BERSIH 2.0 Bersatu Teguh | Souce: Lot 1699 http://bit.ly/kCvi7p
BERSIH 2.0 Bersatu Teguh | Source: Lot 1699 http://bit.ly/kCvi7p

Soalan: Saya berasal dari Pulau Pinang dan saya dalam perjalanan untuk ke perhimpunan aman BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur. Tiba-tiba, saya ditahan di sebuah sekatan polis dan diarahkan untuk berpatah balik ke rumah. Apakah yang patut saya buat?

Jawapan: Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap warganegara bebas untuk bergerak ke mana-mana di dalam Malaysia. Oleh itu, saudara boleh meniru dialog berikut:

Saudara: Saya ingin teruskan perjalanan saya ke Kuala Lumpur.

Polis: Apa tujuan kamu ke sana?

Saudara: Saya ingin melawat kawan / Saya ingin hadiri kenduri / Saya ingin shopping

(pilih mana-mana jawapan, tetapi jangan nyatakan saudara ingin berpesta demo)

Polis: Tidak boleh. Saya arahkan kamu berpatah balik.

Saudara: Saya berada di Malaysia dan saya sebagai warganegara bebas ke mana-mana dalam Malaysia. Tuan tiada hak untuk arahkan saya pulang. Jika Tuan ingin tahan saya, sila bawa saya ke balai polis.

Polis: Errmm… OK, saya tahan kamu dan bawa ke balai polis.

Saudara: Sebelum Tuan bawa saya ke balai polis, saya mahu dapatkan nama penuh, nombor badan dan alamat tempat kerja Tuan. Saya juga ingin tahu mengapa dan atas alasan apa saya ditahan. Saya akan arahkan peguam saya untuk saman Tuan, pegawai Tuan dan Kerajaan Malaysia kerana menahan saya secara salah dan melanggar hak asasi saya.

Sila catatkan:

(1) nama penuh anggota polis itu;

(2) nombor badan;

(3) alamatnya;dan,

(4) apa-apa alasan yang diberikan untuk menahan saudara.

Sila maklumkan ahli keluarga bahawa saudara dibawa ke balai dan sila saudara menghubungi peguam atau minta ahli keluarga menghubungi peguam.

Setelah saudara dibebaskan, serahkan butir-butir yang dicatatkan kepada peguam BERSIH (0163126463 / 0163126473 / 014-6451753 / 012-3928379) untuk proses saman dengan butir-butir tarikh, hari, masa dan tempoh saudara ditahan.

Saudara juga perlu dengan segera membuat laporan polis. Saudara boleh menggunakan format berikut untuk laporan polis:

Pada … hari … jam … hingga jam … , saya ditahan oleh anggota polis bernama …. nombor badan … (masukkan semua nama pegawai penangkap) di …. Pegawai polis tersebut enggan membenarkan saya untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan / tanpa alasan yang munasabah (pilih yang mana berkaitan). Saya buat laporan ini supaya tindakan undang-undang diambil ke atas pegawai terlibat kerana telah melanggar hak asasi saya untuk bergerak bebas.

An ordinary lawyer who aspires to be an extraordinary lawyer in new democratic Malaysia

3 replies on “Dialog Peserta BERSIH 2.0 Dengan Polis Di Sekatan Jalanraya”

  1. the president of bar council are strongly support BERSIH 2.0. So all lawyahh come and join us.

  2. i doubt the policemen will actually follow the order of the dialogues and may just drag you out and pile you in a truck… they are after all.. uncivilised baboons in uniform hmmm

    1. that's exactly what happened to me. they'll just ignore you. that's why it's crucial to persevere in recording and reporting what happened to you when you finally get out. and insist on your right to a lawyer. on their end they will try to delay your right to call the lawyer, claiming red tape first.

Comments are closed.