Strategic Litigation Workshops: Workshops yang lain daripada lain

Ringkasan laporan ini ialah cubaan saya untuk menerangkan apa yang saya faham setelah menghadir ke workshop bertajuk: ‘MCCHR-KLYLC/PILU-Strategic Litigation Workshops (‘PILU Workshop’) dan ‘Media Workshops on Strategic Litigation’ (‘Media Workshop’) yang dianjurkan oleh  penganjur utama, iaitu Malaysian Centre for Constitutional and Human Rights (‘MCCHR’), satu-satunya organisasi di Malaysia yang terlibat dalam strategic litigation.

Braille wordings on the handrails in the train station/ photo by Yen Hui

 

1) Siapakah mereka yang terlibat dalam kes mahkamah?

Mereka yang terlibat dalam kes-kes mahkamah ialah individu-individu yang mengalami keadaan-keadaan di mana hak asasi mereka yang terlindung dalam Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli. Individu-individu ini akan dinamakan sebagai plaintif/pemohon.

Responden yang akan dinamakan dalam kes-kes mahkamah ini termasuk pihak Kerajaan Malaysia dan/atau kementerian berkenaan atau badan-badan berkanun kerana pihak-pihak ini mempunyai tanggungjawab untuk melindungi hak asasi individu-individu tersebut.

 

2) Mengapakah individu-individu tersebut mengambil tindakan ke mahkamah dan apakah tuntutan mereka?

Individu-individu tersebut mengambil tindakan di mahkamah kerana hak asasi mereka telah dicabuli. Hak asasi individu-individu boleh dicabuli dalam keadaan seperti contohnya, apabila seorang perempuan yang hamil tidak dibenarkan untuk bekerja untuk kerajaan tempatan, individu yang menyertai perhimpunan yang aman dikenakan tindakan disiplin, individu yang kurang keupayaan dari segi fizikal yang tidak dapat akses atau kurang akses ke bangunan-bangunan kerajaan, buku yang ditulis oleh individu diharamkan kerana menceritakan isu politik, individu ditangkap oleh pihak berkuasa kerana meluahkan pendapatnya yang bercanggah dengan kerajaan dan banyak lagi contoh-contoh.

 

3) Apakah yang menjadikan kes mahkamah ini sebagai kes strategic litigation?

Kes-kes mahkamah yang boleh dikategorikan sebagai kes strategic litigation mesti memenuhi syarat-syarat seperti kes tersebut dapat memberikan satu kesan yang lebih besar kepada masyarakat secara umum atau keputusan mahkamah akan membawa manfaat kepada sebahagian besar rakyat Malaysia dan bukannya hanya untuk sekumpulan individu sahaja.

 

4) Apakah perbezaannya antara kes strategic litigation dengan kes sivil biasa?

Pemfailan kes strategic litigation biasanya berdasarkan dasar kerajaan ataupun undang-undang yang memberikan kesan ketidaksamarataan dan ketidakadilan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia. Oleh itu, pemfailan kes strategic litigation biasanya disalahfahamkan oleh sebahagian rakyat Malaysia bahawa mereka yang membawa kes strategic litigation ke mahkamah bermaksud mereka menentang dasar kerajaan. Tujuan utama pemfailan kes strategic litigation bukan untuk menuntut pampasan daripada kerajaan tetapi lebih mementingkan isu-isu hak asasi rakyat.

 

5) Mengapakah kes strategic litigation penting kepada isu hak asasi?

a.          Pemfailan kes strategic litigation dapat memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia apakah hak asasi mereka.

b.         Pemfailan kes strategic litigation dapat menggalakkan rakyat Malaysia bertindak dan bersuara dengan lebih yakin.

c.          Pemfailan kes strategic litigation dapat membetulkan fikiran dan pandangan rakyat Malaysia bahawa isu-isu kes strategic litigation bukannya menentang ataupun menjatuhkan kerajaan tetapi ia ialah untuk menentang isu-isu seperti ketidakadilan dan ketidaksamarataan yang disebabkan oleh dasar kerajaan dan undang-undang.

d.         Pemfailan kes strategic litigation dapat memupuk semangat rakyat Malaysia menjadi lebih peka dan prihatin kepada mereka yang ditindas atau kurang bernasib baik.

 

6) Apakah anda, seorang peguam, boleh menyumbangkan kepada kes strategic litigation?

a.          Sebagai seorang peguam, melibatkan diri dalam pemfailan kes di mahkamah! Pemfailan kes termasuk peringkat mengambil arahan daripada anakguam, mendrafkan kertas-kertas kausa yang perlu difailkan di mahkamah, membuat kajian undang-undang dan  menyediakan hujahan-hujahan bertulis sehingga ke peringkat menghadir ke mahkamah.

b.         Sekiranya anda hadir di Mahkamah dan diperlukan untuk memberikan maklumat kepada media, anda perlu mampu menerangkan fakta kes dengan ringkas dan proses mahkamah yang diambil dengan menggunakan bahasa biasa dan mengelakkan bahasa perundangan.

 

7) Apakah anda, seorang wartawan, boleh menyumbangkan kepada kes strategic litigation?

a.          Sebagai seorang wartawan, sebelum pemfailan kes strategic litigation, anda boleh menulis artikel, membuat wawancara dan sebagainya untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia dan menggalakkan perbincangan di antara kalangan mereka.

b.         Semasa kes strategic litigation dijalankan di mahkamah, anda boleh melaporkan kes tersebut dengan memberikan topik rencana yang lebih menarik dan dengan isi kandungan yang lebih mengutamakan sifat-sifat manusia (‘human part’), contohnya pengalaman seorang pihak ketiga yang mempunyai pengalaman seperti dengan pemohon/plantif, pandangan dan sokongan (atau bantahan) daripada pihak ketiga, termasuk laporan media luar negara dan sebagainya.

c.          Selepas keputusan mahkamah diberikan, anda boleh menulis artikel, membuat wawancara dan sebagainya untuk memberikan maklumat dan kesedaran serta ‘mengingatkan’ rakyat Malaysia kesan pemfailan kes strategic litigation tersebut dan menggalakkan perbincangan di antara kalangan mereka.

 

Akhir kata, selain daripada ucapan ribuan terima kasih kepada MCCHR kerana menganjurkan Strategic Litigation Workshops tersebut dan pengajar-pengajarnya yang berdedikasi, saya ucapkan tahniah dan syukur dengan kehadiran semua peserta, terutamanya peguam muda dalam PILU Workshops. Saya mengaku saya masih tidak boleh terangkan apakah maksud sebenar perkataan ‘strategic litigation’ tersebut dengan sempurna atau seperti apa yang diharapkan walaupun saya telah hadir ke kesemua sesi Strategic Litigation Workshops serta dengan panduan nota-nota dan dokumen-dokumen yang diberikan kepada saya. Pada pendapat saya dan dalam kepercayaan saya, saya akan faham maksud sebenar ‘strategic litigation’ jika saya terlibat lebih banyak kes strategic litigation dan dengan niat yang bersungguh-sungguh.

Sekiranya MCCHR dan KLYLC mengadakan Strategic Litigation Workshops seperti ini pada tahun 2013/2014, saya katakan ‘jom, jalan!’ kepada anda semua. Tidak kiralah sama anda peguam muda atau tua, anda terlibat dalam media atau tidak, anda tidak mempunyai pengetahuan berkenaan undang-undang, daftarkan diri sahaja, sekiranya anda berhasrat ingin membantu seseorang atau sekumpulan orang yang kurang nasib baik.

Inilah satu-satunya Workshops yang lain daripada lain yang akan mengubah pemikiran dan tanggapan serta masa hadapan anda!

 

Laporan oleh,

Chan Yen Hui

12 Januari 2013

 

Tags: , , , , ,

Posts by

Never dreamt of becoming a lawyer but decided to read law to kill time. Now practising in a law firm, learning to do public interest litigation, and dreams of submitting one public interest case before the Federal Court.

Posted on 21 January 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

2 Responses to Strategic Litigation Workshops: Workshops yang lain daripada lain

  1. chan yen hui

    Sekiranya kamu mahukan (kamu perlu 'memplidkan'- dalam bahasa undang-undang) Mahkamah untuk memberikan satu perintah untuk mengarahkan kerajaan atau jabatannya melakukan sesuatu, ia dipanggil perintah mandamus. Sekiranya kamu mahukan Mahkamah untuk memberikan satu perintah untuk mengenepikan satu arahan atau keputusan daripada kerajaan atau jabatannya, ia dipanggil perintah certiorari.

  2. mayang pinang

    Bagus artikel ini sedikit sebanyak boleh memberikan pemahaman tentang istilah – istilah / bahasa perundangan di Malaysia.