Aku dan Dokumentari

Rencana ini diadaptasi dan dikemaskini daripada siri rencana aku semasa menjadi (PM) PopMuda untuk PopIN beberapa tahun lepas. Siri rencana asal boleh didapati di sini bersama dengan Twitterview dengan kawan-kawan PopIN.

Hari Khamis! Tinggal esok sahaja dan ‘hutang’ aku dengan Mark akan langsai. Hari ini pun post aku agak pendek oleh kerana kesuntukkan masa. Kerja menimbum, tambah-tambah lagi sebab ada acara Saya Anak Bangsa Malaysia hujung minggu ni di Pulau Pinang. Lagipun malam ini kan ada twitterview?

OK-lah, hari ini aku akan berkongsi dengan rakyat jelata PopIN (dan Loyarburok) mengenai dokumentari-dokumentari yang aku anggap santapan minda yang agak mantap dan aku anggap sebagai mesti tonton sekali seumur hidup. Untuk permulaan, inilah senarai 5 dokumentari kegemaran aku. Aku tak ada kriteria tetap, tapi ini pilihan atas dasar ‘aku punya suka’.

Zeitgeist: The Movie

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Zeitgeist:_The_Movie

Dokumentari ini diarah oleh Peter Joseph, seorang aktivis social. Dokumentari ini berkisar konspirasi dan komplot modern dan juga kuno, termasuk permulaan ‘organised Christianity’, serangan pengganas 9/11 dan sistem perbankan dunia. Bukan aku katakan dokumentari ini 100% betul, tapi ia bukan 100% salah. Aku anggap dokumentari ini sebagai satu titik penting dalam hidup aku, oleh kerana ia banyak menolong membuka mata aku kepada kemungkinan ada wujud nya ‘tabir di belakang dunia’. Mungkin bertabir-tabir juga?

Satu sahaja komen dari aku selepas menonton Zeitgeist, “MINDBLOWING!”.

Zeitgeist: Addendum

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Zeitgeist:_Addendum

“Zeitgeist: Addendum” adalah filem susulan kepada “Zeitgeist: The Movie”. Ia memperkembangkan lagi hipotesis yang dibentangkan di dalam dokumentari pertama dan cuba memberi jawapan untuk semua masalah dunia. Pengarahnya Peter Joseph mengatakan:

The failure of our world to resolve the issues of war, poverty, and corruption, rests within a gross ignorance about what guides human behavior to begin with. It addresses the true source of the instability in our society, while offering the only fundamental, long-term solution.

Aku agak tertarik dengan apa yang dibentangkan di dalam dokumentari ini. Topik-nya (money supply and creation) agak berat, tetapi berjaya di kupas menggunakan bahasa yang senang difahami. Perlu di perhatikan bahawa dalam dokumentari ini, Peter Joseph telah menjauhkan dirinya daripada teori konspirasi 9/11 yang dibentangnya dalam “Zeitgeist: The Movie”.

Aku menonton “Zeitgeist” dan “Zeitgeist: Addendum” berturut-turut, jadi untuk beberapa minggu selepas itu, aku rasa diri aku agak tidak berdaya untuk ‘menentang’ dunia. Ya, impaknya begitu hebat.

A Crude Awakening: The Oil Crash

Sumber: http://dogwoof.com/films/a-crude-awakening

Aku pertama sekali menonton dokumentari ini di Eco Knights Film Fest di ASWARA akhir 2009. Sayang, tiada eksekutif syarikat petroleum yang hadir. Premis-nya mudah – kita akan kehabisan minyak dalam waktu terdekat dan kita langsung tidak bersedia. Anda patut takut bukan?

Dokumentari ini bermula dengan menceritakan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah explorasi dan exploitasi petroleum dunia dan ia begitu sarat dengan maklumat, temuduga dengan bekas pegawai-pegawai OPEC, penganalisa tenaga dan ahli serta penganalisa politik. Boleh katakan boleh pengsan-lah kalau nak buat background check mengenai maklumat yang di bentang dalam dokumentari ini. Aku tertarik dengan historical data dan juga hipotesisnya mengenai global peak production dan oil crash yang akan melanda.

Iran Is Not The Problem

Sumber: http://iranisnottheproblem.org/

“Dokumentari ini adalah respons kepada kegagalan media massa orang Amerika untuk menyebarkan maklumat yang tepat berkaitan dengan kebuntuan antara Amerika Syarikat dan Iran..”

Kita semua sedia maklum (aku harap lah) bagaimana Amerika Syarikat (dan banyak negara lain) menggunakan media untuk memanipulasi keadaan dan alasan mereka untuk menyerang Iraq. Melalui temuduga dengan tokoh-tokoh politik dan aktivis sosial dari Amerika Syarikat dan Iran, dokumentari ini cuba memberi gambaran sebenar situasi sosio-politikal yang wujud di antara Amerika Syarikat dan Iran. Dokumentari ini aku rasa agak mantap dan adalah required watching untuk sesiapa berminat dengan situasi sosio-politikal di Timur-Tengah.

Indoctrinate U

Sumber: http://www.indoctrinate-u.com/intro/

Ha! Ini dokumentari yang agak kontroversi di kampus-kampus Amerika Syarikat. Aku tertarik dengan pendirian “anti affirmative action, but non racial” dokumentari ini. Paling aku tertarik adalah bagaimana sekumpulan pelajar menjual biskut pada harga berlainan kepada pembeli yang berlainan latarbelakang etnik. Aku rasa yang paling memerlukan dokumentari ini adalah pemimpin-pemimpin dan pelajar IPTA/IPTS yang dikongkong dengan AUKU dan DEB.

Perlu di-ingatkan, dokumentari-dokumentari (dan mana-mana sumber rujukan lain) hanyalah titik permulaan. Buatlah selidikan anda sendiri. Jangan terima apa-apa dengan bulat, tetapi pada masa yang sama keep an open mind.

Sekian untuk ‘post’ hari ini. Maaf sebab agak pendek.

Jumpa esok!

Tambahan – Peter Joseph telah mengeluar filem ke-tiga dalam siri Zeitgeist, yang berjudul “Zeitgeist: Moving Forward. Siapa berani dan ada masa lapang 3 jam, sila-lah menonton.

Rencana ke-lima dalami siri ini boleh didapati disini.
Rencana asal di PopIN boleh didapati di sini.

Rujukan Tambahan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Zeitgeist,_the_Movie

http://www.zeitgeistthefilm.com/

http://www.zeitgeistaddendum.com/

http://www.zeitgeistmovingforward.com/

http://www.oilcrashmovie.com/

http://en.wikipedia.org/wiki/Indoctrinate_U

http://www.iranisnottheproblem.org/


Tags: ,


Bekas pembela rambut panjang berjaya. Kadang-kala membebel di twitter @hasbeemasputra. Belum lagi ditahan polis walaupun sudah 3 tahun bergerak sebagai aktivis.

Posted on 19 July 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by Hasbeemasputra Abu Bakar.

Read this first: LB Terms of Use