Perlembagaan dan Pemijak Lembu

Saya ingin membuat pengakuan; saya mempunyai hobi yang sedikit luar biasa. Hobi saya adalah menulis rencana yang mengkritik mereka yang kononnya ‘mempertahankan Melayu dan Islam’. Saya ceburi hobi ini kerana sudah rimas dengan sesetengah pihak yang gemar memberi amaran supaya jangan mencabar hak-hak Melayu dan agama Islam.

Kita tidak boleh mengekang kebebasan mereka untuk bersuara. Tetapi apa yang kita boleh buat adalah melawan hujah mereka dengan hujah kita sendiri, berlandaskan fakta dan undang-undang. Sebab itu saya gemar menulis rencana yang mengkritik mereka.

Oleh itu, apabila segerombolan manusia yang memanggil diri mereka Barisan Bertindak Penyatuan Ummah hadir di sebuah balai polis untuk membuat laporan terhadap seorang ahli Parlimen yang dikatakan telah mempersoalkan ketuanan Melayu, saya terus mendapat inspirasi untuk menulis rencana ini. Apatah lagi apabila saya mendengar apa yang mereka katakan.

Rakaman video peristiwa tersebut boleh didapati di internet. Saya merujuk kepada video tersebut dalam menulis rencana ini.

Saya mahu kerajaan Malaysia hari ini bertindak tegas terhadap N. Kulasegaran dengan secara terang mempertikaikan Perlembagaan Malaysia pada hari ini,” kata seorang daripada gerombolan tersebut.

Saya tidak ingat namanya, jadi untuk rencana ini saya akan panggil beliau ‘Pemijak Kepala Lembu 1’.

Yang mana Perlembagaan Malaysia memperuntukan bahawa hak keistimewaan orang Melayu itu tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu bermakna mempertikaikan ketuanan Sultan,” sambung Pemijak Kepala Lembu 1.

Saya mahu Menteri Dalam Negara tangkap N. Kulasegaran ini di bawah ISA dan tarik balik kerakyatan dia.

Wah, yakin sungguh Pemijak Kepala Lembu 1 ini. Beliau tanpa segan silu menggunakan Perlembagaan Persekutuan di dalam hujahnya. Malangnya, amatlah terang lagi bersuluh bahawa beliau tidak tahu tentang apa yang sebenarnya terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau telah menyarankan kerajaan untuk ‘menarik balik’ kerakyatan ahli Parlimen tersebut. Jika beliau tahu tentang apa yang terkandung di dalam Perlembagaan, beliau akan sedar bahawa sebenarnya kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menarik balik kewarganegaraan sesiapa. Malah, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan kewarganegaraan sebahagian besar rakyat Malaysia selain sekiranya individu tersebut telah mendapatkan kewarganegaraan negara lain.

Mungkin beliau patut membaca rencana saya yang terdahulu, ‘Kewarganegaraan: Antara retorik dan realiti Perlembagaan‘ di dalam bahagian I dan II.

Taktik Pemijak Kepala Lembu 1 dalam ‘merujuk’ kepada Perlembagaan Persekutuan ini sering digunakan oleh mereka yang sewaktu dengannya. Mungkin mereka mendapat inspirasi daripada seorang Menteri kabinet yang tidak lama dahulu begitu yakin membuat kenyataan bahawa perpindahan sebuah kuil Hindu ke kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Melayu-Islam adalah ‘tidak menepati dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan’.

Kita bagi dia dua minggu!” sambung Pemijak Kepala Lembu 1. Dua minggu ini adalah supaya ‘N. Kulasegaran’ ini memohon maaf di atas kenyataannya.

Eh, dua puluh empat jam sahaja bagi!” seorang lagi daripada gerombolan itu menyampuk. Untuk tujuan rencana ini kita gelar beliau ‘Pemijak Kepala Lembu 2’. Di kala itu, Pemijak Kepala Lembu 1 menyatakan bahawa dua puluh empat jam terlalu singkat. Akhirnya mereka bersetuju untuk memberikan tempoh masa dua minggu.

Kemudian, Pemijak Kepala Lembu 2 pula mengambil tempat Pemijak Kepala Lembu 1.

Katanya “Apa yang kami kesal di sini adalah kenapa ketuanan Melayu harus dipertikaikan?“.

Saya sebenarnya tidak berapa faham konsep ketuanan Melayu ini. Saya selalu juga membelek Perlembagaan Persekutuan (versi Bahasa Melayu), tetapi tidak pula saya menjumpai istilah ini di dalamnya. Memanglah, saya tahu ada peruntukan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi, peranan dan kuasa raja-raja Melayu serta kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Tetapi tidak pula dinyatakan bahawa ada satu bangsa di Malaysia ini yang menjadi tuan. Malahan, Ketua Pemuda UMNO sendiri telah menyatakan bahawa ‘ketuanan Melayu’ tidak harus digunapakai lagi.

Sehingga hari ini, orang Melayu terlalu banyak bertolak ansur dengan bangsa-bangsa lain.

Jadi kita memberi amaran sekeras-kerasnya kepada mereka dan sesiapa jua yang mempertikaikan hak keistimewaan Melayu, yang mempertikaikan tentang ketuanan Melayu.

Saya selalu mendengar hujah ini. Di dalam blog-blog dan juga sesetengah media arus perdana. Skrip yang sama selalu diulang semula. Kadang-kadang saya terfikir juga, adakah mereka semua mempunyai buku Malay Ultra for Dummies yang digunakan berulang kali? Saya harap selepas ini gerombolan-gerombolan ini jadi lebih kreatif. Jangan terlalu mengikut buku. Bosan sungguh.

Negara ini asalnya Tanah Melayu,” ujar Pemijak Kepala Lembu lagi, memperagakan pengetahuannya di dalam sejarah negara ini.

Dan mereka-mereka ini boleh kita kategorikan warganegara kelas dua.

Sebelum apa-apa, saya ingin mengulas tentang penggunaan bahasa Melayu Pemijak Kepala Lembu 2 ini. Istilah ‘mereka-mereka’ itu adalah tidak tepat, kerana ‘mereka’ sudahpun merujuk kepada bilangan lebih dari satu. Sebagai seorang yang ingin dilihat sebagai hero Melayu, beliau harus memastikan bahawa penggunaan bahasanya betul. Bahasa berterabur, tetapi ada hati ingin menjadi hero. Seperti kata watak dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, “Piiirrraaaahhhh!!!“.

Sambung Pemijak Kepala Lembu 2, “Warganegara kelas satu adalah orang-orang Melayu.

Seperti saudara seangkatannya, Pemijak Kepala Lembu 1, Pemijak Kepala Lembu 2 juga begitu yakin dengan apa yang dikatakannya. Tetapi setahu saya, Perkara 8(1) memperuntukan bahawa semua rakyat Malaysia adalah sama rata di sisi undang-undang. Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan kewarganegaraan juga tidak menyatakan ada perbezaan kelas di antara warganegara Malaysia yang berbilang bangsa. Saya tidak tahu dari mana Pemijak Kepala Lembu 2 petik hujahnya itu. Mungkin dari buku Malay Ultra for Dummies juga.

Jangan kerana politik, jangan kerana parti, sanggup mempergadaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu,” sambung Pemijak Kepala Lembu 2.

Ah, sekali lagi beliau membuktikan kepada seluruh negara betapa cetek pengetahuannya tentang ‘hak-hak keistimewaan orang Melayu”. Jika beliau ada membaca Perlembagaan Persekutuan, beliau akan sedar bahawa Perkara 153 yang memperuntukan tentang kedudukan istimewa orang Melayu tidak boleh dipinda atau dimansuhkan sekiranya tidak mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. Jadi, walaupun Parlimen meluluskan untuk meminda atau memansuhkan Perkara tersebut, ia tidak akan berlaku sekiranya tidak mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. Hujah bahawa sesetengah pihak mahu memansuhkan Perkara 153 ini merupakan pembohongan nombor wahid di negara ini dan adalah sebuah momok yang digunakan untuk menakut-nakutkan sesetengah orang Melayu.

Satu ketika waktu kita tidak mahu sejarah 16 Mei berulang lagi, sorry, 13 Mei berulang lagi.

Apa yang begitu ironis adalah selepas mengeluarkan begitu banyak kenyataan yang berbaur perkauman, mereka semua kemudiannya menuding jari ke atas sebagai simbol ‘1Malaysia’. Saya rasa, jika Perdana Menteri melihat bagaimana konsep 1Malaysia yang dipeloporinya diputar dan dibelit oleh gerombolan ini, beliau tentu kecewa. Jika saya menjadi beliau, saya akan mencari buku Perlembagaan Persekutuan yang paling besar dan keras dan saya akan lemparkan buku tersebut tepat di muka setiap satu daripada mereka. Tetapi saya bukanlah Perdana Menteri, jadi perkara itu tidak akan berlaku.

Secara jujurnya, saya rasa kita tidak perlulah bazir tenaga untuk berasa marah terhadap kelakuan mereka. Biarlah juak-juak ini memuaskan hati mereka sendiri, biarlah mereka bergelumang di dalam rekaan mereka. Kita boleh ketawakan mereka, sebab mereka begitu yakin dengan dongeng mereka, tetapi saya rasa lebih baik kita kasihani mereka. Kita sebenarnya tidak patut marah terhadap orang-orang yang bodoh lagi jahil.

Namun demikian, saya juga rasa kita tidak boleh biarkan mereka dengan sewenang-wenangnya menggunakan nama Melayu dan Islam serta merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan untuk memberi justifikasi terhadap tindakan mereka yang melampau. Untuk itu, kita harus mematahkan hujah mereka dengan menggunakan fakta dan undang-undang. Beri kesedaran kepada mereka di luar sana, yang mungkin percaya dengan kata-kata mereka.

Dongeng kita patahkan dengan fakta. Penipuan kita patahkan dengan kebenaran. Kejahilan kita patahkan dengan ilmu.

Seperti Martin Luther King, saya juga punya sebuah impian. Impian saya adalah supaya gerombolan tersebut membaca rencana ini. Kemudian mereka membelek pula Perlembagaan Persekutuan (atau mendapatkan Buku Panduan Rakyat kempen PerlembagaanKu/MyConstitution daripada Majlis Peguam) dan membaca dengan sendiri peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya harap di kala itu, mereka akan sedar betapa jauhnya tersasar hujah mereka pada hari itu.

Tags: , , , , , , , , , , ,


Syahredzan Johan adalah seorang peguam muda dan seorang rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. Dia melihat dirinya sebagai seorang pengkritik politik dan pengulas sosial. Tetapi dia sebenarnya hanyalah seorang warga Malaysia yang mempunyai terlalu banyak pendapat. Dia adalah seorang yang patriotik, walaupun bukan dengan cara biasa seperti mengibar bendera. Dia percaya Malaysia mempunyai potensi yang hanya dapat direalisasi sekiranya rakyatnya belajar bersatu-padu dan bukannya berpecah-belah. Ikutilah Syah di Refleksi Minda.

Posted on 21 December 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

30 Responses to Perlembagaan dan Pemijak Lembu

  1. Pingback: Omong Dusta “Hak Melayu” | LoyarBurok

  2. the original shamsul

    En Shamsul Iskandar,

    Syabas. Sebagai seorang Malayu tulin, saya amat berbangga dengan kepandaian dan kehandalan serta budi bahasa saudara di dalam memperdebatkan isu yang dibangkitkan di dalam artikel di atas. Syabas.

  3. Mistar Fariz

    Kepada Melayu Indonesia,

    Anda hanya melihat dari perpekstif negatif.Tidak semua org2 Malaysia suka menyiksa rakyat anda..Mengenai "Indon", anda perlu faham dari segi bahasa dan pertuturan..seperti anda menggunakan 'butuh', saya berharap anda mencari maksud didalam bahasa orang malaysia..Jikalau rakyat Malaysia kejam, maka saya percaya TIDAK ada seorang pun rakyat Indonesia boleh mencari rezeki di bumi Malaysia..Saya juga ingin tahu bilakah perkataan "terima kasih" di ucapkan oleh media massa anda kpd rakyat malaysia kerana membenarkan rakyat anda bekerja di negara kami ini…semoga anda berfikir lebih ke positif berbanding negatif..

    P.S : Shamsul Iskandar : Rakyat kita perlu lebih PATRIOTIK..saya sokong pendapat anda..

  4. Melayu Indonesia

    Boleh ke saye memberi komen di sini? Kalau boleh saye nak tanya sediket sahaje, kenape tuan-tuan puan-puan memperlakukan kami warge melayu juga seperti musoh? Suka menyikse pekerja2 kami yg mencahari rezki ke negare tuan dan puan? Apekah melayu di Malayasia tak lagi menganggap melayu Indonesia saudare serumpon? Apekah melayu malaysie suke benar menjatuhkan marwah negara kami dengan menyebutnya indon? Tuan dan Puan, komen saye ni utk bersahabat, jadi saye haraplah tuan dan puan sudi membagi soal ape penyebabnya dengan jujor dan pikiran yg berseh tanpe emosional. Demikianlah tuan dan puan, mudah2an kite semua dilimpahkan berkah same Allah SWT, Amiin…

  5. Shamsul Iskandar

    Penulis blog ini merupakan orang melayu yang bodoh.Seperti kata Dr.M, melayu mudah lupa.Dulu penarik beca dan penoreh getah sekarang dah pandai tulis blog dah mula nak mengutuk bangsa sendiri.Menang sorak kampung tergadai.

  6. Rama

    Mr Syahredzan Johan,

    Best Article

    Please provide more details of Perlembagaan Persekutuan.

    Thanks & God Bless You.

    Keep writing

  7. Kalai

    Hi,

    A reflection of substance from a TRUE MALAYSIAN. Those cow head goons are definitely a 'tool' by those stupid scoundrels, who has no other way to hold on to their power. Thank you Syahredzan Johan.

  8. Kings

    Saya sokong Mistar Fariz.

    Bila kita rase baru kita tahu. Becakap memang mudah.

  9. Jeeva

    Best article ever…Hats off..

  10. Mistar Fariz

    Ahli politik semua sama sahaja..tak kira apa pun fahaman politiknya..Semua nya untuk kepentingan peribadi.And 1 day hopefully kita dijajah semula and that time kita boleh tengok semangat nasiolis yang akan diperjuangkan oleh anda-anda semua terutamanya Mr.Shahredzan Johan.:)

  11. PH Chin

    Tahniah atas artikel yang cemerlang !

    Nampaknya isi kandungan lapuran Barian Bertindak Penyatuan Ummah adalah dari "Malay Ultra For Dummies"

    Syabas Shahredzan Johan !

  12. Maverick

    Fairdinkum,

    you ended the last paragraph with the wisdom of Dr. Martin Luther King. Next time around write to the numbskulls about Rosa Parks as well. Cheers mate other than that it was a lovely write-up .

  13. vengai

    Mr Johan,

    A very good explanation and observation indeed.I agree with Muhd Siddiqin and Satu Engine.

    This Pemijak Kepala Lembu goons are paid dogs by their political masters who wants to gain political benefit by creating disharmony among races in Malaysia.Planning another may 13 may be.

    Inspired by how the lost Perikatan in 1969 enginered the riot after defeated in the GE.The head of it was the daddy of 1 Malaysia ichi cock.He might be the master of it but make dont know.Remember he said , He wants back Selangor cause it belongs to his granfather from Sulawesi.And the Jawa Tempe is also a big role master in this.

    Those Pemijak Kepala Lembu just get the sucked boned but promised big flash once they get Selangor. That it.

    Many of my friends are Malays and smart educated and fair thingking one. Unlike these goons.

  14. justmalaysian

    witty and educational.

    'malay ultra for dummies' LOL

    I hope those people will read this article too, but unlikely otherwise they wont be where they are.

    keep writing. good job

  15. Foo Wy Len

    Sir,

    These pemijak lembus REALLY believe in what they said,maybe they are graduates of Universiti BTN,but I think there is a bigger issue at hand,ie what and how Modern Malaysian history is presented and students indoctrinated through text books in schools/school system. We all know history is the story of the victors. Look at it this way the history of Malaysia = history of UMNO = contributions/struggles/sacrifies/jasa…..so the whole nation terhutang kepada UMNO. Do you see anything about the others?

    If I'm not mistaken they just cedok wholesale from Sejarah Malaysia Moden Tingkatan Tiga. Maybe Bar Council should check this out, ie the content of our school curriculum especially History/ Moral eduaction/ Civics is consistent with the provisions of our Constitution.

  16. Satu Engine

    Dear Mr Johan,

    From your writing, I gather you are a decent, educated gentleman, god bless you. The matter at hand is, orang-orang yang membuat tuduhan-tuduhan itu, nampaknya tidak ada pendidikan yang sempurna atau cuma diperalatkan oleh orang-orang yang ada kepentingan politik (people who are bent on gaining political mileage, using racist remarks). But the Malaysians are not ignorant anymore. These type of gimmicks wont work anymore. People, no matter Malay, Chinese, Indian, Kadazan or Jakuns, know that we need a clean government that does not approve RM 82,000 for two lap-tops or realize that two 50 millioan plane engines are missing after two years. This is a beautiful country where we can live in harmony and pay for things half of what we are paying now. Believe me, I have travelled widely, and i believe this country is mis-managed to the core. Yet we still have hope as people like you are still around to be fair to all the races. Thank you.

  17. cili kurang pedas

    di Malaysia skrg, sy perasan yg ramai rakyat asyik cakap seperti apa yg dikatakan oleh penulis, iaitu rakyat yg cakap pasal Perlembagaan Malaysia tp sebenarnya tak pernah baca, pastu nak bcakap lebih2 mcm diorang handal betul dalam bidang ni. yups, sy pun salah seorang yg hanya penah baca sikit2 dan sedang mencarinya utk mengetahui apa adalah apa dan yang mana adalah di mana.

    neway, sy sokong penulis, dan bg tokmod, sy rasa ada bhgn dia mmg point nya boloeh diterima pakai, which is bhgn yg camner bangsa2 lain tegur bangsanya, tp bg sy itu bukan lah isu yg berkaitan dgn apa yang penulis mahu sampaikan(sy setuju dgn hujah the original ultraman) krn stp individu, bukan dilihat dgn bangsa, mempunyai cara tersendiri utk handle things the way they are comfortable with. jangan terlampau berfikiran seperti kerana nila rosak susu sebelaga,(cth, sbb satu org cina spoil, satu bangsa pun spoil). tp dalam bidang politik begini, terlampau ramai pihak2 yg berkaitan dan mahu menjaga kepentingan masing2, jd mmg sy setuju dgn penulis yang mengkritik tindakan pemijak kepala lembu. bukan utk merendahkan, tp sbg mereka yang telah membaca artikel ini, diharapkan memperbaiki apa2 yang patut. buang yang keruh ambil yang jernih.

    bersamalah kita hayati perlembagaan kita kerana itu adalah warisan dari pejuang2 kemerdekaan kita. sepatutnya skrg, kita adalah malaysian, bangsa malaysia, bukan lg dipisahkan dgn bangsa2 dan hidup sebagai satu bangsa malaysia. mereka sudah sebati dgn kita, di sini adalah tanah tumpah darah mereka dan oleh itu, mereka juga layak utk mendapat keistimewaan yang sudah diberikan dan jgn dipertikaikan lg, sbgmana hak org melayu.

  18. the original ultrama

    Saudara Tokmod,

    Apakah pendapat sadara tentang perbuatan mereka yang meraung-raung tentang perlembagaan negara kita sedangkan mereka tidak pun tahu menahu apa kejadahnyer yang di dlm perlembagaan itu? Apakah pendapat saudara tentang org-org yang nampak seperti Melayu itu yang mengatakan Melayu adalah pemunya tanah ini dan org-org berbangsa lain adalah warganegara kelas kedua dan pada masa yang sama pula menyatakan bahawa mereka menyokong konsep 1 Malaysia?

    Apakah pendapat saudara tentang isu yang dibincangkan oleh penulis?

    Kenapa mesti penulis yang dikutuk itu dan ini sedangkan isu yang ditulis tidak dibincangkan langsung? Ataupun saudara tidak ada apa-apa yang hendak dikatakan mengenai isu tersebut kerana saudara hanya berbakat untuk mengutuk orang?

    Dan kenapakah mesti saudara menggunakan huruf-huruf besar belaka? Pembaca-pembaca semua butakah dimata saudara? Tahukah saudara bahawa didalam dunia siber, berhuruf besar itu dianggap kurang ajar dan melaung-laung?

    Pada pendapat saya, kalau pemijak-pemijak lembu yang dibincangkan di sini tidak tahu kandungan perlembagaan kita, maka janganlah melaung-laung itu dan ini seolah-olah merekalah yang arif tentang peruntukannya. Bolehkah mereka menunjukkan kepada kita semua dimanakah peruntukkan di dalam perlembagaan kita yang menyatakan bahawa kaum Melayu mempunya hak istimewa? Dimanakah pula peruntukan yang menyatakan bahawa kaum Melayu adalah tuan punya negara ini, kaum kelas satu dan bahwa bangsa-bangsa lain adalah warganegara kelas kedua?

  19. tokmod

    TUAN MUHD SAIDDIQIN…..

    AKU SUNGGOH KECEWA KERANA KAU TAK DAPAT MEMAHAMI MAKSUD KOMEN AKU.KERANA KAU TERLALU EMOTIONAL!!BERJIWALAH UNIVERSAL SUPAYA JIWA TIDAK DIKONGKONG EMOSI.CONTOH JAM ROLEX PETALING STREET KAU SUDAH MENUNJOKAN YG KAU KEBINGGONGAN MEMPASTIKAN YG MANA TULIN DAN YG MANA TIRUAN…BAGI AKU SEKILAS PANDANG SUDAH PASTIKAN YG TULIN DGN TIRUAN.DISEKELILING TEMPAT AKU BERTUGAS CUMA AKU SORANG BERBANGSA MELAYU YG LAIN BERBANGSA CINA.INDIA.ORANG PUTEH.AKU DAPAT MERMERHATIKAN BAGAIMANA MERAKA MENEGOR KESILAFAN BANGSA MEREKA.TIDAK SAPERTI MELAYU MENEGOR MELAYU(itu maksuk aku)

  20. Muhd Siddiqin

    Tokmod (dan mereka yg setuju dgn komen Tokmod):

    Aku plak rase kecewa dgn komen ko.. I think you are one of those with 'Melayu warganegara kelas pertama, Lain-lain warganegara kelas kedua' mentality..

    Apa yg Mr Johan cuba tonjolkan, among others, ialah betapa palsunya semangat '1Malaysia' yg dijaja oleh 'Um.. NO' & kuli2 bataknya.. Sepalsu jam tangan Rolex di Petaling Street..

    Kalu kite peratikan jam tangan Rolex Petaling Street, nmpk cantik.. Brfungsi mcm jam tangan biase.. Tp dlm hati kite, we will always remember that it is a FAKE! Same la mcm 1Malaysia tajaan Um.. NO ni.. As fake as a Rolex Petaling Street..

    "mereka semua kemudiannya menuding jari ke atas sebagai simbol 1Malaysia" –> tapi org yg sama juga yg kata: "Warganegara kelas satu adalah orang-orang Melayu" dan "Dan mereka-mereka (read Lain-lain) ini boleh kita kategorikan warganegara kelas dua" –> nmpk x? As fake as a Rolex Petaling Street..

    In my humble opinion, Tokmod, "TUJUAN TUAN UNTOK MEMBETUL KESILAPAN MELAYU DGN CARA 101% MELAYU MENUNJOKKAN YG TUAN KURANG BERCAMPOR DGN BANGSA CINA DAN INDIA OLEH ITU TUAN KURANG MENGERTI AKAN KEPERBADIAN DAN CARA MEREKA MEMBETULKAN KESILAPAN BANGSA MEREKA" refers to YOU!

    Aku ade ramai kawan Cina, India, Mamak, Pakistan, Sabahan, Sarawakian, Cina Muslim, India Muslim.. And we talk about EVERYTHING.. From cars to football to politics.. Dan mereka TAK PERNAH, walau sezarah pun, tidak menghormati bangsa Melayu..

    Sebenarnya org2 sealiran & brfikiran mcm ko yg merasakan "BANGSA LAIN TIDAK MENGHORMATI BANGSA MELAYU"

    Kalu kite nak bangsa lain di Malaysia ni hormati bangsa Melayu kite, kite pun kene hormati bangsa lain juga. Jangan cakap pasal 1Malaysia kalu kite sendri treat org lain as '2nd class citizen'

  21. tokmod

    SATELAH SAYA MEMBACA TULIS TUAN,SAYA MERASA KECEWA DGN APA YG TUAN LAKARKAN.TUAN MENUNJUKKAN 100% PERANGAI ORANG MELAYU.TUJUAN TUAN UNTOK MEMBETUL KESILAPAN MELAYU DGN CARA 101% MELAYU MENUNJOKKAN YG TUAN KURANG BERCAMPOR DGN BANGSA CINA DAN INDIA OLEH ITU TUAN KURANG MENGERTI AKAN KEPERBADIAN DAN CARA MEREKA MEMBETULKAN KESILAPAN BANGSA MEREKA.BAGI PENDAPAT SAYA TUAN SEDAR ATAU SEBALIKNYA TUAN MENGGALAKKAN BANGSA LAIN TIDAK MENGHORMATI BANGSA MELAYU.

  22. Kings

    Macam ni jer senang…

    Takde sape boleh mempertikaikan hak melayu.

    Bigitu juga Melayu.. tidak boleh merpertikaikan hak kewarganegaraan bangsa lain.

  23. Amin

    Mereka tu juga penakut…. takutkan kehilangan tongkat…….takut untuk berdiri sendiri…… dan macam-macam lagi, pasal tu buat perkara yang bukan-bukan sampai memalukan diri dan orang melayu lain ….. Kesian, kesian lah jugak….. tapi mereka tak kesian kan diri mereka….. nak berjuang, berjuang lah dengan elok dan betul……

  24. 4RAKYAT

    tq sir for this article. i hope u'd write more articles like this so that more malay masses (for those not well-versed in the english language) will benefit from your ideas.

    tq again sir.

    4RAKYAT

  25. shalini

    .. ur the one with 1 malaysia mentality

  26. jokersland

    Saya agak pelik setiap kali perkataan ketuanan ini di bangkitkan. Ia semacam kita masih lagi berada di dunia hamba abdi. Mereka dan yang sekutu sekutu dengannya adalah orang yang malas hendak bekerja dan sentiasa menanti wang dapat jatuh dari langit tanpa usaha untuk mencapainya.

  27. Daz Koh

    Brilliant.

  28. Aston

    16 Mei….that's Hari Guru man.

  29. Dhanen Mahes

    First class, mate!