PTTM 2011 | Copyright protected.

Hampir kesemua bentuk diskriminasi terhadap kaum perempuan berpunca daripada stereotip-stereotip tentang orang perempuan yang jarang berpaksikan fakta. Stereotip perempuan yang kononnya “positif” seperti sifat keibuan yang timbul secara semulajadi dalam semua orang perempuan dan sifat lemah lembut sebenarnya lebih memudaratkan daripada menyanjung.

Stereotip secara tidak langsung memasukkan kesemua orang perempuan dalam kategori yang sama. Kategori yang menyempitkan potensi orang-orang perempuan yang berlainan kebolehan, keinginan, dan latar belakang. Tidak kesemua orang perempuan mahu menjadi ibu, tidak kesemua perempuan lemah lembut, dan sudah tentu tidak kesemua perempuan suka warna pink dan bunga-bunga.

Stereotip wujud untuk mengekang kebolehan orang perempan sebagai pemimpin yang serba boleh. Kita jarang menyoal mengapa Malaysia tidak bersedia untuk menerima seorang perdana menteri perempuan. Ini kerana kita percaya bulat-bulat orang perempuan tidak mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang kononnya hanya wujud dalam kaum lelaki sahaja.

Sebenarnya ramai lelaki takut dengan perempuan yang hebat, yang berkebolehan, berbakat, intelektual, dan tegas. Kewujudan perempuan sebegini sudah cukup untuk mencabar orang lelaki. Sebelum kita menyebut “Semua perempuan adalah sebegini sebegitu”, ingatlah kalimah “Tidak semua perempan sama, tetapi kesemua perempuan boleh!”

Alicia spends far too much time in front of the computer writing her next 1000-word masterpiece. When she's not writing she is seen slaving away over a steaming pot of tasty gruel.