Abd al-Qadir | Source: Wikimedia Commons
Abd al-Qadir | Source: Wikimedia Commons

E-mel berikut saya tulis apabila ada yang mula bercakap tentang darah murtad halal dalam e-mel sesama kumpulan rakan-rakan lama saya. Inilah, bahaya apabila ilmu belum cukup dibakar oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab.

Moga kita saling ingat-mengingati. Kalau saya silap sila betulkan:

Sebelum kita kata darah murtad halal, dan sebagainya, mari kita renung kisah ni.

Aku baca buku Commander of the Faithful yang dikarang oleh orang bukan Islam (tetapi dipuji Sheikh Hamza Yusuf) pasal Amir Abdul Qadir al Jazairi pemimpin Algeria zaman dulu.

Abdul Qadir ni hafal Quran, ahli tasauf (sufi), ilmu hebat.

Dia pimpin jihad bebaskan Algeria daripada Perancis. Pemimpin jihad ya.

Tapi sebab dia faham Islam, dia tunjuk akhlak Islam dalam berjihad.

Dia bebaskan tawanan perang bila tak cukup makan. Bila wakil paderi datang nak bebaskan seorang tahanan Perancis, Sheikh Abdul Qadir tanya kenapa dia tak minta semua tawanan dibebaskan dan terus bebaskan semua.

Akhirnya dia tewas dalam berjihad. Kerajaan Perancis takut gila nak hukum bunuh sebab takut lagi ramai orang Islam akan berjihad jika dia jadi korban.

Jadi dia ditahan di Perancis. Cerita akhlaknya waktu Perang jadi buah mulut orang Kristian Perancis sampai ramai yang datang nak mengenalinya.

Selepas lama ditahan di Perancis akhirnya dia dibebaskan. Dia begitu rindukan bumi islam jadi dia sanggup tinggal di jajahan takluk Turki Uthmaniyyah dan tidak pulang ke negaranya.

Dia tinggal di Istanbul sebelum ke Damsyik.

Waktu itu timbul rusuhan agama antara puak agama Druze dan Kristian. Sheikh Abdul Qadir secara peribadi bersama pengawal-pengawalnya menyelamatkan 30,000 orang Kristian.

Ramai dilindungi di rumahnya sendiri. Bila orang Islam datang ke rumahnya untuk menyembelih orang Kristian, dia tegur mereka bahawa Islam tak ajar bahawa wanita dan kanak-kanak Kristian ini boleh dibunuh. Macam-macam alasan digunakan oleh orang Islam tu – Sheikh Abdul Qadir ingatkan Islam mengajar bahwa sesiapa yang membunuh seorang nyawa dianggap membunuh kesemua umat manusia.

“Berikan kami orang Kristian!”

“Bukankah Allah kata tiada paksaan dalam agama?”

Kata seorang umat Islam yang biadab itu: “Oi mujahid, kami tak mahu nasihat kamu. Kenapa kau nak campur tangan.”

Seorang lagi menjerit, marah “Kau sendiri pernah bunuh Kristian dalam jihad kau lawan Perancis. Mengapa kau menentang kami untuk membalas dendam penghinaan mereka. Kau pun macam kafir!”

Jawab Sheikh Abdul Qadir “Kamu semua bodoh. Kristian yang aku bunuh merupakan penjajah yang merosakkan negara aku. Jika menentang syariat Allah tak menakutkan kamu, fikirkan hukuman yang engkau akan terima daripada manusia… Saya janji ia adalah dasyat. Jika engkau tidak mahu mendengar aku, maka Allah s.w.t. tidak memberikan kamu akal fikiran – kamu macam binatang yang hanya makan dan minum.”

“Kau ambillah duta-duta kafir tu. Berikan kami orang Kristian!”

Sheikh Abdul Qadir tegaskan: “Selagi mana pengawal aku ada, engkau tidak akan menyentuh mereka. Mereka tetamu saya. Pembunuh wanita dan kanak-kanak, wahai anak-anak berdosa, cubalah ambil orang Kristian ini dan engkau akan belajar bagaimana askarku berlawan… Wahai pengawalku, dapatkan senjataku dan kudaku. Kita akan berjihad untuk keadilan, seperti mana kita berjihad dahulu.”

Allahuakbar jerit pengikut-pengikutnya.

Orang islam yang begitu biadab dengan kemarahan dan kebencian pun mula berkurangan.

Sheikh Abdul Qadir kemudian dapat pengiktirafan Sultan Turki, pemerintahan Eropah malah pistol daripada Abraham Lincoln sebagai tanda kerana keberaniannya mempertahankan Islam dalam hal ini, hatta melindungi orang Kristian. Itulah Rahmatan lil alamin. Satu-satunya bandar di Amerika yang dinamakan atas nama Arab masih wujud hingga ke hari ini, Elkader.

Lebih penting lagi, Imam Muhammad Syamil, ahli sufi dan mujahid yang menentang tentera Kristian Russia di Chechnya dan dipenjarakan di Moscow menulis surat ke Sheikh Abdul Qadir mengatakan tindakannya selari dengan syariah.

Nak tanya sikit, kita ni lagi hebat daripada Sheikh Abdul Qadir ke? Situasi DAP/Kristian sini lagi dasyat dari zaman Damsyik ke?

Aku takut bila tengok orang Islam hari ini melalak-lalak nak pertahan Islam tapi tak faham Islam.

Wallahualam.

Nik Nazmi Nik Ahmad is the ADUN for Seri Setia, and Director of Communications at Parti Keadilan Rakyat. He tweets at @niknazmi.

3 replies on “Tazkirah Ramadan: Jihad Melayu & Jihad Amir Abdul Qadir al Jazairi”

  1. This article talks about the importance of religious rakhis in the festival of Rakhshabandhan.
    Spiritual rakhis represent the power of gods and goddesses and different sacred symbols.
    Sending divine rakhi to your brother in India is a unique way of celebrating Rakhshabandhan in India.
    Raksha Bandhan 2017

Comments are closed.