Di wajahnya penuh gusar
Mengira larian mengatur langkah
Sambil di tangannya menggenggam
Sehelai selendang putih
Bertompokan merah berwarna darah
Dengan doa dan pasrah
Mengharap diri tidak tersungkur
Menyembah bumi
Di hatinya penuh dendam
Warnanya sudah hitam
Tiada lagi belas
Tiada lagi simpati
Berwajah syaitan bertopengkan manusia
Berperisai takbur jentera angkuh
Tubuh mungil itu menjadi mangsa
Muntahan peluru yang tak bermata
Di benaknya penuh tanya
Mahu berdiam sampai bila
Jadi saksi kemungkaran
Sampai mana
Berapa lama nak pejamkan mata
Berapa lama nak tulikan telinga
Dimana hilangnya suara
Mengharap pertimbangan
yang bagaimana
Hingga berapa ramaikah menjadi mangsa
Menunggu mengharap
Sinar yang tak kunjung tiba
Bergelimpangan tubuh di sini sana
Ada masih sempurna
Ada berkecai tak kenal lagi
Darah merata-rata merah warnanya
Mengalir ke bumi
(Sumbangan dana daripada anda kepada Tabung Kemanusiaan Palestine Badan Peguam amat dialu-alukan.)
Puisi yang bagus
puisi yang menarik, terima kasih.