Source: mob1900.blogspot.com

Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, secara ringkas.

Pada 7 November 2014, Mahkamah Rayuan Malaysia telah secara sebulat suara mengisytiharkan bahawa seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (satu undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Sembilan) adalah bercanggah dengan pelbagai peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Panel Mahkamah terdiri daripada Yang Arif-Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Mohd Hishamuddin bin Mohd Yunos, Dato’ Aziah binti Ali dan Datuk Lim Yee Lan.

[DIBETULKAN] Alasan Penghakiman yang ringkas telah disediakan oleh pengerusi panel, Hishamuddin JCA, dan dapat dibaca di sini. Satu terjemahan kepada Bahasa Melayu telah dibuat oleh Justice for Sisters Sisters in Islam dan dapat dibaca di sini. Yang Arif Dato’ Hishamuddin adalah tidak asing kepada rakyat Malaysia, dan merupakan satu “wira” hak asasi manusia di kalangan hakim-hakim kami.

Source: mob1900.blogspot.com

Undang-undang Negeri Sembilan itu telah dibuat mengikut kuasa negeri itu membuat undang-undang jenayah Islam, dan telah membuatkannya satu jenayah untuk seorang lelaki memakai pakaian wanita atau berlagak sebagai seorang wanita.

Akan tetapi, tiga orang Perayu di dalam kes itu telah disahkan oleh pakar psikologi dan pakar psikiatri sebagai mengalami Gender Identity Disorder – satu keadaan medikal yang tidak boleh dirawat, dan mengakibatkan mereka mengekspresikan diri mereka sebagai wanita. Sememangnya, mereka tiada pilihan dan secara asalnya merasakan diri mereka sebagai wanita.

Mahkamah Rayuan telah mengesahkan bahawa mana-mana undang-undang yang dibuat oleh satu badan perundangan di Malaysia sememangnya mestilah dibuat selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah telah juga menitikberatkan bahawa kes itu bukannya satu keputusan mengenai sama ada seksyen 66 tersebut adalah selaras dengan ajaran agama Islam, tetapi sebaliknya sama ada undang-undang itu (yang dibuat oleh ahli Dewan Perundangan Negeri Sembilan pada tahun 1992) adalah menepati Perlembagaan Persekutuan.

Perlu diingati di sini bahawa Fasal 4(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perlembagaan itu adalah undang-undang agong (“the supreme law“) Malaysia.

Mahkamah Rayuan, secara ringkas, mendapati bahawa seksyen itu mencabuli

a) hak asasi untuk hidup dengan menghormati harga diri seseorang (right to live with dignity) [Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan] kerana seksyen 66 mengakibatkan mereka hidup dalam keraguan, kesengsaraan dan secara terhina

b) hak asasi untuk bekerja (right to livelihood) [Fasal 5(1) dan 8], kerana mereka tidak dapat keluar daripada rumah secara terbuka untuk pergi ke tempat kerja mereka

c) hak asasi untuk bergerak ke mana-mana tempat di dalam Persekutuan [Fasal 9(1))

d) hak asasi kesamarataan [Fasal 8(1)]

e) hak asasi agar tidak diletakkan di dalam keadaan yang mendiskriminasikan mereka oleh kerana jantina mereka [Fasal 8(2)]

f) hak asasi untuk mengekspresikan diri mereka [Fasal 10(1)(a)]

Peguam bagi perayu-perayu adalah LoyarBurok-ker Aston Paiva dan Fahri Azzat, dengan pelbagai peguam pemerhati dan peguam yang bertindak sebagai rakan Mahkamah.

The collective persona of Lord Bobo's minions (yes, all the cheeky monkeys and monkettes). Haven't you heard? LoyarBurokking is a lifestyle. Join us, and your life will never be the same again. Because...

4 replies on “Keputusan Mahkamah Rayuan Dalam Kes Transgender”

  1. “Transgendered wedding specialists might be seen as “legacies” of one segment of the class of transgendered priests and courtiers (sida-sida) that existed in pre-Islamic Malay kingdoms. …It does merit emphasis, however, that (mostly male-bodied) sida-sida still played a role in the yang dipertuan besar’s royal court at Sri Menanti (Negeri Sembilan) into the 1960s; as in earlier times, they cross-dressed and were charged with safeguarding the food, drink, clothes, etc., of royalty.” (at p. 322)

    Transgenderism and Gender Pluralism in Southeast Asia since Early Modern Times, Current Anthropology, Vol. 47, No. 2 (April 2006) 309

  2. Rakyat Malaysia dikenal dunia bertata susila, sopan santun,berbudi bahasa dan lemah lembut. Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya bersama berkongsi tertib sosial yang terbina sejak berzaman lagi. Masing-masing berkongsi hak-hak yang sama tertulis rapi sebagai undang-undang. Undang-undang didraf, dibentang, didebat dan digazet secara teliti dan teratur agar hak-hak terpelihara dan sebarang sentimen yang ofensif atau berbau ofensif dibuang jauh.

    Transgender tidak dikenal. Transgender bakal membangkitkan kecelaruan sosial yang akan membunuh tertib sosial budaya timur yang bertata susila tinggi. Terlampau banyak budaya negatif yang bakal menyusul hasil konsensus umum terhadap golongan ini. Masyarakat Malaysia perlu keras, tegas dan pantas mengangani transgender ini. Perlu dibendung.

    Kiranya dikenal, banyak masa dan duit akan dibazirkan untuk golongan ini. Paling besar perlu diteliti definisi lelaki, perempuan dan transgender.

    Bahayanya terhadap isu keselamatan negara. Contoh kecil. Bagaimana pula dengan tandas lelaki dan wanita? Selamatkah anak perempuan kita yang masih kecil, para wanita muda,tua dan sebagaimya berkongsi tandas dengan mereka?

    Negara barat hancur tata budaya mereka dengan tunduknya masyarakat mereka dengan tuntutan homoseksual. Di barat ada perdebatan ayam dan babi pun perlu diberi hak untuk tidak dikurung ketat secara zalim. Perlu kawasan lapang. Sekarang ada ura-ura sukan memancing akan diharamkan agar tidak menzalimi ikan.

    Belum pun sampai 2020, masyarakat Malaysia bakal menjadi masyarakat yang paling malang dan bangang sekiranya golongan transgender ini dibiarkan berleluasa di bumi tercinta ini.

    Menjelang 2020, kita maju dengan tamadun budaya sosio ekonomi yang tinggi seiring dengan material yang ampuh .

  3. This is judicial activism gone mad. Shame on Fahri and aston to push this case into infamy not thinking about main interest of the client.

    This case is highly problematic because of its introduction of arbitrary non-legal reasoning in declaring a law unconstitutional. The court in this case had usurped the power of legislative to determine whether the law is reasonable or otherwise. The court should try to interpret the law as what the parliament wants and not what the judges want. This is a basic concept of modern separation of power. As a result of this non conformance, it created an irreconcilable conflict of interpretation with other constitutional provisions and precedents. It too leads to absurd positions such as only parliament can legislate on attire and restriction by religious bodies on attire in mosques, temples or churches as unconstitutional.

    The case law too has intruded into our time honored practice to allow each religion to dictate it's own moral conduct and procedures. Each religion is different and our constitution has always made exception to personal laws. We have not imposed external values into the religion unless there are conflict between practices of different religion. For example deacons/ priests are allowed to be male and not deemed a gender discrimination. Hindu priest be allowed from certain caste and is not against equality concept. Similarly a male being a prayer imam. This case has intruded into such balance and it will not bid well for our nation. It opens further our differences rather than accepting our differences which have been a core value of our social cohesion.

  4. penghakiman gagal mengambilkira bahaw a undang-undang syariah adalah sah dari segi perlembagaan dan hukum syariah adalah hukum bagi orang islam.

    kesilapan paling besar ialah, membenarkan orang bukan islam mentafsirkan dan mengesahkan hukum syariah

Comments are closed.