Nukilan yang mendapat inspirasi daripada kisah kasih agung sebelum ini.
Aku Qays, kau Laila
Puisi buat dirimu
Bagai Majnun gila
Kemaruk lamunan cinta
Aku Kirjava, kau Pantalaimon
Kompas emas ini
Akan jadi bukti
Petunjuk hati ini
Aku Lysander, kau Hermia
Benar cinta agung
Tidak lancar adanya
Lekuk liku alirnya
Aku Megat Sri Rama, kau Wan Anum
Sumpah aku lafazkan
Untuk lakukan segala
Walau membawa derhaka
Aku Rama, kau Sita
Akan ku hapuskan
Ravana sedih pilu
Ukir senyum bibirmu
Aku Odyseus, kau Penelope
Nun jauh rantauku
Tetap aku kembali
Kau maharani hati
Aku Beren, kau Luthien
Walau gelap Angband
Kita tempuhi bersama
Demi Silmaril cahaya
Aku Perceval, kau Blanchefleur
Niat lelaki ini
Mahu jadi kesatria
Bina kastil kita
Aku Siegfried, kau Kriemhild
Lagu Nibelung kita
Agar jadi lagenda
Untuk kekal adanya
Syahredzan Johan kadangkala bersajak.
very romantic
lovely.. Have a great hari kekasih
Mahsyuk!
mendeklamasikan sajak ini sorang sorang dalam bilik ..tanpa sedar aku tergigit bibir sambil lap air mata yang mengalir deras *syahdu sial!*
creative !
I wish I wrote this, LIKE!
Romantik habis!
THIS is really an EPIC.
*standing ovation*