Penterjemahan laporan Mandarin di Malaysiakini tentang Ops Pisang, pelancaran Pusat Rakyat LoyarBurok, yang telah diadakan pada 19 Mac 2011.

Sekumpulan anak muda yang menyokong penuh operasi PISANG

Pada waktu petang suatu hari bulan Mac, 2011, lebih daripada 100 orang anak muda berkumpul di pejabat Bangsar dan mengambil pisang, menyokong sepenuhnya dengan operasi P.I.S.A.N.G.

Apakah itu Operasi Pisang? Nama penuhnya ialah People’s Initiative for Social Activation and New Governance, iaitu inisiatif rakyat untuk pengaktifan sosial dan kerajaan. Oleh itu, pisang yang dimaksudkan bukan sekadar pisang, tetapi melambangkan kewajipan untuk perubahan masyarakat, inilah impresifnya yang hendak disampaikan.

Operasi Pisang dianjurkan oleh LoyarBurok yang baru menubuhkan Pusat Rakyat di Bangsar  melalui mesyuarat perundingan yang pertama. LoyarBurok ialah berasal daripada perkataan “peguam buruk” yang terdiri daripada peguam muda yang berjuang untuk hak asasi manusia iaitu Edmund Bon, Shanmugam K, Fahri Azzat dan lain-lain lagi.

Bermula daripada laman web LoyarBurok, kumpulan ini menyediakan platform kepada penulis kolum untuk mengkritik terhadap sistem kehakiman dan isu demokrasi. Laman web itu juga mengumpulkan artikel yang mendalami tentang peristiwa krisis Perak, sekarang ia dihasilkan dalam buku dan dipasarkan.

Kritik empat masalah utama masyarakat sivil
Edmund Bon menjelaskan kepada para hadirin tentang asal usul operasi pisang. Beliau berkata bahawa masyarakat sivil biasanya ingin membuat perubahan, tetapi kekurangan motivasi. Beliau mengkritik masalah masyarakat sivil seperti berikut:

  1. Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, ramai pemimpin masyarakat sivil melibatkan diri dalam lingkaran politik. Mereka berharap akan memandu perubahan terhadap pemimpin politik. Jika gagal melakukan perubahan, berlakunya situasi yang penuh dengan suara grumbling.
  2. Sebahagian besar aktiviti kumpulan-kumpulan masyarakat sivil hanya diketahui oleh orang yang telah mempunyai kesedaran masyarakat, tetapi tidak komited untuk melakukan pendidikan kepada mereka yang tidak diketahui.
  3. Banyak kegiatan yang dianjurkan kumpulan-kumpulan tersebut mempunyai duplikasi yang amat padat, termasuklah forum, bengkel dan seminar ada lebih kurang sama, ia juga membazirkan sumber.
  4. Program yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan itu juga membosankan, kekurangan elemen fun dan kurang tertarik.

Seru membina semula kekuatan masyarakat sivil
Edmund Bon menyatakan bahawa perubahan yang hendak dicapai oleh masyarakat sivil tidak boleh bergantung kepada ahli politik sahaja. Para pekerja sosial harus membuat kerja pengorganisasian yang solid untuk menggerakkan rakyat bagi perubahan. Beliau juga bersikukuh tentang kekurangan masyarkat sivil, dan menyeru ktia amat memerlukan untuk membina semula kekuatan masyarakat sivil.

Beliau menekankan bahawa sentuhan atau hubungan antara manusia adalah sangat penting, hanya komunikasi secara langsung mampu membina kepercayaan, cara komunikasi yang lain tidak boleh menggantikan sentuhan atau hubungan secara langsung. Beliau juga mengatakan kegiatan kesedaran sosial perlu menggabungkan elemen keseronokkan (fun) dan kandungan serius supaya senang diterima oleh orang ramai, dan berkesan.

Tubuh jawatankuasa bertindak sosial
Setelah analisa dan kritikan terhadap keadaan yang ada, Edmund Bon bercadang pelan bagi Operasi Pisang. Beliau ingin mengorganisasi LoyarBurok ke sesuatu lokasi untuk menjalankan kerja pendidikan dalam jangka masa panjang, menyedari rakyat untuk prihatin terhadap masalah sosial. Jawatankuasa Bertindak akan ditubuhkan di setiap kawasan perumahan yang berada di lokasi itu, supaya ia dijadikan pentas bertindak bagi penyertaan rakyat terhadap isu sosial. Beliau bertambah, jika modul ini berjaya, kumpulan tersebut akan menduplikasikan modul itu ke seluruh negara, untuk menggerakkan perubahan masyarakat peringkat nasional.

Sebenarnya Edmund Bon menyatakan penyakit kumpulan masyarakat sivil, iaitu terlalu menngutamakan advokasi, tidak komited dalam kerja pendidikan dan mengorganisasikan rakyat. Beliau berpendapat kumpulan itu lebih suka berbincang konsep yang mendalam, terlalu elitisme.

Selain daripada LoyarBurok, apakah kumpulan lain mengorganisasi akar umbi dalam jangka masa panjang, dan membuat kerja pendidikan secara meluas?

Kumpulan anak muda mengerakkan pendaftaran pengundi
Sekumpulan anak muda tanpa partisan telah menubuhkan Growing Extraordinary Leaders, dan membangkitkan Voice Your Choice iaitu pendaftaran pengundi seramai dua juta orang. Mereka berpendapat bahawa seramai empat juta orang anak muda yang berlayak menjadi pengundi masih belum daftar lagi. Mereka bercadang anak muda perlu menyampaikan suara melalui undi, dan menentukan masa depan negara.

Mereka menekankan kepentingan memilih, tidak kiralah anak muda itu mengundi kepada apa-apa parti politik pun. Pemuda kumpulan orang Cina tradisional seperti Pemuda Dewan Pemuda Perhimpunan Cina Selangor dan Melaka telah bekerjasama dengan Growing Extraordinary Leaders dalam pendaftaran pengundi dengan menyediakan kaunter berkenaan di tempat yang padat dengan orang ramai, pusat membeli belah dan pasar. Dalam tempoh setahun, Voice Your Choice berjaya mendaftar 140 ribu pengundi baru.

Pilihan raya kecil Merlimau yang baru lepas, lebih daripada seratus kumpulan Melaka membangkitkan Tuntutan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan Melaka terhadap budaya dan pendidikan, meminta kerajaan pusat dan negeri melayan sekolah kebangsaan secara adil dan menggubal undang-undang untuk menyumbangkan sumber kewangan kepada sekolah berdikari. Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Melaka memobilisasi ahlinya untuk menngumpulkan petisyen di kawasan pilihan raya kecil itu. Pengerusi Persatuan Progresif Pendidikan Bahasa Cina Melaka, Yang Ying Chong, juga tidak tercicir di belakang anak muda, beliau juga mengikut kumpulan pemuda itu pergi mengunjungi rumah ke rumah untuk tujuan pendidikan.

Kumpulan yang lain seperti Suara Rakyat Malaysia cawangan Pulau Pinang menyebarkan isu yang berlainan di Speaker Square, Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) menganjurkan program siri pada peringkat nasional, “Peluang Kedua” pengampunan kepada Yong Vui Kong, Malaysian for Beng Hock juga serupa dengan Tuntutan Sempena Pilihan Raya Kecil Melaka, merupakan pendidikan sivil jangka masa pendek dan berdasarkan isu.

Perubahan perlu strategi dan roadmap
Operasi Pisang menginspirasikan kepada anak muda bahawa perubahan sosial harus dilakukan dengan analisis tentang kelemahan dan kekurangannya dulu, barulah mencadangkan roadmap perubahan dan strategi. Tambahan pula, perubahan perlu diusahakan dengan mengambil masa jangja panjang dan penglibatan secara praktikal. Hal ini memerlukan ketekunan yang beriman, dan kesabaran.

Malahan, peserta Operasi Pisang berasal daripada anak muda yang berlainan kaum, ia juga menggabungkan aktivis pertubuhan badan bukan kerajaan dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Dalam era perubahan, ramai anak muda yang tidak berpuas hati dengan situasi sedemikian ingin membuat perubahan. Persoalannya, adakah anda berfikir bagaimana anda hendak berubah? Adakah anda bersedia untuk melibatkan diri dalam perubahan? Inilah persoalan yang perlu generasi kini berfikir secara mendalamnya.

Diterjemaah daripada artikel Ng Yap Hwa oleh Seng Hean, seorang pelajar pemasaran dalam kuliah yang membantah penindasan golongan dalam sistem pemasaran di luar kuliah. Beliau tidak tahu secara mendalam tentang demokrasi, hak asasi manusia, politik dan ekonomi tetapi ingin hidup dalam dunia aman damai; oleh itu kewajipannya untuk tahu semua bidang-bidang ini. Lebih cenderung kepada teori Joker dalam tayangan “The Dark Knight” dan buku-buku sejarah tetapi tidak pernah lulus dalam mata pelajaran sejarah. Percayai bahawa semua orang mesti dilayan adil dan saksama serta rakyat harus membantah kapitalisme tetapi jangan ke kiri sangat.