Perkembangan isu Akta Universiti dan Kolej (AUKU) sudah memasuki fasa yang menuntut lebih daripada sekadar demonstrasi dan kata-kata. Ia sudah melalui zaman kegelapan; tempoh kesengsaraan minda siswa-siswi yang digertak dengan ketakutan apakah setiap perbuatan dan tutur kata mereka akan dijadikan alasan mereka disingkirkan daripada meneruskan pengajian di menara gading.

Pindaan yang dilaksanakan masih belum mencukupi. Alhasil, isu ini telah memasuki fasa seterusnya yakni melalui lunas perundangan. Dalam fasa ini hanya hakim dan golongan profesion perundangan sahaja yang mengerti sementara rakyat biasa akan membentuk pandangan mereka hanya melalui media massa dan elektronik. Maka adalah menjadi satu tanggungjawab kepada saya untuk mengulas kes yang lebih dikenali dengan UKM4 ini dalam bahasa yang lebih mudah dan boleh difahami tanpa perlu menggunakan ayat-ayat yang memeningkan dan menyumbat fikiran untuk mengerti maksud ayat tersebut.

Maka adalah lebih baik kita mulakan perjalanan dengan meneliti keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 29 Oktober 2010 yang telah diputuskan oleh Yang Arif Aziah Ali.

Fakta Kes

Pertama sekali, fakta kes telah dipersetujui dan tiada bantahan dilakukan termasuk ketika penghakiman oleh Mahkamah Rayuan. Faktanya mudah: Empat pelajar dari fakulti Sains Politik UKM telah ke Hulu Selangor sewaktu kempen pilihanraya yang diadakan pada 24 April 2010. Kemudian, Naib Canselor UKM telah memberi notis kepada mereka di mana tindakan mereka adalah bertentangan dengan seksyen 15(5)(a) AUKU.

Isu

Isu ini juga adalah sama seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Isunya juga mudah untuk difahami: Adakah seksyen 15(5)(a) AUKU 1971 relevan untuk dijadikan sebagai salah satu sebab Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kebebasan bersuara dan berpersatuan dibataskan. Terdapat tiga sebab yang membolehkan Parlimen membataskan kebebasan ini: national security, public order or morality.

Aplikasi Undang-Undang

Seksyen 15(5)(a) memperuntukkan “no student of the university shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy with or opposition to any political party whether in or outside Malaysia“.
Perkara 10( 2)(c) Perlembagaan Persekutuan pula menyebut “On the right conferred by paragraph c of clause 1 [which is the freedom of association], such restriction can be imposed by the Parliament as it deems necessary or expedient in the interest of security, public order or morality.”

Alasan Penghakiman

Yang Arif Aziah Ali memutuskan bahawa seksyen 15(5)(a) adalah sah di sisi Perkara 10(2)(c) kerana batasan tersebut bersesuaian dengan kepentingan menjaga public order dan morality. Yang Arif telah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Pung Chen Choon [1994]1 LNS 208, di mana kes ini telah memutuskan bahawa kebebasan yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan adalah sesuatu yang tidak mutlak. Dalam perenggan 26, Yang Arif Aziah menyebut,

The restriction as contained in s15(5)(a) is to address the potentiality for disturbance of the life of the student community in the universities which can amount to disturbance of public order and tranquility of the society. The restriction imposed is necessary to maintain discipline of students which is part of public morality and which the students must observe.

2-1 Di Mahkamah Rayuan

Meskipun terdapat dua hakim yang memihak kepada perayu (UKM4), saya lebih tertarik dengan keputusan yang dilaksanakan oleh Yang Arif Dato’ Hishamuddin Yunus. Menurut Yang Arif, kes yang disandarkan oleh Yang Arif Aziah Ali, yakni Public Prosecutor v Pung Chen Choon [1994]1 LNS 208, tidak lagi relevan kerana telah diketepikan dalam kes Sivarasa Rasiah v Badan Peguam Malaysia & Anor [2010] 2 MLJ 333. Terdapat dua perkara penting yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes ini iaitu:

i) Although the article says restrictions, the word reasonable should be read into the provision to qualify the width of the provisio.
ii) Fundamental liberties ( Article 5-13 of Federal Constitution) must be generously interpreted and restrictions that limit the liberties must be read restrictively.

Terdapat tiga cabang alasan penghakiman Yang Arif Hishamudddin pada mukasurat 11 hingga 13:

i. In my judgment I fail to see in what manner that section 15(5)(a) of AUKU relates to public order or public morality. I also do not find the restriction to be reasonable. I am at a loss to understand in what manner a student who expresses support for or opposition against a political party could harm or bring about an adverse effect on public order or public morality? Are not political parties carrying out legitimate political activities? Are not political leaders including ministers and members of the federal and state legislatures, members of political parties?

ii. The impugned provision (s15(5)(a) AUKU) is irrational. Most university students are of the age of majority. They can enter into contracts. They can marry, becomes parents and undertake parental responsibilities. They can vote in general elections if they are 21 years old. They can become directors of company. Yet they are told that legally they cannot say anything that can be construed as supporting or opposing a political party

iii. In my opinion such a provision as section 15 (5) (a) of AUKU impedes the healthy development of the critical mind and original thinking of students. Universities should be the breeding ground of reformers and thinkers, not institutions to produce students trained as robots. Clearly the provision is not only counter-productive but repressive in nature.

Sementara itu, Yang Arif Low Hop Bing dalam penghakiman minoriti (dissenting judgment) bersetuju bahawa kes Public Prosecutor v Pung Chen Choon [1994]1 LNS 208 tidak relevan dan prinsip yang telah dibentangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Sivarasa Rasiah perlu diaplikasikan. Namun begitu, Yang Arif Low memutuskan bahawa seskyen 15(5)(a) adalah munasabah (reasonable). Dalam perenggan 26, Yang Amat Arif menyebut:

The restrictions imposed under s 15(5)(a) pertain essentially to the involvement of students in politics. It is necessary and seeks to prevent infiltration of political ideologies inculding extremities amongst students. This infiltration may adversely affect the primary purpose of the universities which is the pursuit of education. This is significant as university students could well be vulnerable youth capable of being subject to peer pressure and be easily influenced. In essence the restrictions were stated to protect the interest of the students and institutions of higher learning as a matter of policy.

Di akhir penghakiman, Yang Arif Low dalam pandangannya (obiter dicta) menyebut:

Strictly by way of obiter, Parliament may wish to consider an amendment to s.15(5) in particular and the whole act in general so as to bring about a repeal or review thereof. This measure can only be brought by legislative acts.

Pandangan

Penghakiman YA Dato Hishamuddin Yunus telah menjawab jawapan yang diberikan oleh YA Aziah. Penghakiman tersebut sudah memadai dan jika diizikan, saya ingin menambah beberapa perkara:

1. Dalam penghakiman Mahkamah Tinggi, YA Aziah memutuskan bahawa seksyen 15 adalah penting untuk menghalang sebarang kemungkinan berlakunya gangguan terhadap keamanan masyarakat dan menjaga peraturan awam. Dengan rasa rendah hati, saya tidak dapat melihat bagaimana dengan menghalang siswa daripada menyertai parti politik dan memberi sokongan atau bantahan kepada parti politik boleh menjaga keamanan masyarakat dan peraturan awam (public order). Apakah dengan memberi pandangan dan komen yang menyokong mana-mana parti politik boleh menimbulkan huru-hara kepada masyarakat? Apakah dengan menentang mana-mana parti politik boleh menganggu ketenangan dan kestabilan masyarakat? Dalam kes itu sendiri, adakah siswa-siswi sains politik yang hadir dalam kempen pilihanraya boleh mencetuskan gangguan terhadap ketenangan dan kestabilan masyarakat? Apakah dengan menjadi ahli kepada sesebuah parti politik akan mencetuskan pergaduhan dan huru-hara dalam masyarakat? Persoalan ini memerlukan lebih daripada ‘keajaiban’ untuk menjustifikasi keberkesanan seksyen 15 AUKU sebagai instrumen menjaga “public order“.

2. Di dalam penghakima, YA Aziah juga menyebut bahawa seksyen 15 adalah penting untuk menjaga disiplin siswa sebagai sebahagian daripada “public morality“. Saya bersetuju bahawa disiplin siswa boleh dikategorikan sebagai “public morality” tetapi benarkah peruntukan ini mampu menjaga disiplin siswa? Adakah dengan melarang siswa berpolitik (samada menyertai, menyokong, memberi simpati atau membantah) boleh menjaga disiplin golongan siswa? Jika mahu memastikan disiplin siswa terkawal, melarang siswa daripada berpolitik bukanlah jawapannya. Ini kerana aplikasi disiplin itu sendiri luas dan berbeza dari sebuah universiti ke sebuah universiti yang lain. Siswa tidak diwajibkan untuk memakai seragam seperti pelajar-pelajar sekolah. Ada di sesetengah universiti, siswa tidak dilarang untuk keluar dan masuk ke universiti pada jam 3-4 pagi. Siswa tidak dilarang untuk tidak menghadiri kuliah dan tidak juga dipaksa menyertai mana-mana persatuan atau kelab. Jika keputusan tidak mencapai tahap minimum, siswa akan dibuang dari universiti.

Jika dengan berpolitik disiplin siswa tidak dapat dikawal, maka siswa juga perlu dilarang daripada bergiat aktif dalam mana-mana persatuan atau kerja-kerja kebajikan kerana itu juga boleh merosakkan disiplin siswa. Kesemua siswa perlu ditempatkan dalam kampus universiti dan tidak dibenarkan keluar malam; perintah berkurung perlu dilaksanakan jika mahu menjaga disiplin siswa. Kesemua ini, menurut pendapat saya, tidak realistik dan tidak mampu dilaksanakan. Justeru, moraliti tidak boleh dijadikan justifikasi untuk mempertahankan seksyen 15.

3. Dalam penghakiman minoriti, YA Low memutuskan bahawa seksyen 15 adalah penting untuk menghalang kemasukan ideologi politik yang akan memberi kesan terhadap objektif universiti. Ini kerana siswa adalah golongan yang mudah dipengaruhi dan ia juga menjaga kepentingan IPT dan siswa. Dengan penuh rasa hormat kepada intelektualiti dan pengalaman YA, saya tidak bersetuju dengan alasan penghakiman di atas. Kemasukan ideologi politik telah wujud meskipun seksyen 15 juga wujud pada masa yang sama. Apabila menyebut soal ideologi politik, maka IPT dan siswa perlu bebas daripada pengaruh politik, dan politik bukan sahaja bererti parti pembangkang kerana politik juga merangkumi kerajaan, menteri-menteri dan ahli politik. Telah banyak program-program yang diadakan di universiti yang melibatkan ahli-ahli politik dan mereka boleh memberi ucapan, ceramah bahkan diberikan satu slot khas untuk memberi ceramah kepada siswa. Adakah ini tidak boleh dikategorikan sebagai “kemasukan ideologi politik”?

Saya tidak dapat bersetuju bahawa kemasukan ahli-ahli politik ini tidak membawa unsur-unsur politik kerana diri mereka sendiri telah membentuk sebuah entiti politik yang terdiri daripada ideologi dan pemikiran politik. Maka jika kemasukan ideologi politik ini perlu dihalang, saya mencadangkan bukan sahaja siswa tidak dibenarkan menyertai parti politik, tetapi mana-mana individu atau kumpulan yang mewakili parti politik atau yang memberikan simpati atau sokongan kepada mana-mana parti politik juga perlu dilarang dan tidak dibenarkan memasuki universiti dan mengadakan sebarang program di dalam kampus.

Apa seterusnya?

Jika kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan, ada kemungkinan keputusan Mahkamah Rayuan akan ditolak kerana soal munasabah (reasonableness) adalah soalan subjektif yang akan dijawab oleh hakim. Jika ini terjadi, apakah ada alternatif lain untuk “membunuh” seksyen 15?

Saya berpendapat bahawa alternatif kepada isu ini adalah dengan hujah bahawa seksyen 15 ini terlalu luas (broad), kabur (vague) dan tidak boleh difahami. Ia boleh diisytiharkan sebagai “unconstitutional“. Doktrin ini dikenali sebagai “Void for Vagueness“. Doktrin ini telah digunapakai oleh Justice Sutherland dalam kes Connally v. General Construction Co., 269 U.S. 385 (1926). Di dalam doktrin ini, jika undang-undang tidak memberi spefisikasi yang tepat dan membuatkan rakyat biasa tidak memahami atau mengetahui apa yang dikehendaki oleh undang-undang tersebut, maka ia akan diisytiharkan batal dan tidak sah.

Di dalam kes Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Minister of Home Affairs), Malaysia [1969], Tun Suffian mendefinisikan “vague” sebagai:

Vague can be considered as the antonym of “definite”. If the ground which is supplied is incapable of being understood or defined with sufficient certainty, it can be called vague.

Merujuk semula seksyen 15 (5)(a) AUKU, ia memperuntukkan bahawa “no student of the university shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy with or opposition to any political party whether in or outside Malaysia“.

Peruntukan ini menurut pandangan saya terlalu luas dan kabur (vague) kerana ia tidak memberi definisi yang tepat dan tetap mengenai apa yang boleh dianggap munasabah sebagai menzahirkan sokongan, simpati atau bantahan kepada mana-mana parti politik. Apakah bentuk sokongan yang dimaksudkan? Apakah yang dimaksudkan dengan simpati? Apakah pula yang dimaksudkan dengan bantahan dan apakah pula maksud “menzahirkan”?

Adakah menghadiri program-program yang melibatkan ahli politik di universiti boleh diklasifikasikan sebagai menyokong parti tersebut, dan jika tidak menghadiri program tersebut, adakah itu menunjukkan bantahan terhadap parti tersebut?

Bagaimana pula dengan tindakan siswa yang menjadi rakan Twitter atau Facebook ahli politik? Adakah ini juga termasuk dalam peruntukan tersebut? Bagaimana pula jika siswa tersebut membalas komen dan bertukar-tukar pandangan dengan ahli politik tersebut, adakah ini juga termasuk dalam seksyen 15 AUKU?

Peruntukan ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat biasa kerana mereka tidak dapat memahami apa sebenarnya kehendak undang-undang tersebut. Apakah batas-batas dan halangan yang sebenar dalam konteks menzahirkan sokongan, simpati atau bantahan? Saya berpendapat adalah terlalu sukar untuk peruntukan tersebut (menzahirkan sokongan, simpati atau bantahan) dibentukkan terhadapnya satu skop definisi yang tetap dan boleh difahami oleh rakyat biasa.

Kes UKM4 & Akta 174

Ada juga yang skeptikal bahawa kes UKM4 ini tidak akan memberi implikasi kepada siswa secara keseluruhan, terutama mereka yang menuntut di IPT yang menggunapakai akta 174. Setelah meneliti akta tersebut, seksyen 10(1) dan (3) akta 174 memperuntukkan:

(1) No person, while he is a student of an Institution, shall be a member of, or shall in any manner associate with, any society, political party, trade union or any other organization, body or group of persons whatsoever, whether or not it is established under any law, whether it is in the Institution or outside the Institution, and whether it is in Malaysia or outside Malaysia, except as may be provided by or under this Act, or except as may be approved in advance in writing by the Minister.

(3) No person, while he is a student of an Institution, shall express or do anything which may be construed as expressing support, sympathy or opposition to any political party or trade union or as expressing support or sympathy with any unlawful organization, body or group of persons.

Peruntukan ini adalah in pari materia dengan peruntukan yang terkandung dalam seksyen 15 AUKU. Justeru jika seksyen 15 AUKU diisyitiharkan sebagai tidak sah, maka seksyen 10 Akta 174 juga perlu diisytiharkan sebagai tidak sah.

Kesimpulan

Kes UKM4 telah membuka satu lembaran baru dalam sejarah perundangan Malaysia. AUKU telah terbukti sebagai satu instrumen yang telah merantai kebebasan siswa sedangkan instrumen itu sendiri tidak menepati mana-mana justifikasi yang dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya bersetuju bahawa kebebasan dalam Perkara 10 bukanlah mutlak, tetapi batasan terhadap kebebasan ini juga harus selaras dan seiring dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Used to be a part-time contributor in The Malaysian Insider by using the pseudonym 'loyar muda'. When it comes to writing something, he becomes too picky and choosy. He refuses to give opinions or to write...

One reply on “Merantai Dalam Kebebasan – Kes UKM4”

Comments are closed.