Fatwa bertarikh 22 April 1999. Bukan satu pembocoran rupanya. Tetapi, cukup penting untuk dipaparkan di sini. Baca dan bincang!
Status (Identiti) Bayi (Kanak-Kanak) Terdampar (Pungut) dan Penjagaannya Menurut Pandangan Islam
Tarikh Keputusan: 22 Apr, 1999
Tarikh Mula Muzakarah: 22 Apr, 1999
Tarikh Akhir Muzakarah: 22 Apr, 1999
Oleh: Muzakarah Kali Ke-46
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-46 yang bersidang pada 22 April 1999 telah membincangkan Status (Identiti) Bayi (Kanak-Kanak) Terdampar (Pungut) dan Penjagaannya Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Bayi/kanak-kanak yang dijumpai, dipungut atau terdampar di mana-mana tempat di Malaysia di kategorikan sebagai muslim.
- Bayi/kanak-kanak berkenaan di kategorikan sebagai anak jagaan negara dan secara automatik memeluk agama Islam.
Fatwa tersebut juga boleh dimuat turun di sini.
Read this first: LB Terms of Use
2 Responses to LoyarBocor: Fatwa + Agama Kanak-Kanak Terdampar