Saudara Azlan (bercangkung di hujung kiri) dengan sukarelawan-sukarelawan UndiMsia! dan Frinjan di Sungai Chongkak

Sejak kumpulan UndiMsia! melancarkan activiti-aktiviti #JelajahSebaranCinta dan #HangatkanLangat!, kami berpeluang untuk berkenalan dan bekerjasama dengan beberapa orang ahli Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di kawasan Hulu Langat. Ahli PeBT bertanggung-jawab  untuk mengadakan kegiatan-kegiatan yang memanfaatkan golongan belia di zon masing-masing.

Pada tahun depan, UndiMsia! bersama dengan Frinjan dan pelbagai pihak tempatan di Hulu Langat, termasuk PeBT, akan berkerjasama untuk melancarkan beberapa projek belia seperti pertandingan dan pameran fotografi, jambori rimba dan konsert “rainforest”, ekspedisi rakit dan “Amazing Race”. Memang banyak perancangan dan kerja yang harus dilaksanakan. UndiMsia! dan Frinjan berterima kasih kepada pihak PeBT yang telah bersetuju untuk menghulurkan seberapa banyak bantuan yang boleh dalam pelaksanakan projek-projek tersebut. Kami juga berharap projek-projek ini dapat menarik minat belia-belia untuk mengenali isu-isu tempatan dengan lebih mendalam.

Saya berkesempatan untuk menemubual salah seorang ahli PeBT, Saudara Azlan bin Mohamad Tamjis, melalui emel. Saudara Azlan seringkali menyertai pelbagai kegiatan yang diadakan oleh UndiMsia! dan Frinjan di Hulu Langat secara aktif dan saya ingin tahu bagaimana beliau berkemampuan untuk meluangkan masa untuk aktiviti-aktiviti sukarelawan.

Malangnya, oleh kerana jadual Saudara Azlan yang sibuk, beliau hanya dapat meluangkan masa untuk temubual yang pendek dan ringkas. Mungkin kita dapat menyambung temubual yang lebih panjang pada kali yang lain tapi buat masa ini, sila baca pendapat Saudara Azlan mengenai kerja sukarelawan di bawah.

 

Saudara Azlan seringkali melibatkan diri dengan kerja gotong-royong di kampung

Ka Ea: Boleh tak Saudara Azlan ceritakan serba sedikit tentang kerja sukarelawan yang dibuat  dan mengapakah Azlan berkemampuan untuk melakukan kerja-kerja ini?

Azlan: Di peringkat kampung, saya memegang jawatan sebagai belia kampung dan pemuda surau. Saya juga memegang jawatan Penggerak Belia Tempatan bagi zon saya di peringkat Majlis Perbandaran Kajang dan badan NGO. Sekiranya ingin dikira kemampuan,saya sendiri pun tidak berdaya. Tapi saya cuba memperkuatkan motivasi supaya sentiasa dapat menjayakan misi. Saya ingin membawa pembaharuan di peringkat belia.

Ka Ea: Apakah motivasi atau insentif yang mendorong Azlan untuk bekerja sebagai sukarelawan?

Azlan: Dari segi motivasi, saya yakin apabila berkhidmat dalam jawatan sukarelawan, lebih banyak kebaikan boleh diperolehi berbanding dengan keburukannya. Tapi saya terkilan tak ramai golongan belia yang mampu lakukan kerja-kerja sebegini.

Ka Ea: Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Azlan semasa membuat kerja sukarelawan? Bagaimana Azlan mengatasi cabaran-cabaran tersebut?

Azlan: Cabaran dari segi kewangan dan tenaga belialah yang banyak membantutkan aktiviti-aktiviti. Untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut,saya cuba untuk memohon sumbangan daripada pihak berwajib dan syarikat yang berminat untuk menaja.

Ka Ea: Pada pendapat Azlan, patutkah sukarelawan diberi duit saku sebagai insentif untuk bekerja? Apakah insentif-insentif lain yang boleh digunakan untuk menarik minat warganegara Malaysia untuk melakukan kerja sukarelewan?

Azlan: Bukanlah saya sarankan wang saku itu wajib, tapi memandangkan kos sara hidup yang tinggi, kebanyakan belia tak berkemampuan. Banyak belia dari golongan kampung tidak bekerja. Sebagai akibatnya, kerja-kerja sukarelawan susah dijayakan. Sekiranya ada aktiviti di luar kawasan, program sukarelawan akan dikekang.

Dari segi insentif saya sarankan kemudahan-kemudahan dari segi pengangkutan dan aktiviti-aktiviti yang kerap dilakukan bersama untuk memudahkan para sukarelawan selalu berhubung sesama sendiri.

Ka Ea:  Pada pendapat Azlan, adakah graduan-graduan baru seharusnya diberi dorongan untuk membuat kerja sukarelewan atau mereka seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerja profesional mereka?

Azlan: Bagi pendapat peribadi saya, itu terpulanglah kepada graduan-graduan mereka senditi. Kerja sukarelawan ini tidak boleh dipaksa. Sekiranya beliau mempunyai rasa tanggungjawab atas kerja-kerja sukarelawan, pasti beliau akan membantu menjayakan aktiviti – aktiviti kerja sukarelawan.

Yang penting itu pandai membahagikan masa.

*******************************************************************************************************************

Translations of the interview can be found below:

Ka Ea: Please explain briefly about your volunteering work and why are you capable of doing these work?

Azlan: Yes, I do. At the village level, I serve as Belia Kampung and pemuda surau. Apart from that, I hold the position of Penggerak Belia Tempatan at the district level and also for NGOs. If I am to be considered as capable, I don’t think I am doing much either but I try to gain motivation so that I can accomplish my missions. I want to establish changes among youths.

Ka Ea: What are the motives or incentives that encourage you to work as a volunteer?

Azlan: As for motivations, I believe that we could reap more benefits as compared to the shortcomings when we are involved in voluntary work. However, I feel deeply saddened for the fact that not many youths are doing this.

Ka Ea: What are the challenges you face when you are doing voluntary work? How would you overcome them?

Azlan: The obstacle which affects most activities arises from financial constraints or the lack of manpower. To overcome these challenges, I apply for funds from mandatory bodies and corporations which are interested in sponsoring our community work.

Ka Ea: In your opinion, should volunteers be given allowance as incentive for them to work? What could be other incentives that could be used to attract Malaysian citizens to do voluntary work?

Azlan: Not that I am demanding that allowances are necessary, but for the high cost of living, most of the youths are not capable of doing voluntary work due to costs incurred. Lots of youth from the villages do not work. As a result, voluntary work is hard to be accomplished. If there are activities outside of the area, the [voluntary] work will be restricted.  For the incentives, I suggest that more facilities and an improved public transport system should help and also activities that could be held regularly and consistently, so that the youths can always contact each other.

Ka Ea: In your opinion, should fresh graduates be encouraged to do voluntary work or should they only focus on their profession?

Azlan: Based on my personal opinion, it purely depends on the graduates who are interested. If he feels responsible about things, he will help to make the program succeed. The important thing is to know how to manage time wisely.

 

 

 


 

 

 

Ka Ea used to be a globe trotter. She has lived in Timor Leste and Afghanistan while working as a civic education and human rights officers for the United Nations. She then tried to be a full time housewife...