Green Ink - LoyarBurok's Environmental Rights Column
 

 Tan Sze Ming menerangkan pergolakan antara penduduk-penduduk dan Kerajaan Negeri Pahang serta bahaya yang akan dihadapi sekiranya projek LYNAS di teruskan.

 

green-inkApakah yang dimaksudkan dengan Tanah Nadir?

Nadir Bumi diberi nama ini disebabkan ia tidak mudah dikesan dan digali dalam jumlah yang banyak. Elemen-elemen Nadir Bumi termasuklah Scandium, Yttrium, Lanthanum, Cerium, Praseodymium, Neodymium, Promethium dan lain-lain.

Lynas

Nadir Bumi tidak mempunyai radioaktif sebelum ia diproses. Radiasi-radiasi akan didapati dalam sisa-sisa buangannya yang mengandungi unsur Torium. Aktiviti memproses Nadir Bumi akan mendatangkan kesan negatif yang serius kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk. Namun, bagaimanakah pihak yang berkenaan mengendalikan sisa buangan tersebut dengan selamat? Pada tahun 1982, kilang Asian Rare Earth (ARE) telah dibina oleh Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Perak. Tahun 1985, risiko dan kesan telah dikenal pasti daripada pendedahan bahan radioaktif dan pencemaran kepada alam sekitar dan penduduk setempat.

Lynas3

Dengan itu, kilang tersebut telah terima arahan dari Mahkamah supaya menghentikan operasinya pada tahun 1992 di atas bantahan yang berterusan oleh penduduk tempatan dan pakar-pakar yang berkenaan. Akan tetapi, sudah 29 tahun berlepas, masyarakat Bukit Merah masih teringat bagaimana Asian Rare Earth (ARE) memusnahkan kediaman mereka dan anak-anak mereka. Sehingga masa kini, sisa-sisa buangan Nadir Bumi (Rare Earth) masih bertaburan di Bukit Merah dan pembersihan sisa torium masih tergendala.

Sehubungan dengan itu, sisa torium yang beradioaktif yang disimpankan dalam 80,000 tong besi terpakai oleh ARE pada ketika itu masih belum dikendalikan. Dengan lain kata, penduduk-penduduk di sekitar tempat tersebut masih terdedah kepada ancaman radiasi.

Kini, adakah tragedi Bukit Merah akan berlaku di Gebeng, Kuantan?

Pada hujung tahun 2008, Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan Permohonan Syarikat Lynas Corporation Ltd untuk membina kilang memproses Nadir Bumi yang terbesar di Asia Tenggara yang diimport daripada Australia di Gebeng, Pahang. Akan tetapi, tindakan tersebut telah menimbulkan bantahan yang keras oleh penduduk-penduduk di kawasan tersebut terhadap projek ini. Hal ini kerana bahan-bahan Nadir Bumi yang bakal diimport dari Australia dikatakan mengandungi radiasi yang akan menjejaskan alam sekitar dan kesihatan. Kilang tersebut telah dibina tanpa zon penampan, 1km dari Kampung Gebeng Makmur, 2km dari tempat perumahan, Swiss Garden dan pantai Balok, 3km dari pantai Batu Hitam, 5km dari Beserah dan 12km dari bandar Kuantan. Maka, dalam penganggaran terdapat 700,000 penduduk setempat dalam lingkungan 30km akan bakal menghadapi ancaman radiasi sekiranya kilang tersebut dioperasikan.

Lynas4

‘Hentikan Lynas, selamatkan Malaysia.’

 

Gerakan ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan penduduk-penduduk setempat yang mengambil perhatian terhadap kepentingan alam sekitar dan generasi muda di Gebeng, Kuantan. Selepas Kerajaan telah memluluskan projek Lynas, mereka telah melancarkan beberapa aktiviti yang menunjukan perasaan bantah terhadap Lynas yang berterusan sehingga hari ini.

Pada awal bulan Jun, Panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang menyemak cadangan penubuhan pusat memproses Nadir Bumi kontroversial Lynas di Gebeng telah sampai untuk bertembung dengan pemimpin-pemimpin Malaysia dan juga masyarakat Kuantan. Perjumpaan tersebut adalah dijalankan secara tertutup. Untuk memberi tekanan kepada pakar-pakar IAEA, kumpulan ‘Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia’ telah mengadakan demonstrasi sepanjang 3 hari di Teluk Cempedak (sebelah resort yang didiami oleh pakar-pakar IAEA). Demi kehidupan yang sihat dan selamat, ibu bapa keluar untuk membantah Lynas. Anak muda, kanak-kanak mula menyuarakan suara bantahan mereka terhadap Lynas. ‘Lynas akan memusnahkan kediaman saya!’ kata seorang budak yang hadir demonstrasi.

Adakah mereka tahu akan siapa Lynas? Adakah mereka tahu tentang Nadir Bumi? Tidak! Mereka hanya tahu, sisa torium merbahayakan kesihatan mereka. Syarikat Lynas akan memusnahkan kediaman mereka dengan ‘racun’ Nadir Bumi. Maka, terdapat juga pihak yang pro-Lynas mengatakan mereka menyalahgunakan kanak-kanak untuk menjalani kempem bantahan Lynas. ‘Anak-anak saya di sini kerana mereka berhak untuk menyuarakan untuk masa depan mereka.’ Kata ibu kepada budak tersebut. Beliau membalas apabila wartawan bertanya atas perkara tersebut. ‘Saya bukan ahli politik, saya tidak memihak kepada sesiapa atau mana-mana parti.’ ‘Saya bantah demi anak saya, demi generasi akan datang kita.’ Kata seorang pak cik yang datang demostrasi. ‘Tanah ini adalah milik anak-anak kita dan generasi akan datang. Kita seharusnya menjaga dan memastikan ia selalu selamat untuk didiami.’ Beliau menyambung katanya. Tidak boleh dinafikan, masyarakat sekarang telah bangkit. Pembangkitan ini bukan daripada pihak ahli politik sahaja, maka, mereka juga termasuk anak-anak muda, kanak-kanak dan juga warga emas dan tanpa mengira kaum. Asalkan mereka yang bakal ditindas. Demi generasi kita, jangan jualkan Malaysia kepada Lynas.

‘Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia!’

Nama saya Tan Sze Ming dan saya merupakan penyayang alam jadi. Ia tidak merupakan susah apabila saya dikelilingi padi sawah yang segar semasa membesar. Saya menghabiskan kesarjanaan saya di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan sekarang merupakan aktivis pelajar yang berjuang bagi pihak mahasiswa.

Sze Ming is a nature lover who grew up enjoying the paddy fields in Kedah. Green warrior, she believes going green is the only way for longer lives. Currently she doing her Master of Public Policy in University...

2 replies on “Green Ink: Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia!”

  1. RAKYAT tidak didahulukan under this 1 M'sia concept!!!!!! They only wanna robs n enrich their cronies with more $$$$$$$$$$$$$$$$ n RAKYAT must votes them all OUT ASAP…………….

Comments are closed.