UKM4: Tak Sangka

Sempena ulang tahun penahanan UKM4 dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Azlin Shafina telah meluahkan isi hatinya dengan berkongsi pengalaman pahitnya sepanjang satu tahun yang lepas.

UKM1Tak sangka… diam tak diam dah setahun usia UKM4. Aku sendiri pun tak percaya.

Rupanya dah setahun aku hidup dalam kerisauan jika dibuang Universiti. Rupanya dah setahun aku hidup dalam kerisauan jika tidak dapat ditauliahkan selepas 3 tahun menjalani latihan PALAPES (Ed’s note: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan – Reserve Officers Training Unit). Rupanya dah setahun aku cuba kuatkan semangat demi menegakkan kebenaran.

Jika difikir-fikirkan balik, menyesal aku terima jurusan Sains Politik ini. Aku ditangkap dan dihukum sebab aku cuma nak tahu situasi sebenar pilihan raya, itu sahaja. Untuk mengetahui apakah itu analisis pilihan raya yang lebih mendalam dan substantif, pada peringkat akar umbi.

Kalau pelajar perubatan boleh ke hospital untuk menjalani praktikal, pelajar undang-undang perlu ke mahkamah; maka kami pelajar Sains Politik pula perlu ke mana?

Tak akan aku hanya membaca teori analisis pilihan raya sahaja?

Argh! Mungkin ini nasib aku. Mungkin sudah ditakdirkan aku.

Langkah aku, langkah malang.

Sehingga saat ini, aku masih berperang dengan perasaan sama ada bolehkah aku berkonvo dengan dengan kawan-kawan sekelas yang lain?

Mungkin semua perkara ini ada hikmahnya. Kalau tidak disebabkan kes ini, aku takkan seberani sekarang untuk menghadapi cabaran berhadapan dengan seluruh sistem dan institusi kuasa ini.

Aku takkan setabah sekarang.

Aku takkan jumpa sahabat-sahabat sejati yang sentiasa memberi sokongan kepada aku.

Tanyalah kepada aku, apa yang aku tak kena sepanjang kes ini.

Jawatan aku dalam Persatuan Mahasiswa Sains Politik digantung. Persatuan Mahasiswa Sains Politik dibubarkan setelah kami berpenat lelah selamat 6 bulan untuk menubuhkannya. Jawatan dan pangkat aku dalam PALAPES dibuang.

Kami hanya mahu mengembalikan gemilang Sains Politik pada era 80-an dan 90-an. Pada zaman itu, orang gerun kepada mahasiswa dari jurusan Sains Politik. Sebagai pemerhati kepada sistem politik negara, mahasiswa Sains Politik mampu membaca dan menganalisis proses pembangunan masyarakat dan ini merupakan satu bukti kematangan dan kemahiran kami sebagai mahasiswa Sains Politik!

Tetapi, tidak. Aku dikutuk, dihina, dikeji. Salahkah nak belajar? Salahkah?

Kenapa terdapat pihak-pihak yang berkepentingan ini begitu benci kepada pelajar Sains Politik?

Apabila kami cuba bersuara, kami terus dilabelkan pembangkang. Hanya sekadar memberi pandangan, adakah itu dikira satu kesalahan? Kalau dalam realiti, jika ibu bapa membuat kesalahan, anak-anak boleh menegur. Kenapa tidak di universiti? Menegur itu bukannya bermaksud membangkang.

Teguran itu bermakna kasih sayang.

Entahlah, aku kena hadapi fitnah yang datang dari pelbagai sudut. Aku kena hadapi cubaan dan dugaan yang cuba melemahkan aku. Aku kena hadapi benda yang aku tak berniat pun nak buat tapi diputar-belitkan oleh anasir luar demi kepentingan mereka sendiri.

Ya Allah… Kenapa mesti aku yang jadi mangsa? Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain yang lebih kuat?

Air mata menitis, tatkala orang yang rapat dengan keluargaku  sendiri seperti membuangku. Alhamdulillah, mama dan abah masih lagi memberi sokongan sepenuhnya kepada anaknya ini. Tapi, aku menitiskan air mata apabila mama dan abah terpaksa memekakkan telinga apabila mendengar orang memperkatakan hal aku.

Ya Allah… Berdosanya aku. Kenapa mama & abah pula yang jadi mangsa?

Mama dan abah dikatakan tidak pandai mendidik anak. Kutuklah aku, hinalah aku tetapi jangan hina mama dan abah. Aku merayu sangat-sangat. Itu semua bukan salah mama abah. Niat aku cuma nak belajar. Kalau niat aku untuk belajar pun tetap dikatakan jahat, lebih baik aku tak payah belajar. Mulut manusia. Aku dikatakan pengkianat. Tidak mengenang budi kerajaan.

Ya Allah… Senangnya mereka menilai. Apa semua ini? Kenapa tidak bertanya secara terus terang kepada kami sebelum terus melontarkan fitnah?

Kenapa nak percaya kepada fitnah yang cuba membuktikan penglibatan kami? Kenapa harus dengar dari satu pandangan dan satu pihak sahaja? Bagaimana pula dengan kami?

Ya Allah… Aku mencari keadilan dalam hidup aku setelah sekian lama aku sendiri  tak pasti apa itu keadilan.

Aku hanya insan biasa, dari keluarga yang sederhana. Walaupun aku perempuan, aku takkan mengaku kalah. Walaupun aku perempuan, aku tetap akan kuatkan semangat aku. Aku tidak akan sama sekali menunjuk kelemahan aku dan mengaku kalah.

Demi membersihkan nama baik mama dan abah. Demi segulung ijazah. Demi pentauliahan sebagai pegawai Leftenan Muda pada akhir latihan PALAPES. Aku berjuang sehingga saat-saat akhir.

Air mata yang menitis ini bukan kelemahanku. Sebaliknya, air mata ini merupakan semangat aku. Air mata ini merupakan perjuangan aku. Semoga perjuangan ini berkesudahan dengan baik. Semoga aku dapat bergraduasi pada bulan September ini.

UKM2

Terima kasih atas sokongan daripada semua pihak dan rakan-rakan. Terima kasih kerana tidak jemu memberi sokongan. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati ini. Terima kasih kerana tidak membuang kami. Terima kasih atas pertolongan semua. Jasa kalian dikenang sampai bila-bila.

Azlin merupakan seorang mahasiswa Sains Politik tahun akhir yang telah berjaya menyelesaikan latihan ilmiah mengenai penindasan kaum minoriti di Amerika Syarikat menggunakan kajian kes Rodney King. Beliau dijangka untuk menamatkan pengajian pada bulan September 2011 bersama rakan-rakan seperjuangan UKM4 yang lain dan ditauliahkan sebagai pegawai Leftenan Muda Rejimen Askar Wataniah Malaysia.

Recommended Reads:

[UPDATED] Eunice's Hulu Selangor Diary (Day 2): No...
Tutup sahaja Kursus Sains Politik di UKM
You Shouldn't Date a Hipster Activist
What Does Freedom Of Speech Mean?

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Posts by Azlin Shafina

Posted on 22 April 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by Azlin Shafina.

Read this first: LB Terms of Use

7 Responses to UKM4: Tak Sangka

  1. iskandar zulkarnain

    semoga akak Azlin n rakan terus berada dalam sabar dan teruskan perjuangan
    saya jadikan UKM4 sebagai idola dan kayu ukur saya….
    sekarang ni saya masih dalam tingkatan 4 aliran sains
    in shaa Allah saya akan lanjutkan pelajaran dalam bidang sains politik satu hari nnti…
    11 feb 2013-1.56 AM

  2. Anne

    You guyz are legend! We are all supporting you!

  3. Nadzri Noor

    Kesejahteraan UKM4 senantiasa dalam doa saya…Salam Hormat & Selamat Maju Jaya…

  4. Rejected

    Lets not fret now. sympathy and popularity are mere remedy of ego until it spark changes.

  5. all the best azlin! i wish more students are into activism like you.

  6. Farina

    Kuatkan semangatmu wahai Srikandi. Remember, When God is with you, nothing can go against you. InsyaAllah…

  7. PALAPES007

    Azlin Shafina adalah srikandi! Dia wirawati, role model kami semua. sebagai pelatih tentera, mesti setia kepada raja dan tanahair. Bukan kerajaan zalim yang beli kapal selam bayar komisyen mahal kepada syarikat kroni.

    Lawan terus wahai Azlin Shafina! Jangan takut. Allah ada!

    GEMPUR WIRA!