SIRI PMN2011: Batu Loncatan

Perhimpunan Mahasiswa Negara 2011 — suatu batu loncatan buat gerakan mahasiswa pada abad ke-21.

KLSCAH. Dah lama aku tidak menjejak kaki ke sini. Kali terakhir beberapa tahun lalu. Sewaktu namanya dipanggil MCPA Hall. Zaman-zaman aku terkinja-kinja mendengar kugiran sakan beraksi di atas pentas. Kali ini misi aku lain. Kali ini misi kami semua lain. Kami mahu berkumpul. Kami mahu bersuara. Kami menuju ke Perhimpunan Mahasiswa Negara 2011.

PMN 2011

I.

Persiapan telah dilakukan dengan rapi, segalanya nampak molek. Melihat muka-muka mereka yang lain membuatkan aku rasa kurang senang pada sesi Dewan Mahasiswa.

Satu per satu bercakap. Ah, makin gelisah aku dibuatnya! Ya, aku bercakap juga. Aku juga mahu suara aku didengari.

Perhimpunan ini tidak membataskan hak sesiapa untuk bersuara.

Puas.

II.

Kelihatan mata-mata universiti turut serta dalam perhimpunan. Sibuk menangkap gambar para pelajar. Sibuk menangkap gambar ahli dewan. Bukan seorang, bukan dua, tetapi tiga! Aku hairan dan tertanya-tanya, berapa ringgit mereka dibayar? Adakah poket mereka disumbat duit OT sehingga sanggup mengekori para pelajar ke mana-mana? Dalam kasta mata-mata rekaan aku sendiri, aku letakkan mata-mata universiti sebagai paling jijik. Dan ketiga-tiga dari UiTM ini paling jijik dengan kad pelajar palsu dan kononnya mengambil jurusan ‘Sarjana Muda’ apabila ditanya. Lebih baik aku jadi mata-mata polis!

Beberapa ketika selepas itu, satu lagi masalah timbul. Ya, kalau ada masalah, mana lagi puncanya kalau bukan dari pihak universiti. Sibuk timeline Twitter aku buat seketika dengan berita panas ini. Kali ini bukan isu mata-mata. Kali ini tidak ada kena-mengena dengan manusia. Kali ini datang dari sehelai kertas. Pekeliling. UiTM lagi.

Pekeliling 1 (ed)Pekeliling 2 (ed)

Aku hairan dengan situasi sebegini.

Mengapakah pihak universiti menghalang? Adakah kerana pelajar perlu akur dan cuma menatap buku? Adakah kerana para pelajar tidak layak berbincang isu-isu kritikal? Adakah kerana pelajar tidak ada hak dalam menentukan masa depan mereka?

Ataupun pihak atasan cuma takut dengan bayang-bayang sendiri? Adakah mereka takut sekiranya mahasiswa bangun? Adakah mereka sedar bahawa mereka mampu diancam? Ataupun mereka memang mahu pelajar-pelajar dijadikan katak di bawah tempurung? Kataknya ialah mahasiswa. Tempurungnya? UiTM.

Ketidakadilan. Universiti itu hak mahasiswa. Universiti itu tempat mahasiswa. Universiti itu milik mahasiswa.

Institusi pendidikan itu milik pelajar, bukan milik mereka yang membolot kawasan parkir ataupun mereka yang disediakan tandas eksklusif ataaupun mereka yang disediakan kerusi-kerusi empuk. Pelajar pilih, pelajar tentukan, dan pelajar yang berkuasa! Tolak ke tepi pekeliling, ayuh teruskan. Buat mereka dari UiTM, usah risau, kami sentiasa di belakang anda. Kita sekeluarga. Salut dan solidariti untuk anda semua. Usah gentar.

III.

Maka sidang terus berjalan. Keadaan semakin panas dengan masing-masing mengeluarkan hujah-hujah. Masing-masing menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin. Bukan pemimpin pada masa hadapan, pemimpin masa kini!

Suatu perkara yang paling mencuri tumpuan aku: penolakan usul wakil mahasiswa ke Parlimen. Penolakan usul ini menunjukkan budaya pemikiran mahasiswa yang matang. Para ahli dewan ternyata berbahas sebaik mungkin dan cuba sedaya upaya mencari resolusi yang sesuai. Ternyata mahasiswa tidak akan hanya mengangguk walaupun perkara itu menyebelahi mereka. Mereka boleh berfikir lebih jauh ke hadapan.

Beberapa isu lain turut dibangkitkan dalam Parlimen Mahasiswa seperti mewujudkan kesatuan mahasiswa dan memperkenalkan konsep koperasi mahasiswa yang mana bagi aku satu idea yang baharu dan segar. Ternyata pemikiran para pelajar ini sentiasa tegar mencari penyelesaian terbaik untuk menghilangkan kebergantungan mereka terhadap pihak atasan atas kebajikan mereka. Mereka mahu jadi independen!

IV.

Penggulungan dibuat. 12 jam aku di sana. Kebas kaki, kebas bontot, semua kebas-kebas. Tapi aku puas. Aku bersama mahasiswa lain bersama dan bersuara. Kami sudah bersuara dan kami mahukan lebih ramai lagi bangun dan bersuara.

Perhimpunan Mahasiswa Negara 2011. Sukses. Berjaya.

Suatu batu loncatan buat gerakan mahasiswa pada abad ke-21. Kami bersedia untuk ke peringkat seterusnya.

Dan jikalau anak-anak aku, cucu-cucu aku, dan cicit-cicit aku tanya siapakah pelopor gerakan mahasiswa sekarang? Aku akan jawab dengan bangga.

Kami.

Kami semua di sana pada 11.1.11.

Kami dalam lipatan sejarah, dan kami akan teruskannya.

Mim ialah seorang kaki lomo dan penulis blog tegar. Sentiasa menghabiskan masanya meletakkan biasiswa diterimanya dalam risiko selain mengagungkan Godspeed You! Black Emperor, Explosions In The Sky dan God Is An Astronaut. Gaya lariannya umpama kuda tua di atas padang ragbi namun dia yakin gaya lariannya tidak ada kena mengena dengan kenaikan harga filem slide di pasaran.

KLSCAH. Dah lama aku tidak menjejak kaki ke sini. Kali terakhir beberapa tahun lalu. Sewaktu namanya dipanggil MCPA Hall. Zaman-zaman aku terkinja-kinja mendengar kugiran sakan beraksi di atas pentas. Kali ini misi aku lain. Kali ini misi kami semua lain. Kami mahu berkumpul. Kami mahu bersuara. Kami menuju ke Perhimpunan Mahasiswa Negara 2011.

Persiapan telah dilakukan dengan rapi, segalanya nampak molek. Melihat muka-muka mereka yang lain membuatkan aku rasa kurang senang. Satu per satu bercakap. Ah, makin gelisah aku dibuatnya! Ya, aku bercakap juga. Aku juga mahu suara aku didengari. Perhimpunan ini tidak membataskan hak sesiapa untuk bersuara. Puas.

Kelihatan mata-mata universiti turut serta dalam perhimpunan. Sibuk menangkap gambar para pelajar. Sibuk menangkap gambar ahli dewan. Aku hairan dan tertanya-tanya, berapa ringgit mereka dibayar? Adakah poket mereka disumbat duit OT sehingga sanggup mengekori para pelajar ke mana-mana? Dalam kasta mata-mata rekaan aku sendiri, aku letakkan mata-mata universiti sebagai paling jijik. Lebih baik aku jadi mata-mata polis!

Suatu perkara yang paling mencuri tumpuan aku : penolakan usul wakil mahasiswa ke Parlimen. Penolakan usul ini menunjukkan budaya pemikiran mahasiswa yang matang. Para ahli dewan ternyata berbahas sebaik mungkin dan cuba sedaya upaya mencari resolusi yang sesuai. Ternyata mahasiswa tidak akan hanya mengangguk walaupun perkara itu menyebeahi mereka. Mereka boleh berfikir lebih jauh ke hadapan.

Beberapa isu lain turut dibangkitkan seperti mewujudkan kesatuan mahasiwa dan memperkenalkan konsep koperasi mahasiswa yang mana bagi aku satu idea yang baharu dan segar. Ternyata pemikiran para pelajar ini sentiasa tegar mencari penyelesaian terbaik untuk menghilangkan kebergantungan mereka terhadap pihak atasan atas kebajikan mereka. Mereka mahu jadi independen!

Penggulungan dibuat. 12 jam aku di sana. Kebas kaki, kebas bontot, semua kebas-kebas. Tapi aku puas. Aku bersama mahasiswa lain bersama dan bersuara. Kami sudah bersuara dan kami mahukan lebih ramai lagi bangun dan bersuara.

Perhimpunan Mahasiwa Negara 2011. Sukses. Berjaya.

Suatu batu loncatan buat gerakan mahasiswa pada abad ke-21. Kami bersedia untuk ke peringkat seterusnya.

Dan jikalau anak-anak aku, cucu-cucu aku, dan cicit-cicit aku tanya siapakah pelopor gerakan mahasiswa sekarang? Aku akan jawab dengan bangga. Kami. Kami semua di sana pada 11.1.11.

Kami dalam lipatan sejarah dan kami akan teruskannya.

Tags: , , , , , , , , , ,

Posts by

Seorang pelajar. Kadang-kadang mencarut di @mimjamil.

Posted on 18 January 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

7 Responses to SIRI PMN2011: Batu Loncatan