A Samad Said menyampaikan puisinya "Unggun Bersih" dalam majlis pelancaran Bersih 2.0

Penggiat seni muda Malaysia bersama sasterawan negara A Samad Said dalam menyokong Bersih

A Samad Said menyampaikan puisinya "Unggun Bersih" dalam majlis pelancaran Bersih 2.0

 

Unggun Bersih
oleh A Samad Said

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

(Disampaikan dalam majlis pelancaran Bersih 2.0)

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

LoyarBurok menjemput penggiat seni muda Malaysia memberi sokongan dan dokongan mereka terhadap seruan A Samad Said agar para intelektual dan artis negara kita akan menyatakan pendirian mereka menyokong Bersih…

Shalini Nayar, penulis:

“Democracy is the government of the people, by the people, for the people” ~ Abraham Lincoln.

Nyala unggun Pak Samad akan dibara selama udara yang menghidupkannya berseru.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Ayam Fared, pelakon:

Pak Samad telah membuktikan bahawasanya keselesaan tidak sepatutnya membuatkan kita takut untuk menyatakan pendirian.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Azmyl Yunor, penyanyi folk:

Kalau ada pendapat tetapi ia tidak disuarakan, apa gunanya? Kebolehan untuk memberi dan menerima pendapat menunjukkan kematangan seseorang atau satu masyarakat. Asas berkarya itu adalah menyoal alam dan pergolakan manusia disekelilingnya.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Rafidah Abdullah, penulis:

PANTUN UNTUK DATO SERI

Mengapa siang masih terlena?
Bukalah mata sedarkan diri
Mengapa gentar berdepan pena?
Orang yang benar pasti berani

Dengarlah dengar suara rakyat
Sebelum puisi menjadi gempita
Ingatlah ingat segala amanat
Sebelum negara porak peranda

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Zedeck Siew, penulis:

Di samping perjuangan teras untuk pilihanraya yang bebas dan adil, saya juga menyokong BERSIH2.0 sebagai tanda solidariti dengan Sasterawan Negara A Samad Said. Kepada saya (juga seorang penulis), tindakan pihak berkuasa menyoalsiasat beliau kerana karya “Unggun Bersih” – jelas satu bentuk intimidasi – adalah contoh paling teruk diantara pelbagai penyalahgunaan kuasa kerajaan kita baru-baru ini.

Saya pernah berjambat tangan dengan Pak Samad; saya pernah ke rumahnya yang dipenuhi buku-buku dan fikiran. Tetapi isu ini lebih besar daripada pendapat peribadi saya pada diri beliau. Seni puisi ialah moda komunikasi manusia yang paling pokok: ia dipraktikkan sebelum – dan membayangi – konsep-konsep seperti sastera, sejarah, falsafah, dan pemikiran politik. Membungkam suatu sajak bukan sahaja mengongkong kemanusiaan kita, tetapi menafikan kita satu cara jalan untuk berfikir pasal bagaimana masyarakat wajar diperintah.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Liyana Fizi, penyanyi folk:

Saya tidak menyokong mana-mana ahli politik mahupun parti politik, bagi saya semuanya bermuka-muka. Dari sudut neutral seorang rakyat, saya menyokong Bersih. Knowledge is power, why should we say no to clarity and fairness? Rakyat berhak bersuara.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Ksatriya, penyajak dan rapper:

MY PEN DOES NOT LIE

There are many points in our lives
when we are asked to do what is right.

Up to this point,
out of fear,
out of ignorance,
out of the need to cari makan,
we have done what is easy.

We drowned our own voices in a sea of hypocrisy,
we let the truth flap in the wind,
a flag unwanted and undefended.

We comforted ourselves with the mantra that it was not our fight.
We are singers and musicians and poets,
Leave the fighting to the fighters.
Let us focus on being known and being famous, getting on RTM
and putting food on the table.

It is not our fight.
The people are not ready,
the media will not play it,
censorhip will not allow it.
Why swim against the tide when you should be swimming with it?
It’s that easy.

It’s not that easy.

For society looks to us to give it a voice.
Whether by chance or by design,
we were chosen.
We were given the gift of The Art,
so that our words and our notes could touch minds
and touch hearts.

And if you feel an emptiness inside, and wonder why,
perhaps it is because your pen, like mine,
does not like to lie.

-Ksatriya, in support of A. Samad Said
July 5 2011

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Che Shamsuddin Othman, Presiden Paksi:

Pak Samad adalah khazanah dan aset penting negara. Beliau sepatutnya dibanggakan dan dimuliakan. Para penulis, pengarang dan sasterawan sepatutnya sama-sama tampil menyokong dan mempertahankan beliau.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Uthaya Sankar, penulis:

Namun, saya percaya bahawa tanpa sokongan daripada mana-mana pihak sekali pun, Pak Samad akan meneruskan perjuangannya; sebagaimana beberapa perjuangan berani beliau sebelum ini.

Ingat lagi “Mogok Seni” pada 1990 dan “Mogok Sastera” pada 2000? Kedua-duanya dilakukan secara sendirian tanpa menanti sokongan daripada sesiapa; Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), misalnya.

Dalam tulisan bertajuk “Alahai, Sasterawan Negara” di sebuah portal berita pada 9 Mei lalu, saya ada menyatakan bahawa saya sebagai khalayak sastera amat hairan mengapa “tin-tin kosong” hanya berbunyi secara amat selektif.

Tidak pula kedengaran “suara” mengenangkan nasib Pak Samad dan karya-karya beliau. Begitu juga dengan nasib karya-karya Allahyarham Datuk Dr Usman Awang.

Apakah Sasterawan Negara yang disanjung tinggi akan hilang segala kedudukan dan hak sebaik beliau (atau keluarga) tidak lagi menyerahkan hak cipta karya kepada pemerintah (atau agensinya)? Demikian boleh dipersoalkan oleh rakyat.

Bagaimanapun, dalam isu tiadanya sokongan pihak tertentu, Pak Samad yang merupakan pengarang Salina, Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang, Hujan Pagi, Adik Datang dan Wira Bukit berkata, mereka itu mungkin sahaja terpaksa menjaga “periuk nasi” sendiri.

Malah, Pak Samad tidak “menanti” sokongan daripada mereka untuk meneruskan perjuangan.
Selamat berjuang, Pak Samad! Tidak akan tercapai kebaikan sekiranya tidak ada sesiapa yang berani memperjuangkan kebenaran, seperti kata Mahatma Gandhi.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

A Samad Said, sasterawan negara:

“I just can’t sit and wait for justice to come knocking at my door. If I am afraid of all the dangers and threat that I might encounter during the rally, then I will be forever trapped in the unjust system that clearly oppresses the people of this country.”

 

 

Unggun Bersih

oleh A Samad Said

 

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

 

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

 

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

 

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Shalini Nayar, penulis:

“Democracy is the government of the people, by the people, for the people” ~ Abraham Lincoln.

 

Nyala unggun Pak Samad akan dibara selama udara yang menghidupkannya berseru.

 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Ayam Fared, pelakon:

Pak Samad telah membuktikan bahawasanya keselesaan tidak sepatutnya membuatkan kita takut untuk menyatakan pendirian.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

 

Azmyl Yunor, penyanyi folk:

 

Kalau ada pendapat tetapi ia tidak disuarakan, apa gunanya? Kebolehan untuk memberi dan menerima pendapat menunjukkan kematangan seseorang atau satu masyarakat. Asas berkarya itu adalah menyoal alam dan pergolakan manusia disekelilingnya.

 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

 

Rafidah Abdullah, penulis:

PANTUN UNTUK DATO SERI

 

Mengapa siang masih terlena?

Bukalah mata sedarkan diri

Mengapa gentar berdepan pena?

Orang yang benar pasti berani

 

Dengarlah dengar suara rakyat

Sebelum puisi menjadi gempita

Ingatlah ingat segala amanat

Sebelum negara porak peranda

 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

 

Zedeck Siew, penulis:

Di samping perjuangan teras untuk pilihanraya yang bebas dan adil, saya juga menyokong BERSIH2.0 sebagai tanda solidariti dengan Sasterawan Negara A Samad Said. Kepada saya (juga seorang penulis), tindakan pihak berkuasa menyoalsiasat beliau kerana karya “Unggun Bersih” – jelas satu bentuk intimidasi – adalah contoh paling teruk diantara pelbagai penyalahgunaan kuasa kerajaan kita baru-baru ini.

Saya pernah berjambat tangan dengan Pak Samad; saya pernah ke rumahnya yang dipenuhi buku-buku dan fikiran. Tetapi isu ini lebih besar daripada pendapat peribadi saya pada diri beliau. Seni puisi ialah moda komunikasi manusia yang paling pokok: ia dipraktikkan sebelum – dan membayangi – konsep-konsep seperti sastera, sejarah, falsafah, dan pemikiran politik. Membungkam suatu sajak bukan sahaja mengongkong kemanusiaan kita, tetapi menafikan kita satu cara jalan untuk berfikir pasal bagaimana masyarakat wajar diperintah.

 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Liyana Fizi, penyanyi folk:

Saya tidak menyokong mana-mana ahli politik mahupun parti politik, bagi saya semuanya bermuka-muka. Dari sudut neutral seorang rakyat, saya menyokong Bersih. Knowledge is power, why should we say no to clarity and fairness? Rakyat berhak bersuara.

 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

 

Ksatriya, penulis dan rapper:

 

My Pen does not Lie

 

There are many points in our lives

when we are asked to do what is right.

 

Up to this point,

out of fear,

out of ignorance,

out of the need to cari makan,

we have done what is easy.

 

We drowned our own voices in a sea of hypocrisy,

we let the truth flap in the wind,

a flag unwanted and undefended.

 

We comforted ourselves with the mantra that it was not our fight.

We are singers and musicians and poets,

Leave the fighting to the fighters.

Let us focus on being known and being famous, getting on RTM

and putting food on the table.

 

It is not our fight.

The people are not ready,

the media will not play it,

censorhip will not allow it.

Why swim against the tide when you should be swimming with it?

It’s that easy.

 

It’s not that easy.

 

For society looks to us to give it a voice.

Whether by chance or by design,

we were chosen.

We were given the gift of The Art,

so that our words and our notes could touch minds

and touch hearts.

 

And if you feel an emptiness inside, and wonder why,

perhaps it is because your pen, like mine,

does not like to lie.

 

-Ksatriya, in support of A. Samad Said

July 5 2011

 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

 

Che Shamsuddin Othman, Presiden Paksi:

Pak Samad adalah khazanah dan aset penting negara. Beliau sepatutnya dibanggakan dan dimuliakan. Para penulis, pengarang dan sasterawan sepatutnya sama-sama tampil menyokong dan mempertahankan beliau.

 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

 

Uthaya Sankar, penulis:

Namun, saya percaya bahawa tanpa sokongan daripada mana-mana pihak sekali pun, Pak Samad akan meneruskan perjuangannya; sebagaimana beberapa perjuangan berani beliau sebelum ini.

 

Ingat lagi “Mogok Seni” pada 1990 dan “Mogok Sastera” pada 2000? Kedua-duanya dilakukan secara sendirian tanpa menanti sokongan daripada sesiapa; Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), misalnya.

 

Dalam tulisan bertajuk “Alahai, Sasterawan Negara” di sebuah portal berita pada 9 Mei lalu, saya ada menyatakan bahawa saya sebagai khalayak sastera amat hairan mengapa “tin-tin kosong” hanya berbunyi secara amat selektif.

 

Tidak pula kedengaran “suara” mengenangkan nasib Pak Samad dan karya-karya beliau. Begitu juga dengan nasib karya-karya Allahyarham Datuk Dr Usman Awang.

 

Apakah Sasterawan Negara yang disanjung tinggi akan hilang segala kedudukan dan hak sebaik beliau (atau keluarga) tidak lagi menyerahkan hak cipta karya kepada pemerintah (atau agensinya)? Demikian boleh dipersoalkan oleh rakyat.

 

Bagaimanapun, dalam isu tiadanya sokongan pihak tertentu, Pak Samad yang merupakan pengarang Salina, Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang, Hujan Pagi, Adik Datang dan Wira Bukit berkata, mereka itu mungkin sahaja terpaksa menjaga “periuk nasi” sendiri.

 

Malah, Pak Samad tidak “menanti” sokongan daripada mereka untuk meneruskan perjuangan.

Selamat berjuang, Pak Samad! Tidak akan tercapai kebaikan sekiranya tidak ada sesiapa yang berani memperjuangkan kebenaran, seperti kata Mahatma Gandhi.

 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

 

A Samad Said, sasterawan negara:

“I just can’t sit and wait for justice to come knocking at my door. If I am afraid of all the dangers and threat that I might encounter during the rally, then I will be forever trapped in the unjust system that clearly oppresses the people of this country.”

The collective persona of Lord Bobo's minions (yes, all the cheeky monkeys and monkettes). Haven't you heard? LoyarBurokking is a lifestyle. Join us, and your life will never be the same again. Because...

2 replies on “Anak-anak Seni Sokong Pak Samad”

  1. ?? ????? ?? ?? ?????…. yang ni saja y sy mampu tulis bg menyokong pak samad said…

Comments are closed.