Sarawak : Tanah, Adat dan Pilihanraya
Jumaat, 18 Mac 2011, 8.00malam – 10.30malam
Dewan Tingkat 2, Selangor Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajelela, Kuala Lumpur
Ahli panel
Mark Bujang
Beliau merupakan Pengarah Eksekutif BRIMAS. Beliau juga menjadi saksi (pakar) dalam beberapa kes mahkamah mengenai pemetaan komuniti dan beberapa keputusan daripada kes tersebut telah menjadi keputusan untuk penandaan lanskap.
Abun Sui
Peguam dan koordinator untuk Sarawak Indigenous Lawyers Alliance (SILA). Penasihat Undang-undang untuk TAHABAS – Native Customary Land Owners Network of Sarawak dan setiausaha kepada PKR Hulu Rajang, cawangan Sarawak.
Minggat anak Nyakin
Beliau merupakan pesara pekerja awam. Beliau dan komuniti telah membantah pencerobohan pembalakan di kawasan asal mereka. Beliau dan anak lelaki beliau telah diserang dan mengalami kecederaan parah semasa perbalahan dengan pekerja syarikat pembalakan tersebut.
Nicholas Mujah
Beliau seorang Iban dan telah mempertahankan hak penduduk tempatan di Sarawak mengenai tanah asal mereka sejak 1980. Beliau merupakan Setiausaha Awam kepada Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), dan telah ditahan beberapa kali berhubung dengan kerja-kerja yang dijalankannya.
Program:
- 8.00 – 8.30 malam Ketibaan tetamu dan pendaftaran
- 8.30 – 8.35 malam Kata-kata aluan, Dato Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0
- 8.35 – 9.35 malam Penyampaian oleh Ahli Panel
- 9.35 – 10.00 malam Sesi Soal & Jawab Moderator: Dr. Wong Chin Huat, Ahli Jawatankuasa Pepandu (BERSIH 2.0)
- 10.00 malam Tamat
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan BERSIH 2.0 SEKRETARIAT, Nurul di talian 03-77844977.
For further information: