Pernyataan dari President Persatuan Mahasiswa Undang-Undang Asia (ALSA) di UKM yang pertama semenjak bermulanya kes UKM4 mengenai AUKU dan pendapat ALSA bahawa penglibatan secara langsung mahasiswa dalam politik bukan satu-satunya cara untuk mengikuti perkembangan politik.

Sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digubal pada 1970-an di mana kerajaan terpaksa meletakkan batasan atau sempadan terhadap kebebasan mahasiswa untuk bergiat dalam parti politik, penglibatan mahasiswa dalam parti politik hangat dibicarakan baik dalam kalangan mahasiswa ataupun para akademia. 4 Ogos yang lalu, kenyataan dan cadangan Datuk Saifuddin dalam Soal Jawab TV3 yang bersetuju bahawa mahasiswa wajar dibenarkan berparti politik merupakan satu idea yang cukup berani di mana mahasiswa diberi kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya bahawa mereka mampu dan dapat berfikir secara matang serta mampu membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

Bagi mahasiswa, sudah tentu kami berasa amat gembira dengan kepercayaan dan keyakinan yang diberi oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Apa yang diperkatakan oleh beliau sememangnya benar sekali apabila menyatakan bahawa mengambil cakna perkembangan politik semasa merupakan proses yang akan membentuk dan melahirkan mahasiswa yang berpandangan jauh serta berfikiran matang.

Namun, kami berpendapat bahawa melibatkan diri dalam parti politik secara langsung dan berdaftar sebagai ahli parti bukan satu-satunya cara untuk mengikuti perkembangan isu-isu politik. Persoalannya, adakah kebebasan untuk menyertai parti politik jauh lebih penting berbanding proses untuk melahirkan graduan yang boleh berfikir secara kritikal, berdaya saing, berpengetahuan luas, berketrampilan serta mempunyai kemahiran dalam bidang masing- masing??? Persoalan ini mesti dijawab dan dijustifikasi sebelum pihak kerajaan membuka ruang kepada mahasiswa untuk menyertai parti politik.

Berbalik kepada AUKU khususnya Seksyen 15 yang tidak membenarkan mahasiswa menyertai parti politik, kami amat tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa peruntukan undang- undang ini membantutkan perkembangan mahasiswa. Terdapat juga hujah- hujah yang menyatakan mahasiswa tidak mampu terkehadapan selagi Seksyen 15 tidak dipinda. Sebenarnya, kita patut melihat dan mengupas isu ini daripada perspektif yang lebih menyeluruh.

Menyertai parti politik bukan satu- satunya langkah untuk melahirkan mahasiswa minda kelas pertama. Banyak perkara lain yang jauh lebih penting perlu diberi perhatian. Dari sudut pandangan para aktivis, sudah tentu sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin. Selagi mandat diberi melalui pilihan raya, “postman” “penjual ikan” pun boleh menjadi wakil rakyat. Kini, kita bukan sekadar mahukan pemimpin yang boleh berhujah di khalayak ramai, tetapi juga mestilah mempunyai kredibiliti dan kelayakan untuk menerajui negara. Ini secara tidak langsung menjadi tunjang kepada pembangunan negara sekali gus mengharumkan nama negara kita di persada antarabangsa. Sewajarnya, mahasiswa yang bakal menjadi pucuk pimpinan negara mesti memberi keutamaan kepada pelajaran serta meningkatkan soft- skill masing- masing sewaktu berada di menara gading. 3 atau 4 tahun berada di institusi pengajian tinggi merupakan tempoh yang amat singkat, masa ini akan menjadi sia-sia sekiranya kita tidak menggunakannya secara berfaedah. Sekali lagi kami tegaskan, kami tidak menafikan kebebasan mahasiswa untuk berparti-politik. Akan tetapi, kami berpandangan bahawa 3 tahun berada di universiti wajar digunakan sebaik-baiknya untuk menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang masing- masing dan meningkatkan soft- skill melalui penglibatan dalam program-program yang bersifat ilmiah, kebudayaan, kepimpinan, riadah dan lain-lain lagi.

Kami tidak menolak bahawa mahasiswa tidak boleh bergiat dalam parti politik selama-lamanya, tetapi kami merasakan bahawa belum sampai masanya lagi untuk membuka ruang kepada mahasiswa untuk menyertai parti politik. Pandangan ini bukan tidak berasas, berbagai- bagai aspek perlu diberi perhatian. Pelbagai persoalan perlu dijawab terlebih dahulu. Sudah tentu ada baik dan buruknya. Menurut Tan Sri Ibrahim Abu Shah,”Kita patut melihat samada perkara ini membuahkan kesan positif yang lebih banyak ataupun kesan yang sebaliknya.”

Kini, sebahagian besar masyarakat kita telah hilang keyakinan terhadap parti- parti politik di Malaysia samada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Faktornya bukan disebabkan kerajaan tidak berusaha atau tidak mengambil inisiatif untuk mengembalikan situasi politik yang lebih stabil, tetapi masyarakat sendiri mempunyai persepsi yang amat negatif terhadap scenario politik di negara kita. Walaubagaimanapun, rakyat tidak patut dipersalahkan sama sekali dek kerana mainan politik yang melampau-lampau sehinggakan masyarakat meragui keikhlasan ahli- ahli politik dalam memperjuangkan kesejahteraan dan pembangunan negara. Keraguan dan kesangsian masyarakat inilah yang mendorong kepada hilangnya keyakinan terhadap ahli- ahli politik serta parti politik di negara kita amnya.

Keyakinan rakyat terhadap pimpinan negara adalah amat penting dalam pembangunan negara bagi merealisasikan impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Masalah ini juga menjurus kepada segelintir rakyat yang tidak yakin dengan negara sendiri sehinggakan sanggup menetap di negara lain seperti Australia, Canada, Singapura, US dan sebagainya. Inilah menjadi faktor brain-drain di mana negara kita kehilangan sumber manusia, “Human Capital“. Negara kita kaya dengan sumber asli, tetapi oleh kerana “kehausan” dan “ketandusan” sumber manusia menyebabkan kita masih jauh tertinggal di belakang Singapura. Maka, kita perlu bijak membezakan apakah sebenarnya yang lebih utama buat pembangunan negara sama ada kebebasan mahasiswa untuk berpolitik atau pembentukan mahasiswa minda kelas pertama???

Suasana politik di negara kita tidak memerlukan pimpinan yang terlalu radikal dan taksub dengan ideologi politik tersendiri bagi memperjuangkan pembangunan rakyat dan negara. Kami berpendapat bahawa suara mahasiswa masih ada ruang dan diberi perhatian oleh pelbagai lapisan masyarakat sekiranya mahasiswa itu bebas berfikir, bebas membuat keputusan dan bebas mengkritik tanpa dipengaruhi oleh ideologi politik. Selama ini, kami tidak teragak- agak untuk menyuarakan sebarang ketidakpuashatian kepada mana- mana pihak kerajaan kerana kami adalah bebas dari kongkongan mana- mana parti politik. Atas dasar inilah yang memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa mahasiswa- mahasiswi mampu berfikir secara matang dan rasional dalam membuat sebarang keputusan sekali gus mampu memacu negara kita selaras dengan cita-cita murni rakyat Malaysia merealisasikan wawasan 2020.

Dalam hal ini, mahasiswa yang tidak menyertai parti politik sebenarnya memainkan peranan yang amat besar untuk pembangunan negara. Realitinya, kami tidak mampu menyediakan infrastukstur yang berbillion- billion kepada masyarakat; namun kami mampu menyumbang dari segi modal insan serta pemikiran yang terbuka untuk membantu kerajaan membangunkan negara. Kalaulah masyarakat hari ini tidak menerima konsep 1 Malaysia hanya kerana idea ini dibawa oleh Barisan Nasional, namun begitu biarlah mahasiswa yang membawa konsep 1 Malaysia ke kampung- kampung, biarlah mahasiswa yang bebas memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India, biarlah mahasiswa yang bebas mempromosikan toleransi antara kaum, biarlah mahasiswa yang bebas menyakinkan rakyat bahawa negara kita boleh terkehadapan dan biarlah mahasiswa merealisasikan Wawasan 2020. Mahasiswa boleh melaksanakan kesemua ini selagi kami tidak membawa ideologi parti politik masing-masing.

Seperti yang diperkatakan oleh YB Timbalan Menteri, mahasiswa zaman sekarang mampu berfikiran secara matang dan boleh membuat pertimbangan yang tersendiri, maka pihak kerajaan perlu yakin bahawa kami telah berfikir secara matang dan membuat pertimbangan secara rasional bahawa belum sampai masanya lagi untuk membuka ruang kepada kami untuk menyertai parti politik sewaktu kami masih menuntut di menara gading. Saya mengharapkan supaya pihak kerajaan mengekalkan status-quo dan tidak terburu-buru membuat keputusan untuk membawa suatu perubahan yang bakal mendatangkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat dan negara.

JR Tey
Presiden
Persatuan Mahasiswa Undang-Undang Asia
Universiti Kebangsaan Malaysia

Berkaitan:

Pautan Luar:

14 replies on “Mahasiswa Berparti Politik? – Biar Mahasiswa Tentukan”

  1. Bar council dignity is on crisis! I have no idea what’s the path of Bar council is turning into. Look at the quality of his statement , it just brought up shame to the bar council.

  2. If this unknown JR Teh reflects majority, I have no idea at all what our legal fraternity is turning into.

    Would be lawyer? Aiiiiiiiiiiiiii

  3. Kekecewaan mengigit! Mengapa? Sejak penubuhan universiti pertama di tanah air ini pada tahun 1908, sejarah golongan mahasiswa telah berjalan selama 102 tahun tetapi `hasil‘ yang baru saya baca bertajuk Mahasiswa Berparti Politik? – Biar Mahasiswa Tentukan menunjukkan bahawa bukan sahaja mentaliti segolongan mahasiswa kita belum lagi mengorak langkah ke arah kematangan, bahkan umpama beruk mencintai pemburu, tidak teragak-agak meyerahkan kebebasan yang merupakan hak asasinya. Yang pelik serta berunsurkan lawaknya, tajuk tersebut begitu bersemangat seakan-akan satu ringkasan pendapat atau idea yang memperjuangkan kebebasan berpolitk untuk mahasiswa. Saya merasa begitu optimistik dengan tajuknya yang begitu berbau intelek. Malangnya bagi saya, dan berkemungkinan besar bagi para mahasiswa di negara ini, kandungan artikelnya bagai menyimbah pembaca dengan setimba air sejuk. Tidak wujud pun secebis rasa malu atau kesal bahawa kebebasan golongan mahasiswa yang merupakan pembawa arus pemikiran baru negara telah sengaja dikekangkan oleh undang-undang yang tidak sepatutnya digubal. Sebaliknya, bertubi-tubi dilontarkan tuntutan atau dakwaan berbau apologis kerajaan yang melemaskan dan menyesak dada. Sesungguhnya saya tidak ingin membuat kesimpulan bahawa semua mahasiswa negara kita mempunyai minda sebegini, amat saya khuatir juga kerana daripada rumpun mahasiswa yang begitu luas, pemimpin muda yang berbuah fikiran sebeginilah pula yang dilantik. Adakah golongan seperti penulis tersebut wakil kepada semua mahasiswa di Malaysia? Adakah mereka ini merupakan penentu arah pemikiran orang-orang muda di institusi pengajian tinggi kita? Saya harap tidak. Perlu diberi perhatian bahawa saya tidak akan membincangkan soalan remeh seperti adakah penglibatan secara langsung mahasiswa dalam politik satu-satunya cara untuk mengikuti perkembangan politik. Apakah ia tidak terlintas kepada sesiapa yang berminat mengikuti medan tempur Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bahawa kita ada Utusan Melayu ataupun lebih dramatik lagi, Youtube? Apakah soalan remeh in perlu ditanya? Saya berpendapat bahawa En. Tey mungkin bermaksud adakah penyertaan ke dalam parti politik satu-satunya cara untuk menyumbang kepada perkembangan politik. Akan tetapi, ianya masih lagi jelas bahawa keahlian dalam parti politik bukanlah jalan tunggal. Pelbagai aktiviti seperti menghadiri forum, menulis blog, menyuarakan pendapat dalam media, mengadakan kempen, menyertai badan bukan kerajaan, menyerahkan memorandum ataupun berdemonstrasi dapat menyumbang kepada perkembangan politik walaupun ianya boleh dilakukan tanpa mempunyai keahlian dalam mana-mana parti politik. Namun begitu, adakah ini menunjukkan kebebasan mahasiswa untuk menyertai parti politik wajar dihadkan atau diletakkan batasan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971? Sama sekali tidak. Dengan kata lain, walaupun keahlian mahasiswa dalam parti politik bukanlah satu-satunya jalan bagi menyumbang dalam perkembangan politik, ianya tidak membuktikan bahawa kebebasan menyertai parti politik wajar dikenakan batasan atau limitasi. Sesiapa yang berkesimpulan sebaliknya akan menonjolkan ketidaksempurnaan tahap permikiran logiknya sekaligus menunjukkan dia masih lagi memerlukan lebih banyak usaha lagi dalam proses inteleknya. Berikutan laporan awal yang menyebut Kabinet menolak idea kegiatan aktif mahasiswa dalam politik, saya akui bahawa kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang bersetuju bahawa para mahasiswa wajar dibenarkan berparti politik ada keberaniannya. Namun, keberanian beliau menjadi lebih terserlah lagi apabila dicerminkan oleh pandangan golongan pengecut yang rela kebebasan berpolitik yang sememangnya kepunyaan para mahasiswa terus dibelenggu dan dipermainkan oleh pihak yang kononnya memahami kematangan mahasiswa. Saya mempelawa sesiapa yang membaca artikel saya ini mengkaji pekara ini dari segi falsafah undang-undang. Apakah kebebasan berpolitik tidak merupakan satu hak asasi yang dijamin di dalam perlembagaan negara? Mungkin En. Tey yang merupakan Presiden kepada Persatuan Mahasiswa Undang-undang Asia belum lagi betul-betul mendalami perlembagaan negara kita. Saya merujuk En. Tey dan semua yang berminat ke Perkara 10, Fasal (1)(c) dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan. Apakah sesebuah parti politik bukan merupakan sebuah persatuan seperti yang dinyatakan dalam fasal tersebut? Apakah seseorang mahasiswa bukanlah seorang warganegara sepertimana warganegara yang lain? Mengapakah kebebasan seorang mahasiswa untuk berpolitik perlu dikurangkan berbanding dengan ‘warganegara biasa‘? Anda yang membaca mungkin akan bertanya bukankah kebebasan tersebut ada hadnya. Jawapannya memang ada. Fasal (2)(c) dalam perkara yang sama menyatakan Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan ‘ke atas hak yang diberikan oleh erenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral‘. Jelas sekali, kerajaan Barisan Nasional telah mengambil kesempatan yang ada pada Fasal (2) untuk menggubal AUKU 1971. Akan tetapi, adakah keahlian mahasiswa dalam parti politik begitu membimbangkan pemimpin-pemimpin negara kita yang bijak sehingga berpendapatkan bahawa mereka bakal mengugat ‘kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral‘? Apakah ini justifikasi untuk mengubal undang-undang yang menyekat kebebasan mahasiswa sebagai seorang warganegara biasa untuk berpolitik? Apakah mahasiswa lebih bahaya kepada keselamatan negara daripada posmen atau penjual ikan sehingga kebebasan berpolitik mereka wajar dibelenggu dan hak mereka dituruntarafkan? Seperti mahasiswa di negara lain, mahasiswa dan mahasiswi kita terdiri daripada anak-anak muda yang telah dilengkapkan dengan pendidikan asas semasa di sekolah rendah dan menengah. Secara amnya, mereka mempunyai dua kelebihan besar dalam pemikiran daripada golong yang lain yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi, iaitu alam dan masa. Institusi-institusi pengajian tinggi seperti universiti dan kolej bukan sahaja merupakan tempat di mana ilmu pengetahuan dipelajari, lebih penting lagi, ialah sebagai satu alam atau medium interaksi di mana pelajar dapat meneroka idea baru dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang ini tidak boleh terhad kepada sains semulajadi dan teknologi sahaja, ia perlu dikembangkan ke dalam sains sosial dan termasuklah politik yang telah lama diiktiraf sebagai sebuah perkembangan ilmu di negara-negara lain. Dengan adanya alam ini, masalah politik dalam dikaji dan didalami secara saintifik dan pada masa yang sama ilmu yang ditimba dalam menara gading dapat disalurkan terus ke dalam debat dan cadangan mengenai perkembangan politik semasa. Interaksi di antara mahasiwa dan mahasiswa juga dapat menjadi mangkin untuk mengaktifkan fermentasi intelek yang begitu penting untuk menghasilkan para ilmuwan yang berfikiran kritikal. Ini sama sekali merobohkan hujah En. Tey yang seolah-olah mempamerkan satu gambaran bahawa kita hanya boleh membuat satu pilihan di antara kebebasan mahasiswa berpolitik dan mahasiswa minda kelas pertama. Satu ingatan untuk En. Tey: mahasiswa kita belum lagi mencapai tahap minda kelas pertama walaupun kebebasan berpolitik telah dikenakan batasan sejak AUKU 1971. Selama 39 tahun mahasiswa kita tiada kebebasan menyertai parti politik, tetapi kita masih lagi kekurangan ‘minda kelas pertama‘, apakah kesimpulan yang dapat dibuat mengenai sistem pengajian tinggi negara kita? Selain itu, mahasiswa mempunyai kelebihan dari segi masa. Sekali lagi pandangan saya adalah bertentangan dengan En. Tey, betapa menarik! En. Tey berpendapat bahawa masa yang ada semasa di institusi pengajian tinggi adalah terlalu terhad dan bernilai dan tidak wajar digunakan untuk berpolitik. Sebaliknya beliau telah menitikberatkan peningkatan soft-skill. Apakah itu soft-skill? Pemahaman saya terhadap perkataan tersebut membabitkan kemahiran kepimpinan, komunikasi, penyelesaian masalah, kerjasama, perundingan dan lain-lain lagi. Kalau inilah soft-skill yang dimaksudkan oleh En. Tey, apakah kegiatan politik tidak dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran tersebut? Ataupun pada konsep En. Tey pemimpin berwibawa kita telah mempunyai kesemua soft-skill mereka sebelum menyertai parti politik? Atau pun dengan maksud lain kita perlu soft dengan undang-undang yang tidak adil dan bersifat diskriminasi terhadap golongan mahasiswa? Kalau ikut definisi ciptaan saya memang kita sudah semakin mahir dengan ‘soft-skill‘ ! Berbalik kepada hujah saya, dari segi manakah kita dapat memahami bahawa mahasiwa mempunyai kelebihan masa dalam kegiatan politik? Seperti yang telah saya nyatakan, golongan mahasiswa juga merupakan golongan muda. Disebabkan golongan ini belum lagi melangkah sepenuhnya ke dalam masyarakat ekonomi serta dilanda beban penuh rumahtangga. Mereka mempunyai ruang masa yang lebih daripada golongan yang lain. Kelebihan masa inilah yang mewujudkan peluang kepada meraka untuk lebih prihatin kepada golongan lain yang memerlukan bantuan golongan mahasiswa untuk mempertahankan hak mereka, seperti yang dilakukan oleh parti-parti politik yang mempertahankan hak golongan masing-masing. Kelebihan masa juga membenarkan pemikiran yang lebih bebas dan terperinci kerana pemikiran panjang selalunya menghasilkan kesimpulan yang lebih tepat. Bukankah kerajaan selalu meggalakkan kita agar lebih berhati-hati dengan informasi dari pelbagai pihak? Apakah mahasiswa yang berkelebihan dari segi masa ini tidak dapat membantu ‘orang-orang tua’ yang mendominasi arena politik kita? Malangnya sebelum mahasiswa kita dapat menggunakan kelebihan meraka dari segi alam dan masa, kerajaan pula bercampur tangan melalui penggubalan undang-undang yang mencekik kelebihan tersebut. Apakah mahasiswa masih lagi boleh dikatakan mempunyai kebebasan pemikiran dan berpersatuan yang samarata dengan warganegara lain sekiranya tidak bebas untuk berpolitik? Politik bukanlah sekadar mainan orang-orang tua yang duduk di atas kerusi parti dan bertegang leher di media dengan rupa separuh pandai ataupun wakil-wakil rakyat yang bertikam lidah di dalam parlimen atau dewan negeri sahaja. Seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan, kegiatan politik memerlukan inisiatif semua lapisan rakyat, kalau posmen dan penjual ikan tidak boleh dikecualikan seperti yang dibentangkan oleh En. Tey, apatah lagi para mahasiswa! Sekiranya anda belum lagi yakin bahawa kebebasan berpolitik adalah hak asasi golongan mahasiswa, saya ingin mengemukakan satu specimen yang menunjukkan bukan sahaja penglibatan mahasiswa dalam sesebuah parti politik tidak akan menyusahkan mahasiswa tersebut untuk mencapai minda kelas pertama, malah berpeluang untuk menjadi seorang perdana menteri. Specimen ini memang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mari kita menjenguk sejarah seorang bekas perdana menteri kita, dan orang tua kepada perdana menteri kesayangan kita pada hari ini Najib Tun Razak, iaitu Tun Abdul Razak. Seperti En. Tey, Tun Abdul Razak telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di London pada tahun 1947. Pada masa tersebut, beliau telah menyertai salah satu parti yang terbesar di United Kingdom, lebih terperinci lagi, parti tersebut memegang kerusi kerajaan UK, iaitu British Labour Party (Parti Buruh British). Beliau bukan sekadar ahli kepada parti tersebut, malah juga pemimpin pelajar kepada Kesatuan Melayu Great Britain yang begitu aktif dalam politik sehingga dikatakan telah menyumbang kepada kemerdekaan Malaysia. Apakah Tun Abdul Razak tidak mempunyai soft-skills? Apakah Tun Abdul Razak berminda kelas kedua? Saya rasa En. Tey semestinya akan bersependapat dengan saya bahawa perdana menteri kedua kita bukanlah seorang yang berminda kelas kedua. Kerajaan British yang disifatkan sebagai penjajah oleh nenek moyang kita tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap mahasiswa untuk menyertai parti politik, malah seorang mahasiswa yang berasal dari tanah jajahanya turut dibenarkan untuk menjadi ahli parti politik mereka seumpama mahasiswa golongan mereka sendiri. Sebaliknya, selepas negara kita merdeka AUKU 1971 pula digubal dan lebih banyak lagi pindaan kontroversial pada tahun 1975 yang bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang di bawah Menteri Pelajaran pada masa tersebut, iaitu Dato‘ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad. Akibat daripada akta tersebut, mahasiswa dihalang daripada menyertai mana-mana parti politik atau kesatuan pekerja, di dalam atau di luar Malaysia! Cuba anda teka siapakah perdana menteri semasa undang-undang tersebut digubal. Tepat sekali! Beliau adalah bekas perdana menteri yang amat kita sayangi, dan orang tua kepada perdana menteri kita sekarang – Tun Abdul Razak. Secara jujur saya amat terperanjat dengan tafsiran naif En. Tey mengenai kewajipan dan peranan golongan mahasiswa dalam perkembangan politik negara. Demokrasi yang senyap dan jinak adalah demokrasi yang mati, demokrasi yang sebenar memerlukan pemantauan kerajaan yang tegas dan suara yang berani. Pemantauan dan penyuaraan ini memang tidak asing lagi peranan parti-parti politik. Siapakah yang mempunyai kelebihan dari segi pemikiran, ilmu dan semangat yang dapat menjadi tunjang intelek kepada parti-parti politik ini kalau bukan para mahasiswa? Sedarlah wahai En.Tey, golongan mahasiswa bukanlah ayam betina yang menetap di dalam reban dan menelur, tapi helang bebas yang berkibar sayap di awan pemikiran.

    Special thanks to Alex Ling

    http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/darryl-

  4. article in memang tak masuk akal, pelajar law kat ukm menulis sesuatu article tanpa mengemukakan sebarang undang-undang memang menunjukkan kelemahan universiti berikut……

    Kepada penulis article ini tolonglah belajar menulis article sebelum memposkannya kat internet…

    Dan janganlah menjadi pak turut barisan nasional, bukankah kau yang kata kita tidak patut menyertai parti politic, kalau mcm tu mengapa kau begitu pro bn?

  5. I feel the deepest regret that this is coming from a junior from my law school.

    Then again, it is UKM, the institution that shamelessly prosecute students for having opposition fliers…

    I REALLY FEEL ASHAME TO BE IN PUBLIC UNIVERSITY THAT PRODUCE SUCH KIND OF STUPIDITY. OMG ITS JUST SO FUNNY WATCHING A DOG. Hahaha

  6. KAH KAH KAH

    KAH KAH KAH

    KAH KAH KAH

    kah kah kah… "KAMI" TU JR TEY & ROSJIB LAAA….kah kah kah

    woit…JR LU PAHAM APA LU TULIS?…kah kah kah

    kah kah kah…TAJUK "BIAR SISWA TENTUKAN", KANDUNGAN SURUH KERAJAAN JANGAN BURU-BURU BUAT KEPUTUSAN…kah kah kah

    woit…UKM TAK AJAR LU TULIS ARTIKEL KE…kah kah kah

    kah kah kah…LUPA UKM HANYA TAU DAKWA ORANG…kah kah kah

  7. 1. Siapakah 'kami'? ALSA? Atau mahasiswa secara amnya? Jika benar ALSA atau mahasiswa, adakah terdapat pungutan suara atau undian tentang ini?

    2. Membolehkan mahasiswa berpolitik tak semestinya mahasiswa harus berpolitik. Tiada siapa memaksa untuk berpolitik.

    3. "Biar mahasiswa tentukan" adalah tajuk rencana ini. Saya rasa tajuk ini tidak tepat untuk sampaikan intipati. Awak tidak mahu mahasiswa tentukan iaitu memeberi pilihan untuk berpolitik. Awak mahu kerajaan tentukan.

  8. Penggunaan kata “kami” itu adalah salah. “Kami” di sini tidak melambangkan seluruh populasi mahasiswa.

    Jikalau mahasiswa benar2 matang,berikan kebebasan kepada mahasiswa untuk memilih,biar independen atau tidak.

  9. I feel the deepest regret that this is coming from a junior from my law school. Then again, it is UKM, the institution that shamelessly prosecute students for having opposition fliers…

Comments are closed.