“Banyak sangat kah kerja peguam?” Tanya seorang kenalan rapat aku yang nampaknya tak berpuas hati apabila aku selalu sangat menolak pelawaannya untuk berlibur.

Tak, tak banyak sangat sebenarnya. Tak banyak sangat kalau aku hanya menjadi seorang peguam.

Bulan ini aku asyik terkejar ke sana ke mari kerana perkara yang selain daripada kerja makan gaji. Kerja makan gaji tu tak usahlah cakap, bulan ni hari-hari pergi Mahkamah. Akibatnya aku kena ganti masa yang terbuang di Mahkamah dengan kerja sehingga lewat malam di ofis. Kenapa? Kerana 2 daripada kami telah mengambil keputusan untuk keluar daripada firma dan membuka firma mereka sendiri. Baguslah. Tapi lebih bagus kalau tak menyusahkan orang.

Selain daripada itu? Januari bermula dengan pendengaran SUHAKAM yang tak habis-habis. OCPD Head Hunter ‘sakit’ tak sudah-sudah. Mula2 sakit jantung. Lepas tu sakit kaki. Kali ketiga migrain pulak.

Lepas tu cerita adik-adik mahasiswa kita yang tak habis-habis ditindas dan dinafikan hak kebebasan pilihanraya kampus mereka. Akhirnya mereka bangun menentang. Demonstrasi dan kempen. Hantar memorandum pun kena tangkap. Edar risalah pon kena juga. Bertanding secara elok, dilucutkan kemenangan. Akhirnya, mereka tawan bangunan pentadbiran universiti. Kena tangkap tu dah jadi perkara biasa. Takpelah Kak Puspa kan ada.

Kisah polis menggunakan pistol sewenang-wenang pon banyak juga. Seorang budak lelaki mati ditembak di dada. Seorang wanita ditembak 4 kali, hanya kerana disyaki menaiki kereta curi. Tapi akhirnya didakwa kerana “percubaan membunuh”. Siapa yang cuba bunuh siapa ni? 2 hari lepas kami buat sidang media untuk beliau. Semalam, wanita itu sudah tidak dapat dihubungi sejak tengahari. Abang Suren dan aku cuak. Kami ambil keputusan mencari beliau. Mana tahu kot2 ditangkap. Dari petang pukul 430 sehingga 1230 tengah malam. Aku mencemarkan kereta abang Suren dengan bersin dan bakteria selsema aku. Tiba-tiba wanita itu telefon. Bateri hpnya habis rupanya. Cisssssssss haaaachooom!

Seorang inspektor polis telah membuat laporan terhadap aku. Aku pon buat laporan polis terhadapnya. Isunya ialah aku bergaduh besar dengannya bila dia tak bagi aku memberi nasihat guaman kepada anak guam. Dan dia mengamuk bila anak guam aku jawab “saya nak menggunakan hak saya untuk tidak menjawab soalan ini”. Heloooo anak guam aku law student okkayyy. Ada ke patut dia kata hanya nak bebaskan anak guam aku kalau ibubapanya yang tinggal di utara tu datang ke balai. Kau ingat mahasiswa tu budak bawah umur ke?

Isu Allah, isu kepala babi, kepala lembu. Aku rasa nak buat kenduri kari kepala ikan dan jemput semua orang makan. Hampir setiap hari aku kena stand-by dan ingatkan kawan2 peguam lain stand-by juga. Kami ada perasaan yang tangkapan boleh dibuat bila-bila masa. Adakalanya bila terdapat forum tentang isu-isu ni, kami akan datang dan duduk di belakang macam sb yang tak bergelang besi.

Isu politik, orang tu saman orang ni. Orang tu buat laporan polis terhadap orang ni. Kenapa aku pulak yang pening2 dengan isu-isu ni? Adalah.

Januari tinggal sehari. Peguam baru akan datang menyertai firma kami minggu depan. Kemungkinan besar bulan depan akan ada protes di hadapan Bukit Aman memprotes kekejaman dan salahguna kuasa polis. Adik-adik mahasiswa kita terus berjuang. Dan UMNO masih guna taktik basi iaitu isu agama untuk memesongkan perhatian rakyat daripada isu-isu negara yang lebih penting. Sama penting dengan enjin jet yang dah capai tahap besi buruk, tapi rupa-rupanya masih laku kalau dijual di negara-negara tertentu. Oooops.

Oh ya, terima kasih kepada bos aku yang baik hati yang bagi aku Blackberry (tak payah tunggu kena tangkap pastu minta kat daddy lagi hehehe).

Sekian.

Originally published at CeritaOrangGilak.

Puspawati Rosman

Puspawati Rosman ialah seorang loyar. Sebelum itu, beliau mendapat pendidikan hak asasinya di SUARAM. Beliau merupakan salah seorang pengasas Lawyers For Liberty. Beliau juga ialah seorang kolumnis Malaysiakini (edisi BM). Kadang-kadang di Merdekareview.com (edisi BM) dan di beberapa buku komik kelolaan Zunar sebelum ia diharamkan. Buat masa ini, hobi beliau ialah menonton klip video K-Pop. Sila baca rintihan hatinya di belognya, CeritaOrangGilak.

Share
Published by
Puspawati Rosman

Recent Posts

PENGALAMAN SAYA BERLATIH SAMBIL BEKERJA SELAMA ENAM BULAN DI MCCHR

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.…

5 days ago

Vacancy for Administrative and Human Resource Assistant (Full Time)

The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) a.k.a Pusat Rakyat LoyarBurok is a…

2 weeks ago

Project Assistant Needed!

The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) a.k.a Pusat Rakyat LoyarBurok is a…

2 months ago

Ulasan saya mengenai isu tanah bagi masyarakat orang asli

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.…

2 months ago

SAYA BELAJAR TENTANG BULI SIBER

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.…

2 months ago

PROGRAMME EVALUATOR NEEDED

If you are interested and have the capacity and experience of carrying out a programme…

8 months ago