In the build up to UndiMsia’s fundraiser and launch event on September 16, Free Malaysia Today wrote a promotional piece, reproduced below.
Persembahan akan turut diketengahkan oleh sepuluh selebriti tempatan seperti penulis dan aktivis Nathaniel Tan, pelakon Mano Maniam dan ratu cantik Miss Malaysia World Nadia Heng.
PETALING JAYA: Bersempena dengan Hari Malaysia esok, NGO yang dikenali sebagai Undi Malaysia akan mengadakan satu majlis makan malam amal dengan tema Come Undi Malaysia di Bangsar sambil berhibur dengan sejumlah 15 persembahan khas.
“Di samping itu mereka yang menghadiri majlis makan amal ini akan dapat mendengar ucapan para pemimpin negara dalam tahun 1963,” kata Zain HD, seorang aktivis Undi Malaysia ketika ditemui di Bangsar.
Persembahan akan turut diketengahkan oleh sepuluh selebriti tempatan seperti penulis dan aktivis Nathaniel Tan, pelakon Mano Maniam dan ratu cantik Miss Malaysia World Nadia Heng.
Mereka akan juga akan berkempen berkenaan satu isu tertentu seperti hak bersuara, pengangkutan dan sebagainya.
“Saya akan membuat persembahan yang berkaitan dengan politik,” kata Nathaniel Tan.
Undi Malaysia ialah sebuah gerakan neutral mendidik pengundi agar mengundi berdasarkan isu. Ia dianggotai oleh kira-kira 500 orang.
Kumpulan NGO ini sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sama sepertinya dan sentiasa konsisten.
Zain turut memberitahu bahawa hadirin akan dapat menjiwai saat – saat peristiwa bersejarah pembentukan Malaysia esok.
Majlis amal
Majlis amal makan malam ini akan berlangsung di Restoran Leornado’s , 61-2 Jalan Bangkung, Bukit Bandaraya, Bangsar.
Tiket berharga RM150 boleh diperoleh dengan menghubungi Esther Anandaraj di talian 017-6382836 atau June Low 012-2034290.
Menurut aktivis NGO ini, Zain HD tiga perkara pokok diberi keutamaan iaitu isu sosioekonomi, hak sivil politik dan belanjawan rakyat.
“Isu pemakanan dan perumahan adalah isu sosioekonomi yang kami beri tunpuan, Selain itu, hak bersuara adalah fokus kami di bawah hak sivil politik.
Beliau turut menjelaskan tujuan isu-isu ini diketengahkan.
“Kita mahu rakyat menggunakan kuasa yang ada padanya digunakan secara bijaksana.
“Mereka tidak seharusnya berdiam setelah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi sahaja.
This article was originally published by Free Malaysia Today on 15 September 2011. Click here to view original.