Berikut adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Kenyataan ini adalah benar dan saya tidak menipu. Saya sumpah, saya tidak menipu. Gambar-gambar ini adalah hiasan semata-mata.
Aku terdorong untuk menulis rencana ini, hasil daripada membaca tulisan seorang timbalan menteri di laman sesawang Sang Bintang, sebuah akhbar yang suatu ketika dahulu amat digemari oleh golongan terpelajar. Aku tidak dapat menyatakan pandangan umum tentang akhbar ini sekarang kerana khuatir akan tindakan undang-undang. Ini adalah kerana aku tidak dapat memberikan gambaran sebenar akan perihal akhbar ini tanpa menggunakan kata-kata kesat.
[vsw id=”vCetbFLceFI” source=”youtube” width=”425″ height=”344″ autoplay=”no”]
Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah menyatakan bahawa sudah tiba masa untuk Barisan mereka mencermin diri. Aku terkesima meneliti kicauan-kicauan twitter, daripada belia-belia yang aku kira bijak, memuji timbalan menteri itu sebagai seorang yang mempunyai pertimbangan yang baik, selain daripada timbalan menteri pengajian tinggi. Menyebut tentang timbalan menteri pengajian tinggi, aku harus akui beliau dan Tengku Darul Naim sahaja ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang rela aku hormati dengan ikhlas. Namun aku tidak mengerti mengapa mereka yang berjiwa rakyat ini masih menaruh harapan pada pertubuhan yang sudah jelas akan kezalimannya.
[vsw id=”WtEfS0rAxt4″ source=”youtube” width=”425″ height=”344″ autoplay=”no”]
Timbalan Menteri yang juga timbalan presiden Persatuan Cina Malaysia melahirkan pendapatnya seolah-olah Barisan mereka itu pernah jujur, pernah memartabatkan perjuangan rakyat, dan layak diberi peluang lagi. Aku tidak hairan, ucapan seperti ini daripada sekutu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu bagi aku cuma retorik semata-mata, suatu percaturan rapi dalam muslihat yang lebih besar, ketika Barisan mereka sedang nazak. Namun aku terpanggil untuk mengingatkan seluruh rakyat Malaysia, terutamanya yang telah menyaksikan sendiri kekejaman, kebodohan, dan kezaliman pihak penguasa yang sudah lebih 50 tahun melahap wang rakyat.
Apa yang berlaku dalam himpunan Bersih 2.0 pada sembilan Julai 2011 bukanlah perkara baru. Malah mahluk-mahluk penguat kuasa ini pernah bertindak dengan lebih kejam lagi sebelum ini. Cuba kita kenang kembali perhimpunan Bersih 2007, perhimpunan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu Tamil, perhimpunan aman “Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat” dan kalau ada yang masih ingat perhimpunan Reformasi 1998. Perkara yang sama telah berlaku berulang kali, cuma kali ini, mereka kelihatan seperti dirasuk semangat jahat ketika membuli rakyatnya yang tidak melawan, malah ketidakparwaan mereka begitu terserlah apabila mereka membidik kearah hospital. Kini cuma tinggal puluru hidup sahaja sebelum taraf Barisan mereka sama dengan Likud dan Kadima Israel.
Apa anda masih kabur akan kezaliman Barisan itu? Apa anda lupa akan segala kebodohan dan penindasan yang telah mereka lakukan dengan menyalahguna kuasa? Apa anda lupa akan Firaun yang telah menjahanamkan sistem perundangan kita? Apa anda lupa siapa yang mencium keris mendahagakan darah si Tiong Hua? Barangkali doktor itu benar dalam ujarannya, barangkali kita memang mudah lupa? Barisan inilah yang terus membakar api perkauman 13 Mei 1969, peristiwa Memali, peristiwa Kampung Medan, yang Cina menipu Cina, yang India menipu India dan yang Melayu menipu semua. Nun jauh di sana pula, Raja Mahmud menipu sekalian cucu-cicit Rentap, jiranya pula terus dirompak kekayaan sehingga menjadi miskin dibawah bayu.
Penipuan terbesar Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ini adalah janji mereka untuk menjaga orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Pertubuhan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas menipu Melayu. Rajanya yang bergelar Maha Firaun itu pula tidak habis menipu Raja-raja Melayu dan Tengku Darul Naim. Tahun seribu sembilan ratus sembilan puluh tiga menjadi saksi kepada cita-cita Maha Firaun itu merajakan dirinya.
Akhbar pertubuhan tersebut yang lidahnya Syaitan belaka, telah memainkan perasaan rakyat sehingga hampir-hampir melahirkan satu republik. Melayu pada waktu itu masih segar dengan penipuan sebelumnya iaitu dikatakan Melayu itu punya raja, diharuskan taat pada raja dan tidak boleh derhaka, jika derhaka maka jatuhlah Tulah. Maka disebabkan tipu muslihat sebelumnya, menjadi sukar untuk Raja Firaun itu bertakhta dengan sebuah Republik, seperti teman pesaingannya Maharaja Cina di selatan itu.
Akhbar itu masih begitu, dulu kini dan selamanya menipu. Gambar rakyat menjulang Jalur Gemilang diubahnya untuk menipu, ratusan ribu dibilangnya ratusan sahaja. Kali ini penipunya lebih ramai. Ketua hulubalang turut menipu, menteri dalam negeri pun menipu, menteri kesihatan pun menipu, kapitalis hospital pun menipu, malah isteri Perdana Menteri pun menipu. Bertapa sombongnya mereka ini sehinggakan Pak Google pun hendak ditipu.
Jangan pula kita lupa akan tipu-tipu yang dahulu. Pelabuhan Klang siapa menipu? KWSP siapa menipu? Enjin Jet siapa menipu? Kapal selam siapa menipu? Ibrahim Libya siapa menipu? Jambatan selatan siapa menipu? Darul Ridzuan siapa menipu? Wang ehsan siapa menipu? Maika holding siapa menipu? AP kereta siapa menipu? Facebook RM1.8 juta siapa menipu? dan macam-mcam lagi penipuan.
Namun ada sahaja yang masih beriman kepada kebenaran, yang aku julang keberanian mereka, anak muda tidak menipu, sasterawan rakyat tidak menipu, peguam-peguam tidak menipu, doktor-doktor tidak menipu, kamera digital tidak menipu, media antarabangsa tidak menipu, dan rakyat yang dizalimi tidak menipu. Wahai anak muda, sudah cukup bangsa kita dipecah dan diperintah, sudah cukup kita ditipu, jangan benarkan kita terus ditipu.
Kezaliman Barisan ini pun mula terkenal sejak zaman Raja Firaun lagi. ISA tak zalim? Ordinan Kecemasan tak zalim? Rasuah tak zalim? Pembunuhan Memali tak zalim? Ops Lalang tak zalim? Kepala lembu tak zalim? Bakar gereja tak zalim? Kepala khinzir dalam surau tak zalim? Tindas orang asli tak zalim? Fitnah tak zalim? pecat Salleh Abas tak zalim? Kamatian dalam tahanan tak zalim? Tembak budak tak zalim? Ah! Sudah cukup kita ditipu! Usaha dilayan retorik kosong mereka. Baru nak cermin diri? Ingat kita ini apa? Mau tipu lagi? Memang dasar penipu, penindas, zalim, dan korup! Tolak Barisan itu! Undi Malaysia! Jyeah!
dasar banggali pukimak.. sumpahan : mati la keturunan lu.. masuk malaya pun jadi anjing british.. lagi byk cerita?