Balasan dari Azira Aziz terhadap penyataan Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan komen mengenai konsep Allah dan Triniti
“I am still of the view that they [the distribution of the Malay bibles] should be blocked, as this translation that contains the translation of the word ‘God’ to ‘Allah’ is dangerous and confusing, especially to the young,” the senior Islamic cleric told The Malaysian Insider yesterday.
“He explained that young Muslims who had shallow knowledge of religion and faith would be confused by the use of the word ‘Allah’ by Christians, which to them meant ‘Allah has a son… that Allah has a wife… God is a father.”
— Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid, dari artikel “Mufti says Islamic law bars release of Alkitab“, The Malaysian Insider
Church and mosque in close proximity in Klang | Source: http://islamizationwatch.blogspot.com (AP Photo/Lai Seng Sin)
Kehadapan Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid, saya adalah seorang wanita beragama Islam yang lahir dan dibesarkan seumur hidup di tanah air tercinta yang dipanggil Malaysia. Kecuali tadika Katolik yang saya hadiri setahun, saya sekolah pun Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah SBP, masuk Universiti pun setakat UiTM sahaja.
Saya tidak pernah merasa langkah kaki bertapak sejauh London dan Eropah, dan tidak pula pernah saya berkunjung ke negara-negara yang mempunyai penganut Kristian dominan kecuali Australia dan itupun sekali sahaja.
Saya cuma tengok takat di kaca televisyen sahaja. Jadi memang layaklah saya dipanggil 100 peratus Melayu tipikal.
Datuk, seumur hidup saya, saya tak pernah dengar sesiapa yang sungguhlah kurang cerdik sehingga tidak boleh membezakan antara Allah versi Islam dan Allah versi Kristian.
Masa saya umur 5 tahun pun saya sudah jelas faham bahawa kawan-kawan saya yang Katolik (Nota : Tidak semua Kristian menerima konsep triniti) mempercayai konsep “trinity”. Mari saya perjelaskan, Kristian mempercayai “Holy Spirit (Roh Ghaib)”, “the Father (si Bapa)” dan “the son (si Anak, yaitu Nabi Isa)” sebagai konsep tuhan atau Allah mereka.
Credit | Wikipedia
Ia mempunyai kaitan dengan pengolahan bahasa pada ketika itu. “Person” atau “Personhood” hari ini difahami sebagai seorang individu, tetapi pada masa dahulu, perkataan “Person” atau “Personhood” merujuk kepada individu dan komuniti keseluruhan. Oleh itu, rujukan ketiga-tiga entiti tersebut sebagai satu adalah munasabah kerana gaya bahasa mereka ketika itu.
Umat Islam cuma mempercayai dalam konsep Allah sebagai entiti luarbiasa yang maha hebat yang terunggul. Tuhan yang Satu. Nabi Muhammad adalah Rasulnya. Sudah.
Bukannya susah sangat.
Saya tidak faham mengapa semua orang suka menyalahkan golongan muda sebagai golongan yang mudah terpengaruh dan kurang cerdik. Macamlah kami tidak boleh membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri. Macamlah golongan muda tidak mempunyai pertimbangan antara yang baik atau yang buruk.
Saya minta maaf sekiranya menyinggung perasaan sesiapa, tetapi saya boleh mengetusahkan bahawa kalaulah iman seseorang itu terlalu mudah goyah sehingga baca Bible pun boleh terhakis itu maknanya si pengajar agama asal tidak membuat kerja yang baik.
Lagipun saya tidak menyalahkan golongan muda yang memilih untuk tidak mengambiltahu sangat mengenai agama, terutamanya agama Islam kerana teknik pengajaran yang seingat saya sungguhlah bosan. Apabila saya bertanyakan soalan yang saya rasakan munasabah, asyik disuruh senyap dan hafal.
Akhirnya saya sendiri meminjam tafsir Al-Quran Ibu saya dan membacanya yang pada pendapat saya adalah penggunaan masa yang lebih produktif dari hanya mengulangi ayat-ayat dalam Bahasa Arab tanpa pemahaman sebenar. Kemudian, saya tergerak untuk membaca Bible ketika saya remaja. Cerita-cerita di dalamnya agak menarik.
Islam juga saya pada hari ini.
Read this first: LB Terms of Use
71 Responses to Allah dan Triniti