Buat-la!

1. Perhimpunan #KL112 mesti aman. Hak berhimpun dengan aman tanpa senjata dalam Fasal 10, Perlembagaan Persekutuan mesti dipelihara. Sebagai warganegara, peliharakannya dengan baik.

2. Bersama-sama ekshibitkan bagaimana hak berhimpun dengan aman dapat dilaksanakan dengan aman. Bersama-sama mencipta sejarah dalam masa perhimpunan 3 jam tersebut. Ambil gambar. Ceritakan kepada anak-anak.

3. Ingat: tanggungjawab dan tugas pihak polis di bawah Akta Polis adalah untuk menjaga keamanan, lalulintas dan trafik supaya hak berhimpun dan himpunan di bawah Akta Perhimpunan Awam dapat dilaksanakan dengan lancar. Minum air. Guna sunblock.

4. Hormati pihak polis dan pegawai-pegawai keselamatan penganjur. Bersopan. Senyum dengan mereka. Jika boleh, beri bunga. Ambil gambar.

5. Berjabat tangan dengan polis dan pegawai-pegawai keselamatan penganjur, dan mengucapkan terima kasih kepada mereka. Jika boleh, main dengan anjing-anjing dalam pasukan K9 polis.

6. Ucapkan salam (perjuangan) dengan semua. Senyum selalu. Selalu senyum.

7. Jika anda melihat orang buat (atau cuba buat) kacau, menghasut atau disyaki ejen provokasi, beredar dari mereka dan tempat itu dengan segera. Laporkan kepada anggota polis berhampiran, dan rekodkan nama dan nombor polis. Siarkan berita.

8. Meriahkan #KL112. Jangan segan. Jangan malu. Ambil gambar. Sendiri. Banyak. Rakam video. Sendiri. Banyak. Tulis dalam diari. Frame diari dan letak di rumah atau pejabat.

9. Jangan hadir di himpunan hari ini jika anda marah atau mabuk. Tidur di rumah sampai gembira. Makan roti canai dan minum teh tarik. Lepas itu, datang ke himpunan dan berhimpun bersama-sama dengan rakyat.

10. Bersihkan tempat. Benda-benda yang tak diingini (tak termasuk orang atau teman) – walaupun bukan benda-benda anda – sila buang dalam tong sampah berhampiran.

Enjoy!

Life's a sufferance. Lawyering a bore. As Edmund continues various escape techniques to be rid of Lord Bobo’s influence, he crusades with UndiMsia! movers to build strange youth love movements around...

3 replies on “10 Tip Untuk Memeriahkan #KL112”

  1. Assalamualaikum.. Nak tnya,kenapa #KL112 tu guna 112.?
    112 tu tarikh ke.? sekadar bertanya. *wondering*

Comments are closed.