Surat Terbuka Kepada LoyarBurok-ker

Cinta Penuh sejati, Rambulan Menjadi Saksi, Untuk Kalian yang Bangga dikenali sebagai LoyarBurok-ker

MCCHR 4

Saya mengenali LOYARBUROK ketika rangka promosi Merakyatkan Perlembagaan yang dianjurkan oleh Kempen Perlembagaanku menjengah utara semenanjung tanahair, di negeri jelapang padi tempat di mana saya beramal ilmu perundangan.

Sejak dari  itu, saya tanpa gagal akan sedaya upaya mengikuti perkembangan kalian setiap hari. Kalian membawa satu anjakan paradigma yang mengubah persepsi saya tentang banyak perkara. Sekurang-kurangnya untuk menyedari bahawa mungkin sumbangan atau idea kecil saya mampu membantu kehidupan orang lain dan juga mengubah cara berfikir yang lain.

Tiada yang dapat menggambarkan betapa saya mengkagumi kalian. Tidak sekadar mencanang tanpa usaha namun kalian cuba melakukan sesuatu untuk meluruskan mana yang bengkok, menambah apa yang kurang, memperbaiki apa yang pincang. Tidak seperti golongan yang hanya bersuara namun tidak berbuat apa. Mungkin sudah terlalu selesa dengan kehidupan seindah biasa.

Kesungguhan, kegigihan, perjuangan dan bulatnya matlamat kalian tentang apa yang kalian inginkan, bagi tujuan menyedarkan rakyat Malaysia berkenaan banyak perkara, tentang menjadikan Negara ini sebagai tempat yang lebih sempurna untuk dihuni, tentang kebebasan hak asasi setiap individu, tentang menjadikan keadilan sebagai tunjang  kehidupan seharian dan perlembagaan sebagai payung berlindung.

Namun di sebalik  yang tersirat,  saya juga melihat tentang keutuhan persahabatan,  saya melihat kasih sayang, saya melihat persefahaman, sepersetujuan antara kalian. Percayalah selagi kalian masih dilingkari ikatan itu, maka selamanya kalian akan kuat menghadapi apa jua bersama.

Saya nekad  membutakan mata menulikan telinga terhadap  suara-suara sumbang yang memperkecilkan perjuangan yang kalian sedang lakukan kerana saya telah melihat yang tersurat disebalik yang tersirat dan saya  percaya apa yang kalian lakukan tidak akan hasilnya sia-sia.

Terbanglah kalian setinggi daya, semoga kelak kalian akan dikenang sebagai penggerak bangsa Negara Malaysia.

Sekian.

Hasnifalina ialah seorang individu yang mengagumi perjuangan hero dan heroin LoyarBurok dan PerlembagaanKu. Peminat setia Lord Bobo dan konco-konconya dari jauh. “Surat terbuka kepada LoyarBurok-ker” yang ditulisnya dengan sepenuh hati adalah  hasil pemerhatian hampir setiap hari  tentang perkembangan dan aktiviti-aktiviti  LoyarBurok dan kesimpulan yang dibuat beliau tentang insan-insan yang berjuang  di belakang tabir LoyarBurok a.k.a – LoyarBurok-ker. Beramal sebagai pengamal undang-undang di utara semenanjung tanahair. Menyimpan impian untuk menjadi sukarelawan untuk membantu golongan kanak-kanak. Sangat berminat untuk menyertai badan sukarelawan yang berjuang melindungi hak kanak-kanak terutama kanak-kanak yang didera secara seksual. Beliau percaya bahawa setiap individu itu dianugerahi keistimewaan untuk membantu orang lain dengan cara yang tersendiri. Pernah kadang-kadang juga bercita-cita untuk menjadi penyanyi namun memandangkan itu adalah mustahil dan mungkin tidak akan tercapai dia memilih untuk menjadi peguam sepanjang hayat.

Tags: , , , ,


Posted on 1 April 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

3 Responses to Surat Terbuka Kepada LoyarBurok-ker

  1. Dian Abdullah

    I would like to help out in whatever small way possible. Jack of all trade.

  2. hasnifalina

    pepper lim- TQ :-)

  3. Pepper Lim

    Fantastic! I'm of the same point of view.