serentak dari tempat pengundian ke tempat penjumlahan undi. Ekori kedua-dua kotak walau ke bilik sebelah sekalipun.

2. Bantah kepada KTM jika nampak apa-apa yang diragui pada peti undi sebelum, semasa atau selepas Borang 14 ditandatangani.

3. Tandatangan atas tagging di peti undi.

4. Ekori setiap masa pergerakan peti undi dari tempat pengundian ke kereta polis. Pastikan dalam kereta polis tiada peti undi lain sebelum peti undi dimuatkan.

5. Sekiranya ada kotak-kotak lain dalam kereta, PACABA mesti bantah kepada KTM dan polis. Tahan kereta dari bergerak dan panggil KTM untuk mengira semula jumlah peti undi yang seharusnya berada dalam kereta polis sebelum bergerak.

6. PACABA mesti berusaha untuk berada dalam kereta polis yang sama sepanjang perjalanan. Rakam video dan ambil gambar.

7. Pantau dan ekori kereta polis supaya tidak berhenti di lain-lain tempat. Teruskan perjalanan sehingga peti undi dari semua saluran bagi Parlimen dan DUN sampai selamat ke tempat penjumlahan undi. Pastikan peti undi yang sampai dan diturunkan tidak lebih dan tidak kurang, dan kereta polis kosong sepenuhnya. Rakam video dan ambil gambar.

Tags: , , , , , , ,

Posts by

No lies. Only leaks.

Posted on 5 May 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

2 Responses to #PRU13 Langkah-Langkah Mencegah Peti Undi Asal Ditukar Dengan Yang ‘Palsu’

  1. Pepper Lim

    Nice!

  2. concerned

    loyar bocor, i spoke to ppl who attended pacaba training. he said they never tell him about following the ballot box in polis car to counting center. he said ballots counted at polling center, tallied and sealed in a bag n then signed off.

    How about numerical sequence control? pacaba should take note of serial number ranges of ballot books used in the voting room first thing in the morning. this will help prove fraudulent "swapped" and or "injected" ballots.