Fatwa atau realiti politik?

Sebagai muqaddimmah artikel ke-5 saya sempena PRU-13, mujtahid adalah seorang ulama yang diiktiraf umum sebagai mempunyai ilmu agama sebenar dan mampu mengeluarkan fatwa tanpa apa-apa kepentingan untuk diri sendiri. Seterusnya syarat-syarat yang amat ketat dikenakan untuk seseorang menjadi mujtahid. Justeru itu, di era dunia moden hari ini semakin pupus mujtahid yang mampu mengeluarkan fatwa secara bebas tanpa sebarang kepentingan untuk diri sendiri. Contoh terbaik yang masih ada hari ini yang sering dirujuk sebagai mujtahid yang diiktiraf ummat Islam seluruh dunia ialah Sheikh Yusoff Al Qaradhawi, Sheikh Wahba Az Zuhaily, YAB Tn Guru Nik Aziz Nik Mat dan YB Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Fokus artikel ini ialah membincangkan secara ringkas betapa ketatnya syarat-syarat untuk menjadi seorang mujtahid yang mampu mengeluarkan fatwa untuk kepentingan umum.

Pertamanya, seseorang itu mestilah faham segala makna bila membaca Al Quran dalam bahasa asalnya serta faham kenapa ayat Al Quran berkenaan diturunkan Allah swt serta pelbagai tafsir oleh ulama-ulama besar seperti Imam Hanafi, Shafie, Maliki, Hambali, Al Ghazali dan lain-lain.

Keduanya, seseorang itu mesti faham semua hadith sahih dalam bahasa asalnya dan dapat membezakan antara hadith sahih, hadith lemah dan hadith palsu. Ada lebih 600,000 hadith namun cuma 6,000 sahaja yang diterima sebagai sahih oleh Imam Bukhari dan Muslim. Kadangkala kata-kata sahabat Nabi disebut oleh mujtahid mee segera sebagai hadith.

Ketiga, itjma para ulama iaitu persetujuan para ulama termasyhur di era selepas kewafatan Nabi dan selepas meninggalnya para sahabat Nabi. Bila jumhur ulama yakni majoriti ulama telah bersetuju dalam satu satu isu, pada kebiasaanya ulama-ulama era moden tidak patut cuba mempertikaikan lagi keputusan kolektif gandingan bersama Imam Hanafi, Imam Shafie, Imam Maliki dan Hambali umpamanya.

Keempat, qiyas yakni kiasan yang dicapai oleh para ulama setelah mengkaji dengan mendalam Al Quran, hadith sahih dan itjma. Sebagai contoh Allah swt mengharamkan perkara yang memabukkan termasuk arak. Justeru , para jumhur ulama membuat keputusan kolektif sebarang perkara yang memabukkan selain dari arak juga haram contohnya, menjadi penagih dadah.

Setelah seseorang yang ingin menjadi mujtahid faham empat perkara di atas yang sudah tentu adalah satu beban bertan metrik beratnya ianya belum mencukupi lagi untuk menjadi seorang mujtahid, ada satu lagi perkara yang perlu difahami iaitu ikhtisan iaitu keutamaan oleh para ulama terhadap beberapa keputusan yang dikeluarkan untuk isu yang sama. Cuma ulama yang benar-benar berilmu sahaja yang mampu memilih keputusan yang mana terbaik untuk diterimapakai bila terdapat beberapa keputusan di atas isu yang sama.

Seterusnya, beban kefahaman istishab iaitu andaian yang sesuatu perkara itu berterusan melainkan dapat dibuktikan sebaliknya. Sebagai contoh, kehilangan seseorang untuk beberapa tahun pertama tanpa khabar berita tidak boleh dianggap telah meninggal dunia tetapi diandaikan masih hidup melainkan dapat dibuktikan sebaliknya.

Satu lagi beban selepas memahami kesemua di atas ialah memahami maslahah iaitu kepentingan umum. Ulama yang tidak berjumpa alasan sewajarnya untuk mengeluarkan fatwa setelah berulangkali meneliti kesemua perkara di atas bolehlah menggunakan kepentingan umum sebagai alasan namun orang biasa yang bidangnya bukan ilmu agama yang tidak belajar Usullul Din, Usullul Fiqh, Maqasid Shariah, Qawaid Fiqiyah dan sebagainya jangan bermimpi untuk mula berfatwa untuk mempengaruhi masyarakat umum.

Beban umpama kapal laut kargo muatan terbesar di dunia (barangkali) seterusnya ialah memahami Al Urf atau adat-adat yang tidak bertentangan dengan shariah dalam berfatwa setelah gagal mendapat apa-apa keputusan konkrit setelah meneliti semua sumber-sumber fiqah di atas.

Seterusnya lagi satu lagi beban ialah perlu mengetahui dan memahami semua fatwa-fatwa sahabat dan ini bukan perkara mudah melainkan mereka yang fasih membaca pelbagai kitab-kitab rujukan dalam bahasa Arab. Jangan sesekali sesiapa mudah perasaan yang dengan membaca terjemahan dalam bahasa Inggeris maka terjemahan berkenaan itu semestinya tepat. Inilah tipu daya musuh-musuh Islam dalam proses membantu menterjemahkan kitab ada bahagian-bahagian tertentu terjemahannya mungkin tidak tepat malah terpesong. Dari itu amatlah berbahaya untuk cuma membuat fotokopi terjemahan dalam bahasa Inggeris sebagai dalil-dalil untuk digunakan dalam mahkamah umpamanya.

Justeru amat penting masyarakat mula belajar memahami bahasa Arab supaya sekurang-kurangnya kita tidak menjadi seperti burung kakak tua yang hanya menyebut apa yang diajar tetapi tidak memahami apa yang sedang disebut.

Jika imam solat teraweeh di Masjidil Haram Makkahtul Al Mukkarammah dan Masjid Nabawi Madinahtul Al Munnawarrah terketar-ketar takut membaca ayat mengenai seksaan neraka jahanam tepi ada juga imam-imam kita berlagu irama riang segar dan lancar secara nyata adakalanya bila membaca ayat yang sama. Agaknya berapa ramaikah dalam kategori imam yang kita ada yang fasih membaca dalam bahasa Arab tetapi tidak tahu apa yang dibaca seperti kata-kata cikgu sekolah buta huruf dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’, “lain di baca, lain dieja”.

Maka amat elok sekali untuk semua yang berminat mendaftar ke kelas-kelas buta huruf untuk belajar bahasa Arab di Pusat Bahasa Arab, Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya dan Gombak ataupun di Akademi Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur ataupun di Pusat Bahasa Arab Nilam Puri, Kelantan. Kelas-kelas ada yang berbentuk dua malam seminggu ataupun setiap siang Sabtu. Manakala yang tiada masa, carilah para mahasiswa belajarlah dengan mereka secara individu apa yang hendak diketahui dan bayaran akan dapat menjadi sebagai sebahagian kos sara hidup mereka di universiti; sekadar mencadangkan sahaja jika berminatlah.

Berbalik kita kepada focus artikel kita kali ini ialah mengenai syarat-syarat maha ketat untuk menjadi mujtahid yang mampu mengeluarkan fatwa. Andainya seseorang itu telah yakin akan ilmunya dan memahami segala yang disebutkan di atas sejak awal artikel ini bukanlah bermaksud dia sudah layak mengeluarkan fatwa untuk masyarakat. Dia mungkin boleh membuat ijtihad peribadi sekiranya setelah meneliti kesemua rujukan-rujukan sumber fiqah yang disebut di atas dan keputusan ijtihad peribadinya hanyalah terpakai untuk dirinya sendiri sahaja, bukan untuk orang lain.

Namun bila masyarakat dunia telah mula mengktiraf ilmu ulama berkenaan seperti Al Qaradhawi, Az Zuhaily, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang maka mereka ini mampu dan layak untuk berfatwa tanpa mendapat apa-apa faedah untuk diri sendiri.

Tetapi dalam perbankan Islam umpamanya, jika seseorang itu adalah penasihat shariah yang dibayar elaun di bank yang menjadikannya sumber rujukan, keputusannya bukanlah bertaraf fatwa kerana kebiasaanya golongan ini akan menggunakan ilmu yang mereka ada untuk mencari nas-nas untuk menyebelahi pihak bank pada hampir setiap masa dan ini tentunya bukan satu kebetulan lagi. Setakat Oktober tahun lepas sebagai contoh, ada seorang penasihat shariah telah mengeluarkan pendapat dalam bentuk fatwa terhadap 187 produk kewangan Islam dunia dengan menjana pendapatan mewah mengalahkan pelbagai pemilik perniagaan tersenarai di Bursa Malaysia cuma di diamkan sahaja – maklumat ini ialah dari pelbagai data wire services, juga Bloomberg serta juga dokumen-dokumen bayaran yang direkodkan oleh pelbagai pihak yang berurusan dengannya termasuk firma-firma guaman, pegawai kanan bank-bank konvensional yang menjadikannya topik perbincangan tertutup sehingga ada yang secara terang-terang memberikan persepsi negatif perbankan Islam. (Nota: Rujuk temuramah majalah Malaysian Business dengan saya keluaran 1 Mei 2009, ‘Crucial Legal Issues in Islamic Banking and Finance’)

Namun tujuan penulisan artikel ini sempena PRU ialah untuk menyedarkan masyarakat betapa mudahnya masyarakat dikelentong oleh mereka yang merasakan diri mereka mampu berfatwa. Contoh-contoh mereka yang boleh disebut di sini ialah Harusani Zakaria (Mufti Perak), Abdullah Saamah ulama pondok yang selepas berfatwa mendapat dana Kerajaan Persekutuan. Manakala mereka yang hampir tiada ilmu agama seperti Hasan Ali yang mengaku pakar motivasi juga sesuka hati berfatwa, apatah lagi Zul Nordin manakala orang yang gedebe seperti Ibrahim Ali pernah mengaku ingin berjihad sedikit masa dulu sekalipun amat jarang sekali hidup secara orang Islam sejati. Selanjutnya, Aidit Ghazali, Sidek Baba dan Hasan Ali yang bergabung dalam JATI membuat ketetapan yang berbentuk fatwa disiar Utusan Malaysia (12 April 2013) iaitu Melayu Islam wajib undi BN. Pada pandangan saya, kenyataan ini tidak harus diikuti.

Fatwa-fatwa songsang dan sesat yang dikeluarkan oleh golongan ini disiar pula oleh media seperti Utusan dan TV3 dan yang lebih teruk lagi Majlis Fatwa menjadi bisu kelu seolah-olah makan gaji buta sehinggalah jika ada fatwa hendak dikeluarkan bagi menyokong perbuatan mungkar tertentu Kerajaan Persekutuan mereka bersuara. Sepatutnya mereka yang di dalam Majlis Fatwa dipecat dan dipilih semula selepas pertukaran kerajaan nanti. Manakala panel rujukan Majlis Fatwa pula adalah mereka-mereka yang berilmu tetapi mempunyai kepentingan jika sekiranya melibatkan fatwa perbankan Islam kerana ada yang merupakan ahli penasihat shariah Bank Negara.

Mohd Noor Deris yang pernah memaki ulama diikitiraf dunia Tuan Guru Nik Aziz bukanlah orang yang patut didengar apa jua fatwanya. Sedikit masa lalu kumpulan Utusan melantik Astora Jabat di majalah Al Islam mengakibatkan majalah tersebut tak laku ketika itu di mana setiap bulan ada saja isu pelik seperti contohnya tiada seksa kubur katanya dan tiada pihak berkuasa agama di negara kita menahannya mahupun bahagian penerbitan KDN ketika itu tidak bertindak tegas terhadapnya.

Menteri Besar Terengganu dan TPM yang mengeluarkan pendapat berbentuk fitnah terhadap PAS sebagai parti ajaran sesat adalah contoh klasik ahli politik yang mengeluarkan pendapat tetapi mahu rakyat biasa memahaminya sebagai fatwa. Manakala bila Abdullah Saamah dan kumpulan pondoknya berfatwa haram undi PR disiar media pada 8 April 2013, rakyat sudah dapat menilai betapa agama mudah dilacurkan specis berserban berjubah ketika negara sedang diambang PRU-13.

Gambar Abdullah Saamah yang berfatwa haram undi DAP yang disiar di Utusan Malaysia (7 Ogos 2012) telah mendapat cek RM2 juta bertarikh 14 Ogos 2012 untuk pondoknya yang cuma ada 25 pelajar. Begitu cepatnya pelacur agama berkenaan meraih laba dari mengeluarkan fatwa songsang.

Jamil Khir membuat keputusan membolehkan dirinya menggunakan wang zakat untuk membayar yuran guaman. Saya anggap Jamil Khir membuat fatwa songsang kerana kategori asnaf golongan yang layak menerima zakat sudah sedia ada tetapi Menteri yang nak bayar yuran guaman tiada dalam asnaf yang memberikan prioriti pada faqir dan miskin sebagai dua golongan paling atas yang paling layak menerima zakat dalam susunan asnaf. Beberapa tahun lepas Jamil Khir juga membuat fatwa sendiri bila selepas wuquf di Arafah, Malaysia menyambut Eid ul Adha lewat sehari.

Manakala bila PM umumkan di dalam siaran berita TV dari tanah suci yang beliau sekeluargakan selesai menunaikan fardhu haji, Jamil Khir pantas berkata apa yang PM maksudkan ialah selesai mengerjakan solat Eid ul Adha walhal selepas itu rakyat dimaklumkan pula PM tidak melontar simbolik iblis pada hari-hari tasyrik cuma membayar dam satu perkara yang diketawakan di pelbagai media sosial memandangkan dilaporkan pasangannya takut melontar kawannya sendiri yakni iblis. Fatwa-fatwa kita dah jadi tunggang-langgang.

Uztazah Nor Baayah sepatutnya cuma dikenali sebagai pakar motivasi bukanlah sebagai uztazah yang cuba menyelesaikan pelbagai masalah agama sesedap hatinya. Jika benar Nor Baayah faham agama kenapa dia dedahkan hal bilik tidur bersama suaminya kepada umum malah dia rakam VCD dan jual teknik cakar harimau kepada masyarakat. Perangai Nor Baayah yang keterlaluan dalam rancangan TV9 menjadikan suami Nor Baayah kelihatan dayus walaupun cuba dicanangkan sebagai pasangan bahagia – masyarakat boleh membuat kesimpulan pasangan bahagia atau suami dayus.

Sebagai penutup, Majlis Fatwa Kebangsaan patut dirombak semula, ahli-ahli lama direhatkan atau dipecat manakala ahli-ahli baru yang benar-benar layak dilantik dengan perkenan Raja-Raja Melayu setiap negeri. Majlis Fatwa Kebangsaan patut dikeluarkan daripada bernaung di bawah mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya, Majlis Fatwa bernaung di bawah Majlis Raja-Raja dan Yang Di Pertuan Agong tanpa campurtangan mana-mana ahli politik yang memerintah. Melantik seorang yang bergelar Professor Emeritus semata-mata kerana gelarannya sebagai pengerusi Majlis Fatwa adalah umpama melantik pengadil bola untuk mengadili pertandingan suara burung terkukur. Namun inilah yang mungkin dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan kerana mudah untuk mengawal orang yang semacam ini.

Teringat saya kepada satu insiden beberapa tahun yang lepas seorang profesor shariah universiti ternama di Mesir mengeluarkan satu fatwa yang akhirnya ditentang hebat rakyat Mesir yang mengakibatkan dia dilaporkan telah dipecat. Seorang rakyat bertanya kepada profesor berkenaan yang fungsi kerjanya terpaksa bekerja sepejabat berdua dengan seorang kakitangan wanita yang merupakan isteri orang dan bagaimana untuk mengelakkan khalwat? Profesor itu berfatwa supaya pekerja lelaki berkenaan menghisap susu dada perempuan berkenaan yang menurutnya akan menjadikan perempuan berkenaan ibu susuannya seterusnya menjadikannya muhrim. Saya ketawa dan kemudiannya tersengih sepanjang hari bila mengetahui berita pelik ini namun tak lama kemudian profesor tersebut dipecat selepas rakyat Mesir mula menentang dan memaki hamunnya. Di negara kita Mashitah Ibrahim kini bekas Timbalan Menteri JPM pernah berfatwa di Harian Metro boleh bekerja sebagai pelacur jika darurat seolah-olah di negara kita sudah kehabisan kerja halal seperti mencuci pinggan di gerai-gerai makan umpamanya. Wallahualam.

Islamic Finance | Financial Crimes Practitioner | Corporate Advisor | Arbitrator | Mediator | Part-time Law Lecturer | Admitted to the Bar 23 August 1991 | Presenter | Panelist | Trainer | Currently completing...

2 replies on “Kelahiran Mujtahid Masuk Bakul Angkat Sendiri Memusnahkan Aqidah Ummat Islam”

  1. An attempt to distract and confuse readers obviously wont work here as readers are not as mentally unfit as the writer of the poem is. Go try your luck with a world of mad people in tanjung rambutan, it might generate some results. The above poem is no better than the repeatedly failed attempt to defame due to one and only reason–those involved failed miserably for years to convince readers that their hand and hearts are clean. The late Lord Denning soul will wake up cursing as stupidity might be clearly inherited from one own family generation to another as it is not suprising to note that no lunatic will admit that he is inherently mad. Res Ipsa Loquitor

  2. JUST REJECT HIM!

    He was in the government for seventeen long years
    But can anyone remember any contribution he made of significance?
    Try hard as you may with all your blood sweat and tears
    None, coz he spend his office time not to work but for political machination

    First he became Minister of Youth, Sports and Culture
    Malaysian youth were none the better under his management
    Our sports was at its lowest ebb and our football lost its lustre
    We didn’t win any gold in regional or international event

    Then he became Minister of Agriculture for sometime
    The only monument to his name is Pasar Tani
    The National Agric Policy was not even made during his time
    Alas the farmers life does not improve much under his ministry

    For a full five years he was education minister
    The only act he did was abolish history lesson
    Thus he laid the ground for many unpatriotic youngster
    Whom he thinks will vote for him in coming elections

    As Finance Minister his grasp of economics is pathetically brittle
    So when the country face severe financial crisis
    He swallowed IMF prescription lock stock and barrel
    He almost bankrupt the country and threw it into economic abyss

    His political machination did work smoothly for a time
    Quite a number of big wigs he managed to topple
    But his waterloo came when he tried big-time
    His attempt to oust the PM became a deadly stumble

    Now I don’t even talk of his moral character
    That’s up to you folks to use your judgement
    But just think of his ability as a worker
    Would you hire him to look after your father’s clothing department?

    So by now you should know who is this jerk
    The guy whose name goes by Anwar Bin Ibrahim
    This Malay Studies graduate can only talk but cannot work
    You know what to do in the coming election? Just reject him!

    IBD
    Kuala Lumpur

Comments are closed.