Dilema yang dialami sebagai seorang peguam.

Bekerja terlalu keras?

 

Beberapa hari lepas saya terbaca tulisan rakan peguam, saudari Elviza bertajuk ‘Merintis masa depan dan mimpi’ di dalam kolumnya, di dalam akhbar Sinar Harian (2/11/2011) yang menyatakan bahawa beliau kini telah jelas mengenai hala tuju kariernya. Beliau menyatakan bahawa dahulu beliau diberikan pilihan oleh kaunselor kerjaya usai peperiksaan SPM samada untuk menjadi seorang peguam, doktor atau akauntan. Lantas, beliau memilih untuk mempelajari undang-undang dan seterusnya mempraktikkan ilmu tersebut sebagai seorang peguambela dan peguamcara. Selepas 11 tahun berkerja sebagai peguam beliau menyatakan bahawa kini hati kecilnya merintih untuk berkerjaya di dalam bidang penulisan dan meninggalkan bidang kepeguaman.

Tulisannya itu mengingatkan saya perihal beberapa orang rakan yang turut belajar ilmu perundangan tetapi akhirnya tidak menceburi kerjaya sebagai peguam. Rakan-rakan itu ada yang memilih kerjaya sebagai pegawai bank, agen insuran atau takaful, guru, ahli perniagaan, pegawai di sektor korporat, penasihat perundangan, agen hartanah dan lain-lain. Pelbagai faktor yang menyebabkan rakan-rakan lari daripada kerjaya sebagai peguam. Antara faktor yang selalu diadukan adalah kerana tekanan kerja yang melampau, waktu kerja yang panjang dan gaji yang tidak setimpal. Hal ini tidak sulit difahami kerana jika ada perbicaraan maka peguam tersebut perlu mempersiapkan kes sebaik mungkin, mencari nas otoriti untuk dihujahkan, menyediakan saksi dan bersedia untuk dimarahi oleh hakim yang tidak bertimbangrasa keesokan harinya. Selain itu, klien juga mungkin akan mempersalahkan peguam sekiranya kes yang dibawa itu tidak dimenangi. Malah, mungkin peguam itu berhadapan dengan aduan kecuaian profesional atau dihadapkan ke Lembaga Tatatertib kerana salah laku. Jika seseorang itu makan gaji, maka hal itu akan lebih sulit kerana terpaksa menjawab dengan bosnya walhal gajinya sangat ciput. Gaji permulaan seorang peguam pada masa kini di kota Kuala Lumpur adalah antara lingkungan RM1,800 – RM2,500 sahaja. Mungkin gaji di sektor korporat lebih lumayan dan skala gaji di sektor kerajaan lebih menarik kerana turut diberikan pelbagai imbuhan dan kemudahan pinjaman.

Saya sendiri mengakui bahawa saya pernah beberapa kali cuba melarikan diri daripada kerjaya sebagai peguam. Selepas menerima ijazah LL.B daripada universiti, saya menyambung pelajaran di peringkat ‘double degree – LL.B (Shariah)’ dan peringkat sarjana. Selepas itu, saya menjalani latihan dalam kamar selama 9 bulan sebelum menjadi peguam. Sehingga kini lebih sedekad saya menjadi peguam. Dahulu selepas 2-3 tahun menjadi peguam, saya cuba memohon jawatan sebagai pegawai shariah di firma percetakan nasional tetapi tidak dipanggil kerana krisis kegawatan ekonomi. Setelah itu saya memohon jawatan di beberapa universiti sebagai pensyarah tetapi tidak berjaya. Sehingga suatu peringkat, saya lulus semua temuduga di peringkat jabatan tetapi akhirnya gagal apabila ditemuduga di peringkat atasan universiti. Akhirnya, saya pasrah dengan takdir bahawa saya sebenarnya perlu menjadi peguam. Semenjak itu, saya mula mengubah paradigma kerjaya sebagai peguam dan mengkaji kenapa ramai peguam muda tidak berpuas hati dengan kerjaya mereka dan juga bagaimanakah untuk menjadi peguam berjaya serta berpendapatan lumayan.

Pada hemat saya, kerjaya sebagai peguam sebenarnya kerja yang mengujakan, menarik, kaya dengan pengalaman, lumayan dan mampu membuatkan hidup kita penuh warna-warni. Kebanyakan peguam tidak sedar potensi yang ada dalam kerjaya ini. Dengan kerjaya ini, saya berpeluang untuk berjumpa insan luar biasa yang tidak mampu saya ketemui sekiranya saya berkerja di dalam sektor lain. Saya berpeluang untuk berjumpa mereka yang berjawatan besar seperti Menteri, Menteri Besar, Exco kerajaan, ahli korporat ternama, sasterawan negara, Peguam Negara, profesor dan wakil rakyat. Tidak kurang juga saya ketemu manusia aneh seperti OCPD yang sangat gah di balai tetapi menikus di dalam Mahkamah, saksi penipu yang pintar memperdaya hakim, wanita yang jelita tetapi berperangai jelik, wanita yang baru mencuba menjadi ibu ayam tetapi gagal dalam percubaan pertamanya untuk memperdagang 4 orang perawan, tokey dadah yang berIQ tinggi, orang yang tidak bersalah tetapi dihukum kerana kegagalan sistem perundangan, bapa yang tidak berhati perut kerana membiarkan anak hidup kesusahan tanpa nafkah dan broker perniagaan yang menagih khidmat guaman terbaik tetapi kedekut mengeluarkan wang.

Selain itu, peguam juga harus ingat bahawa hadir ke Mahkamah itu adalah sebenarnya suatu keistimewaan atau ‘privilege’ yang tidak mungkin dinikmati manusia biasa. Hanya manusia tertentu yang boleh bersuara di dalam Mahkamah iaitu Hakim, Peguam, OKT, Pendakwa dan polis mahkamah. Selain itu, manusia lain tidak punya hak untuk bersuara di Mahkamah. Kerana itu, peguam harus punya jati diri yang tinggi dan mengambil peluang untuk bersuara di Mahkamah. Peguam yang tidak bersuara di Mahkamah sebenarnya telah rugi kerana telah mensia-siakan peluang yang ada. Seorang Perdana Menteri (atau sebenarnya mengikut nahu Bahasa Melayu – Menteri Perdana) tidak mungkin gentar dengan sesiapa tetapi beliau tetap menggelabah jika menerima notis daripada firma peguam. Lazimnya, peguam tidak menulis surat cinta, tetapi surat peguam itu mempunyai nilai yang tersendiri. Seseorang yang menerima notis tuntutan daripada peguam yakin bahawa notis itu bukan mainan atau lelucon yang boleh dipersendakan tetapi sesuatu yang bakal mendatangkan bala dalam hidupnya!

Peguam juga berupaya menjadi ahli politik yang berkesan. Ini kerana tiada orang yang lebih mahir membaca akta atau enakmen kecuali seorang peguam. Seseorang ahli politik yang menjadi wakil rakyat akan terlibat dalam proses penggubalan sesuatu akta. Oleh kerana mempunyai asas undang-undang yang kuat maka ahli politik yang juga peguam akan lebih memahami asas sesuatu perundangan itu dibuat. Lihat sahaja bagaimana YB Karpal Singh, YB Gobind Singh atau YB Fong Poh Kuan (ini rakan sekelas saya dahulu sewaktu menuntut di universiti) berhujah di Parlimen.

Pokoknya, peguam bukan suatu kerja yang termasuk kategori stereotaip yang rutin, kecuali kalau dia hanyalah peguam JID atau peguam ‘mitigasi’. Kerjaya peguam adalah penuh keseronokan dan boleh mewarnai kehidupan walaupun sedikit meletihkan. Namun, bukan setiap masa itu meletihkan. Sewaktu ibu saya meminta saya menemaninya untuk menunaikan haji tahun lepas, saya tidak perlu berfikir banyak kali samada majikan membenarkan saya bercuti atau memikirkan urusan kerja. Ini kerana, saya boleh mengatur jadual saya sendiri dan menulis surat kepada mahkamah untuk memohon penangguhan kes. Klien saya juga memahami keperluan saya melaksanakan rukun Islam yang kelima itu. Berbanding 7 orang adik beradik saya lain, mereka semua berkerja makan gaji dan perlu merancang percutian mereka terlebih dahulu apatah lagi cuti haji menjangkau 52 hari. Tetapi, semua yang pernah menunaikan haji pasti tahu bahawa notis untuk mengerjakan haji (selain yang pergi dengan Muasassah) biasanya diperolehi di saat akhir.

Kerjaya sebagai peguam menjanjikan kebebasan diri dan kemuliaan terhadap harga diri sebagai manusia. Berbanding dengan rakan-rakan yang berkerja di sektor awam, mereka dikenakan sekatan untuk bersuara dengan bebas khususnya apabila mengeluarkan pendapat menyokong parti tertentu. Mereka terpaksa hidup dengan hipokrit atau kepura-puraan bila mana di hadapan ketua jabatan mereka menyokong dasar kerajaan tetapi apabila ‘mengeteh’ mula mengutuk dasar kerajaan. Sedangkan antara hak asasi manusia adalah kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Apa guna hidup sebagai manusia sekiranya hak asasi yang dijamin Perlembagaan ini tidak dapat diamalkan sepenuhnya.

Begitu juga bila ditanya mengenai pendapatan, suatu soalan yang tidak mampu untuk saya jawab. Ini kerana berkerja sebagai peguam adalah seperti berkerja sebagai peniaga. Bezanya, peniaga menjual produk tetapi peguam menjual servis atau perkhidmatan. Oleh itu, jika saya perlukan wang lebih maka saya perlu mencari lebih banyak kes dan mengenakan fi yang lebih tinggi. Jika wang sudah banyak, maka saya boleh memberikan khidmat probono kepada mereka yang memerlukan. Namun, saya pasti peguam yang baik pasti pandai meletakkan harga diri dan kemahiran kepeguamannya pada harga yang sepatutnya. Jika seseorang klien itu pandai memilih intan dan permata tentu sekali beliau tidak kisah dengan harga perkhidmatan peguam yang berkemahiran. Peguam juga jarang bermasalah dengan klien sebegini kerana masing-masing saling memahami. Jika klien itu mempersoalkan fi yang tinggi tetapi hendakkan perkhidmatan yang cemerlang maka klien itu sebenarnya cenderung untuk memilih kaca dan bukan permata. Sebab itu, nasihat saya adalah supaya seseorang peguam itu memahirkan dirinya di dalam skil dan kemahiran yang khusus dan tertentu tanpa mencampur rojak servisnya di dalam semua bidang. Seseorang peguam tidak mampu menjadi seperti Jack yang menguasai semua cabang bisnes kerana keluasan bidang kepeguaman itu. Jika beliau memilih kerjaya sebagai peguam aliran jenayah maka elok ditumpukan ke arah itu sahaja. Begitu juga jika dia memilih aliran sivil maka elok dibuat pengkhususan samada bidang ‘running down’, kecuaian perubatan, fitnah, tanah atau harta intelek. Jika peguam ini diiktiraf oleh komuniti guaman sebagai orang yang mahir dalam bidang itu, percayalah bahawa mereka tidak perlu mencari klien tetapi klien akan mencari mereka walaupun harga perkhidmatannya adalah tinggi.

Kesilapan seorang peguam adalah apabila beliau menghinakan kerjayanya dengan menyembah pihak bank atau pemaju perumahan. Pihak bank atau pemaju perumahan mempunyai kecenderungan untuk menetapkan harga perkhidmatan peguam dan akhirnya peguam itu hanya mahir dalam bidang JID atau SS sahaja tanpa menggilap skil dan kemahiran sebenar seorang peguam. Peguam seperti ini hanya berbangga dengan jumlah kes yang banyak, tetapi sebenarnya fi yang diterima amat kecil berbanding nilai kepeguaman. Yang lebih teruk lagi pihak bank juga lewat membayar fi dan apabila jumlah tunggakan fi itu menjadi banyak, pihak bank akan meminta diskaun tambahan. Pegawai bank juga mempunyai karenah tersendiri. Ada yang meminta untuk dilayan di spa atau bilik karaoke dan ada pula yang mengharapkan jamuan hebat daripada peguam. Peguam seperti inilah yang akan penat dengan kerjaya mereka dan ingin menukar bidang kerjaya kepada kerjaya lain yang lebih kurang tekanan dan mempunyai prospek yang lebih baik.

Kesimpulannya, seseorang yang dilema menjadi peguam perlu mengkaji dan memuhasabah diri mereka sendiri. Jika benar hidup mereka porak-poranda kerana menjadi peguam maka silakan mencari profesion yang lebih sesuai. Saya percaya tempoh mereka berkhidmat sebagai peguam ini telah memberikan pengalaman dan nilai hidup yang tidak ternilai dalam menempuh kerjaya baru. Bagi yang ingin meneruskan kerjaya sebagai peguam juga perlu muhasabahkan diri mereka samada strategi bisnes mereka adalah tepat atau perlu diberikan nafas baru. Percayalah, industri guaman ini bukan industri yang malap (sunset industry) seumpama bisnes cybercafe tetapi industri yang berkembang seiring dengan perkembangan zaman. Kerana itu, kerjaya peguam ini telah wujud semenjak zaman Shakespeare lagi, cuma kepintaran seorang peguam itu yang memastikan kesinambungan kerjaya dan meletakkan hala tuju kerjayanya di landasan yang betul.

Glosari
1. Ciput – kecil
2. OKT – Orang kena tuduh
3. OCPD – Ketua Polis Daerah
4. JID – judgement in default iaitu hal keadaan apabila seseorang itu disaman tetapi gagal hadir ke mahkamah, maka suatu penghakiman ingkar akan dimasukkan ke atasnya.
5. SS – singkatan untuk substituted service atau penyampaian saman dengan cara penyampaian ganti seumpama pengiklanan di akhbar
6. Mengeteh – minum teh atau kopi bersama rakan-rakan di warung, coffee house atau restoran mamak.
7. Mitigasi – khususnya dalam bidang jenayah, peguam akan berhujah dengan hakim untuk mengurangkan hukuman yang bakal dikenakan atas faktor tertentu seperti sakit, kesalahan pertama, umur lanjut dan lain-lain
8. Running down – istilah bagi peguam yang mengendalikan kes berkaitan kemalangan

An ordinary lawyer who aspires to be an extraordinary lawyer in new democratic Malaysia

59 replies on “Dilema Peguam”

  1. Halo,
    Jithin Subha Syarikat pinjaman kembali ke sini dan kini memberi pinjaman. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah ia ditolak oleh bank dan agensi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman gadai janji?
    Kami berada di sini untuk memberikan kesulitan kewangan anda, kami meminjam dana kepada orang yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar hutang, dan melabur dalam perniagaan dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Pinjaman kami berbeza dari $ 5000 dolar hingga $ 50, 000,000.00, dolar juga meminjamkan kami dalam euro dan mana-mana mata wang lain pilihan anda.

    Hantar kami melalui e-mel sekarang; ([email protected]) untuk memohon.

  2. Adakah anda ingin melabur dalam perniagaan anda dengan selamat!
    Adakah anda memerlukan tawaran pinjaman pada kadar faedah yang rendah?

    Mmr_Credit World berada di sini untuk memaklumkan kepada anda, memberi nasihat kepada anda, menemani anda untuk mencari penyelesaian yang sebenar untuk anda.
    Kami telah membangunkan perkhidmatan yang khusus untuk pelanggan kami.
    Kami berusaha untuk menyampaikan pelbagai perkhidmatan kami ke pintu depan anda.
    Syarikat kami menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan anda.
    Kami sentiasa ada untuk menyokong dan menasihatkan anda dengan cekap dan profesional.
    Jangan teragak-agak untuk menghubungi pasukan kami, mereka akan gembira dapat membantu anda! hubungi kami sekarang melalui e-mel;
    [email protected]

    Yang ikhlas,.
    Puan Maria Roberts.
    Pengurus kewangan.
    Tel: +17609739286.

  3. penguam kerajaan tak boleh fail saman terhadap hospital kerajaan.kenapa.? Kerana dibawah satu bumbung iaitu under gov.orang kampung dan sektor swasta paling mudah dianiaya.hak pihak swasta sebagai pengguna tak diendahkan.kerana golongan citizen swasta tak mampu upah penguam menfailkan saman pada pihak hospital.

    sedih atas kejadian arwah anak dibedah tanpa sebarang tandatangan untuk membenarkan post moterm.punca kematian tetap tidak dapat dikenalpasti setelah post moterm.organ dalaman diambil pihak hospital tanpa kebenaran bertulis(berat anak sendiri kita tahu lah kerana hari2 dukung).
    Dapat jenazah terlalu ringan.pakaian jenazah dibuang oleh pihak hospital(bila dituntut semua staf jawab tak tahu). Jadi kebarangkalian dibuang adalah tinggi.jawapan paling bodoh dari pakar bedah post moterm(sampel darah sihidup dan simati adalah berbeza). Molekul darah akan berubah selepas menerima alat bantuan renjatan elektrik (katanya lagi).
    You all educated person..sila jelaskan,bayi berumur 11bulan 3minggu perlu pakai alat bantuan renjatan elektrik.??
    Sungguh hebat permainan pihak hospital kerajaan dan pegawai polis tersebut,dimana saling tak mahu berunding dan tak mahu bertanggungjawab dengan muka tak bersalah.lastly pegawai polis tersebut menyatakan pendirian beliau (kalau saya takkan setuju dengan cara pihak hospital buat begini terhadap anak encik.) So dimana kekuatan kau sebagai pengamal undang2 ketika aku dipermainkan pihak hospital kerajaan.?(soalan untuk pihak polis tadi)dia berdiam sahaja.

    Tahniah sektor awam atas kecemerlangan sumbangan anda terhadap citizen swasta yang tidak berkemampuan.

  4. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Encik Kresimir previc, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: ([email protected])

  5. anak saya oku disebabkan kecuaian babysitter dah 9 tahun polis disebabkan ada saudara dengan peg kanan polis tidak menjalankan siasatan…dan lawyer tak hadir sebutan kes di mahkamah…boleh ke saya minta advance dengan lawyer baru

    1. Saya dah putus duit…nak bayar duit lawyer…tapi harapan gunung tinggi semoga dapat pampasan bagi anak nie…anak saya perempuan sekarang masih memakai pampers

  6. Dah dkt 4 tahun jadi lawyer..buat banking litigation…jadi hamba bank shj..keje sebab gaji…

  7. Korang kene faham zaman sekarang mempunyai daya saing yang sangat hebat kerana bilangan orang yang cerdik pandai terlalu ramai even pon aku dalam bidang oil and gas pon terasa tempiasnya tapi sekarang alhamdulillah aku terus usaha dan usaha tidak henti2 berdoa pada Tuhan dan sekarang aku ditawarkan kerja di Petronas dengan gaji yang menarik sebagai seorang HSE

  8. Aku lagi sanggup keje oil and gas walupuj kuli batak tak kesah la lagi ko belajar lebih drpd bidang ini

  9. Saya berumur 17 dan sedang menyiapkan folio kerjaya tentang peguam.Boleh sesiapa bantu saya tentang gaji seorang peguam.Gaji junior,pertengahan dan senior?terima kasih

  10. I left practice few years back and up till now I still sometimes cringe for the adventure of being a litigation lawyer. Love everything about it. How the time was flexible then. How I met lots of people from different background. It was overwhelming and I felt suffocated at times. I do regret this decision and thinking about rejoining practices; but the fact that I get much better pay now does hinder the idea. Nevertheless, to all young aspiring lawyers out there, don't complaint as you are free to make choices. Do your very best, be smart and you will later enjoy the fruits!

  11. Cabaranya, Owh pening once ur saksi turn 'turtle' r have to conduct trial within trial or have to be in the appellate court for one turn over case@bersediauntukkenemaki, r hearing Whut ! Prepare a hearing with YB KArpal r Dato Sri Shafie r Mr Hisham Teh Poh Teik@bersediauntukpeningataupitam r Whut ! have to berhujah immediately i rest my case, r Whut bersedia untuk cross accused immediately after keputusan 'prima facie' r Whut! Okt ada 5 r 6 7 8 and loyar plak ada 8 dan semua plak bekas exco Malaysiabar wau, itu antara sedikit cabaran semasa saya 8 tahun bertugas di mahkamah-mahkamah Malaysia termasuk Sabah Sarawak-Pengalaman paling best-Bila dah bersedia dengan saksi dan untuk bicara pada hari pertama, tiba-tiba jurubahasa bagtau, Tn DPP ari ni kes x jalan, Hakim MC r ada partheard r loyar mau masuk rep haha wau syoknya dunia ini haha

  12. I am a Prosecutor, well said ! Penat erm tak bole nak di gambarkan dengan kata-kata, terutama ketika di zaman pihak disana mengejar statisitk dan kpi ! Owh gelapnya dunia litigasi ini, tp apakan daya ambil ini sebagai cabaran kerana tidak semua di luar sana yang berpeluang membentangkan kes di mahkamah-mahkamah di Malaysia tidak kira dari pihak yang mana, kepuasan dalam bekerja erm tidak berapa jelas dan pasti kerana sebagai pendakwaraya kepuasan bekerja ialah bila mana kami berjaya menghabiskan sesuatu perbicaraan dalam masa yang ditetapkan dengan penuh budi bicara dan penuh etika kepeguaman.

    1. Tuan Prosecutor, saya adalah OKT dan tengah menunggu bila kes saya akan di panggil ke Mahlamah. Saya ingin tanya bolehkah saya minta jasa baik seorang Prosecutor kalau kes saya diselesaikan di luar mahlamah saja. Kalau boleh bagaimana caranya untuk berjumpa dengan seorang yang bernama Prosecutor. Terima kasih.

  13. Nice post ! i am 17 n i really want to be a lawyer, yeah, i realized that that the salary for the newbie is quite low , but work more gain more, in order to gain extra money u need to be patient, experienced will help u, these will help u to succeed in this field , Thanks again for this article :)

  14. Smua client acc nk pinjam duit..lawyer baru dlm accident x mampu nk bg pinjam..lain la big firm..pn amik firm mn..

  15. Awk semua pguam…baguskan..sya nk tnya bbrapa soalan.sya mghadapi maslh dgn pguam sya..sy kemalngan bln 5 thn lepas..n tidk mampu brkrja krana tlg blkg patah ttp tidak lumpuh..bahu kanan patah..bbrapa bahagian tulng rusuk patah n paru2bocor..sya dmask kn ke wad selama 11 hri.dan dibedah 3 tmpt..iaitu belakng mask besi..paru2 mask tiup n bahu untk cuci luka akibat trkoyak.kebetulan masa xcden sy mgandung 3 bln.n skrg brumur 11 bln n chat.cuma yg msyukilnya sya pd pguam..pguam agak susah igin mmbantu dari segi kewangan kerana sya tidk mmpu brkerja..kenapa?mmg pguam x dpt tlg ke?atau pguam ni sengaja…..

    1. Peguam accident biasanya dahulukan wang untuk kes-kes sebegini yang sepatutnya dibayar oleh Puan lebih RM20k pada kadar biasa. Rasanya pendahuluan kepada sara hidup adalah suatu yang berlebihan dan tidak sepatutnya dilakukan. Bersyukur pada peguam anda yang telah laksanakan kerja guaman dengan pendahuluan daripadanya pada semua kos. – hishamnazir

  16. betul! sgt2 memenatkan..nie dah masuk bulan ke-3 praktis jadi peguam..dahlah mase blajar susah sgt, tym keje lagi mak oii susah gile..nak layan kerenah clients lah, bos lah..if gaji tinggi x pe juge lah, ni plak sekadar rm2000…sedih..nape lah dulu i tolak tawaran study accountancy :(

    1. budak account masih ramai menganggur, kerja kosong peguam tidak pernah lekang. Bersyukur. – hishamnazir

  17. Salam,sy juga merupakan seorang peguam,tapi dlm bidang convey. Ia sangat meletihan & need to work within a timeline.Sangat meletihkan kerana asyik perlu menjawab pertanyaan client,push bank, push sana push sini,,nk cuti pun kena fikir1000 kl…x semua kerjaya peguam menyeronokkn..sy sudah give up.

  18. Artikel ini memberi semangat kepada saya untuk terus memajukan firma saya…terima kasih..suhaila

  19. saya rasa kebanyakkan peguam muda di KL dah terima gaji lebih dari 2500. at least 2800. tapi tak pasti di negeri2 lain

  20. terima kasih.. saya baru sahaja 6bulan praktis sebagai lawyer. ada ketika ingin sahaja berhenti dari dunia ini, bila melihat rakan2 di sektor lain meraih pulangan gaji yang jauh lebih baik.

    saya fikir dan kira, sebagai peguam muda, antara perkara yang mampu memotivasikan diri adalah dari segi bayaran gaji yang setimpal. 4tahun menghabiskan pengajiaan terlalu banyak pergorbanan, malah kehidupan tidak seindah student di bidang lain. latihan dalam kamar selama 9bulan benar2 mengajar. Demi Tuhan mereka yang pernah melalui yg tahu perit jerih itu.

    saya rasa sudah tiba masanya perubahan perlu di buat, gaji permulaan seorang peguam harus di tetapkan.
    misalnya di penang gaji permulaan diantara rm1800-2300, di ipoh sekitar rm1800-2000, malah saya di fahamkan ada di negeri tertentu bayaran gaji hanya rm1400!~ kadang rasanya tidak berbaloi dengan beban kerja.

    bairpun baru 6bulan praktis, tetapi saya bersyukur saya didedahkan banyak perkara. diberi peluang mengendalikan kes litigation general. malah diberi peluang sehingga kes2 injuksi,. malah perlu juga mengendalikan kes jenayah, dan conveyancing. apabila tiba saat untuk perbicaraan penuh, kepenatan terasa sangat. persediaan sekurang2nya seminggu. tapi bila menerima gaji hanya rm2000. saya rasa seolah2 hilang semangat.

    saya percaya ramai lagi peguam2 muda yg bersetuju dengan perkara ini.
    apa pun terima kasih tuan atas penulisan yang amat berkesan ini.

  21. A wonderful piece of article. Its just like what i have in my mind of looking at myself practice law till the day i enter my grave. Though i cant tell whether i might ceased practice in the future. Law practice is indeed tiring and sickening at times but there is a feeling where only lawyers and doctors would be able to feel. The feeling where your client thank you for doing a good job for helping them for being their saving grace where no one else were there for them. My name is Kp Quek and i am proud to say that i am a practicing lawyer (though for the moment the firm i work at does mainly bankruptcy work). I would love to meet ppl who aspires to practice long regardless of the area of law ones in. I can be contacted at [email protected]. I rest my case much obliged.

  22. Terima kasih atas kata-kata semangat kepada Peguam-Peguam muda…setiap hari saya berfikir tentang penukaran Profesion ini…setiap hari…(kerja Macdonald di Singapore pun bergaji lebih tinggi dari Peguam Muda )

  23. saya pun pernah fikir hendak tukar profesion lain, tetapi apabila baca artikel En. saya rasa bersemangat semula. Terima kasih.

  24. Bagus kalau ada peguam yg berfikiran sebegini. Saya ada ingin memulakan tuntutan sivil untuk pemaju yang ingkar perintah Tribunal, jumlah tuntutan melebihi rm170k, Saya pernah pergi ke satu firma peguam di sekitar taman universiti dan mengambil layanan acuh tak acuh. mungkin firma ni penyembah pemaju seperti yang dinukilkan dalam aktikel ini.
    Sekarang masih mencari-cari peguam untuk lanjutkan kes, sila hubungi saya 012-7628436 untuk membantu saya. Saya mencari peguam yang betul2 ber'attitude' tinggi dan mahu membantu mangsa teraniaya seperti saya.

    1. nak senang boleh pilih dari list malaysianbar.org.my atau tanyakan orang yang ada pengalaman. Peguam pun macam- macam orang. Yang amanah, amanah sungguh tetapi yang lari duit pun ada. – hishamnazir

  25. thank you so much for this post. saya juga banyak kali mahu lari daripada profesion ini, tapi nampaknya takdir menetapkan saya juga menjadi seorang peguam.- Nadia

  26. sy pun hampir pitus asa dengan bidang ni.tapi alhamdulillah dapat suntikan semangat daripada senior.sekarang saya bangga dan bersyukur dengan kerjaya ni.gembira bila dapat tolong orang..;)

Comments are closed.