Dilaporkan oleh Malaysian Insider bahawa 5 tahanan ISA termasuk Mat Sah Satray yang telah ditahan lebih 7 tahun telah dibebaskan.
Malam ini, seorang suami pulang ke pangkuan isteri. Seorang ayah pulang ke dakapan anak.
Malam ini, tangisan hiba selama tujuh tahun bertukar kepada jemari yang mengangkat syukur ke hadrat-Nya.
Kebebasan!
Betapa kita tidak ambil peduli tentangnya. Betapa kita tidak menghargainya. Sehinggalah ia dirampas daripada kita!
Kebebasan tidak ternilai harganya. Manusia rela mati demi kebebasan. Oleh itu jangan dirampas kebebasan dengan sewenangnya, tanpa dihakimi oleh proses undang-undang.
Kebebasan bukan perkara main-main. Bukan boleh dijual beli. Bukan matawang politik yang boleh ditukar dan diganti.
Tidak, Malaysia masih belum sempurna. Malaysia masih perlukan kita.
Selagi kebebasan boleh diambil dengan senang, selagi itu kita tetap lawan. Bebas lima tak semestinya dah menang. Bebas semua tak bermaksud kita henti berjuang.
Tak bermakna kita tidak lagi perlu menegakkan yang hak dan yang benar. Tak bemakna kita tidak lagi menentang yang batil dan yang salah.
Kita lawan, sampai tiada lagi tahanan politik.
Kita lawan, sampai tiada lagi salahguna demi kepentingan pihak tertentu.
Kita lawan, sampai tidak ada lagi yang ditahan ikut suka dan rasa bapak menteri.
Kita lawan, sehingga tiada lagi ibubapa mengharapkan kepulangan anak yang dinanti.
Kita lawan, sampai tiada ada lagi isteri yang dipisah dengan suami.
Kita lawan, sampai tiada lagi tangisan anak demi ayah yang dirindui.
Kita lawan, sampai kebebasan tidak lagi dirampas dengan sewenang-wenangnya.
Jalan masih jauh. Ranjau masih berliku. Perjuangan masih belum tamat.
Jangan luntur semangat juang. Jangan senyap berkata-kata. Jangan lenyapkan hujah dan fakta.
Kita lawan, sehingga Akta lapuk, Akta drakonis, Akta zalim itu dimansuh!
Ya, kita akan berjuang sehingga ISA dimansuhkan!
You took my breath away!!!
Wow… superb.
Good one!
Lawan tetap lawan!
Nalini
Kita lawan!!!
That was inspirational.