Penulis dan buku Kougar. | Gambar dari Mim Jamil @ LoyarBurok

“KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!”

Penulis dan buku Kougar. | Gambar dari Mim Jamil @ LoyarBurok
Penulis dan buku Kougar. | Gambar dari Mim Jamil @ LoyarBurok

Ya, memang aneh kalau nak dikirakan aku membaca novel Melayu. Namun setelah diberi peluang untuk membaca manuskrip beberapa buah novel keluaran Buku Fixi, aku terus tidak sabar menanti pelancaran ketiga-tiga novel tersebut. Ketiga-tiga novel mempunyai bentuk kulit depan yang catchy dengan gaya yang jelas sekali menceritakan latar belakang Buku Fixi yang memartabatkan pulp fiction. Pada mulanya aku bercadang untuk membeli senaskhah novel saja, namun dalam perjalanan pulang; tanpa disedari aku telah membawa balik ketiga-tiga sekali. Kaget.

Memang susah untuk aku pilih novel yang mana satu untuk dibaca. Berulang kali aku baca sinopsis di kulit belakang buku dengan harapan Tuhan mampu menunjukkan pilihan yang tepat. Namun tagline KOUGAR, “KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!” telah berjaya mencuri tumpuan dan tanpa berlengah aku terus membaca.

Rancangan utama adalah untuk membaca novel ini secara perlahan-lahan sehingga cukup satu bulan kerana aku jarang-jarang berpeluang memperuntukkan masa khas untuk pembacaan namun sebaik sahaja aku merasa seolah memasuki bab ke-3, rupanya aku telah pun sampai ke muka surat terkahir. Ha, bayangkan, betapa asyiknya membaca novel ini.

KOUGAR ditulis oleh Shaz Johar yang menceritakan kehidupan seorang ‘andartu’ yang sedang dalam permasalahan mencari jodoh. Ia meminati lelaki yang jauh lebih muda darinya; namun dia serik memikirkan bahawa dirinya sudah tidak laku. Dalam masa yang sama, dia turut dikejar oleh seorang lelaki kaya di bandar manakala ibunya turut cuba menjodohkannya dengan seorang duda di kampung. Dari mula babak pertama sehingga muka yang terkahir, novel ini dipenuhi dengan konflik yang mendalam dan adegan-adegan menarik. Pembaca pasti sering dikejutkan dengan perlakuan dan pertimbangan setiap watak. Baik secara dalaman mahupun luaran, semuanya mempunyai unsur tarikan yang tersendiri. Nafsu, amarah, cemburu, berahi, agama, cinta, persahabatan, harta.

Penulis tampak menyerlah dengan mood cerita yang mampu memainkan perasaan para pembaca. Sebagai contoh, setiap perkara yang dilakukan oleh Kisha, watak utama, pasti akan kelihatan sebagai sesuatu yang waras dan umpama dirinya seorang yang innocent. Walaupun melakukan hubungan sulit dengan beberapa orang lelaki, dirinya masih kekal sebagai seorang yang berkelakuan senonoh dan tidak bersalah. Malah, Kisha masih mampu berdoa dan mengakui dirinya sebagai ‘yang tertindas’.

Keberanian penulis juga terserlah apabila penulis menggaulkan ibadat dengan hubungan kelamin, suatu perkara yang kononnya ‘tidak senonoh’ di sisi agama. Terdapat suatu babak sebaik saja Kisha tamat mengerjakan solat Isya’, suaminya tiba dari surau dan duduk bersamanya di atas tikar solat. ‘Pergelutan’ terus berlaku dengan Kisha yang masih bertelekung dan suaminya yang masih berpelikat di atas sejadah.

Konflik demi konflik, babak demi babak, semuanya menimbulkan persoalan yang mendalam baik kepada jalan cerita mahupun kepada diri pembaca sendiri. Patutkah perempuan mengelakkan perkahwinan? Haruskah perempuan mencari jodoh ketika usia lewat? Perlukah lelaki mengesyaki isterinya berlaku curang? Apakah yang harus dilakukan untuk mengelakkan diri dari ditipu? Haruskah seorang lelaki memutuskan hubungan dengan teman wanitanya sekarang? Adakah mufti akan cuba mengaramkan pembacaan KOUGAR?

Semuanya akan terjawab apabila anda mendapatkan KOUGAR, sebuah novel yang wajib tersusun pada rak buku anda.

Mim Jamil ialah seorang kaki lomo dan penulis blog tegar. Dia banyak menghabiskan masanya sekarang mendengar album terbaru dari Mogwai yang bertajuk Hardcore Will Never Die, You Will. Kadang-kadang dia rajin mencarut di @mimjamil.

Seorang pelajar. Kadang-kadang mencarut di @mimjamil.

2 replies on “Ulasan Buku: Kougar”

Comments are closed.