Satu refleksi peribadi yang telah dikongsi oleh Sdr. Woon King Chai, salah seorang UKM4, yang akan bakal didakwa dan dihukum di mahkamah universiti pada 4hb. Mei 2011. Emel ini telah diterima melalui sumber yang rapat dengan UKM4 dan merupakan satu perspektif ke dalam kes UKM4 yang tidak pernah diteroka.

UKM1

Salam hormat kepada kalian,

Emel ini ditulis dan dihantar khas kepada kamu semua kerana kalian merupakan antara core group kepada perjuangan untuk mansuhkan AUKU, bukan kerana masa depan kami berempat sahaja, tetapi kerana kalian ingin membebaskan minda generasi muda ini daripada kongkongan AUKU.

Bagi diri saya sendiri, saya merasakan bahawa perjuangan ini jauh dari selesai dan saya rasa amat syukur kepada Ilahi kerana mempunyai kalian, bukan sahaja sebagai rakan seperjuangan dan komrad, tetapi juga sebagai abang, kakak dan adik kepada saya sepanjang tempoh satu tahun ini.

Banyak pengajaran dan pengalaman yang telah kami berempat perolehi daripada usaha kami, terutamanya dari segi bertindak balas untuk menentang kezaliman dan hegemoni negatif oleh pihak yang berkuasa ke atas kami, empat orang mahasiswa, yang bergantung sepenuhnya kepada sokongan keluarga, rakan-rakan dan kepercayaan daripada masyarakat umum untuk membebaskan minda dan pemikiran generasi ini.

Kepercayaan.

Komitmen.

Disiplin.

Pengorbanan.

Semua ini merupakan nilai-nilai yang telah ditanamkan dalam diri kami, jurusan daripada kes ini. Hanya kerana kami ingin belajar dan kami ingin tahu.

UKM2

Apakah itu keadilan apabila sekali lagi kami akan diheret untuk menghadapi prosiding tatatertib pada 4hb. Mei 2011 apabila kami semua begitu hampir untuk menamatkan pengajian 3 tahun kami? Lebih-lebih lagi apabila kami sedang bertungkus-lumus menyiapkan tesis serta mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan akhir yang akan menentukan masa depan kami berempat.

Apakah itu keadilan apabila kami dihentam dan difitnah di Facebook, Twitter, blog oleh proksi-proksi kepada pihak yang berkepentingan dalam kes kami?

Apakah itu keadilan apabila Kelab Sains Politik dibubarkan, anugerah dekan saya ditahan, program anjuran oleh kelab mahasiswa saya di fakulti sendiri disabotaj?

Bagi saya, perkara ini tidak perlu berbelit-belit. Sudah 1 tahun kita berjuang bersama untuk menghadapi cabaran dan tohmahan yang dilontar kepada kami berempat dan penghinaan kepada kematangan mahasiswa. Dan kita tidak boleh menghampakan rakan-rakan dan barisan mahasiswa yang lain, yang telah memberi komitmen, sokongan dan kepercayaan kepada kumpulan kami untuk meneruskan perjuangan.

Tanggal 22hb. April 2011, kes UKM4 akan genap satu tahun dan saya ingin mengambil peluang untuk berterima kasih kepada kalian kerana sanggup bersama kami berempat sepanjang tahun ini. Jangan kita berputus asa lagi. Selagi AUKU itu masih wujud dan terus menjadi alat kepada hegemoni pemikiran mahasiswa di Malaysia, selagi itu kita ada tanggung jawab untuk mencabar legitimasi dan autoriti undang-undang yang drakonian dan mengekang pembangunan masyarakat.

Student power!

King Chai
18 April 2011

The collective persona of Lord Bobo's minions (yes, all the cheeky monkeys and monkettes). Haven't you heard? LoyarBurokking is a lifestyle. Join us, and your life will never be the same again. Because...

One reply on “UKM4: Genap Setahun, Tanggal 22/4”

Comments are closed.