Di Malaysia, sekiranya saya mengambil tindakan undang-undang terhadap seseorang, bolehkah saya mendapatkan semula perbelanjaan kos guaman?

Pertamanya, kita perlu memahami terminologi dan membezekan antara fi professional peguam (fi guaman) dan kos yang diberikan oleh Mahkamah (Kos Mahkamah).

Fi Guaman adalah apa yang anda bayar kepada peguam anda untuk menjalankan kerja untuk anda

Kos Mahkamah adalah apa yang selalu diberikan kepada anda sekiranya anda berjaya dalam tuntutan atau pembelaan. Kos Mahkamah bertujuan untuk membayar balik segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan semasa menuntut atau membela kes anda di Mahkamah. Oleh sebab anda telah berjaya dalam tuntutan atau pembelaan dan telah pun mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan tersebut, pihak yang kalah perlu membayar perbelanjaan tersebut. Namun, ia bukanlah untuk semua perbelanjaan yang berkaitan dengan tuntutan atau pembelaan.

Hal ini penting kerana Kos Mahkamah hanya merangkumi perbelanjaan yang berkaitan dengan Mahkamah sahaja. Walaupun anda sebenarnya telah membelanjakan sejumlah wang yang besar dalam penyelidikan serta penyediaan untuk prosiding Mahkamah, tetapi bukan semua perbelanjaan di peringkat kerja awal boleh dituntut.

Secara umumnya, anda tidak boleh mendapatkan fi guaman yang telah dibayar apabila anda telah berjaya menyaman seseorang. Sebaliknya, apa yang anda terima adalah Kos Mahkamah. Kos Mahkamah selalunya tidak setara dengan Fi Guaman yang anda bayar kepada peguam anda.

Adakah cara untuk saya mendapatkan kembali Fi Guaman yang telah dibayar?

Terdapat dua senario Mahkamah membenarkan Fi Guaman dibayar sebagai Kos Mahkamah.

Senario 1 adalah apabila Mahkamah sendiri memerintahkan Kos Mahkamah dibayar berdasarkan asas tanggung rugi (indemnity). Kos Mahkamah berdasarkan asas tanggung rugi bermaksud semua kos dan perbelanjaan yang telah dikeluarkan boleh dituntut daripada pihak yang kalah kecuali sekiranya jumlah tersebut adalah tidak munasabah atau telah dibelanjakan secara tidak munasabah. Mahkamah akan mengeluarkan perintah tersebut dalam hanya keadaan yang luar biasa.

Tiada definisi mengenai keadaan yang luar biasa. Mahkamah akan menentukannya mengikut fakta kes dan kebiasaannya kos ini akan diberikan sekiranya  berkelakuan tidak munasabah semasa menjalankan kes tersebut.

Senario 2 adalah dalam kes melibatkan kontrak. Sekiranya ada klausa di dalam kontrak, yang menjadi subjek atau asas pertikaian, yang menyatakan hak untuk menuntut kos berdasarkan asas tanggung rugi, maka Mahkamah akan membenarkannya. Mahkamah membeanrkannya kerana klausa tersebut dibincangkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Namun, Mahkamah boleh untuk tidak membenarkannya kerana secara mutlak Kos Mahkamah ditentukan oleh Mahkamah.

Bagaimanakan Fi Guaman dan Kos Mahkamah ditentukan?

Fi Guaman cukup mudah.

Anda hanya perlu berbincang dan bersetuju dengan peguam anda. Atau lebih mudah, bersetuju dengan fi yang dicadangkan oleh peguam anda. Dan, selagi anda menbayar fi guaman, peguam anda akan meneruskan kes anda.

Kos Mahkamah bergantung kepada Mahkamah mana ada menfailkan kes tersebut.

Jika di Mahkamah Rendah (iaitu Mahkamah Majistret dan Sesyen), maka Kos Mahkamah adalah berdasarkan jadual kos yang diperuntukkan dalam Aturan 59 Kaedah 23 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Sila rujuk jadual berikut:

Jadi, jika anda berjaya menyaman seseorang dan mendapat jumlah wang penghakiman terhadap mereka sebanyak RM 2,300, maka anda berhak untuk mendapat kos membawa guaman sebanyak RM 75 dan kos kepeguaman sebanyak RM 250.

Kos Membawa Guaman merupakan kos yang diberikan kepada anda kerana melantik peguam untuk mengeluarkan writ saman dan penyataan tuntutan, termasuk menguruskan semua perkara yang diarahkan oleh Mahkamah semasa penyediaan kes sehingga penghakiman diperolehi.

Kos kepeguaman merupakan kos yang diberikan kepada anda sekiranya peguam anda menjalankan perbicaraan. Anda tidak berhak untuk untuk mendaparkan kos ini sekiranya penghakiman diperoleh tanpa ada perbicaraan.

Jika di Mahkamah Tinggi dan di mahkamah atasan, Kos Mahkamah ditaksirkan dan ditentukan oleh Hakim.

Dalam menentukan Kos Mahkamah, Mahkamah hendaklah mengambil kira dengan terperinci terhadap faktor-faktor berikut:

1.    Kerumitan, kesusahan dan kelainan sesuatu isu dalam kes tersebut;
2.    Kemahiran, pengetahuan khusus dan tanggungjawab yang diperlukan untuk menjalankan kes tersebut;
3.    Jumlah masa dan tenaga yang diperuntukkan terhadap kes tersebut oleh peguam;
4.    Bilangan dan kepentingan dokumen yang disediakan atau diperincikan;
5.    Tempat dan hal transaksi tersebut;
6.    Kepentingan kes kepada anakguam;
7.    Jumlah atau nilai yang dipertaruhkan dalam kes tersebut;
8.    Sama ada peguam menjalankan tugas dengan efisyen dan secara berhemat.

Adakah saya boleh menuntut kos dan perbelanjaan lain seperti fi pemfailan, fi pengesahan, kos pengiklanan, kos pencetakan dan lain-lain?

Ya, boleh. Sememangnya penting untuk anda menyimpan semua resit-resit perbelanjaan. Anda hanya perlu untuk melampirkan kesemua resit tersebut pada akhir perbicaraan semasa pengiraan kos.

Bilakah Fi Guaman dan Kos Mahkamah perlu dibayar?

Fi Guaman perlu dibayar apabila peguam anda memohon pembayaran daripada anda.

Kos Mahkamah selalunya dibayar oleh pihak yang kalah pada akhir perbicaraan. Mahkamah juga boleh memerintahkan Kos Mahkamah dibayar sebelum daripada itu. Tapi hanya dalam keadaan yang luar biasa.

Artikel ini telah diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris bertajuk ‘The Distinction between Legal Fees and Court Costs‘ dan diterjemahkan oleh Farhan Haziq bin Mohamed.

Fahri Azzat practices the dark arts of the law. Although he enjoys writing and reading, he doesn't enjoy writing his own little biographies of himself. Like this one. He wished somebody else would do it...

7 replies on “Apa Anda Tahu Mengenai Fi Guaman Dan Kos Mahkamah?”

  1. Hi… nak tnya saya ada hired seorang peguam.. n dah byar fees 1k.. malangnya 10 month kes tak jalan lg.. dia kata dia sibuk handle kes lain… boleh ke saya amek tindakan undang2 keatas lawyer tersebut and apa patut saya buat?

Comments are closed.