Diari seorang Mak Guard malang yang menghadirkan diri ke Perhimpunan Mahasiswa Negara dengan terpaksa menyamar sebagai seorang mahasiswa Semester 4 berusia 23 tahun. Ini serius. Ini bukan main-main. Tapi mungkin fiksyen.

Babak 1

Jam berdering awal 7 pagi. Terlalu awal. Tetapi demi masa depan anak bangsa, aku gagahkan hati. Pagi itu terasa terlalu dingin. Aku pula tidur sendiri. Tidak pernah dipeluk, apatah lagi dicumbu lelaki. Usia pun sudah lewat sebenarnya. Wajah juga sudah hilang seri. Ketulan lemak sudah berkampung memberati pipi. Selulit tersembunyi, apatah lagi.

Namun demi anak bangsa, kugagahi jua. Jenuh juga semalam menyelongkar lemari, mencari-cari pakaian yang nampak muda dan terkini. Tak berapa yang ada. Tudung sahaja yang ada sedikit gaya. Walaupun fesyen cuplikan Indonesia, tetapi kata mereka ini tengah ‘in’. Tudung bawal semua sudah ‘out’. Aku sarungkan saja kemeja pinjam dari adik saudara sebelah mak, dan satu-satunya seluar jeans yang aku ketemu dalam saiz pinggul ini ketika membeli periuk di Padang Besar. Di ibu kota, jeans saiz aku tak ada. Macamlah kerap sangat aku pakai jeans pun. Untuk efek lebih bergaya, aku angkat sekali jaket warna perang muda si anak saudara.

Aku pusing-pusing depan cermin. Aku senyum.

Ada gaya anak gadis mahasiswa 23 tahun usia ni. Aku tonggek sikit, fuhhh… Masih bergetah. Penuh konfiden.

Ini semua aku lakukan demi masa depan anak bangsa. Anak mahasiswa yang menjadi benteng terakhir maruah umat Melayu. Mereka ini wajib aku jejak, dan beri nasihat kalau termampu. Kalau tak mampu, pergi makan free pun jadi la.

Beberapa hari lepas aku diarah mengambil gambar. Mereka mekap aku biar nampak muda. Mau dibuat kad matrik. Katanya kalau tak ada kad matrik, tak boleh masuk. Pandai rupanya budak-budak sekarang konon mahu menipu sistem. Mereka lupa bahawa tanpa sistem ini bangsa akan mundur dan mengemis di negeri sendiri. Hilang ketuanan dan hilang harga diri. Anak muda sekarang memang tak tahu bersyukur. Mereka harus insaf.

Dua lagi rakan sudah tiba di muka pintu. Kami bertiga memang tekad habis. Ini memang Mission Impossible. Bukan selalu dapat jadi Spy HEP. Hehe…

“Fuhhh.. Mengancam kau hari ni. Macam student tahun pertama la.”

“Eh.. Kita semua pelajar Sarjana Muda tahun ketiga. Jangan lupa tu.”

“Jangan lupa kad matrik. Jangan pulak pakai kad staf.”

“Kalau kantoi macam mana?” Aku suarakan kerisauan.

“Mana boleh kantoi. Budak-budak ni bukannya bijak sangat pun.” kata si Leman (bukan nama sebenar) yang siap membawa kamera DSLR kegilaan anak muda sekarang. Mana tahu nanti ada yang terbeliak mata kagum dengan kamera Leman.

“Jom. Dah lambat,” kata Mamat (juga bukan nama sebenar), dia siap bawa beg sandang. Kasutnya macam budak-budak naik skateboard, ada rona-rona hijau. Teruja aku. Mamat memang nampak muda.

Babak 2

“Ini la dia student zaman sekarang… Kata mula pukul 8. Pukul 9 pun tak register lagi. Tak punctual betul.”

Mamat memang faham. Dia jaga pintu masuk tiap-tiap hari. Student drive meluru masuk sebab dah lambat ke kelas.

Memang tak punctual. (Fuhhh… Ai cakap orang putihhh…)

PMN 2011

Babak 3

Kaunter pendaftaran dibuka, aku beratur. Sedikit nervous. Kalau kantoi macam mana? Kalau aku tersalah cakap macam mana? Kalau aku tak boleh blend in macam mana? Kalau nanti ada secret handshake macam Iluminati dan Freemason macam mana?

Budak-budak ni semua bukan boleh percaya. Percaya sangat dengan gerakan-gerakan bawah tanah. Sekali dia tanya, “Lu mana mari?” takkan aku nak jawab, “Simpang Tiga Putrajaya.” Itu cari nahas.

Sampai giliran, aku bagi kad matrik dan IC. Dia renung lama. Aku pun tak renung langsung kad matrik tu semalam. Tengok-tengok gitu je la. Selama ni asyik tengok kad matrik student yang langgar peraturan sahsiah rupadiri. Naik muak aku tengok kad matrik. Namun dalam hati masih ada sedikit risau.

“Dari UiTM?” dia tanya.

“Ya.”

“Umur berapa ni?”

“D… dd… dua puluh tiga”

Mata si tukang jaga kaunter melirik. Curiga barangkali. Tapi aku sudah cukup syarat. Aku bawa kad matrik. Dia tak boleh halang aku dan lagi dua ini masuk.

“OK.”

Yes! Berjaya!

Leman juga berjaya. Dia mula ambil gambar. Semua student pun dia ambil. Universiti lain tak payah la. Universiti kita ni yang penting. Universiti kita ini benteng terakhir orang Melayu. Universiti lain tu biarlah. Sana ada Cina. Nak peduli buat apa. Cina itu juga nanti rampas tanah kita. Yang cerdik-cerdik pun dah memang semua Cina.

Aku nampak Leman menghampiri dua tiga student. Sah-sah budak universiti aku. Semua muka wanted belaka. Student Power konon. Belajar la bagi habis dulu. Lepas tu politik la. Leman tanya datang dari mana. Ambil kursus apa. Nama siapa. Ibu bapa di mana.

Soalan Leman agak bangang. Lantaklah. Tapi Leman tak cerdik jugak kadang-kadang. Ada ka dengan muka dia yang agak tua bangka tu dia expect orang nak percaya dia masih lagi mahasiswa. Lepastu berani pulak dia nak ambil gambar kenangan. Mampus budak-budak tu lari tak percaya. Tidak aku sedar kebangangan Leman ini akan mengkantoikan aku kejap lagi.

“Eh apahal kau pulak nak ambil gambar aku?” Leman membentak seorang pelajar.

Ala Leman ni. Biasa la tu. Budak-budak sekarang kan suka ambil gambar dan letak kat Facebook. Layankan saja lah. Bodoh betul.

Babak 4

Mee goreng yang mereka jamu agak sedap. Rasa tak bersalah langsung aku makan free di perhimpunan mahasiswa yang aku cuba ganggu. Hehe… Nakal pulak rasa. Tapi mee tu berminyak sangat la. Naik mengantuk pulak. Leman dan Mamat duduk di luar, di kolam yang sudah kering, isap rokok dengan budak-budak tu mungkin. Harapnya mereka pasang telinga dengar perbualan student. Mana tahu ada bahan.

Ni kalau duduk dalam dewan, pejam mata kejap syok jugak ni. Ada air con. Sejuk. Maka aku pun masuk sendirian. Duduk di satu penjuru. Rehatkan diri.

Namun rehat aku tak lama.

Sekonyong-konyong datanglah seorang pelajar lelaki berbadan besar. Aku sedikit cuak. Dia bagi salam. Aku lihat dia berjambang. Tangan pegang BlackBerry. Baju merah hati. Rambut sedikit jarang. Namun dia sedikit tersenyum. Wah… comel. Ada lesung pipit.

“Akak dari UiTM ye?”

“Ye saye”

“Datang sorang je”

“A’ah… ye”

“Student ke ni?”

“Ye saye”

“Ambek course ape ye?”

“OM”

“OM? Ape tu?”

“Office Management,” aku jawab. Ini mamat ni nak kata student, tak ada rupa student. Kang kalau tiba-tiba ini Cawangan Khas yang betul, jenuh aku.

“Part berapa, kak?”

“Huh?” aku jarang pulak dengar istilah ‘part’ ni. Selalu dengar ‘semester’.

“Part berapa?”

“Part Four.” Malangnya jari yang keluar hanya dua. Ah sudah.

“Umur berapa ni kak?”

“23”

“Boleh tengok kad matrik kak?”

“Eh, nak buat apa?”

“Saja nak tengok. Takkan tak boleh”

Aku diamkan saja. Macam mana nak blah ni?

“Akak.. Saya terus terang dengan akak la ye. Sebenarnya kami ni dah sangat curiga dengan akak dan kawan-kawan akak. Nampak pun lain macam je. Workshop pun blah, nampak sangat datang nak ngacau je. Akak ni sebenarnya dari HEP UiTM kan?”

Ah sudah. Kan dah. Aku pun agak gelabah. Aku keluarkan kad matrik. Dia ambil. Dia belek. Dia pusing belakang kad.

“Kak… Umur berapa tadi?”

“23”

“Ni apahal nombor IC start 84?”

Shit.

“Kak.. Kemasukan Disember 2010, apasal nombor matrik kepala 2009?”

Shit lagi.

“Kak… Gambar ni ambik bila ni. Semalam ek?” dia berdekah.

Aku buat-buat macam ada panggilan telefon. Aku selongkar beg. Dari awal tadi aku dah tak boleh pandang mata dia. Aku memang pasti aku sudah kantoi big time. Aku terus buat-buat macam jawab telefon. Aku bangun dari kerusi. Aku blah.

Separa berlari.

Keluar dari dewan perhimpunan Cina.

Sumpah tak akan kembali.

Leman dan Mamat katanya kembali sebelum sidang parlimen mahasiswa. Tapi brader badan besar tu dah nampak. Leman dan Mamat hangin. Brader badan besar tu gelak je tengok diorang.

Misi gagal. Tapi Leman dapat banyak gambar. Aku tak pasti kalau dia dapat gambar brader badan besar.

Tapi aku yakin. Student hari itu, semua ada gambar aku, Mamat dan Leman. Harap-harap mereka tak upload ke Facebook. Macam mereka upload gambar pegawai Cawangan Khas yang ikut pelajar Unisel hari tu.

Serius.

Mahasiswa ni bukan boleh buat main.

Disclaimer: Aku sumpah ini fiksyen.

Izmil (Saudara Teddy) adalah seorang pemalu, seorang manusia tak banyak cakap yang sentiasa memerhati. Dia menulis tentang apa sahaja dari mata seorang agitator-politik-rentas-parti supaya orang berfikir dan cerah. Masih belajar untuk jadi manusia, dia punya hobi memasak dan mendiam di Facebook kerana tidak punya ramai kawan. Teringin mahu jadi seekor panda dan meninggalkan semua ini untuk masuk Hogwarts. Juga sedang berusaha mahu jadi pengajar ilmu perlembagaan. Ikutilah Izmil di Twitter @izmil_amri

15 replies on “SIRI PMN 2011: Diari Seorang Mak Guard”

  1. Siapa agaknya lelaki berbadan besar dan berjambang yang 'busted' Mak Guard tu eh? hahahaha.

    To whom it may concern, it doesn't matter if my dear friend here has flopped his law studies or his flip-flop. He is making something which his contemporaries are reluctant to do. In this generation of armchair-blogger, he is making something that he could to educate and inspire his peers, instead of attacking one's personality without any valid reason. Rilek la brader, dia tak kacau ko berak pun.

    To Izmil, keep on writing.

  2. nice gila! aku gelak tak berhenti. kahkahkah!

    upload la sikit gambar Mak Guard, Leman, Mamat ni. biar kenal sikit. kahkahkah!

  3. abiskan study/Karim/whatever ur name is, coz this IP is repeating itself all thru my writings: The world doesnt revolve around me. It doesnt revolve around you either.

    What have u written that's so world-changing?

    But still. Thank you for reading and making time to comment.

    The rest of the gang: Thank you.

  4. another article from perasan people who flop his law studies and think the world revolves around him.sigh.

Comments are closed.