PMN 2011

Mengapa universiti-universiti awam tempatan Malaysia tidak berada dalam tangga 200 universiti terbaik dunia?

Universiti Malaya, merupakan universiti tempatan yang terlama dan telah terkeluar daripada kedudukan 200 yang diterbitkan oleh QS World University Rankings 2010. Kedudukannya jatuh dari 180 ke 207. Selain itu, tiada universiti awam tempatan dinamakan dalam penamaan 200 universiti terbaik dunia dalam senarai Times Higher Education Supplement.

Hal ini telah dikritikkan oleh ahli politik dan sarjana serta menarik perhatian orang ramai. Sesetengah orang berpendapat bahawa kejatuhan kedudukan universiti menunjukkan bahawa universiti menghadapi krisis yang besar. Persoalannya, adakah kedudukan tersebut memainkan peranan yang begitu penting?

Rakyat mengambil berat tentang perkembangan universiti merupakan perkara yang baik, tetapi krisis pengkorporatan universiti awam kurang menarik perhatian rakyat. Pada tahun 1994, cadangan pengkorporatan Universiti Malaya dibangkitkan, tetapi hal ini telah dibatalkan atas bantahan yang kuat. Walaubagaimanapun, pelan pengkorporatan universiti awam masih dijalankan. Kapitalis mengkorporatkan universiti awam dari segi kebajikan sehingga ke bidang akademik dan tanda-tanda tersebut amat jelas.

Sejarah universiti awam dan swasta

Universiti Malaya (UM) ditubuhkan di Singapura pada tahun 1949, kampus cabangnya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1962. Kampus pusat UM dipindah ke Kuala Lumpur selepas Singapura berpisah dengan Malaysia. UM merupakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama yang berperingkat universiti. Pada masa itu, UM adalah berautonomi dan Kementerian Pengajian Tinggi hanya menyumbangkan kewangan kepada UM. Mahasiswa/i, staf akademik dan eksekutif mempunyai hak membuat keputusan yang serata dalam kebajikan, akademik, pemilihan Naib Canselor, Senat, Majlis Universiti, kewangan dan hal-hal yang berkaitan dengan universiti. Selain daripada bidang akademik, mahasiswa/i dapat berfikir kritis dan bebas dalam proses membuat keputusan.

Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang pertama ditubuhkan pada tahun 1950-an. Pada masa itu, IPTA berkuasa untuk memberi Sijil Ijazah Tinggi, manakala IPTS mengajar kemahiran sosial dan memberi sijil asas kepada pelajar yang gagal dalam pelajaran mereka. Oleh itu, IPTA dan IPTS merupakan dua institusi yang tiada persaingan dan konflik dari segi sumber pembelajaran.

Kebangkitan dan kejatuhan gerakan mahasiswa

Kini, mahasiswa/i hilang kesedaran dan hak membuat keputusan. Hal ini kerana keruntuhan gerakan mahasiswa telah menyebabkan mereka tidak lagi berjuang untuk masyarakat. Keadaan mahasiswa/i meruntuh sehingga tidak mengambil berat tentang polisi akademik dan kebajikan yang berkaitan rapat dengan diri sendiri. Mereka hanya menaruh harapan kepada staf eksekutif yang berstatus tinggi untuk memberi bantuan. Sebenarnya, masyarakat dan universiti merupakan dua institusi yang tidak boleh dipisahkan mengikuti status. Malangnya, hal ini berlaku dalam IPTA iaitu staf eksekutif mempunyai status yang lebih tinggi dan mahasiswa/i hanya mengikut arahan sahaja. Oleh itu, kita harus memahami sejarah yang mencatatkan perjuangan mahasiswa/i untuk masyarakat dan diri sendiri tanpa sekatan.

Pada tahun 1960-an, Malaysia berada dalam perjuangan fahaman kiri dan kanan. Golongan fahaman kiri ialah Barisan Sosialis dan Parti Komunis Malaya, manakala golongan fahaman kanan ialah Parti Perikatan iaitu Barisan Nasional pada hari ini. Dalam peringkat antarabangsa pula merupakan perjuangan kapitalisme Amerika Syarikat dan sosialisme Soviet Union. Golongan pelajar dan pekerja menyertai dalam gerakan tersebut merupakan fenomena yang biasa. Hal ini kerana negara-negara kapitalisme pernah menghadapi krisis ekonomi, jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin serta masalah sosial. Golongan revolusi ini lebih cenderung kepada fahaman kiri.

Ketika itu kebanyakan mahasiswa/i berasal dari keluarga yang miskin telah menyebabkan mereka lebih memahami kesukaran golongan miskin. Mereka berada dalam situasi perjuangan antara golongan fahaman kiri dan kanan, namun mereka sedar bahawa kekuatan mahasiswa/i boleh mengubah situasi ekonomi tersebut. Mahasiswa/i berideologi sosialisme, nationalisme dan Islam bersama-sama berjuang untuk golongan tertindas. Sebagai contoh, peristiwa Teluk Gong iaitu petani yang meneroka tanah dihalau, telah menarik perhatian mahasiswa/i.

Mahasiswa/i sedar bahawa perubahan sistem merupakan cara utama untuk memperbaiki masyarakat. Hal ini menyebabkan mereka menjalankan rapat umum di seluruh Malaysia dengan menyampaikan manifesto mereka kepada rakyat. Hala tuju perjuangan mereka mengutamakan kepentingan golongan petani, pekerja dan penduduk bandar yang miskin. Hal ini telah mendapat sokongan daripada kebanyakan rakyat berbanding dengan manifesto parti-parti politik yang berjuang untuk kaum masing-masing.

Pada 13 Mei 1969, Parti Perikatan hilang dua per tiga kerusi dalam Parlimen buat kali pertama. Tun Razak, Mahathir, Harun dan kelas kapitalis tengah tidak puas hati bahawa Perdana Menteri tidak menjaga kepentingan mereka. Mereka memusatkan kuasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman dengan mengisytiharkan rusuhan kaum pada hari itu untuk mengaburi fokus masyarakat.

Semasa darurat, Majlis Gerakan Negara ditubuh dan kuasa telah diberikan kepada Tun Razak untuk mengawal keadaan negara. Dia melancarkan Dasar Ekonomi Baru dalam kerajaan tentera yang tidak berdemokrasi. Sehingga hari ini, UMNO masih berpendapat bahawa DEB bertujuan untuk membantu orang Melayu yang miskin. Sebenarnya, dasar ini merupakan konspirasi untuk menghasilkan elit ekonomi yang akan mengakibatkan perluasan jurang antara orang miskin dan kaya.

Selepas perkara 13 Mei, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia didirikan oleh kerajaan untuk memenuhi permintaan pengajian tinggi tempatan. Penambahan universiti juga meningkatkan bilangan mahasiswa/i. Parti Perikatan bimbang bahawa gerakan mahasiswa/i akan merbahayakan kuasa pemerintahan. Oleh itu Menteri Pendidikan Tun Hussein Onn menggubal Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk menyekat hak mahasiswa/i berpersatuan, bersuara, bertindak, berpolitik dan akademik. Pada masa yang sama, mahasiswa/i tidak berhak membuat keputusan tentang polisi universiti bersama dengan staf akademik dan staf eksekutif.

Akta zalim ini telah menyebabkan ketidakpuashatian daripada mahasiswa/i. Walaubagaimanapun, kegigihan mahasiswa/i untuk meneruskan perjuangan terhadap masyarakat yang lemah tidak dilenyapkan. Hal ini telah menyebabkan mereka lebih radikal dalam menyertai peristiwa Tasik Utara dan Baling. Kerajaan sedar dengan kekuasaan daripada gabungan mahasiswa/i dengan rakyat dan telah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan pemimpin mahasiswa/i. Kerajaan juga meminda AUKU kepada akta yang menyekat lagi ke atas hak asasi mahasiswa/i. Gerakan mahasiswa terjatuh pada akhirannya.

Mahasiswa/i tidak berhak membuat keputusan tentang polisi yang berkaitan dengan diri sendiri bersama dengan staf akademik dan eksekutif. Hal ini menyebabkan kemunculan jurang antara mereka. Mahasiswa/i tidak lagi berjuang untuk rakyat. Akhirnya, gadung ilmu telah hilang persekitarannya sebagai tempat kepada orang awam supaya berfikiran kritik.

Rasisme mengaburi pandangan

Parti Perikatan membentuk imej sebagai pelindung orang Melayu untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Ia melaksanakan kuota dalam jawatan kakitangan kerajaan, pembahagian biasiswa dan syarat kemasukan universiti yang dinyatakan dalam DEB. Hal ini telah menjadikan sistem kemasukan universiti yang tidak adil.

Selain itu, kemasukan matrikulasi yang meringkaskan silibus telah memberi keutamaan kepada bumiputera. Pelajar-pelajar yang berijazah daripada matrikulasi juga diberi keutamaan untuk masuk ke IPTA. STPM yang berkualiti serata dengan standard antarabangsa secara tidak langsungnya menjadi pilihan pelajar bukan bumiputera, tetapi mereka tidak mempunyai peluang yang sama untuk masuk ke IPTA. Namun begitu, pengurusan sistem yang tidak telus telah menyebabkan rakyat menjadi marah dan tidak puas hati tentang kegagalan pelajar bukan bumiputera yang cemerlang masuk ke IPTA setiap tahun.

Dalam sistem yang tidak adil, pelajar bukan bumiputera yang berkemampuan akan memilih kolej swasta. Oleh sebab peringkat kolej swasta berbeza dengan IPTA, kolej swasta tidak berlayak untuk menyampaikan Sijil Ijazah Pertama kepada mahasiswa/i, maka hal ini menyebabkan ramai mahasiswa/i bersaing hebat hanya untuk mendapat kemasukan ke IPTA yang terhad. Oleh itu, kerajaan menggubal Akta Universiti dan Kolej Universiti Swasta pada tahun 1995 untuk membenarkan kolej swasta mempunyai kelayakan untuk memberi Sijil Ijazah Pertama kepada program berkembar. Dalam perkataan yang lain, kelayakan kolej swasta “dinaikkan” menjadi serata dengan IPTA.

Hal ini menunjukkan kerajaan berjaya melaksanakan dasar pecahan, iaitu kebanyakan mahasiswa/i IPTA terdiri daripada bumiputera manakala kebanyakan mahasiswa/i kolej swasta terdiri daripada pelajar bukan bumiputera. Dalam sektor swasta, mahasiswa/i bumiputera IPTA dilabelkan sebagai golongan yang tidak berkemampuan kerana keutamaan yang dimiliki oleh mereka untuk masuk ke IPTA. Sebenarnya, sistem pendidikan yang tidak menggalakkan berfikiran kritik dan kreatif merupakan sebab utama yang mengakibatkan mahasiswa/i tidak berkualiti. Hal ini langsung tidak berkaitan dengan bumiputera.

Sektor swasta membangun institut pengajian tinggi (IPT)

Pada tahun 1980-an, usahawan melabur secara besar-besaran ke bidang pendidikan untuk mengaut keuntungan. Sebuah IPT yang berjaya akan meningkatkan nilai bangunan dan tanah di sekelilingnya. Walaupun pemilik bangunan tersebut dan IPT adalah berlainan, tetapi mereka menyokong pelan yang dapat menguntungkan dua pihak.

Selain itu, usahawan juga mendapat keuntungan daripada yuran yang mahal. Cara usahawan untuk memiliki IPT termasuk membeli IPT yang sedia ada, memiliki syer dan mengasas IPT yang baru. Sejak IPTA dan IPTS mempunyai status yang sama pada tahun 1995, pelajar yang berkemampuan mempunyai pilihan yang lebih banyak. Usahawan juga memberi bantuan kewangan seperti biasiswa dan pinjaman kepada pelajar yang kurang mampu.

Bantuan tersebut lazimya membawa kesan. Kesan pertama ialah peminjam harus bekerja untuk syarikat tertentu dalam tempoh tertentu mengikut kontrak selepas tamat pengajian.

Kedua, peminjam berhutang dan sekirannya jumlah hutang melebihi amaun tertentu, nama mereka akan diumumkan dalam senarai muflis.

Ketiga, peminjam tidak perlu menjelaskan hutang. Hal ini kerana mereka telah membantu usahawan mangaut keuntungan dalam tempoh pembelajaran. Sebagai contohnya, tesis, laporan penyelidikan dipatenkan dan dipohon sebagai hak cipta oleh IPT.

Pengkorporatkan IPTA dan perundangan

Kerajaan meminda AUKU pada tahun 1996 untuk menghadapi pengkorporatan globalisasi dan peningkatan persaingan antara negara. Sebelum pindaan, ahli-ahli Majlis Universiti terdiri daripada profesor. Selepas pindaan, Majlis Universiti digantikan oleh Lembaga Pengarah dan semua ahli dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi. Selain itu, ahli Senat dipilih di kalangan staf akademik sebelum pindaan tetapi selepas pindaan ahli Senat terdiri daripada Dekan kursus masing-masing yang dilantik oleh Naib Canselor. Secara langsungnya, parti pemerintah telah mengawal operasi universiti.

Lembaga Pengarah ialah unit ekskutif dan berkuasa untuk menentukan perbelanjaan universiti. Perlantikan ahli Lembaga Pengarah dan sumber kewangan diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, maka tiada sebarang rasuah dan penyelewengan dapat dipantau. Pengumuman bahawa kerajaan tidak mampu memberi sumber kewangan kepada IPTA telah menunjukkan kerajaan berniat untuk mengurangkan bantuan kewangan untuk universiti. Hal ini telah menyebabkan universiti perlu mencari sumber kewangan dari pihak luar. Masalah ini serupa dengan pengumuman kerajaan akan mengurangkan sudsidi petroleum, gula dan garam demi menjaga negara daripada muflis pada tahun 2019.

Akan tetapi, kerajaan tidak pernah meningkatkan cukai terhadap syarikat dan rakyat yang berpendapatan tinggi untuk mensubsidikan perbelanjaan keperluan orang yang berpendapatan rendah. Isu kemuflisan negara harus kita mempersoalkan begitu juga dengan ketidakmampuan kerajaan untuk memberi bantuan kewangan kepada universiti.

Namun begitu, pelan penswastaan dan pengkorporatan masih dilaksanakan. Kerajaan tidak memberi subsidi yuran secara 100% tetapi digantikan dengan pinjaman PTPTN dengan bunga 1%. Oleh sebab kemasukan mahasiswa/i ke ijazah pertama menghadapi halangan kuota, kerajaan menurunkan kelayakan siswazah saujana untuk menambah bilangan siswazah saujana dan menyasar kepada mahasiswa/i asing. Hal ini secara tidak langsungnya akan membentuk universiti penyelidikan. Oleh itu, kerajaan masih dilihat sebagai melindungi bumiputera dan menambah keuntungan.

Universiti menjalankan pelbagai kajian seperti penciptaan ubat baru yang dapat menyumbang kepada masyarakat, tetapi hasil kajian ini tidak dinikmati oleh orang yang memerlukannya. Hakikatnya, hasil kajian ini dipatenkan oleh syarikat, kemudian dijual kepada pasaran. Oleh itu, syarikat sering memberi bantuan kewangan untuk menggalakkan pembukaan universiti penyelidikan. Secara tidak langsungnya, syarikat telah menentukan corak operasi sesebuah universiti.

Dalam pembelajaran, kursus IPTA yang dapat menyumbangkan kepada ekonomi telah diswastakan. Sebagai contoh, Kuala Lumpur Education Park telah bekerjasama dengan USM untuk membuka Ijazah Tinggi Pengurusan. Sesetengah universiti bekerjasama dengan sektor swasta untuk membuka cawangan kampus dengan “sub-kontrak” kursus kepada IPT tersebut.

Selain itu, pembukaan cawangan kampus baru juga dapat mengrekrut staf akademik dengan gaji yang lumayan, IPTA juga mendapat kebaikan daripada perdagangan tersebut. Akhirnya, kualiti pembelajaran telah berubah kerana universiti semakin mementingkan praktikal yang diminta dalam pasaran, manakala pembelajaran yang memerlukan berfikir kritik dan bebas telah diabaikan.

Selain mahasiswa/i, staf akademik juga menjadi mangsa dalam perkara ini. Mereka tidak lagi membuat kajian tentang ilmu dan pengetahuan kerana tidak digalakkan. Syarikat tidak menggalakkan kajian yang tidak membawa keuntungan dengan tidak memberi cuti penggal dan kos kajian. Oleh itu, staf akademik mementingkan keputusan pembelajaran dan materialistik lebih daripada kajian yang dapat memanfaatkan. Dalam IPTA, staf akademik menghadapi masalah campur tangan dari segi politik dan birokrasi. Hal ini telah menyebabkan suasana akademik tidak lagi wujud dalam kampus.

Secara kesimpulannya, pendidikan telah menjadi sasaran kepada para kapitalis. Dalam masyarakat kini, hubungan pasaran dan universiti menjadi semakin rapat. Kita harus mengubah perkara ini untuk memenuhi keperluan masyarakat dan bukan pasaran. Sekiranya universiti hanya mementingkan keperluan masyarakat, maka tidak perlu lagi kita membincangkan tentang kedudukan universiti di Malaysia di peringkat antarabangsa.

Selamat berjuangan! Student Power!

Seng Hean belajar pemasaran dalam kuliah dan membantah penindasan golongan dalam sistem pemasaran di luar kuliah. Beliau tidak tahu secara mendalam tentang demokrasi, hak asasi manusia, politik dan ekonomi tetapi ingin hidup dalam dunia aman damai; oleh itu kewajipannya untuk tahu semua bidang-bidang ini. Lebih cenderung kepada teori Joker dalam tayangan “The Dark Knight” dan buku-buku sejarah tetapi tidak pernah lulus dalam mata pelajaran sejarah. Percayai bahawa semua orang mesti dilayan adil dan saksama serta rakyat harus membantah kapitalisme tetapi jangan ke kiri sangat.

3 replies on “SIRI PMN 2011: Kerajaan Dan Kapitalis Penyebab Kematian Universiti-Universiti Kita [d/VIDEO]”

  1. Bantah kapitalisma…tapi jangan ke kiri sangat..setuju!..oh,awak eja sarjana jadi saujana..saya keliru..teruskan berjuang!

  2. @Ruzaini, setuju dengan pendirian kamu. Kini, ramai kolej universiti ditubuhkan untuk memenuhi bilangan mahasiswa/i saujana muda (degree holder), adakah kelayakan kolej universiti dicapai?ataupun semata-mata nak memenuhi pemilik kolej universiti sahaja? IPTA lama seperti USM dan UPM akan dijadikan pusat kajian produk baru bagi pelabur, kononnya syarikat besar dengan menambahkan postgraduate. Namun, mahasiswa/i dan staf akademik masih terbangga walaupun dikongkong menjadi hamba kapitalis.

  3. Satu pemerhatian yang sangat bagus. Sebagai pelajar di universiti awam tempatan, saya juga begitu sedih dan kecewa kerana para pelajar ditekan untuk mencapai kejayaan mengikut standard yang ditetapkan oleh pasaran. Jarang sekali pelajar didorong untuk mencapai kecemerlangan intelektual yang dapat memberikan nafas baru kepada kematangan pemikiran masyarakat kita. Universiti perlu menjadi tempat untuk menerokai dan membincangkan idea baru, bukan sekadar menjadi kilang untuk menghasilkan tenaga kerja pasaran.

Comments are closed.