Incredible Stuff Our MPs Say In Parliament #1

Members of Parliament are representatives of the constituencies that elected them. They serve the constituency and they are the constituency’s voice in Parliament. What a Member of Parliament (MP) says during Parliamentary sittings is inadvertently reflective of the residents of the constituency. If a MP says something intelligent, it’ll look good on the constituency. If a MP says something not very intelligent…well, you get the drift. This series will highlight excerpts of MPs’ speeches in the Dewan Rakyat in relation to controversial laws, based on the Hansard.

Because context is everything and despite best efforts, the excerpts cannot fully capture the meaning, force, and comedy of the statements, it would be advisable to read the paragraphs surrounding the excerpt in the Hansard for full effect.

Today, we will have a look at what was said by our MPs in relation to the Security Offences (Special Measures) Bill (which was ultimately passed and now popularly known as SOSMA) during the bill’s 2nd and 3rd readings on 16 April 2012. Honorifics and titles are omitted for want of space.

Najib bin Tun Abdul Razak at page 6:

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada sesiapa pun mampu menafikan bahawa selama lebih setengah abad kewujudan ISA, peranan bagi melindungi cara hidup demokratik di negara tercinta ini. Ironisnya undang-undang yang dianggap draconian ini telah memastikan demokrasi hak asasi manusia dan human dignity dilindungi di Malaysia berbanding alternatif lain jika negara ditadbir oleh sistem kediktatoran komunis. Namun masa telah beralih dan peranan ISA telah tiba ke penghujungnya. Kerajaan menyedari hakikat ini dan komited untuk memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih progresif. Hari ini sudah lebih dua dekad pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaysia dan Parti Komunis Kalimantan Utara berakhir. Ideologi komunisme sudah tidak lagi mendapat tempat sebagai asas pemerintahan negaranegara di dunia namun berakhir ancaman ideologi ini tidaklah membawa era keamanan global yang diharapkan sebaliknya ia menyaksikan ancaman komunisme diganti oleh ancaman keganasan antarabangsa yang berteraskan ideologi ekstremisme.

Khairy Jamaluddin at page 19:

Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya, rang undang-undang yang kita dengar dan yang kita bahaskan pada hari ini iaitu Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)  2012 merupakan satu rang undang-undang yang dapat mengimbangi antara tuntutan keselamatan  negara, the security of the nation, dengan izin, dan juga tuntutan kebebasan hak sivil, civil liberty yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ibrahim Ali, Mohd. Yusmadi Mohd Yusoff, N. Gobalakrishnan and Haji Ismail bin Mohamed Said at pages 27-28:

Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Orang yang kenal Yang Berhormat Ketua Pembangkang ini, orang lain jangan temberang, saya 30 tahun lamanya…[Disampuk] Saya tahu. Bersama dalam tahanan ISA dahulu, dua tahun di Kamunting dahulu. Cuma saya hendak maklum juga ini tetapi selamat saya tidak apa-apa. Dua tahun dahulu bersama dengan beliau dan saya dengar beliau bercakap tadi, betul-betul bapa hipokrit… [Tepuk] Memang betul-betul bapa hipokrit. Maknanya betul-betul…

Mohd. Yusmadi Mohd Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]

N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Hei Jambu! Duduklah Jambu!

Mohd Yusmadi Mohd Yusoff [Balik Pulau]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Jambu duduk! Biar beliau habiskan.

N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Penonton video lucah… [Dewan riuh]

Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Penonton video lucah.

Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Diamlah!

Khairy Jamaluddin at page 30 – in relation to section 4(5) of SOSMA:

Sebenarnya kita harus memuji langkah berani daripada pihak polis, daripada pihak KDN sendiri yang menyatakan bahawa mereka tidak perlu lagi 60 hari untuk buat siasatan. Maka 28 hari sudah cukup dan memadai untuk dijalankan siasatan sebelum kes itu sama ada dirujuk ke mahkamah ataupun dibuat tindakan selanjutnya melalui electronic tagging device dan sebagainya. Ini adalah satu kemajuan yang cukup luar biasa yang kita akui bahawa polis pada hari ini sudah menerima dan sudah bersedia untuk menerima perubahan dan pembaharuan yang diberi oleh kerajaan melalui rang undang-undang ini.

And at page 33 – referring to the Perak constitutional crisis:

Kemudian disebut contoh tadi diberi oleh Yang Berhormat Subang bahawa peristiwa di negeri Perak yang ditawan oleh Barisan Nasional sama ada itu detrimental to Parliamentary democracy, saya rasa apa yang berlaku di Perak itu bukannya unconstitutional sebab dapat restu daripada Raja Perak, dapat restu daripada Sultan Perak.

Adalah seorang yang pernah menjadi Lord President. Adakah kita akan buat tanggapan bahawa seorang yang pernah menjadi Lord President itu akan buat keputusan yang unconstitutional, yang melanggar undang-undang dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan juga Perlembagaan Malaysia. Saya rasa tidak baik.

Exchange between Khalid Abd Samad and Bung Mokhtar at pages 35-36:

Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau Yang Berhormat jadi pengganas, tangkaplah.

Khalid Abd Samad [Shah Alam]: Dengarlah. Maknanya, akhirnya ia kembali kepada tafsiran…

Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dua sahaja. Kalau bukan tangkap, tembak.

Khalid Abd Samad [Shah Alam]: Sama ada satu tindakan yang kita buat bercanggah dengan Constitution…

Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau Yang Berhormat jadi ketua pelampau, memang kena tembaklah, tidak payah lari.

Khalid Abd Samad [Shah Alam]: Kalau hendak tahu ia bercanggah dengan Constitution ataupun tidak, ia diserahkan kepada kerajaan untuk mentafsirkan. Maknanya tidak adalah kekebalan.

Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Yang di-Pertua, kalau esok dia jadi pengganas menghuru-harakan negara, saya cadangkan Yang Berhormat Shah Alam ditembak sahaja, tidak payah tangkap.

Khalid Abd Samad [Shah Alam]: Samalah macam dahulu bila ISA diluluskan. Diberikan jaminan yang sama. Akan tetapi at the same time, Yang Berhormat Rembau sendiri mengakui bahawa ia telah disalahgunakan.

Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau tangkap, ia merebak sebab dia menghasut.

Khalid Abd Samad [Shah Alam]: Lalu apa maknanya jaminan yang diberi sekarang? Sama sahaja. It just the same. It is just a repeat of history.

Khalid Abd Samad [Shah Alam]: Do not use this clause seolah-olah ia satu clause yang magical yang akan menjamin keadilan kepada semua yang terlibat dalam arena politiklah.

Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau orang daripada pengganas, macam Yang Berhormat Shah Alam ini, saya tengok berpotensi untuk menjadi pengganas.

Khalid Abd Samad [Shah Alam]: Do not use this clauselah. We are not that stupid. Please, please.

Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau dia kalah pilihan raya Yang Berhormat Shah Alam berpotensi menjadi pengganas.

Khalid Abd Samad [Shah Alam]: Do not insult kalau intelligent…

Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau dia jadi pengganas, orang macam ini tidak payah tangkap, tembak terus.

Ibrahim Ali, again, at page 49:

Saya turut mengambil bahagian dalam perbahasan ini juga sebagai bekas tahanan ISA sebanyak dua kali. Tuan Yang di-Pertua, saya dengar Yang Berhormat Bagan bukan main lagi menyerang Akta ISA sehingga menuntut kerajaan meminta maaf dan sebagainya dan menaruh keraguan terhadap akta yang baru ini. Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, sebagai bekas tahan ISA dua kali, kerajaan tidak perlu meminta maaf terhadap pelaksanaan ISA sebelum ini. Ini kerana pada pandangan saya negara kita selamat, aman dan maju setakat hari ini ialah kerana wujudnya ISA.

And at page 50:

Tuan Yang di-Pertua kalau ada lepas ini masa saya bagi. Lepas ini saya bagi kalau ada masa. Tuan Yang di-Pertua, saya cabar DAP buat kenyataan minta Singapura mansuhkan ISA seperti Malaysia. Ini sebab kita tahu Singapura adalah godfather kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan godfather kepada DAP. Ketiga, kita tahu peristiwa 13 Mei siapa yang mencetus peristiwa 13 Mei. Siapakah yang membakar bendera Malaysia? Siapakah yang memijak Perlembagaan Negara Malaysia kalau tidak di kalangan pimpinan DAP?

Zulkifli Nordin joins the fun at page 50:

Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Yang diPertua, adakah Yang Berhormat Pasir Mas setuju dengan cadangan supaya parti Yang Berhormat Bagan ini, parti DAP ini minta maaf dulu kepada rakyat Malaysia atas perlakuan biadab dan kurang ajar mereka mencetuskan peristiwa 13 Mei yang tercatat dalam rekod sejarah bagaimana mereka menghina, memperlekehkan bangsa Melayu dengan panggilan, “malaise mampus Melayu”, dengan menghina polis Melayu, dengan menghina anak-anak Melayu, menghina orang Melayu di Kampong Bharu dan lain-lain. Bukankah itu sikap yang telah mencetuskan huru-hara yang mencetuskan peristiwa 13 Mei?

Ibrahim Ali getting serious at page 56 and later at page 58:

Sesiapa yang mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, sesiapa yang mempersoalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sesiapa yang menghina kedaulatan Rajaraja Melayu, hak keistimewaan Melayu dan juga hak kaum-kaum lain dari segi kerakyatan, boleh disabitkan juga, boleh ditafsirkan sebagai menggugat keselamatan negara dan boleh didakwa di bawah undang-undang ini, dan cukup dengan bukti-bukti hearsay, keratan surat khabar, tulisan-tulisan yang ditulis dalam blog ataupun ucapan-ucapan yang dirakam melalui tape recorder ataupun video-cam, ini boleh dijadikan bukti. Memang kena buat Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak, tidak ada makna. Macam ada pihak yang mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dengan mempromosi Islam ini sama dengan agama lain iaitu fahaman pluralisme.

Saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara dalam Perkara 153 sepatutnya dimasukkan dengan jelas dalam Jadual 1, rang undang-undang. Mana-mana pihak yang mempertikaikan Perkara 153 tadi, saya memohon paling tidak Ahli-Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, bila berucap minta sokongan supaya perkara-perkara yang saya sebutkan tadi dijadikan sebahagian daripada jika mana-mana pihak mengganggu-gugat apa yang saya sebutkan tadi, memang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan tindakan boleh diambil.

Zulkifli Nordin getting personal at pages 61-63:

Tidak ada locus standi hendak bercakap fasal demokrasi. Tidak ada locus standi hendak bercakap pasal Islam…

Kamu buat sumpah talak tiga, ikrar diri sendiri hendak jadi Ahli Parlimen, sanggup hendak talak isteri sendiri dengan talak tiga…

Mereka ini Yang Berhormat Kinabatangan tidak layak langsung hendak – tidak ada locus standi hendak bercakap demokrasi, hendak pertahankan wanita. Sanggup talak tiga bini sendiri, hendak jaga jawatan. Ini jenis orang…

Yang Berhormat Kuala Selangor hendak cakap apa Yang Berhormat Kuala Selangor? Sumpah talak tiga. Sanggup cerai talak tiga bini…

Yang Berhormat Kinabatangan, ini jenis hendak talak tiga bini sendiri, hendak cakap fasal demokrasi, podah!

Kalau kamu rela, bini kamu ditalak tiga. Sokong mereka tidak mengapa… [Ketawa]

Haji Tajuddin Abdul Rahman on the communists at pages 84-85:

So, this is, Tuan Yang di-Pertua – buka sedikit minda itu. Jangan berfikiran dalam kotak yang kecil. Bila sebut komunis, is communist. Perangai macam komunis itu, seperti Chin Peng pun wujud di kalangan banyak di kalangan daripada… Saya hendak cakap, saya pun kesian juga kalau hendak tuduh-tuduh. Akan tetapi kalau perangai macam Yang Berhormat Bagan itu, this is the man. Father and son dengan izin, perangai macam komunis…

You don’t know, don’t talk, dengan izin. Saya bercakap, saya sudah bagi tahu my Chinese voters, don’t listen to DAP. They will accuse me of being racist. I am not racist. I am telling you, I am not racist. Inilah, ini di Perak. Baru menang sedikit, dapat 18 kerusi di Perak tahun 2008. Tuan-tuan tidak tahu, Yang Berhormat Permatang Pauh pun tak sedar, Ketua Pembangkang…, Chung, cheng! Chung, cheng! Chung! cheng!…

Finally, Haji Ahmad Hamzah on lèse-majesté at page 128:

Adakah tindakan akan diambil terhadap mereka yang menentang Raja-Raja yang baru berlaku. Katakanlah saya tidak pergi istana, saya tidak sihat, saya pun tidak mahu komen perkara tersebut tetapi apa yang berlaku di hadapan kita dua tahun lepas apabila ramai kawan kita berguling-guling di atas jalan raya di hadapan kereta Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Terhadap orang-orang ini, apakah tindakan yang patut kita ambil supaya kita dapat memastikan tidak ada mereka yang menghina Raja. Kita mahu dan saya menyarankan supaya kita perkenalkan undang-undang ala laissez majeste seperti mana yang terdapat di Thailand bagi mengekang perbuatan yang tidak bersopan ini.

The Hansard can be found here. Alternatively, should the link mysteriously disappear, it can be found here.


Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Posts by

SYNew is a humourist who is currently practicing law. Unfortunately for him, not everyone appreciates humour, especially judges. He suffers from a bad case of cacoethes scribendi and he is here to relief his itch. Trying to tweet @S_Y_New

Posted on 20 April 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

2 Responses to Incredible Stuff Our MPs Say In Parliament #1

  1. Norman Goh

    I had a good laugh reading this Hansard. Hahahahaha bunch of monkeys in the parliament.

  2. Pepper Lim

    Nice!