[DIKEMASKINIKAN dengan masa baru untuk temujanji Fadiah.]

Tahun yang lalu 5 orang peguam ditahan kerana “berkumpul secara haram” setelah dinafikan peluang untuk berjumpa dengan anak guam. Minggu lalu Suruhanjaya Sekuriti cuba menjadikan peguam saksi bertukar menjadi saksi. Hari ini peguam, Fadiah Nadwa Fikri dijadikan saksi oleh MACC.

Fadiah
Fadiah ketika ditahan polis pada tahun lepas

Kini giliran peguam Fadiah Nadwa Fikri pula untuk menjadi sasaran peguam penguatkuasa kerana melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara dan peguam.

Haris menjadi sasaran kerana tingkahlakunya sebagai seorang blogger dan aktivis, dalam mengingati 1,805 orang yang telah mati dalam tahanan.

Fadiah kini ditukar menjadi seorang saksi daripada seorang peguam.

Apakah masalah agensi penguatkuasaan negara kita? Dulu, pihak polis enggan memberi Fadiah dan empat lagi rakan seperjuangannya daripada Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, peluang untuk berjumpa dengan anak guam mereka dan menahan mereka kononnya kerana berkumpul secara haram. Lantaran itu, telah kena kantoi oleh SUHAKAM yang menganggap tindak-tanduk pihak polis pada malam tersebut sebagai suatu pencabulan hak asasi manusia.

Suruhanjaya Sekuriti kemudian telah cuba menjadikan wartawan dan juga peguam untuk wartawan itu bertukar menjadi saksi!

Sekarang, giliran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) untuk menukar kapasiti Fadiah Fikri dari peguam kepada saksi.

Fadiah telah membuat laporan polis bagi pihak anak guam beliau, iaitu warga-warga asing yang bekerja sebagai buruh kasar di tapak pembinaan Istana Negara yang baru. Laporan polis itu memperihalkan insiden-insiden di mana pegawai polis dikatakan telah memeras ugut dan meminta wang daripada buruh-buruh kasar tersebut, sebelum mereka dilepaskan semula.

Tanpa meminta Fadiah membawa anak guam beliau, MACC telah menghantar notis kepada Fadiah sendiri seolah-olah beliau saksi dan bukannya peguam. Apa jua yang Fadiah tahu hanyalah daripada arahan anak guamnya, dan dilindungi oleh solicitor client privilege.

[DIKEMASKINIKAN] Kalau nak teman Fadiah, temujanjinya pada jam 10.00pagi 1.30 petang Khamis 22 Julai 2010 (HARI INI) di SPRM KL, Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur.

Shanmuga K sometimes sees a purple banana emerging in his sub-conscious. An article seems to then be magically written. He is @shanmuga_k on Twitter. When he does not see those purple bananas, he practices...

2 replies on “[DIKEMASKINIKAN] Peguam Kian Diancam”

Comments are closed.