Mampukah PAS melaksanakan hukum hudud jika PR memenangi PRU13? | Photo berjudul 'P36: Kubang Ikan, Kuala Terengganu' oleh didiz rushdi
Artikel ini dipetik dari status Facebook penulis.
Sebenarnya memang mustahil PAS akan dapat laksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Buatlah kiraan matamatik.
Terdapat 222 kerusi di Parlimen. Nak luluskan undang-undang hudud memerlukan 2/3 sokongan undian ahli-ahli Parlimen bersamaan dengan 148 undi daripada 222 kerusi tersebut.
PAS meletakkan 72 calon untuk bertanding, PKR 99 calon, dan DAP 51 calon. Kalau PAS menang kesemua kerusi-kerusi yang mereka pertandingkan, mereka masih kurang 76 kerusi untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Kalau ada pun calon PKR yang sesat setuju nak luluskan undang-undang hudud, mungkin maksimum 10 orang sebab mereka rata-ratanya sekular. Itu hanya berjumlah 86 kerusi. Mana nak cari 62 kerusi? UMNO je lah kan, tapi UMNO sibuk menidakkan hudud;PERKASA je nak tapi PERKASA pertandingkan dua kerusi je pun, si Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali. Dua-dua kebanyakan orang benci dan kemungkinan untuk menang adalah setipis atom.
Kalau nak kira calon-calon PR yang melawan UMNO, hanyalah ada 120 orang: PAS 64, PR 55, DAP 1. Kalau semua kerusi dicalonkan UMNO terhadap PAS, UMNO menang (64 kerusi), dan kalau semua calon PAS di 8 kerusi yang tidak ditanding UMNO tu pun menang, masih tak genap 148 kerusi tu sebab hanya 128 kerusi. Memang kalau UMNO dan PAS joint venture pun, tak lepas undang-undang hudud.
Mustahillah MCA & MIC nak cukupkan kuorum meluluskan undang-undang hudud, dan lagilah parti-parti lain kat Sabah dan Sarawak tu. Mati hidup semula tak mahu.
DAP dari zaman azali lagi memang sekular. PKR bawah pimpinan Anwar takkan setuju dengan undang-undang hudud yang dicadangkan PAS sebab nak jaga hubungan parti-parti politik Pakatan Rakyat dan memastikan penyokong tegar DAP dan Melayu progresif anak muda mereka macam saya tak bengang.
Mustahil.
Semua depa wayang je lah si UMNO dan BN ni. Saja nak kelirukan manusia yang tak gunakan akal atau tidak tahu undang-undang. Janganlah percaya cakap ahli politik. Sekian.
Tags: Azira Aziz, BN, Barisan Nasional, GE13, PAS, PRU13, Parti Islam Se-Malaysia, hudud, undian, wayang
This young lawyer harbours hope that one day Malaysians irrespective of ethnicity and religion have equal rights under the law, as we all are before the eyes of God. She is moving with UndiMsia! (http://UndiMsia.com) and will always be an Anak Bangsa Malaysia. (http://SayaAnakBangsaMalaysia.net)
Posted on 26 April 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
Read more articles posted by Azira Aziz.
Read this first: LB Terms of Use
LoyarBurok - An online journal owned by Liberal Banter Sdn Bhd (Company No. 723502-K)
Creative Commons licence to posts | Full copyright in name and logo | *Please internalise our "Read this first!" carefully
9 Responses to Komen ringkas saya mengenai perlaksanaan hudud di Malaysia