Nilam #LoyarBerkasih

All The Beauty That's Inside | Credit: http://www.flickr.com/photos/beth19

All The Beauty That's Inside | Credit: http://www.flickr.com/photos/beth19

Puisi asal dari arkib penulis. Mula-mula terbit dalam Utusan Malaysia Mingguan pada Jun 2006.

Serangkai titi pernah pertemu dua insan
Dua pasang mata memandang ke lalang gelita
yang perlu dicangkul, disabit, digali;
Tiada cokmar diraja dapat menyuara orakel yang
telah kebumi di bawah serabut
kian bertambah
makin asyik disondol.

Insan di kiri mengomel,
Kenapa terus memanggil si Dia yang bisu,
Hanya untuk undang semboyan
yang bakal bergomol dengan srikandi Pertiwi?
Apakah hendak lerai kusut kalbu yang bertegar?
Bukannya kau seorang merana,
meratap tanah.
Syurga tidak kesiankan mereka
yang rabik mutiara.

Lilith satu kejora kupertahan sebagai benteng terakhir,
balas insan di kanan,
kerana bunga tidak lagi berputik di landasan gersang melara
tanpa siraman titisan mata Gaia
yang menangis melihat kecurangan kekasihnya,
akibat terlanjur dengan kata-kata yang mengerat, melulur
dan menghancur jiwa budiman tamadun.

Insan di kanan cuba hulurkan tangan
Kepada insan yang mencankung di kiri
Tetapi ia ditolak, dihindar, dan dikecam;
Hati kecut, titi bergoyang,
Dacing bergolek, jurang terngaga.

16 May 2006

Clarissa Lee adalah seorang pascasiswi di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Dia akan mengambil peperiksaan komprehensifnya dalam dua bulan lagi dan melihat karya kreatif sebagai cara lepaskan tekanan, atau penambah kepada tekanan sebab melalaikan kerja wajipnya dalam proses berkarya. Dia percaya bahasa cerita adalah cara terbaik untuk menyampaikan idea yang sukar disampai terus, dan juga sebagai penyampai bentuk alegori dan satira. Beliau memblog di http://scandalousthoughts.wordpress.com dan sedang menulis novel bersiri (yang tidak keluar dengan cukup kerap) di http://www.jalantelawi.com


Tags: , , ,

Posts by

Posted on 13 February 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use