For more information on Seksualiti Merdeka, click on the hyperlink above and join our Facebook group.

The following is the Bahasa Malaysia version of the media statement issued by Seksualiti Merdeka regarding death threats made against a Malaysian who posted a video on YouTube on his sexuality. The English version is at www.seksualitimerdeka.org.

For more information on Seksualiti Merdeka, click on the hyperlink above and join our Facebook group.

APAKAH “IT GETS BETTER IN MALAYSIA?”

It Gets Better in Malaysia adalah projek video yang merakamkan mesej harapan untuk golongan muda LGBT Malaysia: walaupun situasi mungkin amat sukar di zaman remaja, namun keadaan akan menjadi lebih baik – ‘It gets better’. Mesej-mesej ini adalah untuk sebahagian kecil remaja Malaysia yang lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT).

Projek ini adalah tindak balas kepada kisah-kisah benar mengenai remaja dan dewasa LGBT yang bunuh diri atau cuba bunuh diri. Statistik menunjukkan bahawa frekuensi dan kemungkinan berlakunya kes bunuh diri remaja LGBT adalah antara tiga hingga enam kali lebih tinggi berbanding golongan heteroseksual. Ini adalah akibat perasaan kesepian, ketakutan, atau putus asa yang disebab oleh stigma dan diskriminasi terhadap mereka. Kebanyakan orang boleh mengadu kepada keluarga, tapi ramai remaja LGBT dipulau oleh keluarga mereka sendiri. Mereka tidak boleh mengadu kepada sesiapa. Kami memutuskan untuk memberi semangat kepada mereka kerana kami dapat mendalami perasaan yang sama. Inilah sebabnya projek ini dimulakan. Ia bukan projek membuat video ‘pengakuan gay’. Sebaliknya ia untuk memberi harapan kepada orang muda yang mungkin tiada harapan untuk hidup.

Seksualiti Merdeka, penganjur acara tahunan hak asasi manusia mengenai seksualiti, terutamanya hak asasi golongan LGBT, memperjuangkan projek ini berlandaskan kepentingannya untuk Malaysia. Penganjur pesta ini terdiri daripada gabungan beberapa kumpulan-kumpulan dan individu-individu, termasuk Bar Council Malaysia, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International, KRYSS, Purple Lab, Matahari Books, dan lain-lain.

UGUTAN MEMBUNUH PEMBERI HARAPAN

Setakat ini, projek video ini telah menerima 15 sumbangan, empat diantaranya yang telah disiarkan di Internet. Video pertama adalah dari penanyi Peter Ong pada 9 Disember 2010, diikuti oleh jurutera-penulis Azwan Ismail pada 15 Disember, seorang mahasiswi Kavidha pada 17 Disember, dan seorang paderi Joe Pang pada 20 Disember.

Dalam tempoh 5 hari, video Azwan Ismail yang bertajuk – It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail “Saya gay, saya okay” – mendapat lebih daripada 150,000 hits dan 3,400 komen, kebanyakan yang menentang beliau. Ramai komentator menggesanya untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan (heteroseksual). Namun begitu, kebanyakan komen bersifat kejam, kasar, dan biadab, termasuklah ancaman keselamatan beliau serta ugutan bunuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak secara tidak bertanggungjawab sebab beliau meminta JAKIM untuk memantau kegiatan kumpulan homoseksual tanpa meminta JAKIM untuk memantau mereka yang memberi komen yang kasar dan kesat, serta mengancam keselamatan dan nyawa rakyat negara Malaysia.

Tampaknya bahawa prioriti menteri terhormat adalah risiko menjejaskan imej agama Islam. Tetapi pada pandangan kami, imej Islam juga boleh dircalar oleh penganut-penganut yang bersuara tanpa toleransi dan penuh kebencian, serta langsung tiada sifat perikemanusiaan.

Kami tidak berniat untuk menjejaskan imej Islam. Kami hanya ingin memberi harapan.

Kami berharap para pemimpin kita tidak akan mengabaikan ancaman keganasan fizikal. Perlakuan sedemikian tidak bermanfaat kepada sesiapa dan menghalang diskusi yang bermakna sambil mengugut golongan rakyat Malaysia yang sudahpun tersisih dan hidup dalam ketakutan.

RUANG UNTUK BERSUARA

Kami percaya yang rakyat Malaysia mampu meraikan kepelbagaian, dinamisme dan kreativiti dan juga saling bertukar pelbagai perspektif dengan hormat. Jika golongan LGBT di Malaysia diberi ruang untuk bersuara, kami yakin orang ramai saling memahami dan sedar kami bukan ancaman kepada masyarakat.

Kami ingin mengutarakan pentingnya kesejahteraan emosi, psikologi dan kerohanian diri dengan menekan aspek kesedaran diri dan penerimaan diri sendiri bagi setiap insan. Sifat ini memupuk kesedaran dan penerimaan akan orang lain, serta memupuk sifat bertanggungjawab diri sendiri setiap insan kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Orientasi seksual dan jatidiri gender adalah isu identiti. Golongan LGBT mencari dan jatuh cinta seperti golongan heteroseksual. Adalah kenyataan yang ramai rakyat Malaysia homoseksual yang berada di khalayak ramai dalam semua lapisan masyarakat, dari jurutera ke peguam ke CEOs.

Homoseksualiti bukan suatu konsep asing, kata penulis Amir Muhammad yang memberi sokongan kepada video Azwan dalam blognya. “Beberapa orang,” dia menjelaskan, “tidak terkejut oleh kenyataan seksualiti Azwan Ismail. Apa yang buat mereka rasa terhina adalah bahawa dia memberi namanya yang sebenar, dan benar-benar jujur tentang apa yang ingin dikatakannya.

Komen-komen yang kejam dan tidak berperikemanusiaan membuktikan bahawa Malaysia adalah tempat yang amat menekan bagi golongan LGBT yang ingin hidup secara jujur, terbuka dan bermakna. Lingkaran rasa malu dan ugutan ini harus dihentikan. Paksaan untuk berpura-pura sebagai heteroseksual akan mengakibatkan tekanan yang bertambah dengan kesepian dan ketakutan. Kesengsaraan ini boleh mendorong sesiapa sahaja untuk mengakhirkan nyawa sendiri.

Sebab itu, mesej yang memberi harapan seperti yang dilafazkan Azwan Ismail diperlukan lebih-lebih lagi:

Saya yakin keadaan akan menjadi lebih baik. Kita cuma perlu mencari sumber-sumber kekuatan di sekeliling kita kerana terdapat mereka yang dapat membantu kita dan akhirnya dapat memberikan keyakinan kepada diri kita untuk menempuhi hari-hari yang akan datang ..”

Kami saling memerlukan di antara satu sama lain – bukan hanya LGBT, tetapi semua rakyat Malaysia. Tolong hentikan menyisihan dan pengniayaan rakyat LGBT Malaysia. Berilah kami peluang untuk berkongsi harapan.

KAMI MENGESYORKAN

Kami mengesyorkan para pemimpin, media dan masyarakat Malaysia supaya:

1. Menjamin semua rakyat Malaysia tidak menghadapi diskriminasi atas dasar identiti jantina dan orientasi seksual

2. Menolak sekeras-kerasnya ancaman keganasan dan ugutan nyawa atas nama agama

3. Mengadakan ruang-ruang yang tidak menghakimi, yang membina dan positif, dan memberi peluang untuk golongan LGBT di Malaysia untuk mengekspresikan diri mereka dan untuk mempromosikan pemahaman yang lebih baik tentang isu-isu berdasarkan orientasi seksual dan jatidiri gender.

4. Menjamin keselamatan peserta “It Gets Better in Malaysia” supaya mesej harapan kepada remaja dapat disebarkan kepada mereka yang putus asa.

Seksualiti Merdeka

www.seksualitimerdeka.org

[email protected]

2 replies on “Menerima Ugutan Bunuh Bila Memberi Harapan”

  1. Dealing with an intense undertaking obliges additional exertion and diligent work. You can just do that on the off chance that you have the propensity for buckling down as an understudy. You can then improve and effective way.

Comments are closed.