Adakah saudara-saudari akan menghadiri BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011?
Terutamanya bagi peserta-peserta yang belum pernah menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan perarakan-perarakan di Malaysia sebelum 9 Julai, ‘Panduan Ringkas’ ini telah disediakan untuk makluman rakyat oleh Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat.
1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis (Jika Polis berpakaian awam)
CATIT NAMA DAN NOMBOR ANGGOTA yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan
2. Apa perlu anda buat jika diminta PENGENALAN DIRI?
Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
JANGAN SEKALI-KALI MENYERAHKAN KAD PENGENALAN anda kepada polis hanya TUNJUK SAHAJA
Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas
3. BILAkah anda diTAHAN?
Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
Apabila anda digari
4. Apa harus anda buat APABILA DITAHAN?
Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
Tanya apakah alasan anda ditahan
Tanya ke balai mana anda akan dibawa
5. Apakah hak anda SETELAH DITAHAN?
Anda BERHAK MEMBUAT PANGGILAN TELEFON kepada KELUARGA dan/atau PEGUAM dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan
6. BERAPA LAMA Polis BOLEH MENAHAN anda?
Polis boleh menahan anda TIDAK MELEBIHI 24 JAM di balai atau lokap polis
Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’
7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan MAJISTRET untuk mendapatkan PERINTAH REMAN?
BERITAHU POLIS/MAJISTRET bahawa anda INGIN DIWAKILI PEGUAM
Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan
8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin MERAKAM KENYATAAN BERTULIS semasa dalam tahanan?
Kenalpasti NAMA DAN PANGKAT PEGAWAI YANG MENYOAL SIASAT anda
Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan UNTUK BERDIAM DIRI dari menjawab soalan dari pegawai polis
Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan POLIS TIDAK BOLEH MEMAKSA, MENGUGUT ATAU MEMUKUL anda jika anda enggan menjawab soalan
9. Bilakah anda DIDAKWA di mahkamah?
Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan Peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai
_________________
No. Telefon Hotline Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:
016 – 3126463
016 – 3126473
014 – 6451753
012 – 3928379
Panduan Ringkas ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Cina di sini: http://snowpiano.blogspot.com/2011/07/209.html
this is my first rally and i feel bad not being there supporting all the people who push for electoral reform. united we stand. see you guys on july 9th.
Satu lagi tips ialah bawak ubat gigi. Kalau ko dah nampak FRU kat depan jalan tengah buat barisan, terus je sapu ubat gigi di bawah mata dan bawah hidung. Ini jugak akan membantu mengurangkan kesan-kesan gas pemedih mata dan semburan air kimia.
Bawak jugak tuala good morning dan air mineral 4-5 botol sebab dalam keadaan berlakunya "main kejar-kejar" dengan FRU, ko kena ada bekalan air yang cukup. Itu sangat penting. Dan jangan lupa pakai kasut lari yang sempurna. Jangan pakai selipar atau sandal! Kasut jogging sangat penting dalam aktiviti "main kejar-kejar" ngan FRU. Hahaha.
Check out diskopi.wordpress.com kat artikel ini:
http://diskopi.wordpress.com/2009/07/28/undang-un…
Ini adalah panduan yang dibuat masa demonstrasi anti-ISA yang lalu. Walau pun ia adalah panduan untuk demo anti-ISA tetapi banyak panduan dan tips yang diberikan tu masih sesuai dan relevan utk demo BERSIH 2.0.
Bersama kita turun ke Bersih 2.0 berganding-bahu, berpimpin tangan mencipta sejarah baru untuk tanahair kepunyaan kita semua!
Garam! Itu wajib bawak. Terbaik bawak garam kasar. Itu lebih berkesan. Beli sekampit garam kasar. Murah je. Dalam rm2-3 sekampit. Boleh kongsi dgn member-member lain. Kenapa garam? Sebab kalau ko kena sembur gas pemedih mata atau air kimia daripada meriam air FRU, mata ko akan berair, nafas ko akan sesak dan kepala ko akan berpinau. Kalo ko dah kene terhidu air kimia dan gas pemedih mata tu, cepat-cepat telan garam dalam sejemput dua jemput. Garam akan meneutralkan kesan-kesan mata berair, nafas sesak dan kepala berpinau. Maknanya kesan-kesan tersebut tidaklah hilang sepenuhnya tetapi garam akan mengurangkan kesan-kesan tersebut.
Harap penjelasan ini dapat membantu.
Check it out a kind of literary piece on Bersih 2.0. Not a political writing. More of a the author's personal reflection on Chinese and Malay youth relationship with each other and with regards of Bersih 2.0. Poignant, different, deep but still political with in its own sprinkles of literary style of writing.
http://diskopi.wordpress.com/2011/06/27/berlari-m…
Hi there, may I know what are the things we need to bring for the rally? Why did the guy in the Bersih T-shirt bring salt?____Thanks
Salt is used to neutralize the effect of tear gas and water cannon. just put a bit of it under your tongue.
Apa yang perlu dipakai
“What Else to Wear”:
· Kasut / alas kaki yang selesa yang memudahkan anda untuk bergerak
· Pakaian bahagian dalam yang melindungi seluruh tubuh termasuk tangan/kaki untuk mengelak daripada terkena bahan kimia (baju lengan panjang)
· Baju hujan dibahagian luar /
· Cermin mata googles /Shatter-resistant eye protection
· Surgical mask
· Sarung tangan getah sekiranya anda mengendalikan botol gas pemedih mata
· Pakaian bersih untuk ditukar sekiranya terkena bahan kimia. Fresh clothes in plastic bag (in case yours get contaminated)
· Pelindung kepala daripada bahan kimia.
Apa yang perlu dibawa
“What Else to Bring”:
· Air yang banyak untuk diminum dan membasuh bahan kimia yang terkena tubuh.(Lots of water in plastic bottle with squirt or spray top, to drink and to wash off your skin or eyes if needed)
· Makanan (Energy snacks/coklat bar)
· Wang untuk makanan, telefon dan pengangkutan bila perlu (Just enough money for pay-phone, food, transportation)
· Ubat2 anda seperti lelah, alahan, insulin etc yang digunakan (Three days of your prescription medication and doctor’s note in case of arrest)
· Sapu tangan bersaiz besar (basahkan & tutup mulut /hidung dengannya apabila gas dilepaskan)
for more info, pls visit this site
http://juhampusat.blogspot.com/2011/06/garis-panduan-kesihatan.html