Apa yang menjadikan seorang yang lahir dalam keluarga MCA menolak segala gambaran beliau tentang dunia politik ini?
“Aku BN, aku orang baik. Kau Roket, kau orang jahat.” Jerit seorang budak perempuan kepada rakan sebayanya di bilik gerakan MCA sebuah kampung kecil di negeri Pahang. Sayalah budak perempuan itu, lebih 20 tahun yang lalu.
Saya lahir di keluarga MCA di mana pakcik saya adalah ketua cawangan MCA yang taat kepada partinya. Walaupun seorang penoreh getah yang berpendapatan rendah, pakcik sanggup menaiki bas selama sejam ke bandar untuk menghadiri mesyuarat MCA bahagian setiap bulan. Saya dibawa bersama kerana pada masa itu saya masih kecil untuk ditinggalkan berseorangan diri di rumah. Maka saya diperkenalkan kepada pemimpin-pemimpin BN terutamanya pemimpin-pemimpin MCA sejak kecil lagi. Ada di antara mereka menyandang jawatan tinggi di EXCO negeri dan kabinet.
Pakcik saya hidup bersama MCA, begitu juga dengan saya. Pakcik memang sanggup korban untuk MCA sehingga alamat tempat tinggal kami didaftarkan sebagai alamat cawangan MCA. Apabila sampainya pilihanraya dan pilihanraya kecil, rumah saya akan dijadikan bilik gerakan MCA. Pada ketika-ketika itu, rumah sepi yang didiami dua orang – pakcik bersama anak saudara akan menjadi tempat berkumpul orang-orang kampung yang suasananya begitu meriah sekali. Ada orang yang membantu ikat dan klip poster, ada orang yang masak untuk semua, ada juga orang yang datang sembang politik. Kami budak-budak kecil begitu ghairah dan gembira dengan perubahan besar ini. Kami akan turut bersama membantu dalam kerja-kerja mengikat dan menampal poster dan kami akan mendapat duit poket sebagai pulangan.
Pada masa itu, dunia saya mudah sahaja. Saya menganggap manusia hanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu baik dan jahat. Pada pengetahuan saya, BN itu baik dan roket itu jahat. Maka perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada masa itu Mahathir dan Anwar itu baik dan Lim Kit Siang itu jahat. Saya tidak pernah meragui “pengetahuan” dan “kepercayaan” saya ini sehinggalah hari itu, hari yang bakal menukar seluruh persepsi hidup saya.
Pada ketika itu saya pelajar tingkatan enam yang menuntut di bandar. Oleh kerana sekolah terletak jauh dari rumah, saya menyewa rumah bersama rakan-rakan sekolah di kawasan berhampiran dengan sekolah. Hari itu kami menonton TV di ruang tamu seperti biasa. Tiba-tiba TV menyiarkan pengumuman tergempar menyatakan timbalan perdana menteri ketika itu Anwar Ibrahim dipecat jawatannya dan meminta penonton untuk mengikuti berita kemudian.
Berita itu begitu memeranjatkan saya. Ia bagaikan ketulan meteor yang tiba-tiba jatuh di tengah-tengah ruang tamu. Seribu satu soalan timbul di fikiran saya. Kenapa perkara ini berlaku? Kenapa pemimpin yang selama ini dijunjung dan disayangi itu dipecat dari jawatannya tiba-tiba sahaja? Apa kesalahan yang dilakukan beliau? Selepas saya mengetahui bahawa Anwar dipecat oleh Mahathir, lebih banyak soalan bermain dalam hati saya. Kenapa pemimpin baik memecat pemimpin baik? Apa yang sebenarnya berlaku? Mana satu pemimpin yang benar-benar baik di antara dua pemimpin ini?
Saat-saat itu adalah saat-saat yang buat pertama kalinya saya skeptik terhadap apa yang ditanam dan dicurah pada diri saya sebagai “ilmu-pengetahuan”. Kepercayaan saya terhadap ketetapan baik-buruk dunia ini runtuh sama sekali. Saya mula kabur dengan kebenaran. Saya mula bertanya soalan dan mencari jawapan.
Maka saya mula membaca kritikan-kritikan politik, budaya dan sosial untuk mencari jalan ke arah kebenaran. Saya yang sebelum ini hanya membaca novel dan cerpen sastera mula mengambil tahu dengan lebih mendalam tentang politik dan membaca rencana-rencana berbentuk kritikan dari penulis-penulis tempatan dan luar negara. Pada masa yang sama, saya mula menulis rencana untuk ruang pelajar dan mahasiswa-mahasiswi di ahkbar Cina demi meluahkan rasa tidak puas hati saya terhadap apa yang berlaku di sekeliling saya.
Apabila pemuda-pemudi di Kuala Lumpur mengadakan demokrasi Reformasi, saya di luar Kuala Lumpur mengalami reformasi fikiran yang tidak kurang hebatnya. Bermula dari hari tersebut, saya skeptik terhadap segala “ilmu-pengetahuan” yang disalurkan kepada kita semua dengan pelbagai cara. Saya tidak lagi percaya secara membuta huruf isi kandungan media arus perdana mahupun ucapan pemimpin. Saya mula mengerti kepentingan untuk memiliki pemikiran yang bebas merdeka.
Sehingga kini saya masih dalam perjalanan. Semakin lama saya mencari, semakin saya yakin bahawa perjalanan ini tidak terhingga. Ia adalah ekspedisi seumur hidup.
Pengalaman saya ini selalu memperingatkan saya bahawa jangan mudah percaya kepada sesuatu perkara. Ahli falsafah sains Karl Popper pernah berkata, jikalaupun kita mencapai kebenaran, kita tidak akan tahu. Ia memang benar dan saya percaya, dengan permikiran terbuka dan skeptik, kita mungkin lebih dekat dengan kebenaran.
Chan Wei See adalah graduan saujana jurusan Sejarah dan Falsafah Sains di Universiti Malaya. Beliau menjadi ahli pasukan Merdeka Review sejak media internet ini ditubuhkan enam tahun dahulu.
ai akan ajar bahawa politik tak kira DAP,PAS,PKR,UMNO,BN,MCA,MIC,PERKASA…etc semuanya KOTOR!!!!jgn jadi hamba politik!
Saya pun ingat BN bagus dah Mahatir wira negara, tapi saya kesal apabila Mahathir mempopularkan sodomy di negara ini. Selepas dia tiada, kini cd lucah pula popular. Mahathir ajar kami maksiat, DAP ajar kami apa itu kerajaan bersih.
Saya akan ajar anak saya DAP baik UMNO jahat. dan akan ulang kata anda 'jangan mudah percaya kepada sesuatu perkara' dan berharap beliau akan merasai apa yang anda rasa.
Saya juga akan mengajarnya bahawa merogol kambing itu perbuatan keji tetapi hendaklah berfikiran terbuka dan skeptikal atas pernyataan ini. Mana tau kebenarannya ialah merogol kambing itu sebenarnya satu perbuatan terpuji. :D
Cuma saya risau beliau akan menjadikan merogol kambing itu sebagai satu hobi dan satu rutin jika beliau memahami atas sifat terbuka dan skeptikalnya bahawa merogol kambing satu perbuatan terpuji itu lebih menghampiri kebenaran dari merogol kambing itu sebagai satu perbuatan keji.
Saya juga risau jika beliau menukarkan perkataan 'merogol kambing' kepada 'demonstrasi tanpa permit.' dan menjadikan demontrasi tanpa permit sebagai hobi dan satu rutin juga
Tetapi atas sifat terbuka dan skeptikal ini juga beliau juga boleh memahami bahawa bersih ( 'bersih' dengan huruf 'B' kecil :D) tidak bermakna ianya bersih. Ianya mungkin sebenarnya kotor .
Nice!
Wow Hebat,